Headlines News :
.
Home » , , » Game 4 MSL 2014 - Sime Darby 1-2 Selangor

Game 4 MSL 2014 - Sime Darby 1-2 Selangor

Written By Unknown on Sunday, February 9, 2014 | 10:30


Usaha tangga kejayaan. Itulah pepatah yang memberi semangat untuk tidak merasa putus asa diatas segala usaha. Dan pepatah ini jugalah yang telah membuatkan pasukan Selangor lega apabila berjaya memperolehi kemenagan yang ketiga dalam Liga Super musim 2014 ini selepas menundukkan pasukan Sime Darby FC di stadium Majlis Perbandaran Selayaang malam tadi.

Walau bagaimanapun Selangor terlebih dahulu dikejutkan dengan gol Sime Darby seawal mnit kedua perlawanan. Kegagalan barisan pertahanan mengekang pergerakkan pemain Sime Darby telah membuatkan Mohd Failee berjaya menyudahkan peluang yang terhidang dihadapan mata untuk menewaskan Farizal. Tersentak dengan gol tersebut Selangor cuba bangkit tetapi malangya Sime Darby berjaya membaca rentak permainan Selangor dan mereka kembali menguasai perlawanan.


Disebalik perlawanan separuh masa pertama yang nampak seimbang, kesilapan pertahanan Sime Darby yang gagal menyentuh dan mengeluarkan bola hantaran lintang S. Kunalan telah memudahkan Paulo Rangel yang tidak dikawal untuk melepaskan rembatan menewakan penjaga gol Sime Darby untuk mengikat kedudukan 1-1 hingga ke tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Selangor kembali bangkit untuk menguasai hampir keseluruhan minit perlawanan. Hasil nasihat yang telah diberikan oleh Mehmet di waktu rehat telah membakar semangat pemain Selangor untuk terus menyerang bertubi-tubi ke kubu Sime Darby. Melihat kebangkitan mendadak pemain Selangor ini, pemain Sime Darby terpaksa berkampung untuk mempertahankan kubu mereka dari dibocori. Pantelidis berjaya menanduk masuk hasil sepakan percuma yang di ambil oleh Juninho tetapi malangya gol tersebut tidak diterima kerana Patelidis terlebih dahulu berada diposisi offside.


Melihat masih ada kelemahan di bahagian tengah dan serangan, Mehmet telah membuat dua pertukaran sekaligus apabila memasukkan Messi Indonesia Andik serta Hadi Yahya untuk menggantikan Juninho dan S. Kunalan. Percaturan ini nampaknya membuahkan hasil. Kehadiran Andik dan Hadi telah berjaya mencuri masuk benteng pertahanan Sime Darby untuk terus mendapatkan gol. Akhirnya gol yang dicari tiba juga. Hadi yang menerima lorongan dari Paulo Rangel telah melintangkan bola kembali kepada Paulo Rangel untuk menanduk masuk menjadikan keputusan 1-2. Ini adalah gol peribadi Paulo Rangel yang ke-5 dalam liga dan ke-6 secara keseluruhannya bagi musim 2014 ini.

Kemenangan ini telah melonjakkan Selangor kembali menguasai carta liga apabila berjaya mengumpul 9 mata dari empat perlawanan. Selepas ini pula Selangor akan berkunjung ke selatan tanahair untuk bertemu pasukan yang penuh kontrolversi Johor Darul Takzim (JDT). Diharapnya perlawanan itu nanti dapat disempurnakan tanpa ada sebarang masalah dan dimenangi oleh Selangor untuk terus menguasai takhta liga.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger