Musnah sudah harapan untuk memiliki salah satu piala yang di pertandingkan bagi musim 2014 ini. Kekalahan tipis 0-1 kepada pasukan Bujang Senang sememangnya amat mendukacitakan kita sebagai peminat setia Red Giant. Yang tinggal kini hanya Piala Malaysia, piala Liga Super serta piala AFC sahaja yang menjadi harapan tinggi peminat.
Selain bermain di waktu petang serta panas terik, keadaan padang yang teruk adalah antara punca utama kekalahan pasukan Selangor pada perlawanan ini. Corak permainan dengan hantaran-hantaran pendek yang ditekankan oleh Mehmet kepada pemain Selangor walaupun adakalanya berjaya dipamerkan tetapi lebih banyak menyumbang kepada kegagalan. Gol awal yang telah dijaringkan oleh Zamri Morshidi pda minit ke 33 sememangya telah menyentap semangat pemain Selangor. Corak pertahanan yang kurang kemas serta kurang komunikasi antara pemain membiarkan bola melantun tanpa ada sebarang sentuhan dan memudahkan tugas Zamri untuk menanduk masuk menewaskan Farizal Marlias.
Sepatutnya Selangor mampu untuk menjaringkan gol penyamaan malah gol kemenangan seandainya pemain memanfaatkan kelebihan menentang pasukan Sarawak yang bermain 10 orang pada separuh masa kedua. Penjaga gol Sarawak telah dilayangkan kad merah apabila mengasari Fitri Syazwan di luar kotak penalti. Kekebalan benteng pertahanan Sarawak sememangnya amat menyukarkan barisan serangan Selangor untuk menembusi gawang mereka walaupun peluang datang berduyun-duyun.
Apapun diharapkan pemain Selangor dapat melupakan kekecewaan ini dah lebih fokus kepada kejohanan yang lain dihari mendatang. Hilang satu piala tidak bermakna akan hilang kesemuanya. Maju dan perbaiki kelemahan yang ada. Kalau dah rezki nak menang piala, tak kemananya.
cuba lg ek thn dpn ;-)
ReplyDelete