Selama ini mungkin ramai para ibubapa yang tercari-cari laman web khusus untuk penjagaan anak-anak kecil yang berbahasa melayu di alam maya ini. Malangnya tidak banyak yang wujud malah jikalau ada pun sekadar artikel-artikel ringkas dan bukannya penjelasan yang lengkap dalam merangkumi aspek-aspek keselamatan, penjagaan, perubatan serta ilmu mendidik dengan cara yang betul mengikut perkembangan dan usia anak-anak kita.
Alhamdulillah, kini segala pencarian anda sebagai ibubapa yang perihatin terhadap permasalahan mengenai si kecil kesayangan anda telah diwujudkan untuk pengetahuan bersama. Berkat usaha seorang doktor yang ikhlas ingin membantu tanpa ada sebarang yuran bayaran sememangnya harus dipuji. Dengan lebih mesra doktor yang lebih suka di panggil Dr. Nor ini telah mewujudkan page di laman sosial Facebook (FB) sebagai langkah awal untuk pekongsian ilmu kedoktorannya mengenai alam si kecil.
Bukan mudah pada ketika ini untuk mencari mana-mana doktor yang mampu memberi khidmat nasihat terutamanya mengenai penyakit dan ilmu perubatan secara percuma malah jika ada artikel-artikel yang mereka tuliskan pasti kurang lengkap kerana mengharapkan para ibubapa akan berjumpa mereka terus untuk tindakan selanjutnya. Kebanyakkan mereka lebih menjuruskan kepada keuntungan perniagaan dan kurang untuk berkongsi pendapat dalam mengurangkan permasalahan ibubapa. Disini SG tidak salahkan sesiapa kerana Allah sendiri telah menciptakan sifat manusia itu berbeza-beza dan tidak semua mereka ini juga bersikap lebih mementingkan perniagaan. Ada juga yang sama seperti naluri hati Dr. Nor ini cuma masa mereka yang amat terhad serta kurang pengetahuan dalam ilmu untuk menyebarkan maklumat membuatkan penyampaian itu terbatas.
KIDSGUARD adalah nama yang diberikan pada halaman FB yang telah diwujudkan oleh Dr. Nor ini. Page ini telah diwujudkan pada 23 November 2013. Selepas sebulan barulah SG perasan kewujudan page Kidsguard ini. Itupun bukanlah SG mengetahuinya dalam FB, tetapi SG terbaca post Dr. Nor ini didalam laman forum Majalah.com. Dalam post berkenaan beliau amat berharap agar ada orang yang dapat membantu dirinya untuk menyebarkan maklumat tentang kewujudan page Kidsguard ini di halaman FB. Tetapi yang paling menarik minat SG adalah Dr. Nor juga menggalakkan agar para-para blogger untuk mengongsikan maklumat-maklumat yang diberikan dalam blog masing-masing. Memandangkan SG sudah lama berkecimpung dalam dunia blogger serta mempunyai anak-anak kecil yang meningkat besar, jadi apa salahnya SG menyahut cabaran Dr. Nor untuk bersama-sama menyebarkan sesuatu yang baik untuk kepentingan bersama. Tak rugi apa pun malah pahala lagi dapat.
Dalam usaha meningkatkan pengikut page Kidsguard ini, SG pernah jugalah dihubungi oleh seorang hamba Allah yang telah lama berhubung dengan Dr. Nor ini. Kami telah pun berbincang dalam usaha menarik minat pengunjung serta menyebarkan maklumat mengenai kewujudan halaman Kidsguard ini. Pengalaman SG dalam mengendalikan page-page yang besar dan ramai pengikut sememangnya amat membantu untuk menaikkan rangking pengikut page ini. Walaupun seperti kata hamba Allah ni, tidak semua admin page lain sanggup untuk kongsikan link FB Kidsguard ini di wall mereka tetapi kami tetap juga berusaha tanpa ada rasa putus asa. Ahamdulillah jika pada penghujung tahun 2013 lalu pengikut page Kidsguard ini sekadar mengumpul 2 ribu lebih pengikut, sehingga artikel ini ditulis pengikut yang telah mengikutinya bertambah menjadi lebih dari 14 ribu.
Selain di halaman FB, Dr Nor juga sedang dalam proses pembinaan laman web Kidsguard ini. Walaubagaimanapun pada ketika ini web berkenaan masih lagi belum sempurna dan berfungsi untuk tatapan umum. InsyaAllah suatu hari nanti apabila semuanya sudah lengkap, anda boleh lawati web tersebut di http://www.kidsguard.com.my. Seperti yang SG harapkan sebelum ini, SG akan cuba kongsikan beberapa artikel penting yang telah di nukilkan oleh Dr. Nor didalam blog kesayangan SG ini untuk tatapan bersama. Semoga Allah memberi masa dan ruang untuk SG sentiasa beramal.
Sila Layari Kidsguard di :
# Sebarang permasalahan anda mengenai anak-anak boleh diajukan di halaman Facebook Kidsguard ini. Hanya sekadar inbox, InsyaAllah Dr. Nor akan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Untuk mengajukan soalan sila KLIK DISINI
# Terima kasih Dr. Nor kerana sudi berkongsi ilmu. Hanya Allah sahaja akan membalas segala kebaikan yang anda lakukan.
tq bro.YNWA
ReplyDeleteYNWA
Delete