Headlines News :
.
Home » » Gadis melampau menerima padah

Gadis melampau menerima padah

Written By Unknown on Saturday, April 17, 2010 | 02:22

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis   yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.  Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan  ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu  berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum  lelaki...... ' nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan  dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.  'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci  syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal  berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat  menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak  cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada  orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil  hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di  neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah  tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan  dari si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan  perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang  menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan  mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba  perhentian.
 
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka  pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain  mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua  tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan  kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang  tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang  menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu  terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk  menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu   yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi  hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat  tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi  menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah  sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu  Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan  pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw  dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak  sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan  buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan  menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan  kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja   yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh..  Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka  itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan  Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,  dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh  majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga  terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda  berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah  di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
 
Setiap Sultan ada taman  larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara   yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar  dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

 *Dipetik dari  majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu ....
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah,  ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia  - Nak makan,  laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan  Bismillah...
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!  mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak  kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah  kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan  kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi  nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok  nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak  Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama  kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa  susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat -  Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.  .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun  muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke  jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan  di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.  Anda -  Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2..  Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3.  Syaitan - Tak payahlah sebuk2

   Wassalam.   ...

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger