Headlines News :
.
Home » , » Larangan Mendatangi Isteri Ketika Haid

Larangan Mendatangi Isteri Ketika Haid

Written By Unknown on Wednesday, April 7, 2010 | 13:23

Jumhur ulama baik Maliki, Syafie dan Ahmad bersepakat bahawa haram mendatangi (berjima’) dengan isteri yang haid sebelum isterinya itu putus darah haid dan mandi terlebih dahulu sekiranya boleh mendapatkan air untuk mandi dan tiada kemudaratan seperti sakit, sejuk yang bersangatan dan jika tidak dapat mandi maka hendaklah tayamum.

“ Apabila kamu tidak menemui air maka bertayammumlah dengan debu tanah yang suci..” (Surah Al-maidah : 43)

Kecuali Abu Hanifah yang mengatakan boleh bersetubuh dgn isteri yang telah putus darah haidnya jika telah mandi atau berlalu tempoh yang lama dari keringnya darah yang boleh dianggap ianya suci dari haid tetapi pendapat ini lemah dan ditolak oleh jumhur dan juga hujah yang banyak dari riwayat sahabat dan tabien.

Demikianlah juga riwayat dari Mujahid ra (tabien) dalam menafsirkan ayat 222 surah Al-Baqarah ini dengan mengatakan bahawa sucinya wanita dari haid itu ialah dengan putusnya haid dan mandi ( dikeluarkan oleh Abd Razaq no. 1272 dan baihaqi dengan sanad yang sahih).

Firman Allah swt :
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).

Dan sabda baginda salallahualaihiwasa lam : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu urusan maka hendaklah kamu memenuhinya semampu kamu” (hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim no. 3199).

Maka saya memilih pendapat ini yang juga dapat dirujuk oleh dalam Kitab Majmuk Al-Fatawa m/s 354 Jilid 11 Al-Imam Taqiuddin Ahmad ibn Taimiyyah (meninggal 728 Hijrah).

Tambahan dari saya bahawa sekiranya telah mendatangi isteri dalam keadaan beliau (isteri) belum mandi tetapi sudah kering haidnya kerana tidak mengetahui hukum dan persoalan ini maka tiadalah berdosa sebaliknya hendaklah bertaubat dan segera memohon keampunan dan tiada pula kena kafarah (denda) apa-apa.

Namun di tempat sejuk (misalnya di Yaman ini dll) yang memudharatkan mandi 2 kali (untuk haid dan kemudian mandi untuk persetubuhan selepas didatangi suami) maka cukup bagi perempuan itu bertayamum dan kemudian jika masuk waktu solat cukup dia (isteri) bewudhuk jika mampu atau jika tidak mampu cukup bertayamum sekali lagi untuk solat dan tidak perlu ulangi solatnya dan dia (isteri sudah dianggap bersuci) demikian fatwa jumhur ulama yang paling benar.

“ Dan tidaklah bagi orang yang buta itu akan kesusahan dan bagi mereka yang cacat dan mereka yang sakit” (An-Nur : 61).

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger