Headlines News :
Home » » Mengacau dodol raya..

Mengacau dodol raya..

Written By saleehs gerrard on Sunday, September 5, 2010 | 04:16

Hari ni aku betul2 letih. Aku tak sangka pula hari ni kena kacau dodol. Setahu aku, esok barulah operasi ni bermula. Tapi bapaku tukar plan pula tanpa memberi tahu aku..huhuhuhu. Ni semua gara2 malam tadi aku kerja malam. Lepas tu x topup pun tidur kat opis. So pagi tu balik kerja aku terus pergi servis kereta dulu. Dah nak dekat rayakan, Kalau lambat2 lagi nanti, lagi penuh pula workshop tu nanti.
Baru start mengacau

Cadang2nya balik servis kereta ni, boleh ler melelapkan mata, tapi sampai rumah jer lebih kurang dalam pukul 11.15 pagi, anak daraku dah menjerit suruh tolong atuknya mengacau dodol. Koyak aku ari ni. Dengan hati yang rela dalam terpaksa, aku gagahkan juga mengacau juadah ini. Nampaknya baru jer start adengan mengacau ni sebab aku tengok masih lagi cair. Emmm.. dapat ler gak curi2 simpan tenaga.

Dah semakin pekat.. Panas2... weiii

Waktu terus berlalu, semakin lama semakin memekatlah dodol ni. Arkhhhhh.. Masa tu macam2 dah aku rasa, letih, mengatuk, haus.. Emmm.. ikutkan hati nak jer aku minum. Tapi aku masih bertahan. Nasib baiklah aku berdua dengan bapaku bergilir2 mengacau. Kalau aku sorang, mau jer aku terbalikkan kuali ni jer. Panas hati punya pasal..hhehehhe.

berat jer rasanya nak mengacau...

Waktu terus berlalu, jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Aku dah tak tahan gila ni. Dodol dah hampir masak. Kini giliran bapaku pula untuk mengacau. Aku masuk rumah kejap. Pasang kipas. Ingat nak sejukkan badan sekejap ler. Tapi, bukan sekejap, aku terus terlena. hehehehehe.. Sedar2 dah pukul 3.30 petang. Laaa, dah siap rupanya. Bara api pun dah kena padam. Kesian bapak aku. Nasib baiklah dia paham sebab aku satu hari suntuk tak tidur. Kerja malam ler katakan.huhuh. Lagipun memang tiap2 tahun aku jer jadi mangsa keadaan. Harapkan adik beradik lain. Tolong makan mungkin ler kot.. hahahaha.

Dipendekkan cerita Aku terus mandi dan sambung tido balik. Kalau tak tido memang malam nanti aku pengsan la. Dah ler kerja malam lagi ni. Harap2 sedap ler dodol yang aku buat tu. ( tak sempat rasa lagi tu. huhuhuhu)
Share this article :

4 comments:

  1. wah..rajinnya buat lemang. pos mai kedah sikit.

    ReplyDelete
  2. woah, bestnya. terasa raye da dekat. hihi. kat sini x kaco dodol pon.. sob2

    ReplyDelete
  3. dah lama Ustaz Love tak makan dodol.. boleh kirim sikit? Nanti Ustaz Love bagi alamat e-mail ;)

    ReplyDelete
  4. nak bg attachment dodol kat email ke ustaz? hehe

    bestnye makan dodol...meleleh....

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger