Liverpool 2 - 2 Sunderland
Kuharapkan langit akan cerah, rupanya mendung berpanjangan. Tapi lebih baik dari hujan berterusan. Itu sajalah yang boleh aku luahkan untuk perlawanan kali ini.Dengan semangat dahagakan kemenangan, aku sangup mengular dari tempat kerja untuk menyaksikan perlawanan ini di kedai minum berhampiran. Sampai2 je, game dah start & terus gol. Wah, hebat. Aku tak sempat duduk lagi dah gol. Ni yang rasa bersemangat gila nak tengok ni. Jaringan dari Dirk Kuyt pada minit ke 5 yang penuh kontoversi. Ini gara2 bantahan dari pemain2 Sunderland yang mengatakan bahawa, Kuyt berada di posisi ofside. Ia bemula dari kesilapan pertahanan Sunderland Michael Turner yang menghantar bola sepakan percuma kebelakang untuk penjaga golnya, tetapi pantas disambar oleh Torres sebelum melorongkan kepada Kuyt.
Selepas itu Sunderland mula mengawal permainan. Serangan demi serangan dilancarkan sehinggalah pada minit ke 25 Sunderland dihadiahkan penalti setelah bola terkena tangan Poulsen. Hasilnya walaupun reina dapat menyentuh sedikit bola tersebut, tetapi bola sepakan dari Darent Bent itu terus menerjah ke jaring untuk kedudukan 1-1.
Separuh masa kedua, sekali lagi Darent Bent menjadi duru dalam daging apabila menjaringkan gol ke-2 ketika perlawanan baru bermula 3 minit. Tersentak dengan jaringan tersebut, Liverpool mula menyusun strategi dan hasilnya pada minit ke 64, idolaku Steven Gerrard telah menyamakan kedudukan 2-2.
Liverpool terus mengasak untuk mencari gol kemenangan dan diselang selikan serangan balas dari Sunderland. Tapi, apakan daya, nasib masih belum menyebelahi Liverpool walaupun bermain dibumi sendiri. Hakikatnya adakah dengan keputusan seri ini sudah cukup baik?
Nasib baik tak ada bola sepak pantai masuk lagi dalam padang. Corak permainan pun boleh dikatakan meningkat setelah kehadiran semula kuyt. Tengah masih lagi kurang bermaya. kurang kreatif. Nampak masih kurang serasi lagi Gerrard bersama Poulsen. Kita tunggu perlawanan Liga Eropah pagi jumaat nanti. Harap2 perubahan akan terus dilakukan oleh Uncle Roy. Diharap kejayaan akan berkunjung tiba juga.
P/s : takziah kepada penyokong2 CHELSEA & ARSENAL diatasa kekalahan pasukan anda. (Man. City 1-0 Chelsea)(Arsenal 2-3 West Brom). Harap2 malam besok pasukan setan merah pun ikut macam korang juga ye. Amin..
Scoring Summary | |
Liverpool | Sunderland |
Dirk Kuyt (5) | Darren Bent (pen 25) |
Steven Gerrard (64) | Darren Bent (48) |
Match Stats | ||
Liverpool | Sunderland | |
Shots (on Goal) | 14(5) | 10(3) |
Fouls | 19 | 8 |
Corner Kicks | 3 | 3 |
Offsides | 1 | 1 |
Time of Possession | 55% | 46% |
Yellow Cards | 3 | 1 |
Red Cards | 0 | 0 |
Saves | 1 | 3 |
Match Information |
Stadium: Anfield, England Attendance: 43,626 Match Time: 14:00 GMT Referee: Stuart Attwell |
wei..mana ko nyer chat box ..puas den cri..
ReplyDeletesalam singgah..tp sy bukan pminat bola :D
ReplyDeletego liverpool go;)chaiyok2..
ReplyDeleteharap pada gerrard la juga. kalau gerard pindah Real madrid macamana?
ReplyDeleteterpaksa ler aku pun bpindah ke real madrid gak..hahhahahah.. ikut idola ma.. hahahhaah
ReplyDeleteaku dah ckp, dgn yang boleh makan dia draw..tiap taun mcm ni la...
ReplyDeletebalas kunjungn balek^_^
ReplyDeletebtw...dah ade ank ke??
ReplyDeleteklu belum...x nk klik nuff la...hehehe=p