Headlines News :
.

Hari Kelima Percutian Sabah 2011 - Tawau ke LCCT (last day)

Written By Unknown on Friday, April 15, 2011 | 17:27

Diharap sudi membaca artikel berkaitan dibawah ini terlebih dahulu:

PART 1 : SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak
PART 2 : Hari Pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu
PART 3 : Hari Kedua Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau
PART 4 : Hari Ketiga Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu ke Tawau
PART 5 : Hari Keempat Percutian Sabah 2011 - Tawau dan Semporna

Isnin 21 February 2011

Salam semua, sudah hampir sebulan SG pulang dari bercuti, hari ini, barulah SG berkesempatan untuk melengkapkan kisah percutian SG di Negeri Di Bawah Bayu ini. Jika dulu, aktiviti SG yang selalunya hanya dipenuhkan dengan menghadap komputer untuk blog walking, tetapi kini, kegiatan luar membataskan semua kegiatan online. Alhamdulillah, hari ini SG diberikan sedikit masa untuk melunaskan hutang cerita percutian di Sabah untuk hari terakhir.

Hari ini tiada aktiviti awal2 pagi yang dirancang. Bangun tidur pun, rasanya matahari dah nak terpacak. Saja melajak2kan tidur bagi melepaskan kepenatan yang masih menyelubungi diri masing2. Apa yang pasti, aktiviti pertama kami, ialah mempacking barang2 bagi persiapan awal check out apartment untuk pulang ke semenanjung. Biasalah kalau dah pergi bercuti ni, pergi beg ringan. balik beg padat dan bertambah lagi kotak2 bagi mengisi lebihan barangan.

Lebih gaya dari membeli
Cenderamata yang menjadi pilihan
Mercu tanda Tawau dihadapan bangunan pasar tanjung
Jam 12 tengahari, kami sudah mula check out Apartment Kuhara ini. Kami hanya meletakkan beg2 kami di ruang lobi apartment. Flight pukul 6.50 petang, jadi kami telah pun membuat temu janji bersama sahabat blogger Tawau Myna & Dymna. Dengan menggunakan Toyota Avanza Myna, kami dibawa ke pasar gantung untuk membeli lagi keperluan yang belum terbeli. Sebenarnya tiada apapun yang kami beli sangat, sekadar cenderahati dan sedikit pakaian sebagai kenangan. Pusing2 disitu pun, hampir 2 jam juga menghabiskan masa.

Gerai tumpuan di Highway
Pilihan menu
Kemudian, kami dibawa pula untuk makan tengahari. Mengikut kata sahabat2 SG orang Tawau yang bekerja diSemenanjung, kalau nak makan yang sedap makanlah di Highway (betul ke ejaan SG ni?). Jadi atas permintaan SG, Myna pun membawa kami ke sebuah restauran di situ. Menu yang yang jadi pilihan kami ialah nasi lalap. Apa guna percutian kalau kita tak nak mencuba masakan tempatan. SG masih ingat lagi masa SG kecil2 dulu. Masa tu abang SG, Koding menyuruh SG mengoder makanan yang pelik2 sewaktu SG dibawa berjalan2 olehnya. Katanya, kalau setakat makanan biasa, kat rumah pun ada. Betul juga katanya. Jadi memang sekarang ni, sudah menjadi kebiasaan SG, apabila melancong kemana2, pasti resepi tempatan yang akan SG cuba. Sedap atau tidak, lepas makan baru komen.

Muka2 kelaparan
Nasi Goreng Lalap
Nasi Lalap
Nasi lalap ni nampak simple, tetapi baik lauk ayam atau ikan bawalnya bukan main besar lagi. Boleh dikatakan seketul ayam @ seekor ikan tu, boleh dimakan berdua. Bila dah makan, memang puas hati. Lagi2 tuan empunya kedai adalah warga Indonesia. Mula2 kami ingatkan mereka ni anak tempatan, tetapi setelah diberitahu oleh SJ, SG cuba mencuri2 dengar perbualan mereka. Memang sah speaking jawa. Jadi kami dua beradik pun, mencelah ler juga speaking Java ni. selidik2 mereka ni dari Surabaya. Tak sangka juga, mereka yang seketurunan dengan SG ada diTawau ini. Dari segi bayaran makanan pula, kami kira masih murah. 9 orang makan dengan air semua, baru RM50. Samada memang murah atau disebabkan kami boleh bercakap jawa, itu kena tanya tuan empunya kedai. Yang penting perut kami dah kenyang. Alhamdulillah.

SG, SJ, Myna & Dymna
Keluarga SG bersama Myna & Dymna
Selepas itu, sesi fotograf berlangsung di persisiran pantai di Highway ini. Kami mengabadikan kenangan bersama sahabat2 blogger untuk dijadikan kenangan. Kalau dulu isteri SG mengatakan bahawa blog itu hanya membuang masa, tetapi kini barulah dia tahu, bahawa dunia blog ini bukan hanya sekadar meluahkan isihati sahaja. Tetapi mengeratkan lagi talian persaudaraan serta meramaikan lagi sahabat2 baru yang sudi membantu apabila kita berkunjung di tempatnya.

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Maka terpaksa melepaskan kemesraan yang baru terbina bersama geng2 blogger tawau ini, untuk kembali ke apartment. Pengangkutan untuk menghantar kami ke airport telah menunggu. Dengan berat hati, kami merelakan perpisahan ini, dan berjanji akan kembali ke sini untuk trip percutian yang lebih menarik lagi.

Airport Tawau

Jam 4.30 petang kami telah pun berada di airport untuk check in. Sementara menunggu untuk waktu pelepasan, kami bergurau2 sekadar menghilangkan kebosanan. Akhirnya tepat jam 7 malam, pesawat kami mula meninggalkan bumi dibawah bayu ini dengan seribu kenangan indah. Alhamdulillah penerbangan selama 2 jam 45 minit selamat tiba di KLIA. Setelah semua urusan selesai, SG terpaksa berpisah dengan SJ untuk menuju ke rumah masing2. IsyaAllah, jika masa mengizinkan lagi, kami akan kembali lagi untuk misi menawan pulau2 pula.

Tenggelamnya aku demi mengejar cita2

Written By Unknown on Saturday, April 2, 2011 | 04:49

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Apa khabar sahabat2 SG. Lama sungguh SG tidak mengemas kinikan blog ini. Bukan saja nak update, nak BW pun tak berkesempatan. Rasanya 2 minggu juga SG menghilangkan diri. Adakah SG sudah bosan dengan dunia Blogger? Emmmm.. mungkin tidak.

Sebenarnya semenjak penghujung February lagi masa untuk berblog ini amat terhad sekali. Sekembalinya bercuti dari Negeri Sabah bersama keluarga di penghujung February lalu, Masa SG banyak di penuhkan dengan aktiviti2 luar serta memenuhi temu janji bersama pelanggan. Boleh dikatakan, sehingga kini kerja part time SG ni lebih penting dari kerja full time. Bayangkan, dah sebulan lebih pulang dari bercuti, posting mengenai percutian pun tak sempat nak dihabiskan. Padahal tinggal sehari lagi, iaitu posting hari terakhir di Negeri Sabah. Maafkan SG wahai Myna & Dympna kerana hari terakhir itulah yang amat bermakna pada kami. Pertemuan sahabat2 blogger Selangor & Sabah di Tawau. Malangnya belum sempat lagi nak bercerita. Ingatkan SG saja yang tak sempat nak update, rupanya Kakak SG si SJ ni pun langsung tenggelam. Rupa2nya nasib kami adik beradik ni serupa. Bercuti 5 hari, tapi nak cover balik berbulan2. aduhaiiii. InsyaAllah selepas ini SG akan cuba habiskan cerita percutian SG ini.

Sehingga hari ini, masa bersama keluarga amat terhad. Rumah seperti hotel. Anak2 dan isteri pun dah naik bengang je dengan SG. Mana taknya, baru nak bergurau senda dengan keluarga, dah berdering hp. Member ajak keluarlah, Customer nak jumpalah. Emmmm. Apa nak dikatakan. Terpaksalah bersabar demi mengejar kesempurnaan hidup. Berjaya pun bukan untuk orang lain. Ahli keluarga juga yang merasai kejayaannya.

Apapun diharap bermulanya bulan April ini, SG dapat menyelesaikan semua kerja2 SG. Walaupun kerja2 ini tak akan habis, tapi sekurang2nya SG dapat mengimbangi dengan kehidupan seharian SG seperti dulu. Tapi SG hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Begitulah juga dengan kejayaan SG. SG hanya berusaha, berdoa dan tawakkal, Selebihnya Allah saja yang berhak untuk menterjemahkannya. Semoga penat lelah & usaha SG selama ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin...
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger