Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 2013/14 (Game 27) - Liverpool 4-3 Swansea

BPL 2013/14 (Game 27) - Liverpool 4-3 Swansea

Written By Unknown on Monday, February 24, 2014 | 02:29


Liverpool sekali lagi terpaksa berhempas pulas bagi memastikan tiga mata berharga terus menjadi habuan berharga pada perlawanan ke 27 liga bagi musim ini. Bermain dihadapan penyokong Liverpool dan di stadium Anfield bukanlah alasan untuk pasukan Swansea mudah mengaku kalah malah tentangan sengit berjaya dipamerkan.

Bersama-sama kejar mengejar menjaringkan gol membuatkan kita berdebar-debar untuk menantikan keputusan penuh selepas tamat perlawanan. Walaupun pada awalnya kelihatan Liverpool bakal mengadakan majlis kenduri gol, tetapi ia berjaya dinafikan oleh pemain-pemain Swansea. Bayangkan dalam masa 20 minit terawal, Liverpool berjaya mendahului 2-0 melalui jaringan Sturridge dan Henderson, dalam masa 6 minit selepas itu juga Swansea berjaya menyamakan kedudukan 2-2 melalui Shelvey dan juga Wilfried.


Dimanakah silapnya? Kelemahan di barisan pertahanan yang dikemudi oleh Skrtel dan Agger nampak terlalu longgar dan mudah untuk ditembusi. Yang terbaiknya, selepas menjaringkan gol, Shelvey tidak pun membenarkan kawan-kawannya meraikan jaringan tersebut malah mengangkat tangan sebagai tanda hormat terhadap penyokong Liverpool dan bekas pasukannya. RESPEK!!!!!!!!!


Sturridge terus membuktikan bahawa beliau addalah penyerang terbaik apabila berjaya membawa Liverpool mendahului 3-2 sebelum tamat separuh masa pertama. Tidak lama selepas separuh masa kedua bersambung, Skrtel telah membuat kesilapan yang besar kerana telah membuat sekatan kepada Wilfried di dalam kotak penalti. Suka atau tidak, Liverpool terpaksa menerima keputusan pengadil untuk memberikan Swansea sepakan penalti. Walaupun Mignolet berjaya membaca arah sepakan penalti tersebut, tetapi sedikit kelewatannya untuk merebahkan badan membuatkan Wilfried berjaya menyempurnakan sepakan penalti ini.


Seperti orang kata, kalau dah rezeki tak kemana. Begitulah kisahnya dengan jaringan kemenangan yang dijaringkan oleh Henderson. Walaupun percubaan pertamanya berjaya dinafikan oleh penjaga gol Swansea, tetapi tindakan beliau yang terus meluru kehadapan berjaya menyudahkan bola muntah untuk menjadikan keputusan 4-3 hingga tamat perlawanan.

Suarez terus buntu untuk membuat jaringan. Jika beberapa perlawanan sebelum ini beliaulah mesin gol bagi Liverpool, tetapi kini beliau sedang melalui zaman kemarau yang berpanjangan. Nasib baik assist-assist beliau banyak membantu rakan-rakannya untuk menjaringkan gol. Kira berjasa jugalahkan.


Secara keseluruhannya Liverpool masih lagi bermain pada tahap yang baik cuma adakalanya keghairahan memburu gol membuatkan pertahanan menjadi longgar. Sikap suka bermain-main didalam kawasan sendiri kerap juga hampir memakan diri sendiri. Apapun tempat ke-4 liga terus dimiliki oleh Liverpool untuk terus mengekori rapat tiga pasukan diatas. Harapnya tiga pasukan teratas tersebut akan melakukan kesilapan pada perlawanan akan datang bagi memudahkan Liverpool untuk memintas dan mengungguli carta liga pada akhir musim. YNWA.....


LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Skrtel, Agger (Toure), Flanagan, Gerrard, Henderson, Sterling (Allen), Coutinho, Suarez, Sturridge (Moses)
SUBS : Jones, Teixeira, Toure, Moses, Allen, Aspas, Cissokho

SWANSEA : Vorm, Rangel, Chico Flores, Williams, Taylor, Britton, de Guzman (Hernandez), Shelvey (Canas), Dyer (Ngog), Routledge, Bony
SUBS : Tremmel, Amat, Tiendalli, Canas, Hernandez, Emnes, Ngog


Liverpool vs Swansea (4 - 3) ~ All Goals... by SportChannel



Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger