Liverpool dibebani masalah membayar gaji 30 juta pound (RM150 juta) untuk sekumpulan pemain yang 'tidak dikehendaki' musim depan, jika mereka gagal disingkirkan. Pemain-pemain kurang efektif seperti Milan Jovanovic dan Joe Cole sahaja menerima gaji 12 juta pound (RM60 juta), biarpun beraksi hambar pada musim pertama.
Skuad Reds terdesak menjual beberapa pemain yang tidak lagi diperlukan khidmat mereka dalam revolusi Anfield di bawah kendalian Kenny Dalglish. Namun, dengan begitu ramai pemain yang meraih kontrak lumayan di bawah regim terdahulu, usaha memindahkan mereka adalah satu perkara yang memeningkan pengurusan tertinggi Liverpool. Ia menyebabkan bos The Kop berdepan bebanan perlu membelanjakan 600,000 pound (RM3 juta) seminggu untuk membayar gaji kepada sekumpulan pemain terbabit yang sudah dianggap 'kayu mati'.
Pemain Serbia, Jovanovic, merupakan antara penerima gaji tertinggi dengan setengah juta pound setiap bulan dan bekas bintang Chelsea, Cole tidak jauh di belakang dengan gajinya 110,000 pound seminggu. Tiada siapa di antara dua pemain itu berjaya merebut tempat dalam skuad utama. Jovanovic hanya memulakan lima perlawanan dalam kesebelasan utama musim lalu, sekali gus merugikan Reds 1.2 juta pound (RM6 juta) setiap perlawanan.
Seorang lagi pembelian gagal, Chrisitan Poulsen yang berhijrah ke Anfield dari Juventus dengan reputasi antara bintang terhebat Denmark, hanya beraksi sembilan kali dalam liga, justeru kos dibiayai Liverpool untuk khidmatnya sekitar 300,000 pound (RM1.5 juta) setiap perlawanan. Liverpool menerima tamparan besar berikutan kegagalan menjual Poulsen ke dua kelab Belgium, Anderlecht dan Bruges, yang menarik diri daripada rundingan selepas mengetahui gaji mahalnya. Tercicir ke Liga Kejuaraan mungkin tidak mematahkan niat West Ham untuk membawa Cole kembali ke Uptown Park, namun saiz gajinya cukup menakutkan.
Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga', pusat latihan Liverpool pada bulan depan juga akan menerima kepulangan 'bintang-bintang' yang dipinjamkan ke kelab lain musim lalu. Antaranya Alberto Aquilani (Juventus), Paul Konchesky (Nottingham Forest), Nabil El Zhar (PAOK Slonika), Phillip Degen (Stuggart).
Liverpool perlu menyingkirkan seberapa banyak pemain yang mungkin untuk membuka laluan kepada kemasukan rekrut baru yang kini dalam senarai dikehendaki seperti Stewart Downing dan Gael Clichy. - AGENSI
Sumber : Utusan Online
Beban Liverpool membela ayam pencen
Written By Unknown on Thursday, June 16, 2011 | 13:02
Labels:
18. Liverpool,
News
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !