Kelantan 1-2 Terengganu.
Stadium Nasional Bukit Jalil.
11 Jun 2011Sememangnya hebat perlawanan Final Piala FA malam semalam antara Kelantan dengan Terengganu. Rasanya lebih hebat dari Final Champion League lalu antara Barcelona dengan Man U. Statistik perlawanan yang tidak berat sebelah, saling berlawan menyerang serta menjanjikan debaran kepada peminat2 yang menyaksikan perlawanan itu samaada di stadium ataupun dirumah.
Tahniah kepada pasukan Terangganu kerana berjuang mati2an untuk dinobatkan sebagai juara Piala FA bagi musim 2011 ini. Tidak dinafikan, semangat juang yang tidak mudah kalah menjanjikan kemenangan mutlak milik mereka. Sememangnya adat dalam perlawanan bola sepak, sudah pasti ada yang menang dan kalah. Yang pastinya selagi belum kedengaran lagi bunyi wisel penamat, selagi itulah setiap pasukan kena berjuang mati2an samaada pada kedudukan selesa atau sebaliknya.
Ungkapan 90 minit perlawanan adalah perkara biasa yang kita dengar. Mungkin pemain pasukan Kelantan sedikit alpa pada perlawanan akhir malam tadi. Dengan berbekalkan jaringan satu gol, bagi mereka sudah memadai unttuk menjulang piala FA ini. Tetapi impian mereka musnah dikala baki perlawanan hanya tinggal 1 minit sahaja untuk ditamatkan dan ketika itu sebilangan kecil penyokong2 Terengganu sudah mula meninggalkan stadium. Alangkah sedihnya insan yang bernama DAUDSU. Dialah pamain yang menjadi punca perlawanan perlu dilanjutkan kemasa tambahan. Sewaktu penyokong2 Kelantan sudah bersorak gembira menantikan tiupan wisel terakhir dari pengadil, Daudsu berusaha menjadi penyelamat untuk menanduk keluar bola dari gawang golnya. Malangnya dia tertanduk bola kearah gawang sendiri untuk menjadikan kedudukan berubah menjadi 1-1.
Masa tambahan 30 minit tidak disia2kan oleh pemain Terengganu. Hasilnya Nordin Alias berjaya menjaringkan gol untuk Terengganu mendahului dengan 1-2 hingga tamat perlawanan. Alangkah sedihnya penyokong2 Kelantan. Terpaksa meratapi kehilangan Piala FA yang awalnya sudah berada digenggaman. Tak sia2 baju Irfan Bakti basah kuyup dek peluh. hehehhehe. Apapun tahniah kepada kedua2 pasukan Pantai Timur ini. Kalau dulu mereka dipandang rendah, tapi kini tidak lagi. Bagaimana pula dengan pasukanku Red Giants? Adakah masih belum berpijak dibumi nyata dan masih terumbang ambing.
Inilah sebenarnya wira pasukan Terengganu pada perlawanan malam semalam. Walaupun Daudsu adalah pemain bagi pasukan Kelantan, tetapi gol jaringan sendirinya adalah penyambung nyawa bagi Terengganu dan seterusnya memberi laluan peluang untuk muncul juara.
MORAL : Apa yang perlu pemain belajar pada perlawanan malam tadi ialah, walaupun sudah mendahului, mereka tidak sepatutnya perlu membuang masa dengan melambat2kan permainan. Pura2 injured, lebih bertahan dari menyerang. Bagi penjaga gol pula, bola tak merbahaya pun saja nak rebah2kan badan. Alasan nak melambat2kan permainan. Akhirnya makan diri sendiri. Buanglah sikap suka melengah2kan masa. Walaupun kejuaran itu penting, tapi mutu permainan perlulah diutamakan.
Daudsu layak penghargaan daripada Terengganu..
ReplyDeletegame borink.. sempat terlelap
ReplyDeleteYang best tentang Julai 2011