Headlines News :
.

Kuari untuk dijual - Nilai, Negeri Sembilan

Written By Unknown on Friday, April 30, 2010 | 00:01

gambar hiasan

Keluasan : 84 ekar
Status : Pertanian
Document : Hasil Kajian, permit, plan & pertukaran hak milik syarikat.
Lokasi : Mukim Labu, Nilai, Negeri Sembilan
Harga : 10 juta bdr
Hubungi : Salleh - 0192617430/0122810641
             

UPDATE - THIS LAND SOLD OUT

Kawasan pasir untuk dijual

Written By Unknown on Thursday, April 29, 2010 | 00:38

gambar hiasan

Keluasan : 124 ekar
Status : Pembangunan
Document : Plan & geran
Lokasi : Semenyih, Selangor
Harga : 14 juta bdr
Hubungi : Salleh - 0122810641/0192617430

p/s : Selain untuk pengeluaran pasir, ia juga sesuai untuk projek pembangunan .


UPDATE - THIS LAND SOLD OUT

Mencari Permata Yang Hilang

Written By Unknown on Saturday, April 17, 2010 | 15:40

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
 
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar benar takwa, bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling baik di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah : “ Mencari Permata Yang Hilang”.
 
Sidang Jumaat Yang di rahmati Allah,
 
Allah SWT mengutuskan Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam keadaan mendapat tentangan masyarakat . Ketika permulaan Islam di Mekah, bilangan pengikut  amat sedikit terdiri daripada ahli keluarga terdekat dengan Rasulullah dan dari kalangan hamba serta orang miskin. Mereka ditindas dan diperlakukan seperti manusia yang tidak punya nilai dan harga diri. Berkat kesungguhan Rasulullah SAW, para sahabat dan generasi awal Islam dalam menyebarkan risalah tauhid, maka Islam telah berkembang keseluruh pelosok alam dan menjadi penawar serta penjana dalam membina ketamadunan, yang mana rahmat, hikmah, dan manafaatnya dapat dirasai oleh seluruh umat manusia. Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107:
Maksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
 
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
 
Sejarah mencatatkan bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangan di zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin di Madinah, zaman  pemerintahan Umawi di Damsyik  dan zaman kerajaan Abbasiyah di Bahgdad. Kerajaan-kerajaan ini menjalankan dasar perluasan kuasa dan menyebarkan Islam sehingga dapat menguasai satu pertiga dunia  yang meliputi Semenanjung Tanah Arab, Parsi, sebahagian Empayar Rom, Afrika Utara, Sepanyol, Perancis dan Turki.
 
          Malangnya kegemilangan Islam ini tidak dapat bertahan, kerana umat Islam pada ketika itu dilanda masalah dalaman dan tekanan dari luar, pemerintahan yang tidak cekap, mabuk dengan kemewahan dan hidup dengan keseronokkan, lupa diri daripada mengingati Allah SWT. Negara-negara yang dikuasai pada ketika itu satu demi satu terlepas dari penguasaan kerajaan Islam.  Kerajaan Islam yang terakhir di bawah sistem Khalifah adalah kerajaan Uthmaniah di Turki.  Ini digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim:
Mafhumnya: “ Dari Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan kesukaraan(asing) . dan ia akan kembali asing pula. maka beruntunglah orang-orang yang asing”(orang Islam yang menghadapi kesukaraan ini ).
 
 
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
 
Kita merasa amat sedih sekali, kerana kegemilangan Islam yang kita bangga-banggakan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Suatu masa yang kita ketahui sebagai zaman kegelapan barat, adalah zaman bangkitnya  kemajuan ilmu dan ketamadunan Islam yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah di sebelah Timur iaitu sewaktu pemerintahan Kerajaan Abbasiyah yang dipimpin oleh barisan Khalifah yang berwibawa. Nama Islam pada masa itu harum seluruh alam. Berbagai penerokaan ilmu baru yang dipelopori oleh para ulama’, para sarjana atau ilmuan Islam pada ketika itu, antaranya bidang perubatan dipelopori oleh Ibnu Rusyd, bidang psikologi dan emosi diasaskan oleh Ibnu Sina, ilmu Astronomi dipelopori oleh al-Khawarizmi dan berbagai lagi cabang penerokaan ilmu yang masih belum dikaji oleh orang-orang barat. Berbagai inovasi baru yang diterokai oleh umat Islam masa itu. Justeru, terbukti kepada dunia bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah agama universal, tunjang dan akarnya adalah dalam bentuk hubungan dengan Allah SWT, manakala dahan dan rantingnya adalah mencakupi aspek kehidupan bermasyarakat, bermuamalah dan bernegara.
 
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
 
Kegemilangan dan ketamadunan Islam yang selalu kita ceritakan kepada anak cucu kita, kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Kegemilangan dan ketamadunan itu telah hilang disebabkan kealpaan umat Islam itu sendiri. Dengan hanya bercerita sahaja, ia tidak akan dapat mengubah apa-apa fakta sejarah lampau tersebut, melainkan kita sendiri berusaha mencari hak-hak umat Islam yang telah hilang atau terlepas dari gengaman tangan umat Islam suatu ketika dahulu. Antara langkah-langkah yang seharusnya kita lakukan ialah:
 
1)                 Kita hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Dalam masa yang sama  kita tanamkan keyakinan kita kepada Allah SWT dan mempertahankan hak Islam. Maka barulah kita dapat membina semula kekuatan yang Allah SWT kurniakan kepada generasi terdahulu, yang sanggup berjuang demi kasih dan cinta mereka terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, mengatasi cinta dan kepentingan kepada diri mereka sendiri, keluarga dan harta benda.
2)                 Kita hendaklah menjadikan agenda penguasaan ilmu sebagai teras atau tunjang kemajuan sains dan teknologi dalam membina ketamadunan baru yang mempunyai identiti, jati diri dan acuan tersendiri.
3)                 Seiring dengan kemajuan menuju kecemerlangan, kita tidak dapat lari dari memperkasakan aspek pembangunan insan dan jati diri. Kerana apa guna negara kita maju, tetapi masyarakat atau rakyatnya hidupnya dalam ketakutan kerana banyak berlakunya kes-kes jenayah, gejala sosial, keruntuhan akhlak dan sebagainya.
4)                 Jangan kita cepat merasa puas dengan apa yang telah kita capai, kerana indeks atau penanda aras suatu tahap kemajuan itu akan sentiasa berubah pada setiap masa. Justeru, kita mesti melipatgandakan usaha kita untuk mencapai ke suatu tahap yang lebih tinggi.
5)                 Konsep taawun iaitu bertolong bantu dalam memajukan saudara-saudara seagama . Tidak kiralah apa bentuk dan bidang, umpamanya pertukaran teknologi makanan dan pertanian, perkongsian teknologi maklumat, pertukaran tenaga kepakaran dan berkemahiran tinggi dalam industri jentera berat dan sebagainya. Ini semua dapat membantu dan supaya ukhuwah Islamiah itu akan menjadi lebih kukuh demi menjaga hak-hak dan kepentingan Islam itu sendiri.
6)                 Kita umat Islam hendaklah meletakkan keyakinan yang sepenuhnya dan kebergantungan kita kepada Allah SWT, tidak pada yang lain. Kerana hidup dan mati kita hanya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata.
 
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
 
Mimbar ingin berpesan kepada semua bahawa inilah butir-butir permata yang kita mesti cari, dan mesti kita kutip kembali dari gengaman pihak-pihak yang telah merampasnya dari generasi awal Islam yang telah menghancurkan khidmat dan bakti mereka terhadap Islam dan umatnya. Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A:
Mafhumnya: “ Kata-kata hikmat itu telah hilang (terlepas) dari orang mukmin,maka di mana sahaja kamu dapatinya, maka kamu lebih layak memilikinya”.
 
Maksud: “Hai orang yang beriman! Jagalah dirimu. Orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Kepada Allahlah tempat kembalimu semuanya, maka Ia akan menerangkan kepadamu apa yang kamu lakukan.(Surah al-Maa’idah ;105)”

JANGAN rampas zaman kanak-kanak!


 
Tragedi Siti Nur Zubaidah

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sedikit ketinggalan untuk memberi komen tentang hal ini kerana kesuntukan masa dan sibuk pula membaca artikel tentang ini dari pelbagai sumber untuk mendapatkan info yang tepat tentang ‘tragedi’ ini. Mengapa saya sebut ‘tragedi’, ya? Masakan tidak, saya sebut tragedi kerana kanak-kanak berusia 11 tahun ini diculik dan dilarikan oleh ‘suami’ selama 20 hari dan ditinggalkan pula seorang diri di sebuah surau yang jauh beratus kilometer dari kampung halamannya, dalam keadaan lapar dan ketakutan. Bagaimanakah perasaan anda sebagai seorang ibu... CORRECTION : Bagaimanakah perasaan anda sebagai seorang ayah tegar ‘melepaskan’ anak gadis suntinya mengikut ‘suami’ yang 30 tahun lebih tua [sebaya anda, lah!] dan sudah beristeri pula?

Sehingga entry ini dimasukkan, saya terbaca di Hmetro 19/03/2010,
Siti Nur Zubaidah masih trauma, kelihatan sugul dan enggan bercakap dengan ahli keluarganya, terutama ayahnya. Saya dapat bayangkan, kepercayaan dan perasaan bergantung harap anak ini terhadap ibu dan ayahnya telah HILANG sama sekali! Sanggupkah kita menenggut kepercayaan anak-anak terhadap diri kita sendiri? Bagaimanakah masa depan kanak-kanak ini jika dia tidak lagi mempercayai ibu dan ayahnya sendiri?

Saya masih ingat ketika berusia 10~11 tahun, saya masih tidak tahu memasak, segala keperluan saya seperti pakaian, makanan dan minuman semuanya disediakan mak. [NB: Saya start belajar memasak ketika usia 19 tahun... hik.. hik... Itupun sebab merantau ke negara orang dan terpaksa berdikari]. Apa yang saya buat cuma belajar, bermain teng-teng, zero-point, konda-konde, batu seremban, menonggang basikal dan belajar, serta sekali sekala menonton TV cerita kegemaran saya. Pada usia itu juga, saya sibuk berlatih meniup ‘recorder’ kerana berjaya menempatkan diri dalam pasukan pancaragam sekolah. Leka bermain hingga ke lewat petang, kadang-kadang mak yang jerit, “Pergi mandi, dah nak maghrib ni!” Itulah saya, pada usia 10~11 tahun. Saya percaya, kanak-kanak zaman sekarang juga masih berperangai seperti saya, cuma corak permainan sahaja yang berbeza.

Beberapa kes perkahwinan baru-baru ini seolah-olah mengeksploitasi dunia seorang kanak-kanak. Kita seperti kembali ke zaman 60-an dan 70-an dulu apabila isu kahwin budak timbul kembali. Mungkin benar, dulu budak seusia 10 tahun sudah pandai membasuh, mengemas, menjaga adik dan juga memasak. Ini adalah prasyarat utama bagaimana dulu rata-rata pada usia ini mereka sudah dikahwinkan. Perlu berbalik pada realiti zaman ini, pada usia 10 tahun, kanak-kanak ini masih aktif bermain, belajar dan kurang arif menguruskan diri masing-masing apatah lagi diminta untuk mengemudi sebuah perkahwinan.

SADiS sungguh rasanya melihat dua kes perkahwinan yang berlaku di Kelantan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di Jelawang, dan satu lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang berkahwin lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas. Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana perasaannya jika anak saya sendiri dan mungkin ahli keluarga terdekat kita mengalaminya. Perit dirasai apabila zaman remaja kanak-kanak itu dirampas dan tidak akan merasai alam remaja dan terus masuk ke alam dewasa disebabkan tanggungjawab sebagai isteri.

Seorang lelaki fitrahnya, mesti menginginkan si isteri berfungsi dengan baik untuk menguruskan rumah tangga. Saya cuba menggambarkan apakah kesudahannya jika si isteri yang masih lagi kecil ingin terus bermain-main, tidak menguruskan rumahtangga dan gagal untuk mendidik zuriat yang dilahirkan. Suami mungkin boleh bersabar lagi dalam tempoh dua atau tiga tahun pertama tetapi bagaimana tahun berikutnya?

Kanak-kanak berusia 10 tahun secara LOGiKnya, masih belum matang untuk mengetahui hakikat sebuah perkahwinan. Mereka masih perlu didikan dan perhatian ibu bapa. Mereka masih belum punya perasaan tertarik untuk berkasih-sayang dengan kaum berlainan jantina... oh... sudah adakah perasaan sebegitu? Apa yang pasti, MUSTAHiL mereka meminta untuk dikahwinkan.

Seperti di dalam artikel-artikel yang saya titipkan di laman ini (boleh rujuk entry berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah), JELAS, perkahwinan yang dilakukan tanpa persetujuan kanak-kanak sememangnya menggugat emosi, sosial, dan perkembangan fizikal kanak-kanak dan ternyata membebankan diri mereka sendiri sedangkan fizikal dan mental mereka masih tidak dapat menerima situasi seperti ini.

Perkahwinan bawah umur tentunya memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak jika keadaan itu berleluasa tanpa ada sebarang sekatan. Kesan yang dapat kita lihat adalah dari segi mental dan fizikal. Kesan mental merujuk kepada tekanan perasaan yang ditanggung kanak-kanak itu apabila dibebani tanggungjawab seorang isteri yang tidak dapat difahami oleh mereka yang masih keanak-anakan. Manakala kesan pada fizikal pula merujuk keadaan tubuh kanak-kanak itu yang tidak mampu memenuhi tuntutan batin suami seperti isteri yang sudah dewasa. Selain itu, apa yang paling penting adalah pendidikan kanak-kanak itu akan terabai kerana dari kecil dibebankan tanggungjawab seorang isteri.

Perkahwinan paksa bagi remaja bawah umur dikenal pasti penyebab utama keciciran golongan ini daripada peluang pendidikan, di samping terdedah kepada komplikasi kesihatan jika mereka hamil dan melahirkan anak pada waktu usia muda.

Bukankah Islam menuntut mereka yang berkahwin agar mencari pasangan yang sekufu? Sekufu bukan sahaja dari segi tahap pemikiran, pendidikan, kualiti hidup (kaya atau miskin) dan juga usia, bak kata pepatah, 'pipit sama pipit, enggang sama enggang'. Jika perbezaan usia sangat ketara seperti anak dengan ayah dan bukan seperti suami isteri selayaknya, adakah mereka sekufu? Ada jaminankah mereka hidup bahagia? Ada jaminankah si isteri tidak dianiaya? TOLAK ke tepi jika mahu memberi contoh perbezaan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a. kerana personaliti, perwatakan, ilmu dan ketaqwaan Rasulullah SAW (dan para sahabat sezamannya) tiada tara tandingan dengan kaum lelaki pada zaman sekarang, perbezaannya seperti LANGiT dengan kerak BUMi rasanya!

Dengan setiap perkara yang berlaku di dunia pada hari ini, kadang-kadang kita sendiri berasa pelik dan hairan dengan tindakan yang dilakukan oleh si ‘pelik punya species’ yang bertunjangkan nafsu. Saban hari kita disogokkan dengan kes perceraian di sana sini, kini ditambah pula yang perkahwinan dengan kanak-kanak? Apa nak jadi dengan masyarakat hari ini? Jangan hanya kata ingin mengikut sesuatu yang dikatakan sunnah semata-mata sedangkan hanya mengikut tuntutan nafsu!

Ulul Albab: Hukum khusus bagi Nabi tak boleh dikongsi

Oleh Abdurrahman Haqqi

Pernikahan Rasulullah dengan Aisyah yang di bawah umur dijelas dalam Surah al-Ahzab

IMAM al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya, al-Jami’ li Ahkam al-Quran yang berjumlah 20 jilid besar itu menyatakan: “Perkara ke 16, Allah SWT mengkhususkan untuk Rasul-Nya hukum hakam syarak yang tidak dikongsi oleh umatnya sama ada yang berkaitan dengan hukum wajib, haram mahupun halal sebagai kelebihan Baginda di atas umatnya. Ada hukum yang diwajibkan ke atas Baginda tetapi umatnya tidak diwajibkan; begitu pula ada yang diharamkan ke atas Baginda sedangkan ia tidak diharamkan ke atas umatnya; dan ada juga perkara yang dibenarkan untuk Baginda, manakala umatnya tidak dibenarkan melakukannya.

Bagaimanapun, hukum-hakam ini ada yang disepakati oleh ulama mengenainya dan ada juga perbezaan di kalangan mereka.” (Jld 14 m.s 211). Kemudian al-Qurtubi dalam dua muka surat berikutnya menyenaraikan kewajipan, larangan dan kebenaran yang khusus untuk Junjungan berkenaan yang disebutkan perkara yang wajib ada sembilan, perkara yang haram ada 10 dan perkara yang dibenarkan ada 16.

Perbincangan hukum-hakam syarak yang khusus untuk Nabi ini dibincangkan oleh al-Qurtubi ketika dia membahaskan tafsir ayat 50 Surah al-Ahzab yang bermaksud: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isterimu yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba perempuan yang engkau miliki daripada apa yang dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupumu iaitu): anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah bapa) serta anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah ibu) serta anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang yang beriman umumnya; Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang mukmin mengenai isteri mereka dan hamba perempuan yang mereka miliki supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dalam ayat di atas yang menerangkan hukum penghalalan perkahwinan bagi Nabi yang disenaraikan ada disebut dengan jelas ‘perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang yang beriman umumnya’. Bunyi asal ayatnya ’khalishatan lak’ (khas bagimu semata-mata) . Ketika mentafsir kata-kata ini, al-Qurtubi dan ahli tafsir yang lain menyatakan bahawa ia khas untuk kahwin hibah iaitu perempuan datang kepada Nabi menyerahkan dirinya untuk dinikahi Baginda tanpa wali, dua orang saksi dan mahar.

Jika Baginda berkenan maka sahlah perkahwinan itu. Konteks ayat tidak melarang kita untuk memahami bahawa ‘khas bagimu semata-mata’ boleh dikeluarkan hukum yang menetapkan ada perkara yang khas untuk Nabi saja dan umat Islam tidak berkongsi di dalamnya.

Walaupun tidak disenaraikan Imam al-Qurtubi dalam 16 perkara yang dihalalkan bagi Nabi tetapi penetapan kesaksian seorang sahabat Baginda bernama Huzaimah sama dengan kesaksian dua orang saksi juga menjadi hukum khas bagi Nabi, orang lain tidak berkongsi dengannya. Perkara ini tidak ada yang mempertikaikan, semua ulama bersepakat mengenainya. Jadi tidak timbul sebarang permasalahan.

Ada satu pertanyaan yang boleh ditimbulkan di sini iaitu mengapa ulama tidak menyatakan bahawa perkahwinan dengan anak di bawah umur adalah dilarang oleh agama dengan pengertian bahawa perkahwinan berkenaan haram hukumnya dan tidak sah serta orang yang melakukan demikian akan berdepan dengan undang-undang negara dan agama?

Sedangkan hujah yang diguna pakai dalam membenarkan perkahwinan berkenaan dengan merujuk kepada kisah perkahwinan Nabi dengan Aisyah r.a. boleh kita tafsirkan semula dengan melihat kepada falsafah hukum syarak dan konsep ajaran Islam yang umum serta prinsip asasnya yang adil, fleksibel dan sesuai sepanjang masa.

Antaranya kita boleh berhujah bahawa perkahwinan Nabi dengan Aisyah adalah khas untuk Nabi yang tidak boleh dikongsi oleh umatnya seperti yang kita sebutkan di atas asal permasalahannya.

Penghujahan ini diselarikan dengan penerimaan bahawa hadis mengenai umur Aisyah ketika berkahwin dengan Nabi adalah sahih. Tetapi kalau mahu dikaji semula, maka sememangnya ada yang meragui Saidatina Aisyah dikahwinkan di bawah umur.

Jika yang terakhir ini kita pilih, permasalahan akan mudah diselesaikan iaitu dengan cara menggunakan perundangan negara yang menetapkan batas umur dibenarkan perempuan berkahwin. Ketetapan ini wajib ditaati oleh umat Islam sebagai pelaksanaan atas ajaran Islam yang mewajibkan kita taat kepada ulil amri, manakala jika yang pertama dipilih maka permasalahan sememangnya tidak pernah wujud kerana agama pada dasarnya melarang perkahwinan dengan perempuan di bawah umur.

Di samping dalil syarak yang menetapkan demikian dengan jelas, begitu pula dalil akal menguatkan apa yang ditetapkan syarak dengan jernih seperti pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi kalau dalil nafsu yang dikedepankan, maka yang baik akan menjadi buruk dan yang buruk akan menjadi baik seperti pegangan ahli hawa nafsu.

Wallahualam.

Sumber : BHarian 14/03/2010

FADHILAT BERCIUM.

ISLAM SESUNGGUHNYA MEMANG INDAH& CANTIK.

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan... .. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit. Selamat bercium-ciuman. ..hehehehe. .kasi forward ramai2..biar pasangan anda/kawan2 kita hubungan suami isteri jadi mesra gitu & x cari org lain..

lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe.. jgn segan2..byk fadhilatnyer. ....yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe.. selamat membaca.



AL HASYR

59: AL HASYR

Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali yang pertama. Kamu tiada menyangka, bahwa mereka akan keluar dan mereka pun yakin, bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari (siksaan) Allah; maka Allah
mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dan jika tidaklah karena Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka benar-benar Allah mengazab mereka di dunia. Dan bagi mereka di akhirat azab neraka.

Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa menentang Allah, maka sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.

Apa saja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka (semua itu) adalah dengan izin Allah; dan karena Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.

Dan apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan (tidak pula) seekor unta pun, tetapi Allah yang memberikan kekuasaan kepada Rasul-Nya terhadap siapa yang dikehendaki- Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.

(Juga) bagi para fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridaan (Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka
mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

Apakah kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepadasaudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli Kitab: "Sesungguhnya jika kamu diusir niscaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu". Dan Allah menyaksikan, bahwa sesungguhnya mereka benar-benar pendusta.

Sesungguhnya jika mereka diusir, orang-orang munafik itu tiada akan keluar bersama mereka, dan sesungguhnya jika mereka diperangi; niscaya mereka tiada akan menolongnya; sesungguhnya jika mereka menolongnya niscaya mereka akan berpaling lari ke belakang, kemudian mereka tiada akan mendapat pertolongan.

Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Yang demikian itu karena mereka adalah kaum yang tiada mengerti.

Mereka tiada akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tiada mengerti.

(Mereka adalah) seperti orang-orang Yahudi yang belum lama sebelum mereka telah merasai akibat buruk dari perbuatan mereka dan bagi mereka azab yang pedih.

(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) setan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu karena sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam".

Maka adalah kesudahan keduanya, bahwa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

Tiada sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni surga; penghuni-penghuni surga itulah orang-orang yang beruntung.

Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan- perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.

Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kenapa masih ragu utk bernikah?

" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas ( rahmatNya dan limpah kurniaNya ), lagi Maha Mengetahui. "
Q.S An-Nuur : Ayat 32

Krisis multidimentional yang sedang dialami sekarang ini menyebabkan ramai diantara pemuda dan pemudi tidak mempunyai keberanian untuk menikah dan membentuk keluarga secara resmi. Keinginan untuk menikah ada, tetapi ketakutan menghadapi risiko berumahtangga lebih mendominasi. Mulai dari alasan merasa diri
belum mapan, pilihan yang tidak sesuai dengan selera hati sampai alasan seremeh- remehnya seperti gara-gara perbezaan pelajaran membuat seorang pemuda tidak jadi menikahi seorang muslimah yang baik-baik. Padahal hasrat manusiawi mereka kian bergolak dan meletup-letup, bahkan ramai yang tidak sanggup mengendalikannya, hingga terjerumus ke dalam perbuatan zina, Na'udzubillah.

Islam memberikan kebaikan bagi seluruh umat manusia di dunia dan di akhirat nanti. Tidaklah Islam memerintahkan manusia untuk melakukan sesuatu melainkan padanya terdapat kemanfaatan bagi manusia, juga tidak melarang sesuatu melainkan padanya terdapat kemudharatan bagi manusia. Tidaklah Allah halalkan sesuatu melainkan untuk kebahagiaan manusia, dan tidak juga mengharamkan sesuatu melainkan sesuatu
itu akan merugikan hidup manusia. Allah memerintahkan manusia untuk berbuat ma'aruf dan mencegah manusia melakukan kemungkaran, semua itu adalah untuk kebaikan manusia.

Allah ciptakan bumi dengan segala yang ada di atasnya iaitu samudera luas, bukit tinggi, rimba belantara, adalah untuk kebahagiaan manusia. Allah edarkan matahari, bulan dan bintang, Allah turunkan hujan, pertumbuhan pepohonan, dan sirami tanaman adalah untuk kebahagiaan manusia.

Tetapi Allah yang Maha Mengetahui memberikan sesuatu yang lebih dari itu. Diketahuinya getar dada kerinduan hati, Ia tahu betapa seringnya kita perlukan seseorang yang ingin mendengar bukan sahaja yang kita ucapkan, tetapi juga jeritan hati yang merasakan, tanpa pura-pura, prasangka dan pasrah. Kerana itu Ia
ciptakan seorang kekasih. Allah tahu disaat kita berkeadaan tidak menentu, dihempas ombak, digoncang badai, dilanda duka, kita perlukan seseorang yang meniupkan kedamaian, mengubati luka sepasang tubuh lemah, memperkuat hati tanpa pura-pura, prasangka dan meminta balasan, kerana itu Dia ciptakan seorang kekasih.

Supaya hubungan diantara kita dan kekasihNya itu menimbulkan ketenteraman, cinta dan kasih sayang Allah menetapkan suatu ikatan suci iaitu akad nikah. Dengan kalimah yang sederhana, ijab kabul, terjadilah perubahan besar dalam hidup sepasang anak manusia. Yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, kekejian menjadi suci dan kebebasan menjadi tanggungjawab. Betapa indah Allah menciptakan, ikatan itu melahirkan keturunan, memperluas persaudaraan, menumbuhkan rezeki, menautkan dua hati yang berserakan, yang bila kita ikhlas menjalankannya syurga menjadi tempat persinggahan kelak akhirnya.

Ketenteraman hidup, anak-anak dan suami yang sholeh, serta isteri yang sholehah,semua orang pasti menginginkannya. Siapa yang mengingkarinya, bererti ia mengingkari fitrahnya sebagai manusia. Namun harapan itu tidak mungkin akan terwujud hanya dengan angan-angan sahaja.
Rasulullah bersabda;
" Saling menikahlah sehingga kalian akan melahirkan keturunan, kerana sesungguhnya dengan banyaknya kalian nanti, saya menjadi bangga di hadapan umat- umat lain pada hari kiamat. "

Penyelesaian untuk mendapatkan itu adalah dengan membentuk sebuah keluarga yang didasari dengan sebuah pernikahan yang dimulai dengan proses yang Islami, bukan atas dasar nafsu biologis atau tuntutan material semata.

Dorongan membentuk keluarga yang sangat dianjurkan Islam adalah untuk kemanfaatan manusia, agar manusia tidak tercebur dalam pergaulan bebas, yang hanya akan menghancurkan hidup manusia itu sendiri. Berbagai macam penyakit yang belum ada ubatnya muncul akibat manusia mengabaikan anjuran Allah untuk
memenuhi keperluan hidup melalui cara yang sah, yang telah dihalalkan dalam agama.

Pernikahan adalah jawapan terhadap gejolak nafsu biologis yang sukar dibendung di tengah banyaknya kemaksiatan yang menggoda pemuda dan pemudi yang hanif. Ia dapat dibingkai dalam sebuah keluarga sakinah, yang dengannya manusia akan mendapat keturunan dan ketenangan hidup. Apalagi yang perlu dikhuatirkan;
" Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas ( rahmatNya dan limpah kurniaNya ), lagi Maha Mengetahui. "
Q.S An-Nuur : Ayat 32

Wanita dara lebih utama

ADA orang menghadapi masalah untuk memilih calon isteri, terutama jika perlu membuat keputusan sama ada memilih wanita masih gadis atau wanita sudah bergelar janda. Persoalan ini jika ditanya kepada dua ibu bapa, pasti mereka mahukan anak lelaki mereka memilih wanita masih gadis sebagai isteri. Meskipun ada lelaki menganggap berkahwin dengan anak dara atau janda semacam tidak ada bezanya,

Pada prinsipnya Islam menggalakkan lelaki terutamanya bagi yang belum pernah berkahwin memilih calon isteri dari kalangan wanita masih gadis.Ini tidak bererti janda tidak boleh dijadikan isteri, namun apabila membabitkan dua pilihan, sebaik-baiknya pilihlah wanita masih gadis. Keutamaan ini demi untuk kebaikan pasangan itu sendiri. Alasannya, janda kemungkinan tidak dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada suaminya yang kedua atau seterusnya. Mereka mungkin lebih memberi keutamaan terhadap anak- anak jika sudah ada anak. Bagi janda yang tidak ada anak, mungkin mereka menghadapi masalah menyesuaikan hubungan kemesraan dengan suami kedua atau seterusnya setelah kehilangan suami pertama. Hasilnya kemesraan yang dilahirkan mungkin tidak berbentuk hakiki. Mereka hanya melakukan atas dasar kasihan tanpa merasai kasih sayang yang sebenarnya.

Ini berbeza dengan gadis, mereka melayani suami sepenuh hati, ikhlas dan bukannya berdasarkan kepada pengalaman. Kerana itulah pengalaman pertama dia menempuh kehidupan bersuami atau berumah tangga. Perakuan Islam mengenai keikhlasan wanita dalam hubungan dengan suami banyak terdapat di dalam hadis Rasulullah. Namun yang jelas, keikhlasan amat berhubung kait dengan wanita masih gadis atau yang belum pernah bersuami.

Hadis daripada Jabir mengatakan: “Kami bersama-sama Nabi s.a.w. di dalam peperangan. Ketika pulang dan hampir sampai ke Madinah, aku berkata kepadanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berkahwin." Rasulullah bertanya: "Kamu telah berkahwin?" Aku menjawab: "Ya," Rasulullah bertanya lagi: "Dara atau janda?" Aku menjawab: "Janda." Rasulullah terus bertanya: "Mengapa tidak dengan wanita dara? Kamu boleh bermain-main dengannya." (Riwayat Shaihan. Dalam riwayat yang lain Rasulullah bertanya: "Mengapa tidak dara? Kamu boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu." (Riwayat Khomsah)

Hadis ini jelas menerangkan keutamaan wanita dara berbanding janda dalam memilih calon isteri. Keterangan ini tidak bermakna menghina orang yang berkahwin dengan janda. Ia sekadar menerangkan keistimewaan wanita yang masih gadis. Wanita masih gadis sangat pemalu berbanding janda ketika bertemu dan berdua-duaan. Wanita yang pemalu akan memberikan kenikmatan yang tinggi berbanding wanita yang sudah janda. Ini kerana, gadis belum pernah disentuh oleh lelaki dan mereka juga belum merasainya. Oleh itu, perlakuan mereka akan terangsang kerana ia pengalaman pertama bagi mereka.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebutkan Aisyah begitu bermanja dengan Rasulullah kerana Baginda belum pernah berkahwin dengan dara selain darinya. Aisyah bertanya Rasulullah: "Sekiranya kamu pergi ke sebuah lembah yang mempunyai pokok telah dimakan dan sebatang lagi belum dimakan, mana satu yang disukai oleh untamu?" Rasulullah menjawab: "Pokok yang belum dimakan."

Pertanyaan Aisyah itu walaupun ditujukan kepada pokok dan unta, tetapi pengertian sebenarnya ada kaitan dalam soal memilih wanita yang sudah bergelar janda atau wanita masih gadis untuk dijadikan isteri. Malah yang lebih penting lagi Rasulullah sendiri secara spontan seolah-olah memberi gambaran wanita masih gadis lebih sesuai dijadikan pilihan.

Gadis diberi keutamaan oleh Islam dalam memilih calon isteri. Hal ini diperkuatkan lagi oleh penegasan Rasulullah sebagaimana dijelaskan oleh hadis di atas. Di dalam memperkatakan hadis di atas, timbul persoalan apakah keistimewaan gadis berbanding janda? Hikmah dan rahsia yang tersembunyi di sebalik galakan tersebut boleh dirumuskan antaranya:
  1.  Sifat dan sikap isteri masih gadis lebih memuaskan hati, mereka melayan suami dengan penuh kasih sayang. Mereka mampu bergurau senda dan terlalu mengambil berat sebarang masalah yang dihadapi oleh suaminya.
  2. Wanita masih gadis dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya kerana ia pengalaman pertama menempuh kehidupan berumah tangga. Oleh itu, mereka akan menjaga kerukunan rumah tangga agar kekal selama-lamanya. Emosi mereka tidak bercelaru kerana belum pernah disentuh oleh lelaki lain melainkan suaminya. Wanita seperti ini sudah semestinya mendapat pujian daripada Allah sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran: "Maka wanita-wanita yang baik itu ialah yang taat, memelihara (perkara-perkara) yang tersembunyi dengan cara yang dipeliharakan oleh Allah." (Surah An-Nisa:34)
Maksud ‘memelihara (perkara-perkara) yang tersembunyi' itu ialah wanita Solehah dapat menjaga diri dan harta suami semasa ketiadaannya. Mereka juga berpegang kepada janji setia serta tiada mengkhianati suami. Pujian sedemikian bukan saja dinyatakan di dalam al-Quran, malah Rasulullah ada menyebutnya di dalam sebuah hadisnya mengenai topik `sebaik-baik wanita'.

Sabda Rasulullah: "Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang kamu lihat akan mengembirakanmu dan apabila kamu suruh, dia akan mentaatimu. Apabila kamu tiada disisinya, dia akan menjaga dirinya dan hartamu."

Bagi wanita sudah bergelar janda, mereka tergolong dalam kelompok yang sudah mempunyai pengalaman mengenai lelaki. Oleh itu, pengalaman yang lampau ada kemungkinan lebih mempengaruhi sifat dan layanan terhadap suami kedua. Mereka cepat marah dan kecewa sekiranya suami kedua melakukan perbuatan menyerupai suami pertama sedang perbuatan itu memang tidak disukainya. Ini tentunya akan merenggangkan hubungan kasih sayang mereka berdua.

Dalam soal keupayaan pula, jika suami pertama lebih hebat dan memang disukainya, tetapi tidak pula dapat dilakukan oleh suami kedua, maka keadaan ini mungkin dijadikan perbandingan oleh wanita bergelar janda. Ada kemungkinan dia akan memperkecil atau memperlekehkan tahap keupayaan suami baru itu. Pengalaman daripada perkahwinan pertama sebenarnya sedikit-sebanyak mendorong mereka membuat keputusan ketika hidup dengan suami kedua. Ada ketikanya, keputusan itu tidak disukai oleh suami kedua. Keadaan ini lambat laun boleh mengganggu kerukunan sesebuah rumah tangga. Suami tentunya mengharapkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan ini memaksa isteri melupakan terus pengalaman silamnya. Paksaan seperti ini mungkin tidak akan berjaya kerana sifat semula jadi wanita mudah terdedah kepada khayalan dan pengalaman yang pernah dilalui.

Emosi wanita bergelar janda mudah terdedah dengan kecelaruan dan mungkin tidak dapat melayani suami baru dengan sepenuhnya. Pada waktu yang sama, mereka cuba mencari kelainan yang terdapat pada diri suami kedua berbanding suami pertama. Akibatnya, kasih sayang yang mereka jalinkan tidak lagi ikhlas. Ada ketikanya perasaan cinta terhadap suami pertama tidak akan padam dari sanubari wanita janda walaupun mereka telah berkahwin lain.

Ini berbeza dengan gadis, cinta dan perasaan kasih sayang hanya tercurah kepada suaminya semata-mata. Seperkara yang harus diakui, wanita bergelar janda selalunya tidak diterima baik oleh keluarga lelaki terutama oleh kedua ibu bapa. Tentangan keluarga lebih dirasai lagi apabila membabitkan lelaki yang belum pernah berkahwin. Justeru, perkahwinan dengan janda sepatutnya tidak dijadikan pilihan utama, kerana hubungan kekeluargaan perlu dipelihara secara berterusan.

Akhlak Pemimpin Wajib Dijaga

Akhlak pemimpin organisasi
Golongan belia dan beliawanis adalah pewaris kepimpinan negara, bangsa dan agama. - Gambar hiasan


KEPIMPINAN adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Anugerah ini bukanlah untuk menjadikan mereka yang memperolehinya mulia, namun ia adalah merupakan sebuah amanah yang pastinya akan dipersoalkan oleh Allah SWT.
Secara umumnya, setiap individu adalah pemimpin dalam kehidupannya masing-masing, sama ada dia menjadi pemimpin kepada masyarakat, institusi, keluarga atau diri sendiri. Ia sejajar dengan sabda Nabi SAW: Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat tentang perkara yang kamu pimpin... (riwayat Muslim)
Justeru, tidak wajar seorang pemimpin jahil dan dangkal tentang apa yang perlu dilakukan terhadap amanah kepimpinannya. Ini kerana amanah tersebut tidak akan dapat ditunaikan melainkan melalui kefahaman dan kesedaran yang mendalam. Tiada alasan yang boleh diterima di hadapan Allah SWT di akhirat sekiranya disebabkan tidak tahu.
Pemimpin dalam sesebuah organisasi biasanya dikaitkan dengan individu yang diberikan pangkat serta kedudukan yang lebih tinggi daripada yang lain. Biasanya, pemimpin-pemimpin organisasi ini mempunyai gelaran yang berprestij, gaji yang lebih lumayan dan manfaat-manfaat tambahan yang lebih menarik berbanding pekerja bawahan.
Semua kelebihan ini layak dinikmati kerana mempunyai tanggungjawab dan bebanan tugas yang lebih berat berbanding pekerja bawahan.
Oleh sebab itu, sangat penting bagi seorang pemimpin untuk memastikan dirinya berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sedaya upaya mungkin.
Secara umumnya, terdapat dua elemen utama yang akan menjadikan seseorang itu pemimpin yang berjaya iaitu al-quwwah (kekuatan) dan al-amanah (integriti). Kedua-dua elemen ini dirangkumkan serentak oleh Allah SWT dalam firman-Nya pada surah al-Qasas ayat 26.
Al-Quwwah bermaksud kemampuan untuk menguasai segala ilmu dan kemahiran. Pemimpin perlu mempunyai segala ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kedudukannya dalam organisasi yang dinaunginya.
Ia sangat berguna untuk membantunya menentukan hala tuju organisasi yang dipimpin dan untuk mengawal warga kerja yang lain agar bergerak seiring menuju ke matlamat tersebut. Kegagalan melengkapkan diri dengan segala keperluan-keperluan ini, akan menyukarkan pemimpin tersebut untuk membina pengaruh yang meyakinkan pekerja bawahan.
Ilmu dan kemahiran yang perlu ada mungkin berbeza mengikut skop tanggungjawab. Sebagai contoh, sekiranya pemimpin itu berada di sektor institusi kewangan, maka dia perlu menguasai bidang ekonomi secara teori dan praktikal. Bahkan, dia perlu berusaha menjadi pakar dalam sistem ekonomi konvensional mahupun Islam sehingga boleh menjadi sumber rujukan di peringkat dalaman organisasi dan luaran.
Dalam bidang kehakiman, mereka perlu mengetahui akta-akta, enakmen dan peruntukan undang-undang.
Dalam bidang ketenteraan, pemimpin perlu mempunyai kepakaran dalam mengatur strategi, ilmu persenjataan dan risiko-risiko keselamatan. Pendek kata, semua pemimpin perlu menguasai bidang masing-masing.
Kemahiran lain yang perlu ada kepada seseorang pemimpin itu adalah antaranya kemahiran berkomunikasi, mengendalikan mesyuarat, membuat perancangan dan strategi serta lain-lain kemahiran.
Seorang pemimpin juga mestilah bersikap sederhana dalam menggerakkan organisasinya. Iaitu tidak terlalu agresif sehingga menyukarkan pekerja bawahan untuk bergerak bersama. Dia juga tidak patut terlalu lambat dalam gerak kerja sehingga menyebabkan pekerja bawahan kurang yakin dengan keupayaan dan kemampuannya menjadi pemimpin.
Seorang pemimpin juga tidak harus menggunakan kuasanya untuk menegakkan pandangannya sedangkan pandangannya itu secara jelas sangat sukar untuk diterima. Pemimpin juga perlu sabar dan sentiasa bertenang dalam setiap tindakan yang dilakukan. Jangan cepat melenting ketika ditegur atau ditolak pandangannya.
Seorang pemimpin juga perlu memahami keupayaan dan kemampuan orang bawahannya. Dia perlu meletakkan orang yang benar-benar sesuai di posisinya.
Lihatlah contoh terbaik yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW ketika membuat strategi dalam perancangan untuk berhijrah ke Kota Madinah. Baginda telah meletakkan orang-orang yang sepatutnya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Baginda melantik Ali bin Abi Talib r.a untuk mengganti baginda di tempat tidur. Baginda telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a untuk menghantar maklumat risikan tentang perancangan kafir Quraisy terhadap baginda.
Baginda juga melantik Asma' Abu Bakar r.a untuk menghantar makanan sewaktu bersembunyi di Gua Tsur. Di samping itu, baginda menggunakan khidmat seorang lelaki yang bukan Islam iaitu Abdullah bin Uraiqith menunjukkan jalan yang berlainan dari jalan yang biasa dilalui oleh masyarakat Mekah untuk ke Madinah.
Baginda juga telah mengupah Amir bin Fuhairah untuk membawa kambing-kambingnya menyelusuri jalan ke Gua Tsur untuk menghapuskan kesan tapak kaki Asma' dan Abdullah yang berulang-alik dari kota Mekah ke Gua Tsur.
Akhirnya, Nabi SAW melantik sahabat yang paling dikasihi dan dipercayainya iaitu Abu Bakar As-Siddiq r.a menemaninya sepanjang perjalanan hijrah tersebut.
Justeru, seorang pemimpin perlu bijak dalam mengagihkan tugasan. Dia tidak boleh bersikap lepas tangan iaitu menyerahkan kesemua tugas kepada pekerja bawahan. Sebaliknya, tugasan-tugasan yang sangat penting terutamanya yang melibatkan proses membuat keputusan sangat memerlukan penglibatan pemimpin.
Sekiranya berlaku kesilapan, sama ada dilakukan oleh pemimpin itu sendiri atau pekerja bawahannya, maka pemimpin berkenaan perlu berani untuk bertanggungjawab.
Seorang pemimpin juga perlu bersikap lapang dada dan terbuka untuk menerima sebarang idea, pandangan dan teguran daripada orang-orang di bawah kepimpinannya. Dia perlu menghidupkan suasana musyawarah, saling nasihat-menasihati dan bantu-membantu.
Gunalah cara yang paling berhikmah dalam memberikan arahan dan menegur orang-orang bawahan. Kawal emosi dan elakkan maki hamun, caci-mencaci dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah ketika berhadapan dengan pekerja.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
Elemen kedua yang perlu ada kepada seorang pemimpin adalah al-amanah. Yang dimaksudkan dengan sifat amanah adalah berintegriti, bertanggungjawab, telus dan jujur.
Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya mengenai keutamaan sifat ini melalui hadis diriwayatkan Imam Ahmad, al-Bazzar dan Tabrani, maksudnya: "Tiada iman bagi orang yang tiada amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak (dipercayai) janjinya."
Sifat amanah bermula daripada kesedaran yang lahir dalam jiwa, kemudian akan terzahir melalui percakapan dan perbuatan. Seorang pemimpin yang mempunyai sifat amanah tidak akan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadinya.
Sebaliknya, dia akan menggalas tanggungjawab untuk mengaplikasikan syariat Allah SWT melalui jawatan atau posisi yang diduduki.
Sifat amanah biasanya berkait rapat dengan perasaan ihsan yang ada dalam diri iaitu kesedaran bahawa Allah SWT Maha Melihat setiap perkara yang dilakukan.
Kita sedih apabila melihat seorang yang tidak pernah menipu dalam solat walaupun solatnya secara bersendirian, tetapi sanggup membina hidup dengan pembohongan dan penipuan. Apakah dia menyangka Allah SWT hanya melihatnya saat dia bersolat sahaja?
Justeru, kita terkejut melihat individu yang dipertanggungjawabk an dengan jawatan yang tinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif sanggup mengambil rasuah, pecah amanah, menggunakan proksi untuk mendapatkan tender dan lain-lain. Sedangkan mereka mempunyai segala kebolehan dan kemampuan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Termasuk juga kekayaan dan kemewahan yang tidak luak digunakan.
Semua itu tidak cukup bagi mereka. Sehingga sanggup untuk melakukan pengkhianatan bagi mendapat habuan dunia. Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, Daripada Anas b. Malik r.a , Nabi Muhammad SAW bersabda: Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya, pemimpin adalah individu yang penting dalam sesebuah organisasi. Maka jadilah contoh yang terbaik (qudwah hasanah) kepada pekerja-pekerja bawahan. Jangan mengharapkan orang lain boleh berubah sekiranya kita sendiri gagal untuk berubah.
Jadilah pemimpin yang bekerja seolah-olah nampak Allah SWT, dan sekiranya tidak mampu untuk melihat-Nya, yakin dan percayalah bahawa Allah SWT Maha Melihat.

Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis   yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.  Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan  ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu  berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum  lelaki...... ' nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan  dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.  'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci  syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal  berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat  menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak  cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada  orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil  hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di  neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah  tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan  dari si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan  perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang  menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan  mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba  perhentian.
 
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka  pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain  mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua  tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan  kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang  tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang  menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu  terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk  menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu   yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi  hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat  tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi  menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah  sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu  Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan  pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw  dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak  sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan  buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan  menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan  kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja   yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh..  Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka  itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan  Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,  dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh  majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga  terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda  berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah  di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
 
Setiap Sultan ada taman  larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara   yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar  dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

 *Dipetik dari  majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu ....
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah,  ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia  - Nak makan,  laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan  Bismillah...
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!  mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak  kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah  kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan  kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi  nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok  nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak  Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama  kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa  susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat -  Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.  .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun  muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke  jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan  di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.  Anda -  Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2..  Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3.  Syaitan - Tak payahlah sebuk2

   Wassalam.   ...

Maut!!

Terbayang satu persatu segala perbuatan dan amalannya sepanjang 20 tahun kehidupannya.
Sikit sekali kebaikkan yang telah dia lakukan.Dosa pula,tidak terkira banyaknya.
Terbayang pula api neraka yang menjulang_julang. Teringat pula azab-azab Allah yang selalu dia terbaca dan terdengar.

Isnin
4.00 petang

Assalamualaikum. !!Assalamualaiku m....!!

Sayup-sayup terdengar laungan salam dari luar rumahnya.

"Ai. .sape pulak ni.Kacau betullah."

Atin mengomel sendirian.Tangannya pula masih terus laju menekan2 papan keyboard laptop di depan katilnya.
Kedengaran pula dentingan loceng pintu ditekan bertalu-talu.


 "eeeee!!sabarla! !kacau betullah!!"

Dengan malas,dia bangun juga .Hatinya menggumam geram.

"Waalaikumsalam, mak ayah saya tak de.Saya tak nak beli kain la."

 ucap Atin malas sambil membuka tombol pintu.


"Eh,korang.rupanya. Ingat benggali mana lah tadi"

Terjengul wajah rakan-rakan serumahnya sebaik saja pintu rumah dibuka.


"Amboi cik Atin,sampai hati kata kami ni benggali jual kain.
Cun-cun macam kami ni,takkanla mustawa Benggali je".

jawab Lina sambil masuk ke rumah.Mukanya mencebik.

"Ala,takkanla merajuk kot cik Lina intan payung permata ,berlian ,gangsa,perak, apa lagi ya,"

Atin mengusik.


"Dah-dah,tak payah nak pujuk-pujuk, aku tau,
aku punya mustawa memang tahap berlian-belian  dan permata-permata  tu,"


Mereka tergelak kecil.Kelihatan berplastik-plastik barang terjinjing ditangan masing-masing.


 "Penatnya. dah la panas kat luar tu"

keluh Aini ,kepenatan jelas tergambar di wajahnya.

Dia terus menuju ke dapur bersama-sama barang yang di belinya.


"Nasib baik balik dengan teksi".

tambah Rita pula yang sedang menanggalkan kasutnya,terus di susun di rak kasut yang terletak berhampiran pintu.


"Banyaknya la barang yang korang beli.stok rumah untuk sebulan ke setahun?".
 

"Uish Atin ni,barang rumah sikit je,yang selebih tu barang sendirian berhad.la".

jawab Lina yang juga terus menuju ke dapur bersama barang-barang yang dibeli tadi.

Setelah pintu di tutup rapat,Atin segera kembali ke biliknya.
Kelihatan Aini sudahpun terlena di atas katil.Kepenatan agaknya.

Atin terus saja duduk didepan laptop miliknya,tangannya mula laju menaip.

5.00.Petang.

"Jenal onla.yes,nak kacau la mamat ni. he,he,he.".

die tersengih sendirian.Terus ditekan butang buzz.Tak menang tangan di buatnya.
Masakan tidak, berchating 10 orang dalam satu masa.
Tak terlayan.Kadangkala dia tersenyum,kadang kala tergelak dan kadang kala pula wajahnya berubah kelat.
Berbagai riak muka yang terhasil tiap kali dia menghadap laptopnya itu.
Menuntut ilmu di perantauan  jauh daripada keluarga dan rakan-rakan memjadikan internet seperti suatu keperluan.
Dengan internetlah dia berhubung dengan keluarga di Malaysia,
dengan internetlah dia mengetahui perkembangan rakan-rakan lamanya,
melalui internet juga dia mengetahui isu semasa di tanah air dan melalui internet jugalah,
 die menonton Tv juga mendengar radio tidak kurang juga untuk berhubung insan tersayang yang juga berada diperantauan.

 Aktiviti dan mesyuarat persatuan juga menggunakan internet sebagai medan menyampaikan maklumat dan berita terkini.
Internet la segala-segalanya. Tidak hairan lah  andainya  hampir setiap mahasiswa-mahasiswi di situ mempunyai komputer mahupun laptop sendiri.

Malangnya, akibat salah menggunakan kemudahan ini,membuatkan ramai yang terleka.
Atin sendiri,hampir 24 jam menghadap laptopnya itu.
Aktiviti yang paling di gemarinya apabila duduk di depan laptopnya ialah berchating atau istilah pasarnya,YM.

6.00 Petang

Aini tersentak dari lena.

Tawa atin yang nyaring mengilai telah mengejutkannya.

 Tiba-tiba dilihatnya wajah Atin berubah kelat.Tawanya tadi terhenti.


"Apa kenalah dengan budak ni.
Tadi gelak macam orang gila,tiba-tiba masam mencuka pula.
Uish,tak faham aku".

monolog Aini sendirian sambil menggaru-garu kepalanya.


."hmmmm,  .Atin. dah pukul berapa sekarang?".

tanya Aini sambil menggosok-gosok matanya

"hmmmm. pukul. 6,"

jawab Atin tanpa memandangnya.

 Tangannya masih terus laju menai.


"Ha!! Alamak,Aini tak solat asar lagi.
Atin dah solat asar ke?"

"Tanpa menunggu jawapan Atin pantas dia melompat turun dari katilnya menuju ke bilik air.
Atin masih lagi tekun dengan rakan-rakan chatingnya.


" Ala,nanti nak dekat Maghrib aku solat la,
nanti boleh terus solat Maghrib.Senang sikit.".

Ngomel Atin sendirian.

6.30

Seusai solat,Aini kembali ke biliknya semula.Masih tersisa lagi kepenatan membeli belah tengah hari tadi.


"Atin,dah solat?".

soalnya sebaik saja melihat Atin masih lagi tekun di depan laptopnya.


"hmmmm. belumlah."

jawab Atin malas.

"Eh,Fatin Nadia,
dah pukul 6.30 ,dah lewat sangat ni,6.45 kan dah Maghrib.
Tinggalkan la sekejap "buah hati" Atin tu."

Nasihat Aini lembut.

"Ha!!6.30?!! ".

terus dia melompat bangun menghilang ke bilik air.

Tidak lama kemudian dia kembali semula ke bilik dengan wajah basah dengan air wuduk dan singgah sebentar di laptopnya.


"Ya Allah Atin,dah lewat sangat ni.
Janganlah singgah-singgah  lagi.Tingalkan laptop tu,.

Aini mengeraskan sedikit suaranya.

Marah benar dia melihat Atin seperti mempermainkan- mainkan ibadah wajib itu.


"Sabar la,nak bagi tau kat kawan-kawan ni suruh tunggu sekejap la."

Atin menjawab geram dan terus menghilang ke bilik solat.


Aini hanya menggeleng melihat kerenah rakan sebiliknya itu.

Kedudukan Atin sebagai anak tunggal menjadikannya seorang yang manja dan mudah merajuk.Pantang ditegur,pasti akan mencebik wajahnya.

Pening Aini nak memujuknya semula.

6.35 Petang.

"Ee,tak habis-habis membela nenek sorang ni."

ngomel Atin sendirian sambil melangkah ke bilik solat.

Dia melangkah sambil sengaja menghentak-hentak kakinya.

Tiba- tiba.

"Aduh!!!".

 Atin jatuh terlentang.Kakinya tergelincir terpijak kain bajunya yang tidak berlipat bertaburan di bilik solat.Kepalanya terhentak ke lantai.Dunia gelap tiba-tiba.

Selasa

8.00 pagi

"yaaa'ssiiiin.
wal quraan'nil hakim."

Kedengaran bacaan yassin sayup-sayup ditelinganya.

 Atin membuka matanya perlahan.Kepalanya terasa berpinar-pinar. Dia mendapati dirinya sedang terbaring di ruang tamu sambil dikelilingi orang ramai.Bacaan surah yassin semakin jelas kedengaran.
bukan seorang tetapi hampir semua orang yang berada di situ membacanya.Dia bingung.


"Boleh lah kita mandikan sekarang.Sebelum zohor juga kena dikebumikan. ".

Suara Aiman tu.Apa yang presiden ni buat kat rumah aku ni??".

Atin semakin kebingungan.

 Diteliti satu persatu wajah insan di sekelilingnya. Tiba-tiba pandangannya terhenti.

"Aini!"

Aini duduk berhampiran kepalanya sambil tunduk memegang kitab yassin dan membacanya perlahan.Dilihatnya ada air mata mengalir di pipi sahabatnya itu.
Ditoleh pula di sebelah kirinya,Kelihatan kesemua teman serumahnya yang lain jaga sedang tunduk membaca Surah Yassin disisinya.Hampir semua teman seperantauannya ada di di sini.

Tiba-tiba terasa dirinya diangkat perlahan .

"Angkat perlahan-lahan, bawa ke luar,kami dah sediakan semua bahan yang diperlukan di sana."

Sekali lagi terdengar suara Aiman memberi arahan.Aini, Lina dan teman-teman serumah dan beberapa akak senior mengangkatnya ,perlahan dan berhati-hati sekali.

Dia terasa tubuhnya di bawa perlahan menuju ke luar rumah.

Kemudian terasa dirinya diletakkan semula di dalam suatu bekas seperti sebuah kotak panjang yang diperbuat daripada aluminum yang terletak di luar rumah.

Sejuk! !.Dingin terasa Tatkala saja tubuhnya menyentuh permukaan bekas itu.Dia menjadi semakin kebingungan.

"Eh,kenapa ni.Apa yang korang semua nak buat kat Atin ni??"

 tanyanya kebingungan.

 Dipandang satu persatu wajah di sekelilingnya. Menanti jawapan keluar dari bibir salah seorang daripada sahabat-sahabatnya itu.

Namun semua diam membisu.
tiada siapa yang menghiraukan pertanyaannya. Seakan-akan mereka tidak mendengar soalannya.

Geram terasa,malas menanti jawapan dari rakan-rakannya itu.
lantas dia cuba untuk bangun,tetapi badannnya seakan-akan mengeras,tidak boleh digerakkan.
Sekali lagi dia berusaha untuk bangun,cuba digerakkan kaki juga tangannya.

"Keras!!."


Walaupun hanya satu jari,tidak mampu untuk digerakkan.Atin menjadi semakin kalut.
dia takut menanti apa yang bakal dilakukan oleh sahabat-sahabatnya itu yang kelihatan sibuk berbincang dan menyiapkan sesuatu.
Sedang dia kalut berusaha untuk bangun,kelihatan tempat itu ditutupi dengan kain.Seperti tirai.
Tempat itu menjadi seperti sebuah bilik kecil,seolah- olah wad di hospital.

Dia makin kebingungan.

"Aini!!Kenapa ni!!!.Apa yang Aini nak buat kat Atin???!!!".

 Jeritnya pada Aini.

Tiada respon.

"Baiklah,kita mulakan sekarang
  "Bismillah,"

 Kedengaran suara Aini membaca sesuatu sambil mejirus perlahan air ke atas tubuhnya yang hanya ditutupi dengan sehelai kain batik.

"Aduh!Sejukkkkkkk! !!!!!!!!Sakitnya aaaaaaaaaaaaa! !Ya Allah!!!".

Atin menjerit sekuat-kuat hatinya.

 sebaik sahaja jirusan air menyentuh tubuhnya.Air dingin itu terasa seperti kejutan elektrik .
Badannya juga terasa sakit-sakit seperti disiat-siat.
 Sakitnya berbeza sekali.

"korang nak bunuh Atin ke ha!!"

 tengkingnya sambil mengerang kesakitan.

Sedangkan selama ni,tubuhnya biasa saja apabila disentuh air.
Tetapi kali ini,walau setitis air pun terkena tubuhnya,terasa keperitan yang amat sekali .

Jirusan demi jirusan disiram perlahan atas tubuh kakunya itu.

"berhennnttii! !!!."

"Ya Allah!,sakitnya! !".

Atin menjerit2 kesakitan bercampur kesejukkan yang amat.Tapi tidak seorang pun yang ada disitu menghiraukannya.
 Perlahan- lahan tubuhnya terus dibersihkan. Masing-masing senyap dan tekun melakukan tugas mereka.

"Kenapa korang mandikan Atin ni,??!Tahula Atin mandi sendiri nanti!!Ya Allah,sejuknya! !."

Dia terus menjerit dan meronta-ronta. Sekali lagi dia cuba untuk bangun,tapi tidak temampu.
Badannya seakan-akan lumpuh.Dia berusaha lagi,tapi tetap tidak berhasil.
seluruh tubuhnya kaku,tidak mampu untuk digerakkan walau seinci.

Dia pasrah .


"mak. ayah.  tolong Atin."

Tangisnya hiba.


Proses memandikannya tetap terus di jalankan.Dia hanya mampu menangis dan memandang sayu satu-persatu wajah rakan-rakan yang sedang memandikannya.
 Tiada siapa pun yang mendengar tangisannya. Walaupun seorang!


9.oo pagi

Proses memandikannya sudahpun selesai.
Tetapi tangisannya masih tidak berhenti.
Badannnya di angkat semula dan ditutupi dengan sehelai kain kering.
Tirai yang menutup tempat yang memandikannya di buka.Perlahan- lahan tubuhnya di bawa masuk ke dalam rumah semula.
Beberapa helai kain putih kelihatan sudahpun terbentang di tempat pembaringannya tadi.

Macam pernah dilihatnya kain putih itu. Itu. kain..

"YA Allah!!!.KAIN KAPAN!".


Dia terpana seketika.

"Aku. aku dah mati??Aku DAH MATI ??!"

Tidaaaaaaaak!

 !!!!!!",Atin menjerit semahunya dan meronta-meronta.
 Tapi seperti tadi,dia tidak mmpu menggerakkan walau seinci pun tubuhnya.

"Kullu nafsin dzaaiqatul maut."

 (Al Ankabut : 57, Ali
Imran 185)

Janji Allah kini terbukti.

Perlahan-lahan tubuhnya,sebetulnya ,MAYATNYA di letakkan di atas pembaringan yang beralas lapisan-lapisan kain putih di ruang tamu.

"Tidak!!!Aku tak nak mati lagi!!,"

 Atin menangis ,meraung dan meronta semahunya.

Proses pengkapanan tetap diteruskan.Jeritan dan raungannya,tiada siapa yang dengar.
Sehelai demi sehelai kain putih menutupi tubuhnya dan di ikat kemas di beberapa bahagian tubuhnya.
haruman air mawar dan kapur barus menusuk hidungnya.Bau yang dulu amat dibencinya.
kini bau itulah yang menjadi pewangi tubuhnya.
Proses pengkapannya selesai.Hanya wajahnya sahaja yang dibiar terbuka.

Dia masih lagi menangis.

"Aini. tolonglah Atin.
Atin minta maaf sangat-sangat sebab selalu tak dengar nasihat Aini.
Aini. Atin tak nak mati lagi,Aini. Tolonglah."

rayunya pilu pada Aini yang setia duduk disisinya.
Aini hanya memandang sayu ke arahnya.Matanya merah.Dia mengharap Aini mendengar suaranya.

Aini kemudian dia tunduk semula meneruskan pembacaan Surah Yassin.Langsung tidak mengendahkan rayuannya.

"Aini!!!Dengar tak!!!!Atin tak nak mati lagiiiiiiii! !!,"

dia menjerit-jerit dalam raung tangis yang sungguh memilukan.

Aini tetap tunduk membaca kitab yassin di tangannya.Atin sekali lagi cuba meronta.Dia ingin bangun.Tapi, sia-sia

11.00 PAGI

"Kedua ibu bapanya akan tiba sebentar lagi.
Sudah sampai di lapangan terbang.Kita nak bawa ke kubur dulu atau tungu saja di sini??,"


"Saya rasa ,kita bawalah dulu ke tanah perkuburan.
kita tunggu kedua ibu bapanya di sana.Hampir zohor ni.Hari pun nampak seperti nak hujan."

Kedengaran suara Aiman berbual dengan seorang lelaki di situ.


"Mak??Ayah?? ! !Mereka akan datang sebentar lagi"

Dia lega seketika.Tidak lama,die terkaku .


TANAH PERKUBURAN!!


"Aku.".
"aku,benar-benar sudah mati??

Terbayang satu persatu segala perbuatan dan amalannya sepanjang 20 tahun kehidupannya.
Sikit sekali kebaikkan yang telah dia lakukan.Dosa pula,tidak terkira banyaknya.
Terbayang pula api neraka yang menjulang_julang. Teringat pula azab-azab Allah yang selalu dia terbaca dan terdengar.

Dia meraung semahu-mahunya. Ketakutan menyelubungi dirinya.Ketakutan yang teramat sangat.

"Ya Allah!
aku seringkali ingkar perintahMu ,dosaku tidak terhitung banyaknya
Jangnlah kau cabut nyawaku sekarang,berilah aku kesempatan untuk menyucikan diri ini
aku tak nak mati lagi."

Dia teresak-esak merayu dan berdoa.

"Ya Allah. Hidupkan lah aku walau seketika,
walau sesaat pun.
Ya Allah!!!!!!! !,ampunkan dosaku!!!!!. "
 !!!!!

dia menangis semahu-mahunya. Penyesalannya kini tiada gunanya.

Disaat manusia terlena dengan mimpi-mimpinya yang indah hanyalannya yang manis dan angan-angannya yang membuai.
 tiba-tiba sang maut datang, sang ajal tiba, sang pemutus kenikmatan hadir menghancurkan semua impiannya.
 mengubur semua angan-angannya, saat itulah ia sedar bahawa apa yang ia lakukan selama ini sia-sia dan ia berharap untuk kembali ke dunia mengulangi kembali perjalan kehidupannya dengan berbuat amal baik.

(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu),

 hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata:

"Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia."

 (QS. 23:99)


"agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan.
 Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan. "

 (QS. 23:100)

Sedang dia terus meratap dan menangis,terasa dahinya dikucup lembut.Aini! !Merah matanya merenung wajahnya.Terasa wajahnya diusap lembut.Dengan suara yang tersekat-sekat ,penuh kesayuan,Aini berbisik

"Wahai sahabatku sayang.
sudahku maafkan segala kesalahan-kesalahan mu padaku.
Ku doakan,Semoga dirimu aman dan tenang bersemadi menghadap sang pencinta .Semoga dirimu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Tidurlah dengan tenang dan aman


 "Fatin Nadiasahabatku. ,"

 satu lagi kucupan lembut hinggap di dahinya.Terus saja Aini bingkas bangun lari pergi darinya.Terdengar sayup esakkannya dari kejahuan.Atin menangis semahu-mahunya.

"Aini. Atin sayang Aini. terima kasih kerana sudi memaafkan segala kesalahan sahabatmu ini.
maafkan Atin."

Dia terus menangis dan meraung.Tetapi kini,sesalan sudah tiada gunanya lagi.
Seorang demi seorang rakan-rakan perempuan yang lain mengucup lembut dahi dan merenung wajahnya buat kali terakhir.
Dia hanya mampu menangis dan merenung wajah sahabat-sahabatnya dengan pndangan sayu dalam esak tangis yang tiada henti-henti.
 .Kehidupannya di dunia sudah pun berakhir,tugasnya juga sebagai kahlifah di muka bumi,sudahpun terhenti.Kini segala-galanya sudah berakhir.

12.00 tengah hari.

Redup dedaunan hijau pokok memenuhi tanah perkuburan.Guruh dilangit sayup kedengaran.Suasana tanah perkuburan sepi dan tenang sekali.Penghunia- penghuni negara abadi ini senyap di pembaringan mereka.

Dari tanah kita diciptakan dan di dalamnya juga kita akan dikembalikan.

Dan kini,aku kan di kembalikan dan dipulangkan kepada sang pencipta.Aku akan ditinggalkan sendirian.Dalam kubur.Dalam kegelapan.Keseorang an...
Tangisan dan raungannya kini....Tiada siapa pun yang akan mendengarnya
Terasa hangat kepanasan api neraka menantinya.. ....

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Menanti di Barzakh: Far East

Manusia digalak bersedekah untuk naungan di hari kiamat


Assalamualaikum warahmatullah,
 
SEORANG Muslim sentiasa khuatir akan nasibnya di hari kiamat kerana memikirkan umat manusia bakal dibangkitkan dan dikumpulkan di padang Mahsyar sedangkan matahari berada sangat dekat di kepala.

Bagaimanapun, umat Nabi Muhammad SAW bertuah kerana baginda sudah menjelaskan bagaimana untuk mendapat naungan di hari kiamat seterusnya berusaha melaksanakan apa yang patut demi kebahagiaan di akhirat nanti. Antara keterangan Rasulullah SAW ialah hadis menyatakan bahawa naungan orang beriman di hari kiamat sangat terkait dengan kebiasaannya mengeluarkan sedekah sewaktu hidupnya di dunia.

Ketika di padang Mahsyar, setiap manusia menunggu giliran untuk diadili. Semua akan merasakan panasnya matahari di atas kepala namun bagi yang rajin bersedekah, bakal memperoleh naungan daripada matahari kerana sedekahnya itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari kiamat) hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman di antara manusia.” Yazid berkata: “Abul Khair tidak pernah melewati satu hari pun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun hanya sepotong kuih atau bawang merah atau seperti ini.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW dengan jelas menyatakan: “Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Menyedari hakikat itu, rajin-rajinlah bersedekah supaya memperoleh naungan di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah.

Jangan meremehkan amalan sedekah

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kami meremehkan sedikitpun perbuatan makruf sekalipun kamu sekadar menemui saudaramu dengan wajah berseri.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada dua hadis di atas, ketahuilah dan janganlah sekali-kali kita memandang remeh pemberian diberikan. Sesungguhnya bukan banyaknya sedekah yang dikira, tetapi keikhlasan hati.

Sedekahlah apa saja mengikut kemampuan

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak dapat berbuat demikian, maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendaklah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Suatu ketika, seorang sahabat pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang miskin berdiri di depan pintu rumahnya. Maka dia tidak menemukan sesuatu yang dapat di berikan kepada orang miskin itu. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika kamu tidak menemukan sesuatu yang dapat kamu berikan kepadanya selain kuku binatang yang dibakar, maka serahkanlah kepadanya di tangannya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan serta sikap pengecut dan kebakhilan.” (Hadis riwayat Muslim)

Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan juga merupakan sedekah dan salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.
Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain.

Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

Tujuh golongan insan contoh

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil – Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid – Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah – Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata, “Aku takut kepada Allah!” – Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya – Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah – Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Renung-renungkan!



PETiKAN : LAMAN-SERi
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger