Headlines News :
.

Mengurat dan bercinta menurut pandangan Islam

Written By Unknown on Thursday, September 30, 2010 | 23:58

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.


Pemilihan PKR 2010 - Kuala Langat ditunda

Written By Unknown on Tuesday, September 28, 2010 | 01:22

Dua hari aku tak sempat nak menjengah blog kesayanganku ini. Kesibukkan aku membataskan segalanya. Hari Ahad yang penuh dengan aktiviti luar seperti rumah terbuka kaum kerabat, sambutan Aidilfitri di surau kampungku dan juga Pemilihan PKR 2010.

Hari ini aku ingin kongsikan rasa tidak puas hatinya aku semalam. Hari ini juga kawan2 bloggerku jangan terkejut. Jika selama ini aku hanya banyak berbicara pasal dunia bolasepak Liverpoolku, tapi hari ini aku terpaksa juga berbicara mengenai senario politik tanah air di dalam blogku ini. Bukan aku nak mengutuk parti lain, tapi aku terhina dan malu dengan aksi monyet2 didalam partiku ini. Sebelum tu, korang baca dulu Sinar Harian & Themalaysianinsider ni.


Semalam adalah hari pemilihan PKR untuk tahun 2010 dikebanyakan cabang di Malaysia. Tidak terlepas juga didaerahku Cabang Kuala Langat. Apa yang mengaibkan, pemilihan yang diharapkan berjalan lancar, telus dan demokrasi ini, bertukar kecoh dengan kehadiran monyet2 yang terlepas dari ikatannya. Apa yang sebenarnya anda mahukan. Dimana slogan2 yang selama ini anda laungkan. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Memang tepatlah geng2 aku memanggil monyet ini dengan orang gila talak. Setelah cuba membubarkan Cabang pada tahun 2007, kini kau tagih balik jawatan itu yang kononnya masih milik kau. Berapa banyak kau dibayar ni. Aku taulah kau ni dari serpihan seorang senator. Nak ikut dia, pergilah ikut. Kita orang alu2kan. Kalau terasa masih sayangkan PKR ni, masuklah semula dengan baik. InsyaAllah kami boleh terima. Aku memang respek dengan cara kerja kau. Memang cekap dan tip top. Tapi, semangat jatidiri kau yang membuatkan aku menyampah. Insaflah.


Aku bersemangat beb semalam nak mengundi. Dengan geng2 aku yang ramai datang nak memilih calon2 yang bertanding. Ramai tu ahli2 yang juga bersemangat macam aku datang. Berita Sinar Harian kata lebih kurang 6 ribu tu. Tapi semangat tu dah tukar jadi bosan, menyampah dan sakit hati. Bayangkanlah berapa jam aku tunggu nak mengundi. Tak juga dapat2. Nasib baik aku datang tengah hari. Tapi macam mana  dengan mereka2 yang datang pagi buta. Tak kesian ke. Dengan warga emas, perak & gangsa. Semata2 hendak memuaskan hati dan nafsu korang, sanggup menganiayakan mereka dibawah panas terik matahari. Apa punya manusialah kau ni.


Memang indah khabar dari rupa. Cantik lagi surat khabar lama. Sepatutnya cabang perlu bersedia dari segi keselamatan, pemantauan dengan kakitangan yang mencukupi. Ni keselamatan pun tak ada. Apa salahnya korang pinjam Unit Amal dari Pas. Belum lagi dengan pegawai2 dan pengawas pemilihan. Korang ambil mudah je. Tulah, bila orang yang layak untuk memegang jawatan2 penting korang singkirkan. Alasan, mulut laser. Tau nak membantai orang je. Korang fikirlah, dah korang buat kerja tu tak betul, dia tegurlah. Salah ke? Dia bukan gila jawatan macam korang. Sanggup menjadi haiwan dua alam. Tapi hakikatnya, koranglah duri dalam dagingnya. Ni pun sudah ura2 dia nak dipecat. Ingat dia batak sangat ker. bila2 masa dia boleh lepaskan jawatan tu. Korang nak jadi PA ke, SPEAKER ke, EQUALIZER ke, ambil le. Dia tak kisah. Sebelum menang election, semua tah kemana. Bila menang, semua muncul macam cendawan. bila tak dapat yang diharapkan, mulalah melalut2 mengutuk & mengata. Konon jasanya tak dihargailah. Dulu orang kuat bawak bendera ler. Kalau setakat bawa bendera, besok mati pun pegang bendera. Kita orang ni, yang dari ahli2 reformasi, mandi air gatal kat jalan TAR, Masjid Negara, Lebuhraya KESAS dan juga BERSIH, tak kecoh mana pun. Berapa banyak duit kita sendiri keluar untuk 3 kali election, ada kita kisah. "KEADILAN", itulah matlamat yang kita orang juangkan. Bukan "PROJEK" yang dikejarkan. Kesian aku tengok2 calon2 ni. Banner dah buat, baju dah cetak, duit dah habis tapi keputusan tak dapat. Ishh3..


Bukan mudah nak berorganisasi. Anda kena ingat, hati ahli kena jaga. Mereka jadi ahli tak dapat kepentingan apa2 pun. Semata2 mereka sertai untuk megukuhkan lagi cengkaman parti. Itu je. Andaikata angin menyampah myerbu hati mereka. Apa akan jadi. Fikir2kanlah. Bukan mudah nak membina kembali sesuatu yang sudah roboh. Pucuk pimpinan cabang kena fikir semua ni. Kalau perangai macam ni berterusan, jangan mimpi le PRU 13, nak menang. Pilihlah mereka2 yang berkaliber untuk menerajui cabang. Rakyat menilai prestasi kita. Kalau pimpinan pun tak betul, macam mana rakyat nak ikut. Mudah jelah puak2 BIRU PEKAT nak merampas balik negeri selangor tercinta ni. Fikir2kanlah wahai sahabat2ku.

p:s : Mana perginya orang2 melayu. yang datang cuma 2/10 je ke. Macam mana korang kempen? sedih2..bulan ni, Kuala langat popular betul ler. Dah ler kes Dato sosilawati tak settle lagi, ni pemilihan mengamuk pula.. glamer wooo..




Liverpool 2-2 Sunderland - masih belum sempurna

Written By Unknown on Sunday, September 26, 2010 | 01:36

Liverpool 2 - 2 Sunderland

Kuharapkan langit akan cerah, rupanya mendung berpanjangan. Tapi lebih baik dari hujan berterusan. Itu sajalah yang boleh aku luahkan untuk perlawanan kali ini.

 Dengan semangat dahagakan kemenangan, aku sangup mengular dari tempat kerja untuk menyaksikan perlawanan ini di kedai minum berhampiran. Sampai2 je, game dah start & terus gol. Wah, hebat. Aku tak sempat duduk lagi dah gol. Ni yang rasa bersemangat gila nak tengok ni. Jaringan dari Dirk Kuyt pada minit ke 5 yang penuh kontoversi. Ini gara2 bantahan dari pemain2 Sunderland yang mengatakan bahawa, Kuyt berada di posisi ofside. Ia bemula dari kesilapan pertahanan Sunderland Michael Turner yang menghantar bola sepakan percuma kebelakang untuk penjaga golnya, tetapi pantas disambar oleh Torres sebelum melorongkan kepada Kuyt.

Selepas itu Sunderland mula mengawal permainan. Serangan demi serangan dilancarkan sehinggalah pada minit ke 25 Sunderland dihadiahkan penalti setelah bola terkena tangan Poulsen. Hasilnya walaupun reina dapat menyentuh sedikit bola tersebut, tetapi bola sepakan dari Darent Bent itu terus menerjah ke jaring untuk kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua, sekali lagi Darent Bent menjadi duru dalam daging apabila menjaringkan gol ke-2 ketika perlawanan baru bermula 3 minit. Tersentak dengan jaringan tersebut, Liverpool mula menyusun strategi dan hasilnya pada minit ke 64, idolaku Steven Gerrard telah menyamakan kedudukan 2-2.

Liverpool terus mengasak untuk mencari gol kemenangan dan diselang selikan serangan balas dari Sunderland. Tapi, apakan daya, nasib masih belum menyebelahi Liverpool walaupun bermain dibumi sendiri. Hakikatnya adakah dengan keputusan seri ini sudah cukup baik?

Nasib baik tak ada bola sepak pantai masuk lagi dalam padang. Corak permainan pun boleh dikatakan meningkat setelah kehadiran semula kuyt. Tengah masih lagi kurang bermaya. kurang kreatif. Nampak masih kurang serasi lagi Gerrard bersama Poulsen. Kita tunggu perlawanan Liga Eropah pagi jumaat nanti. Harap2 perubahan akan terus dilakukan oleh Uncle Roy. Diharap kejayaan akan berkunjung tiba juga.

P/s : takziah kepada penyokong2 CHELSEA & ARSENAL diatasa kekalahan pasukan anda. (Man. City 1-0 Chelsea)(Arsenal 2-3 West Brom). Harap2 malam besok pasukan setan merah pun ikut macam korang juga ye. Amin..

Scoring Summary
Liverpool Sunderland
Dirk Kuyt (5)Darren Bent (pen 25)
Steven Gerrard (64)Darren Bent (48)
Match Stats

Liverpool Sunderland
Shots (on Goal) 14(5) 10(3)
Fouls 19 8
Corner Kicks 3 3
Offsides 1 1
Time of Possession 55% 46%
Yellow Cards 3 1
Red Cards 0 0
Saves 1 3
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,626
Match Time: 14:00 GMT
Referee: Stuart Attwell

Nak 'Couple' Boleh Tak??

Written By Unknown on Friday, September 24, 2010 | 05:58

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

 
Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”.

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM. 



Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.


www.iLuvislam.com
Oleh: unknown writer




Aku kecewa lagi

Written By Unknown on Thursday, September 23, 2010 | 22:45

Liverpool           2 (2) - (4) 2      Northampton Town
Jovanovic (9)                                     Billy Mckay (56)
David Ngog   (116)                     Michael Jacobs (98)
Shelvy (pen)                              Kevin Thornton (pen)
Agger (pen)                                      Liam Davis (pen)
                                                  Michael Jacobs (pen)
                                                     Abdul Osman (pen)
                                                      
 Dari awal pagi hingga ke subuh pagi tadi aku menghabiskan masa dengan online je.Setelah mengemaskini semula blog serta blog walking, aku pun buka ler laman ESPN Soccernet. Ni gara2 nak tau result Curling Cup antara Liverpool bertemu Northampton. Maklumlah, tiada live kat Astro. Jadi terpaksa ler tunggu keputusan sahaja.


Buka2 jer, aku cukup marah, bengang, sakit hati & macam2 lagi yang sewaktu2 denganya. Mana taknya, kalau 1st half tadi aku tengok Liverpool dah mendahului 1-0 dengan jaringan Jovanovic, tapi bila keputusan penuhnya Liverpool kalah pada pasukan kerdil dari Division dua. Diulangi sekali lagi DIVISION DUA. Huhuhuhuh. Apa sudah jadi ni? Apa malangnya nasib pasukan kesayanganku ini. Waaaaaaa

Nasib terus tidak menyebelahi The Reds. Kalau minggu lepas ada bayang2 kebangkitan setelah membelasah Steaua di Liga Eropah, tapi selang beberapa hari, Red Devil pula telah menafikan kebangkitan itu Di EPL. Dimana silapnya. Aku sebenarnya berharap Roy Hodgson dapat memberi sinar baru kepada Liverpool. Kalau dulu diwaktu Rafa Banitez, dia kurang mengambil berat terhadap kejohanan Curling Cup ni. Walaupun ia sebagai kejohanan kelas dua atau mudahnya untuk pemain2 simpanan, tetapi bagi aku dan juga semua peminat2 dahagakan kejayaan. Kalau boleh aku nak semua piala kejohanan yang Liverpool sertai. Boleh ke? Susahkan. Real Madrid yang power pun tak boleh nak buat. ehhehehh

Aku tidak ler nak menyalahkan abang Roy 100%. Bagi aku, sesiapa saja pun yang mengendalikan Liverpool ketika ini, akan menghadapi tekanan yang terlalu berat. Dengan dana yang langsung tak memadai, kualiti pemain yang ditinggalkan oleh Rafa, peminat2 yang dahagakan kejayaan dan juga masalah dalaman kelab yang dibebani hutang ini. Tak selesai2 lagi nak tukar hak milik (tokey). Apakan daya abang Roy, itulah nasib anda. Tapi aku percaya, dia masih lagi dalam proses untuk menguji qualiti, keserasian dan kemahiran pemain2nya.

Perjalanan masih panjang. Aku masih menaruh kepercayaan dan harapan pada abang Roy untuk merealisasikan kejayaan ini. Aku masih nampak sinar kejayaan itu walaupun sukar. Bagi pemain2 kesayanganku, buktikan anda boleh. Inilah masanya untuk anda mengukir nama disebalik kejayaan kita. Mengapai bintang2 yang digilap oleh abang Roy. Untuk Idolaku " Steven Gerrard", usahlah kau berputus asa. Bimbinglah pasukan dengan penuh bersemangat. Ketuailah mereka untuk menutup mulut2 yang selama ini mempersendakan kita. Ingatlah, dibelakangmu ada jutaan peminat yang sentiasa memberi sokongan tanpa rasa jemu. Berpeganglah kita pada slogan " You'll Never Walk Alone"

Cecahkan dahimu ke Sejadah

Written By Unknown on Wednesday, September 22, 2010 | 22:09

Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak 
"mencecah sejadah di dunia"

10 Peringatan bumi kepada kita

Written By Unknown on Tuesday, September 21, 2010 | 01:34

Berkata Anas Bin Malik r.a;

"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."
 
  • Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  •  Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  •  Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  •  Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  •  Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  • Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  • Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
 

LIVERPOOL FAN CLUB ~ Blogger Badge

Written By Unknown on Sunday, September 19, 2010 | 19:08

 Anda berminat untuk memiliki blogger badge ini untuk dilekatkan di blog anda?

Sila ikut langkah2 berikut :-
    1. Pastikan anda adalah peminat setia pasukan Liverpool - The Reds
    2. Copy badge dan lekatkan di blog anda.
    3. Tinggalkan nickname, nama blog, url blog untuk saya letak list anda diruangan ini. Nak letak no. telefon pun boleh juga. Nanti bila2 ada game, boleh kita semua berkomen live kat hp. hehehe
    4. Setelah saya pastikan badge ditampal di blog anda, barulah saya akan menyenaraikan anda didalam ruangan ini. Sekiranya belum, anda dikira pencuri maklumat dan anda tidak akan dsenaraikan. Hahahaha..
    5. Anda juga digalakan untuk membina link ini untuk memudahkan anda mengumpul maklumat sahabat blogger Liverpool Fan.
Semoga dengan pengumpulan sahabat2 blogger dari Anfield ini akan memupuk semangat persaudaraan antara kita dengan istilah :-

"You'll Never Walk Alone"



Sahabat2 yang kusayang
  1. Rezeki itu datangnya dari usaha yang Ikhlas - Sale_ehs Gerrard ( Aku ler)
  2. ~~Cerekarama~~YuSeNzE-KniGhT (pembina Badge)
  3. Kecik Suka Main Bola - Kecik  
  4. ~Wan GerRard~ - Gerrard
  5. aku.....? - jeman beragas
  6. Warna Warni Kehidupanku -xixi
  7. Bloggerman - bloggerman
  8. LIVERPOOL, THE REDS, THE KOP DaHulu kini dAN selaManYa - Darion Daron
  9. spEECh LESs - aunizafraa zafraan
  10. Watching the Wheels - Firdaus
  11. ZBZSITE - Penyu
  12. Realiti atau Fantasi - Aiman
  13. ZAMZAMIL ZAIN - Zamzamilzain
  14. my life is not ur life - S!L4H..
  15. aku dan blog - laici
  16. creative non fiction - azeem -


Terima kasih sahabat2ku.. semoga kita terus bersama. 











Liverpool 4-1 Steaua Bucuresti - UEFA Cup 10/11

Written By Unknown on Friday, September 17, 2010 | 15:27

Liverpool 4 - 1 Steaua Bucuresti

Joe Cole (1)                                                            Cristian Tanase (13)
David Ngog (pen 56)
Lucas (81)
David Ngog (90)




Awal pagi tadi menyaksikan kehebatan sebenar The Reds yang dahagakan kejayaan. Perlawanan pertama di dalam kumpulan K piala UEFA, menyaksikan abang Roy menurunkan lebih dari separuh pemain2 simpanannya (pasukan ke 2). Ia bertujuan memberi rehat secukupnya kepada pemain2 utama seperti Gerrard, Torres, Jovanovic, Carragher, Johnson dan Skrtel untuk menghadapi perlawanan menentang Syaitan Merah Pada hari ahad nanti.

Pagi tadi juga tercipta sejarah apabila Joe Cole menjaringkan gol terpantas dalam kejohanan ketika perlawanan baru bermula seawal 25 saat. Walau bagaimanapun Cristian Tanase menyamakan kedudukan pada minit ke 13. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua The Reds kembali menguasai perlawanan, dimana pada minit ker 56, David Ngog  telah menjaringkan gol kedua dari sepakan penalti. Sepakan ini diberi setelah Eric Bicfalvi menghalang Kyrgiakos dari melakukan tandukan hasil sepakan sudut dari Maxi Rodriguez. Lucas membuktikan bahawa dia adalah pemain yang berkualiti apabila menjaringkan gol ke-3 pada minit ke 81 hasil rembatan deras dari luar kotak penalti. David Ngog sekali lagi menceriakan malam kejayaan Liverpool apabila Menjaringkan gol kedua bagi dirinya & ke-4 bagi The Reds pada minit2 terakhir perlawanan.

Liverpool kini menduduki tangga teratas dalam kumpulan K setelah perlawanan antara Napoli dan FC Utrecht berkesudahan degan 0-0. Perlawanan ini membuktikan Liverpool tidak ketandusan pemain yang kreatif untuk menjana kejayaan. Ia juga memberi petunjuk dan amaran kepada pemain2 utama untuk meningkatkan mutu permainan masing2. Abg roy sememangnya bijak mengunakan pemain yang ada dalam sequad ini. Ini bukan lagi zaman empayar Rafa yang kononnya menggunakan sistem bergilir, tetapi masih menggunakan konsep anak emas. Semoga abg roy dapat memulihkan kembali reputasi The Reds untuk musim ini. YNWA .....





Howard webb - Pengadil yang kurang adil?

Kenalkah anda pada Howard Webb. Pengadil yang telah mengadili perlawanan akhir World Cup 2010 antara Sepanyol dan Belanda. Mungkin anda masih ingat bagaimana dia melayangkan 14 kad kuning dan 1 kad merah pada perlawanan tersebut. Perlawanan yang penuh kontroversi dan tidak puas hatinya peminat dengan cara pengadilan sibotak ni. Bagi peminat2 Barclays Primier League (BPL @ EPL), sibotak ini memang sudah tidak asing lagi bagi mereka. Sibotak yang biasanya akan mengadili perlawanan2 panas dalam pertemuan antara empat kelab seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea & Arsenal.

Pagi tadi selepas aku balik kerja, aku pun mengadap tv tengok apa2 cerita yang menarik. Bila aku buka channel astro 817, ada ulangan perlawanan klasik antara MU & Liverpool pada sesi 07/08. Sebenarnya mula2 aku tonton aku lupa apa keputusan perlawan tersebut. Ye la.. dah lama. Mana nak ingat. Tapi bila terpandang insiden Mascherano kena kad merah yang dilayangkan oleh sibotak ni, baru aku teringat perlawanan ini dimenangi oleh MU dengan 3-0. Aku hanya tengok separuh masa pertama sahaja. Bukan sebab dah tau kalah, tapi terlalu benci dengan pengadil yang mengadili perlawanan ini iaitu howard webb.

Sebenarnya bukan dalam perlawanan itu sahaja. Banyak lagi perlawanan yang membabitkan liverpool apabila sibotak ini yang jadi pengadil, mesti akan ada yang mempertikaikan keputusan beliau. Samada Liverpool menang atau kalah, aku tetap kurang senang cara dia mengadili perlawanan. Nampak sangat seperti dia anti The Reds.

Ahad 19/9/2010 ini perlawanan panas antara musuh tradisi akan berlangsung. Dua gergasi merah, Manchester United (Red Devil) akan bertemu Liverpool (The reds) di Old Traffod. Aku berharap sangat janganlah sibotak ini menjadi menjadi pengadil. Kalaulah dia, korang pun mungkin dah tau apa keputusannya. Berat sebelah punya. Dah tentu ada pemain dapat kad merah. Harap2 Liverpool tidak akan teraniaya lagi.

Pendapat aku :
Howard Webb : Pemain no. 12 MU.

 
Apa Pendapat korang pula?


Corat coret Aidilfitri 2010 ~ 1431H

Written By Unknown on Tuesday, September 14, 2010 | 00:58

Alhamdulillah, setelah sebulan kita bersama2 menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, kita telah merayakan hari raya Aidilfitri pada 10 september 2010 yang lalu sebagai satu tanda kemenangan melawan nafsu dan kesyukuran terhadap nikmat yang telah diberikan Allah SWT terhadap kita. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah.


Setiap tahun hari raya Aidilfitri adalah hari yang amat ditunggu2 oleh semua umat islam tanpa mengira lapisan umur. Itulah harinya kita semua bersama keluarga berkumpul, ziarah menziarahi sanak saudara dan juga sahabat handai. Saling maaf bermaafan sesama insan serta beramah mesra dengan mereka2 yang selama ini berjauhan sambil menikmati juadah yang terhidang. Inilah harinya peluang untuk kita mengeratkan lagi talian silaturahim sesama insan dengan ungkapan persaudaraan dan persahabatan. Semoga Aidilfitri kali ini memberi kita sinar kehidupan yang baru dan memberi seribu kemanisan yang indah untuk kenangan selama2nya.

Aidilfitri kali ini kita dihiaskan dengan beberapa berita gempar yang sedikit sebanyak mencacatkan mood raya kita kali ini. Saban tahun berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa semasa pulang ke kampung halaman menghiasi dada akhbar dan juga berita tv. Alangkah bahagianya jika kita langsung tidak kedengaran berita ini lagi. Tetapi disebalik berita kemalangan jalanraya ini, kita dihebahkan pula dengan dua berita yang amat menyedihkan dan juga memarahkan kita sebagai umat islam.

  •  Misteri kehilangan jutawan kosmetik : Dato Sosilawati - Sejak 30ogos lalu Dato Sosilawati bersama 3 orang lagi telah hilang selepas urusan pembelian tanah di Banting Selangor. 3 orang itu ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu. Pembunuhan yang amat kejam keaatas mereka berempat dimana setelah dipukul dan dibunuh, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang kesungai berhampiran. MasyaAllah. Apa sudah jadi dunia ini? Berita lanjut anda boleh baca di surat khabar KOSMO, BERITA HARIAN dan UTUSAN MALAYSIA

  •  Rencana pembakaran AlQuran di Amerika - Rencana pembakaran Al-Quran untuk memperingati robohnya gedung World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat yang didalangi oleh kelompok jamaah salah satu gereja di AS yang menamakan dirinya Dove World Outreach Center pimpinan Pastor Terry Jones. Jika rencana pembakaran Al-Quran ini benar-benar terjadi akan terjadi potensi konflik yang sangat besar. Amerika cenderung membiarkan masyarakatnya berekspresi dengan bebas sehingga hal ini sangat berbahaya bagi kedamaian dunia. Harus ada kerja keras untuk menggagalkan rencana pembakaran Al-Quran di AS. Berita lanjut di BERITA HARIAN dan UTUSAN MALAYSIA. Kita sebagai umat islam, apakah tindakbalas dari kita? Adakah kita hanya mampu melihat sahaja?
Sesungguhnya dunia sudah hampir ke penghujungnya. Manusia hanya mementingkan diri sendiri dan melakukan sesuatu tindakan tanpa menggunakan akal yang waras. AlQuran dan Hadis Nabi telah menjelaskan kepada kita bahawa banyak akan berlaku kemungkaran diakhir zaman nanti. Semoga kita sebagai umat akhir zaman dapat terus berpegang kepada ajaran yang islam yang benar berpandukan AlQuran dan Hadis. InsyaAllah.

Sebagai peringatan bersama, di samping kesibukan dan keseronokan merayakan Aidilfitri yang berbahagia ini, janganlah kita lalai sehingga kita meninggalkan kewajipan kita sebagai umat Islam dan melakukan perkara yang boleh mencemarkan kemuliaan Aidilfitri ini seperti meninggalkan Solat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mengumpat, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan hidangan yang haram dan bermacam-macam lagi kemungkaran. Semoga Aidilfitri yang kita rayakan benar-benar akan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.. Amin..

Al-Quran dihina depan Rumah Putih

Written By Unknown on Monday, September 13, 2010 | 11:01


Koyak, bakar kitab suci ketika Obama minta warga AS bertenang isu bina masjid, 9/11

PELAMPAU Kristian mengoyak beberapa 
muka surat al-Quran di depan Rumah Putih.

WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.

Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.

Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”

Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah.

Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”
Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.

Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.

Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.

Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.

Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.

“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.

Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.

Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.

Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi

Sumber : Berita Harian

Bakar al-Quran: apa tindakan Amerika

Written By Unknown on Friday, September 10, 2010 | 22:26

GAINESVILLE 8 Sept. - Amerika Syarikat (AS) nampaknya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang sebuah gereja kecil di Florida daripada meneruskan rancangan untuk membakar beratus-ratus naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September sekalipun perbuatan itu dikhuatiri boleh menimbulkan reaksi keras di seluruh dunia.  White House semalam sekadar menyuarakan semula kebimbangan yang dibangkitkan oleh para pemimpin tenteranya bahawa langkah provokasi yang dirancang oleh gereja Dove World Outreach Center itu boleh mencetuskan kemarahan di seluruh dunia Islam dan membahayakan nyawa askar AS.  "Perbuatan itu akan meletakkan askar kita dalam bahaya. Sebarang jenis aktiviti yang meletakkan askar kita dalam bahaya sudah tentunya membimbangkan pentadbiran ini," kata jurucakap White House, Robert Gibbs. 

Beliau mengulangi kenyataan yang dibuat oleh komander tertinggi tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral David Petraeus yang memberi amaran, pembakaran kitab suci Islam itu akan dijadikan bahan propaganda oleh puak militan.   "Ia boleh membahayakan askar dan membahayakan seluruh kempen kita," kata Petraeus kepada akhbar Wall Street Journal dalam kenyataan yang turut disuarakan kemudian oleh ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen.  Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton mengutuk perbuatan yang dirancangkan itu sebagai 'biadab dan memalukan'.   Namun Dove World berikrar untuk terus memperingati hari ulang kesembilan serangan 11 September, 2001 pada Sabtu ini serta hampir 3,000 orang yang terbunuh dengan membakar beratus-ratus naskhah al-Quran.   Meskipun pihak bomba menolak permohonan ketua paderi gereja tersebut, Terry Jones untuk mengadakan upacara pembakaran terbuka, polis tidak boleh campur tangan sehinggalah pengikut gereja benar-benar membakar kitab suci itu.   Malah setelah al-Quran dibakar pun, tiada tangkapan akan dibuat kerana kesalahan melanggar ordinan tempatan hanyalah satu kesalahan kecil dan cuma saman dikeluarkan dalam kes sedemikian.   Provokasi gereja itu timbul ketika merebaknya sentimen Islamofobia berpunca daripada rancangan untuk membina sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid di New York di satu lokasi berhampiran Ground Zero iaitu tapak runtuhan World Trade Center (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September.   Peguam Negara AS, Eric Holder menemui para pemimpin pelbagai agama semalam untuk membincangkan langkah bagi membendung sentimen anti-Islam itu, berikutan gesaan mereka supaya beliau membuat kenyataan keras mengutuk jenayah yang didorong oleh kebencian terhadap agama atau golongan tertentu.   Pengarah eksekutif Muslim Advocates, Farhana Khera berkata, selepas pertemuan mereka, Holder menyifatkan rancangan untuk membakar al-Quran itu sebagai 'bodoh dan berbahaya'.   Khera bagaimanapun kesal kerana pembakaran itu nanti jika dilaksanakan tidak akan melanggar undang-undang persekutuan. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia 09/09/10

Hanya Khilafah Yang Mampu Menghalang Kuffar Yang Biadap. Jihadlah Jawabannya

Sememangnya kerajaan Amerika boleh memberi alasan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang sebuah gereja kecil di Florida daripada meneruskan rancangan untuk membakar beratus-ratus naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September yang akan datang ini. Namun hakikatnya kerajaan kufur Amerika ini sebenarnya boleh menghalang tindakan tersebut jika mereka benar-benar ingin memberhentikan tindakan biadab tersebut. Namun, mereka tidak akan pernah berusaha menghalangnya, kerana kita tahu bahawa Amerika adalah musuh utama Islam nombor 1 di dunia saat ini. Jika mereka sedikitpun merasa tidak bersalah membunuh dan menumpahkan darah umat Islam, terutamanya di Iraq dan Afghanistan selama ini maka apalah sangat bagi mereka jika al-Quran yang menjadi kitab suci bagi umat Islam itu dibakar ataupun dimusnahkan. Suatu ketika dahulupun kita pernah dipaparkan tentang kebiadaban tentera Amerika yang mencampakkan al-Quran ke dalam lubang tandas, kini, provokasi di Florida sebenarnya adalah sesuatu yang selari dengan keinginan Amerika dan sekutu-sekutunya.

Untuk itu wahai seluruh umat Islam! Satu-satunya kuasa dan kekuatan yang boleh mengajar kebiadaban gereja Dove World Outreach Center itu dari terus menunjukkan sikap kurang ajar mereka terhadap Islam dan umat Islam adalah dengan kekuatan yang didokong oleh Khilafah. Sejarah kegemilangan Khilafah yang pernah memayungi dunia Islam selama lebih kurang 13 abad lamanya telah membuktikan bahawa hanya Khilafahlah satu-satunya intitusi politik yang pernah dan yang akan mampu membela dan menjaga Islam dan umat Islam. Untuk itu para penguasa umat Islam, termasuklah  di Malaysia, sewajarnya mencontohi sikap para khalifah terdahulu. Salah satu contoh adalah sikap yang pernah ditunjukkan oleh Sultan Abdul Hamid di Turki suatu masa dahulu yang wajar dijadikan pengajaran oleh para pemerintah umat Islam saat ini. Diberitakan bahwa suatu ketika dahulu Perancis pernah merancang untuk mengadakan pertunjukan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Isinya bertemakan, “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah SAW drama tersebut turut menghina Zaid dan Zainab. Ketika Sultan Abdul Hamid, khalifah Uthmaniah di saat itu, mengetahui berita tersebut melalui dutanya di Perancis, maka beliau segera mengancam pemerintah Perancis agar menghentikan pementasan drama tersebut. Beliau mengingatkan bahwa ada “tindakan politik” yang akan dihadapi oleh Perancis jika mereka tetap meneruskan dan mengizinkan pementasan tersebut. Akhirnya Perancis telah membatalkan pementasan drama tersebut.

Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut lalu berangkat ke England. Mereka merancang untuk menyelenggarakan pementasan drama itu di sana. Mengetahui keadaan itu, Khalifah Abdul Hamid turut mengancam Inggeris. Pihak Inggeris  menolak ancaman tersebut dengan alasan, tiket sudah habis dijual dan pembatalan drama tersebut adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) rakyatnya. Setelah mendengar sikap Inggeris tersebut, Khalifah Abdul Hamid menyampaikan amaran beliau seperti berikut, “Kalau begitu, saya akan mengeluarkan perintah kepada seluruh umat Islam dengan mengatakan bahawa Inggeris sedang menyerang dan menghina Rasul kita! Saya akan mengobarkan jihad akbar!”

Pemerintah Inggeris pun ketakutan melihat keseriusan ancaman Abdul Hamid. Mereka segera melupakan perjuangan idea berkenaan dengan kebebasan itu. Pementasan drama itu pun akhirnya dibatalkan juga sepertimana yang berlaku di Peracis sebelum dari ini.

Ini merupakan bukti yang kukuh untuk kita mengatakan, bahawa Khilafahlah satu-satunya kekuatan yang akan mampu mengajar dan membungkam kebiadaban kuffar Barat yang secara berterusan, sehingga ke hari ini, terus melakukan provokasi menghina Islam dan umat Islam. Untuk itu, wahai seluruh umat Islam! Sudah saatnya kita bergerak untuk menegakkan kembali Khilafah.  

Adab menyambut Aidilfitri

Written By Unknown on Tuesday, September 7, 2010 | 02:52

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya.

Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok
Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.
"Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.
"Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi
Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Hadits riwayat Al-Bukhari)
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

P/s: semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan kepada semua. InsyaAllah.

Dipetik dari : Dakwahaqsa.blogspot



Mengacau dodol raya..

Written By Unknown on Sunday, September 5, 2010 | 04:16

Hari ni aku betul2 letih. Aku tak sangka pula hari ni kena kacau dodol. Setahu aku, esok barulah operasi ni bermula. Tapi bapaku tukar plan pula tanpa memberi tahu aku..huhuhuhu. Ni semua gara2 malam tadi aku kerja malam. Lepas tu x topup pun tidur kat opis. So pagi tu balik kerja aku terus pergi servis kereta dulu. Dah nak dekat rayakan, Kalau lambat2 lagi nanti, lagi penuh pula workshop tu nanti.
Baru start mengacau

Cadang2nya balik servis kereta ni, boleh ler melelapkan mata, tapi sampai rumah jer lebih kurang dalam pukul 11.15 pagi, anak daraku dah menjerit suruh tolong atuknya mengacau dodol. Koyak aku ari ni. Dengan hati yang rela dalam terpaksa, aku gagahkan juga mengacau juadah ini. Nampaknya baru jer start adengan mengacau ni sebab aku tengok masih lagi cair. Emmm.. dapat ler gak curi2 simpan tenaga.

Dah semakin pekat.. Panas2... weiii

Waktu terus berlalu, semakin lama semakin memekatlah dodol ni. Arkhhhhh.. Masa tu macam2 dah aku rasa, letih, mengatuk, haus.. Emmm.. ikutkan hati nak jer aku minum. Tapi aku masih bertahan. Nasib baiklah aku berdua dengan bapaku bergilir2 mengacau. Kalau aku sorang, mau jer aku terbalikkan kuali ni jer. Panas hati punya pasal..hhehehhe.

berat jer rasanya nak mengacau...

Waktu terus berlalu, jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Aku dah tak tahan gila ni. Dodol dah hampir masak. Kini giliran bapaku pula untuk mengacau. Aku masuk rumah kejap. Pasang kipas. Ingat nak sejukkan badan sekejap ler. Tapi, bukan sekejap, aku terus terlena. hehehehehe.. Sedar2 dah pukul 3.30 petang. Laaa, dah siap rupanya. Bara api pun dah kena padam. Kesian bapak aku. Nasib baiklah dia paham sebab aku satu hari suntuk tak tidur. Kerja malam ler katakan.huhuh. Lagipun memang tiap2 tahun aku jer jadi mangsa keadaan. Harapkan adik beradik lain. Tolong makan mungkin ler kot.. hahahaha.

Dipendekkan cerita Aku terus mandi dan sambung tido balik. Kalau tak tido memang malam nanti aku pengsan la. Dah ler kerja malam lagi ni. Harap2 sedap ler dodol yang aku buat tu. ( tak sempat rasa lagi tu. huhuhuhu)

Salam Lebaran 1431H

Written By Unknown on Friday, September 3, 2010 | 20:22



Jika HATI sejernih AIR, Jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, Hiasi IA dengan IMAN.

Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar nafsu angkara.
Sebulan penuh Kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.

Gema takbir di hari raya, Bolehlah buat kita gembira,
Namun berlalu bulan puasa, Pergilah 1000 bulan pahala,
Semoga Allah mengizinkan, Bertemu Ramadhan tahun depan



Selamat Hari Raya Aidil Fitri
mohon maaf zahir dan batin

ikhlas dari:                      
Sale_ehs gerrard @  Sallehudin & Sekeluarga 
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger