Headlines News :
.
Home » , , » Friendly 2011 - Valerenga 3-3 Liverpool - Aquilani memang terbaik

Friendly 2011 - Valerenga 3-3 Liverpool - Aquilani memang terbaik

Written By Unknown on Tuesday, August 2, 2011 | 04:43

Pada perlawanan ini, buat pertama kalinya dalam perlawanan persahabatan Dalglish telah menurunkan kesebelasan terbaik dalam pasukan utama. Penjaga gol kita iaitu Reina telah kembali beraksi setelah lama berehat. Begitu juga Johnson yang selama ini juga menyepi kini kembali mewarnai pasukan.

Diawal babak2 permainan, pasukan kita agak ketandusan idea dimana tiada banyak percubaan2 merbahaya yang boleh memberi jaringan awal kepada pasukan. Malangnya pasukan lawan terlebih dahulu mencuri kesempatan untuk menjaringkan gol pertama disusuli gol kedua melalui penalti. Sehinggalah menghampiri kepenghujung perlawanan, Carroll dapat merapatkan kedudukan dengan 2-1.


2nd half begitu juga keadaannya. Walaupun Downing kerap menghantar bola ke kotak penalti, tetapi tiada juga penyudah yang berkesan. Sehinggalah kemasukkan Aquilani untuk mengantikan Henderson pada minit ke 80, barulah menampakkan ciri2 serangan yang merbahaya muncul. Akhirnya dua kali tendangan sudut dari Aquilani telah membuahkan hasil. Kedua2 sepakan sudut itu diterima oleh Agger untuk menjaringkan dua gol berturut2. Seterusnya kelibat Aquilani terus memberi impak besar kepada kebangkitan permainan malam ini. Beberapa percubaan jauhnya juga berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol lawan. Di akhir2 babak permainan, Liverpool terpaksa akur, dengan jaringan penyamaan dari Valerengga.


Kesimpulannya, kita masih lagi tidak boleh menilai aksi sebenar Liverpool setakat perlawanan malam tadi. Ini kerana beberapa pemain utama kita seperti Suarez, Gerrard dan Lucas masih lagi belum berada didalam pasukan. Pada perlawanan tadi pula kita menggunakan ketiga2 pemain tengah yang baru dimiliki, iaitu Henderson, Adam dan Downing digandingkan bersama Spearing. Persefahaman mereka nampaknya masih belum utuh lagi.


Apa pun pemain terbaik pada perlawanan malam tadi sudah tentu untuk Aquilani. Walaupun beliau berada dipadang hanya selama 15 minit sahaja, tetapi kehadiran beliau telah mengubah corak permainan Liverpool sehingga membolehkan Agger untuk menjaringkan dua gol. Mungkin beliau mengambil semangat jersi no. 8 (Gerrard) tu. Jadi pakailah jersi no. 8 tu selagi tuan punyanye masih MC lagi. Dan mengikut suasana semasa, Aquilani terus memberansangkan. Diharap segala gosip perpindahan beliau tidak menjadi kenyataan. Harap2 beliau terus kekal di Anfield.

Senarai pemain Liverpool

Reina, Johnson (Flanagan "69"), Agger (Sama "89"), Carragher (C), Robinson (Kelly "69"), Downing (Sterling "80"), Spearing, Adam (Shelvey "69"), Henderson (Aquilani "80"), Carroll (Ngog "80"), Kuyt.


Aksi2 perlawanan

Share this article :

2 comments:

  1. risau gak tgk defence ni..da la tggl smggu je lg..

    ReplyDelete
  2. Aquilani memang terbaik malam td..jgn jual die huhu

    aku nyer link kat blog nape masih kuar yang lama lg ea huhu try letak yg baru bro :)

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger