Headlines News :

Sammy Lee meninggalkan Anfield

Written By saleehs gerrard on Thursday, June 30, 2011 | 00:24

Mungkin sudah merasai kedudukannya sebagai pembantu pengurus tidak diperlukan lagi, Sammy Lee membuat keputusan yang mengejutkan semua pihak dengan meletakkan jawatan itu hari ini. Kemanakah arah tujuannya. Merajukkah dia?

Semenjak ketibaan Steve Clarke ke Anfield untuk menjadi jurulatih utama pasukan untuk mengambil alih tempat Sammy Lee, jawatannya sebagai Penolong pengurus adalah ibarat kambing hitam sahaja. Tiada apa kuasa serta kepercayaan yang besar diberi kepadanya.

Selama 3 tahun memegang jawatan tersebut, beliau telah bekerja dibawah 3 orang pengurus. Sammy yang mula dibawa masuk ketika zaman rejim Rafa pada tahun 2008 telah memberi impak yang terbaik kepada pasukan. Walaubagaimanapun, ketika berada dibawah Roy Hodgson kewibawaannya mula dipertikaikan sehingga ada peminat yang menyuruh Roy membawa Sammy pergi bersama2nya. Sehinggalah Kenny Dalglish mengambil alih, kerja2 Sammy mula dikurangkan dengan Dalglish membawa masuk Steve Clarke untuk menjadi jurulatih utama pasukan.

Dengar cerita Sammy ingin kembali menjadi pengurus utama. Kemana arah tujuannya belum dapat dipastikan lagi. Mungkinkah beliau akan mengikut bos lamanya iaitu Sam Allardyce ke Wesy Ham. Walau kemana arah tujuannya pun, diharap beliau dapat menjadi seorang pengurus yang berjaya.

Dah tua baru nak kena Chicken Pox

Written By saleehs gerrard on Tuesday, June 21, 2011 | 03:15

SG sangkakan, SG dah pernah kena demam campak ni, rupanya seumur hidup tak pernah lagi kena. Akibatnya, sempena hari ayah semalam, SG di hadiahkan demam campak ataupun orang biasa panggil Chicken Pox.

Bagi yang belum pernah merasa, memang sengsara beb. Badan serupa Alien. Tekak peritlah, tak selera makan, sakit perut dan macam2 lagi. Dipendekkan cerita SG dapat satu pakej complete le. Tak taulah berjangkit dari siapa. Rasanya kat opis SG pun awal bulan ni ada dua orang yang dah kena. Tapi awal bulan, ni dah nak hujung2 bulan. Lagipun mamat yang kena tu bukan satu shift dengan SG pun. So SG tak nak ler nak salah2kan dia orang pula. Anggap je ni memang dah ketentuan Allah. Bukan senang nak rasa penyakit nikan. Seumur hidup sekali ler katakan.

Cuma yang tak bestnya, member2 SG gurau2 gak ler. Dah tua2 baru nak kena Chicken Pox ni. So pening gak nak cari petua2 nak merawat penyakit ni. Harapkan klinik, cuma bagi ubat sapu jer ler. so apa lagi SG pun mencari le bomoh yang bernama En. Google. Search le apa yang patut. Itulah dinamakan kecanggihan masa kini. Nak apa jer. Jumpa En. Google, minta bantuan. Pasti dia tolong punya. Jadi dengan bantuan En. Google tadi maka dapatlah sedikit sebanyak maklumat cara untuk merawatnya. Thanks Pak Google.

Apapun, dah tentu dua minggu SG kena kuarantin kat umah. Siksanyalah rasa. SG rasa nilah MC SG paling lama dalam hidup ni. Dulu masa excident pun seminggu je. Takpalah, doktor dah suruh kita berehat2 kat rumah. terima jer ler. Nanti kalau kerja juga, 1 opis pula kena. Tak ke bahaya namanya. hehehehe

Beban Liverpool membela ayam pencen

Written By saleehs gerrard on Thursday, June 16, 2011 | 13:02

Liverpool dibebani masalah membayar gaji 30 juta pound (RM150 juta) untuk sekumpulan pemain yang 'tidak dikehendaki' musim depan, jika mereka gagal disingkirkan. Pemain-pemain kurang efektif seperti Milan Jovanovic dan Joe Cole sahaja menerima gaji 12 juta pound (RM60 juta), biarpun beraksi hambar pada musim pertama.

Skuad Reds terdesak menjual beberapa pemain yang tidak lagi diperlukan khidmat mereka dalam revolusi Anfield di bawah kendalian Kenny Dalglish. Namun, dengan begitu ramai pemain yang meraih kontrak lumayan di bawah regim terdahulu, usaha memindahkan mereka adalah satu perkara yang memeningkan pengurusan tertinggi Liverpool. Ia menyebabkan bos The Kop berdepan bebanan perlu membelanjakan 600,000 pound (RM3 juta) seminggu untuk membayar gaji kepada sekumpulan pemain terbabit yang sudah dianggap 'kayu mati'.

Pemain Serbia, Jovanovic, merupakan antara penerima gaji tertinggi dengan setengah juta pound setiap bulan dan bekas bintang Chelsea, Cole tidak jauh di belakang dengan gajinya 110,000 pound seminggu. Tiada siapa di antara dua pemain itu berjaya merebut tempat dalam skuad utama. Jovanovic hanya memulakan lima perlawanan dalam kesebelasan utama musim lalu, sekali gus merugikan Reds 1.2 juta pound (RM6 juta) setiap perlawanan.

Seorang lagi pembelian gagal, Chrisitan Poulsen yang berhijrah ke Anfield dari Juventus dengan reputasi antara bintang terhebat Denmark, hanya beraksi sembilan kali dalam liga, justeru kos dibiayai Liverpool untuk khidmatnya sekitar 300,000 pound (RM1.5 juta) setiap perlawanan. Liverpool menerima tamparan besar berikutan kegagalan menjual Poulsen ke dua kelab Belgium, Anderlecht dan Bruges, yang menarik diri daripada rundingan selepas mengetahui gaji mahalnya. Tercicir ke Liga Kejuaraan mungkin tidak mematahkan niat West Ham untuk membawa Cole kembali ke Uptown Park, namun saiz gajinya cukup menakutkan.

Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga', pusat latihan Liverpool pada bulan depan juga akan menerima kepulangan 'bintang-bintang' yang dipinjamkan ke kelab lain musim lalu. Antaranya Alberto Aquilani (Juventus), Paul Konchesky (Nottingham Forest), Nabil El Zhar (PAOK Slonika), Phillip Degen (Stuggart).

Liverpool perlu menyingkirkan seberapa banyak pemain yang mungkin untuk membuka laluan kepada kemasukan rekrut baru yang kini dalam senarai dikehendaki seperti Stewart Downing dan Gael Clichy. - AGENSI

Sumber : Utusan Online

Maxi Rodriguez pula buat hal

Hari ini, peminat Liverpool dikejutkan pula dengan berita sensasi bahawa pemain sayap kita Maxi Rodriguez menyatakan hasrat untuk kembali bermain di negara asalnya Argentina. Merajukkah Maxi? Dah nak terikut2 perangai pembelot bekas pemain kita dulu si Torres ke?

Mungkin ada benarnya Maxi terasa hati. Memang benar polisi FSG mahukan pemain2 muda yang berbakat. Walaupun umurnya sudah menjangkau 30 tahun, tapi ini tidak bermakna beliau akan ditendang begitu sahaja. Lagi2 selepas beliau berjaya mencipta nama dengan 2 kali hatrik sejak dibawah kendalian Dalglish. Takkanlah Dalglish tak nak kenang jasa dia.

Berkemungkinan juga, ura2 nama seperti Charlie Adam, Stewart Downing dan Santi Carzola mula hangat diperkatakan untuk menyarung jersi Liverpool menjadikan Maxi merasakan dia hanya akan menjadi pemanas bangku simpanan sahaja dimusim akan datang.

Sekiranya benar2 Maxi ingin pulang ke kampung halamannya dan kelab yang akan diwakilinya adalah Newell's Old Boys. Jika itulah kehendaknya dan Dalglish melepaskanya, selamat maju jaya diucapkan kepada Maxi Redriguez di kampung halamannya Argentina.

Khabarnya Raul Meireles cuba dipancing Inter Milan

Written By saleehs gerrard on Wednesday, June 15, 2011 | 03:24

Pemain yang memenangi anugerah pemain terbaik musim ini Raul Meireles khabarnya sedang dipancing oleh bekas juara Champion League, Inter Milan. Antara benar atau tidak, tetapi gosip ini semakin liar kedengaran di akhbar2 sukan Eropah.

Meireles adalah pemain yang dibawa masuk oleh Roy Hodgson pada perpindahan musim panas tahun lalu. Beliau memulakan kariernya di Anfield dengan keadaan yang tidak menentu dibawah kendalian Hodgson. Walau bagaimanapun, dibawah bimbingan King Dalglish, Meireles mula menunjukkan taringnya dengan mencipta 5 jaringan fantastik serta merencanakan gerakan untuk teman2nya menjaringkan gol. Malah kita masih ingat lagi bagaimana jaringan dari tendangan voley jarak jauhnya  berjaya mengalahkan Chelsea.

Perlukah kita merelakan pemergian meireles ini. Tidak takutkah kita pisang berbuah dua kali selepas perginya Alonso ke Real Madrid yang mengakibatkan pasukan kita terumbang ambing. Nama seperti Charlie Adam, Stewart Downing, Juan Mata, Fernando Gago dan Ever Banega adalah antara pemain midfield yang Dalglish inginkan selepas berjaya mengikat Jordan Henderson. Adakah ini tanda2 Dalglish dan Comolli bersedia untuk menjual Meireles.

Diharap ini hanyalah sekadar khabar angin untuk menghangatkan lagi musim perpindahan ini. Kalau Inter nak juga, bagi saja Poulsen, Jovanovic dan Aquilani. Meireles tolonglah simpan.

Antara pemain dalam radar serta bidaan Dalglish dan Comolli

Written By saleehs gerrard on Tuesday, June 14, 2011 | 06:12

Selepas berjaya mengikat pemain tengah Sunderland Jordan Henderson minggu lalu, Pengarah pembelian pemain pasukan kita Damien Comolli begitu sibuk sekali meninjau serta membida pemain2 baru untuk diserapkan ke Anfield. Dengan dana yang besar dikeluarkan oleh W. Henry, Comolli di beri kepercayaan penuh bersama Dalglish untuk bershoping bagi memperkasakan pasukan untuk musim akan datang.

Seperti yang dikatakan oleh Dalglish, bahawa bukan hanya Henderson saja yang akan dibawa masuk, malah ramai lagi pemain2 yang berkualiti akan tiba. Walaupun pemain yang diminati oleh beliau menjadi rebutan oleh pasukan lain, tetapi bidaan berdasarkan kebolehan serta kualiti pemain tersebut diharapkan berbaloi.

Hari ini kita telah terlepas untuk memiliki pemain yang telah lama dibida. Phil Jones telah berjaya dicolek oleh seteru utama kita iaitu Manchester United. Walaupun kita gagal untuk memiliki Jones, ini tidak bermakna kita tiada lagi pemain dalam pemerhatian. Antaranya ialah.

Liga Inggeris (EPL)

 Charlie Adam
Full name : Charles Graham Adam
Date of birth : 10 December 1985 (age 25)
Place of birth : Dundee, Scotland
Height :1.85 m (6 ft 1 in)
Playing position : Midfielder
Team : Blackpool

Pada January lalu kita di hampakan oleh pemilik Blackpool kerana tidak membenarkan Charlie Adam berhijrah walaupun dia sudah melepasi ujian perubatan di Melwood. Kali ini peluang untuk memilikinya amat cerah. Perbincangan sudah dalam peringkat akhir. Kemungkinan besar dialah pemain kedua yang tiba selepas Henderson.


Gael Clichy
Full name : Gaël Clichy
Date of birth : 26 July 1985 (age 25)
Place of birth : Toulouse, France
Height : 1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Playing position : Left back
Team : Arsenal

Stewart Downing
Full name : Stewart Downing
Date of birth : 22 July 1984 (age 26)
Place of birth : Middlesbrough, England
Height  : 1.80 m (5 ft 11 in)
Playing position  : Left Winger
Team : Aston Villa

Connor Wickham
Full name : Connor Wickham
Date of birth : 31 March 1993 (age 18)
Place of birth : Hereford, England
Height : 6 ft 3 in (1.91 m)
Playing position :  Striker
Team : Ipswich Town

Alex Chamberlain
Full name : Alexander Mark David Oxlade-Chamberlain
Date of birth : 15 August 1993 (age 17)
Place of birth :  Portsmouth, England
Height :  5 ft 11 in (1.80 m)
Playing position :  Winger
Team : Southampton


LA LIGA (SEPANYOL)

Fernando Gago
Full name : Fernando Rubén Gago
Date of birth : 10 April 1986 (age 25)
Place of birth : Ciudadela, Argentina
Height : 1.77 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Playing position : Defensive midfielder
Team : Real Madrid

Juan Mata
Full name : Juan Manuel Mata García
Date of birth : 28 April 1988 (age 23)
Place of birth : Burgos, Spain
Height : 1.70 m (5 ft 7 in)
Playing position : Winger / Midfielder
Team : Valencia

Diego Perotti
Full name : Diego Perotti
Date of birth : July 26, 1988 (age 22)
Place of birth : Moreno, Argentina
Height : 1.79 m (5 ft 10 1⁄2 in)
Playing position :  Winger
Team : Sevilla

Ever Banega
Full name : Éver Maximiliano David Banega
Date of birth : 29 June 1988 (age 22)
Place of birth : Rosario, Argentina
Height : 1.74 m (5 ft 8 1⁄2 in)
Playing position : Midfielder
Team : Valencia


Santi Cazorla
Full name : Santiago Cazorla González
Date of birth : 13 December 1984 (age 26)
Place of birth : Llanera, Spain
Height : 1.68 m (5 ft 6 in)
Playing position : Winger
Team : Villareal

p/s: Harap2 antara mereka2 ni, adalah yang sangkut untuk tiba di Anfield. Tidak semestinya kerana Liverpool tidak layak dalam kejohanan Eropah akan menjadi penghalang datangnya wira2 baru kita. Yang penting peluang mereka untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama terbentang luas. Sudi2lah hendaknya.

Wanita muda sedia bermadu - Berita baik untuk suami atau buruk untuk isteri

Written By saleehs gerrard on Monday, June 13, 2011 | 11:00

BENARKAH sebahagian besar wanita muda di Malaysia kini tidak lagi kisah seandainya ditakdirkan hidup bermadu? Berdasarkan kajian soal selidik yang dijalankan terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas baru-baru ini, ramai di antara mereka bersetuju mengizinkan suami berkahwin lain.

Tanggapan ini diperkuatkan lagi menerusi rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang mencatatkan sehingga April ini sahaja, sebanyak 286 kes poligami dilaporkan telah didaftarkan. Daripada jumlah itu pula, 222 permohonan poligami diluluskan atas perintah mahkamah.

Wanita negara ini terutama berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka untuk hidup berkongsi kasih atau bermadu berbanding dengan mereka melepasi usia tersebut. Kaji selidik rambang Utusan Malaysia ke atas 400 responden sekitar ibu kota mendapati, walaupun jumlah yang menentang poligami melebihi daripada kumpulan menerima, namun terlihat perubahan baru apabila golongan wanita muda tidak lagi kisah dengan status bermadu.

Berdasarkan jumlah responden ditemui, sebanyak 46 peratus atau 182 akan membenarkan bakal suami atau suami mereka berpoligami. Daripada 182 responden itu pula, hampir 60 peratus atau 108 orang adalah terdiri daripada wanita muda berusia di bawah 30 tahun. Sementara itu, sebanyak 53 peratus atau 213 responden, kebanyakannya berumur lebih 30 tahun pula lebih rela bercerai jika suami mereka berkahwin lain manakala satu peratus lagi secara berterus-terang mengatakan tidak berminat untuk mengetahui tindakan suami di belakang mereka.

Antara alasan diberikan mereka yang enggan berpoligami ialah tidak sanggup berkongsi kasih sayang selain mengaitkannya dengan tahap kemampuan kewangan seseorang lelaki itu. Bagi yang bersedia untuk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa kerana tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa sama, mereka lebih menghormati suami yang bertanggungjawab dan jujur. Berhubung soalan tentang punca wanita muda mudah terpikat kepada lelaki berstatus suami orang, ramai memilih faktor kewangan kukuh dan sikap romantik ditunjukkan mereka.

Sementara itu, berkaitan soalan - jika anda bercinta dengan suami orang, sanggupkah anda bernikah secara senyap-senyap di Thailand, hasil diperoleh ialah sebanyak 89.5 peratus responden memberikan jawapan tidak sanggup manakala 10.5 peratus lagi bersedia menghadapi apa sahaja rintangan.

p/s: Agak2 saham SG ni masih meningkat lagi ke atau dah merundum.. hehehhehee

Sumber : Utusan Malaysia

pembedahan Caesarean - Disebalik kebaikan dan keburukannya

Kaedah pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi boleh dilakukan melalui anestetik menyeluruh atau anestetik lokal. Biasanya kaedah yang lazim diguna ialah anestetik lokal iaitu kaedah spinal anesthesia (kaedah bius daripada pingang ke bawah). Pada kebiasaanya pembedahan ini dilakukan apabila berlaku insiden yang sukar untuk melahirkan bayi secara normal. Ini kemungkinan akibat si ibu tidak mempunyai daya untuk meneran ataupun mempunyai penyakit yang tidak membenarkan melahirkan secara normal.

Pembedahan caesarean ini selamat kerana adanya pembiusan lokal bersama antibiotik. Dalam kaedah pembedahan ini, incision atau torehan dilakukan pada bahagian panty-line atau bahagaian ari-ari.Selapis demi selapis lapisan abdomen dibuka sehingga sampai ke ruang abdomen. Ada 6 bahagian lapisan abdomen yang dibuka sebelum sampai ke rahim. Dan apabila sampai ke rahim, torehan akan dilakukan pada segmen bawah dan bayi akan dikeluarkan.

Selepas itu setiap lapisan abdomen yang dibuka tadi akan dijahit semula dengan kemas. Apabila semuanya selesai, biasanya lukanya akan sembuh dalam masa 2 minggu sehingga 1 bulan. Dan biasanya dalam tempoh 2 bulan ibu sudah boleh beraktiviti harian tanpa masalah.


Walaubagaimanapun masih ada wanita yang lebih senang dengan melakukan pembedahan caeserean bagi memudahkan melahirkan anak. Kelahiran secara caeserean secara elektif sudah menjadi popular walaupun bukan merupakan pilihan yang terbaik. Tapi sebelum melakukan pembedahan ini seharusnya berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan dan komplikasi pembedahan ini.


Seorang rakan wanita anak yang pertama melakukan pembedahan caeserean, walaupun peringkat awal ia juga dapat merasakan bagaimana kesakitan, namun kerana fakta usia dan akhirnya bersetuju melakukannya. Namun satu kajian terbaru menunjukan kadar kematian disebabkan pembedahan secara caesereans menunjukan kadar kematian adalah tiga kali daripada wanita yang melahirkan anak secara biasa. Ini meliputi pembedahan yang dilakukan secara elektif dan emergency. Ini bukan kerana yang berpenyakit sedia ada tetapi tapi kebanyakan jangkitan kuman, darah beku dan komplikasi yang disebabkan oleh nesthesia. Walaupun di Malaysia adalah rendah tapi adalah membimbangkan.


Berkongsi pengalaman seorang rakan yang sama untuk melahirkan anak yang kedua kebetulan due date tidak jauh dengan tarikh anak pertama, jadi beliau telah buat appointment dengan doktor agar melakukan pembedahan pada tarikh yang sama dengan anak yang pertama. Akan tetapi sebelum tarikh tiba beliau telah ada tanda-tanda untuk melahirkan namun tiada kesakitan yang dirasakan. Sehari dimasukan ke hospital yang mana menurut pemeriksaan doctor yang mana bayi didapati telah pun membuang nijis di dalam. Pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengelak jangkitan kuman.

Apa yang dapat kita perhatikan adakah kelahiran caserean secara elektif adalah suatu alternatif yang selamat menggantikan kelahiran biasa vaginal delivery?. Peningkatan cara begini semakin meningkat berikutan penumbuhan banyak pusat perubatan swasta. Ini juga bukan bererti melakukan pembedahan ini adalah bukan sekadar untuk menyelamatkan ibu dan anak, tetapi kerana kebimbangan ibu tidak dapat menahan sakit ketika melahirkan juga bimbang akan mendapat masalah pelvic yang rumit dikemudian hari. Seperti pelvic organ rolapse. Malah ada juga yang membuat pilihan kerana mahu tarikh kelahiran anak yang cantik dan pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah.


Terdapat banyak kesan hasil dari pembedahan ini. Bagi wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caserean secara elektif haruslah mengetahui risiko prosedur dan juga risiko pada bayi setelah dilahirkan nanti. Risikonya adalah tinggi berbanding dengan kelahiran bayi secara biasa. Tapi dalam kes-kes kehamilan yang bermasalah pembedahan ini mungkin dapat menyelamatkan bayi. Jadi berhati-hatilah walaupun di-Malaysia kadar kematian dan komplikasi ibu dan bayi yang rendah.

p/s Ada juga yang melakukan kelahiran secara ini kerana untuk mendapatkan tarikh lahir yang sama dengan kelahirannya sendiri kebetulan tak jauh bezanya. Paling dasyat lagi, tak mahu selepas melahirkan secara normal nanti alat sulit mereka menjadi longgar. Takut pula si sang suami mencari lain. Dunia2. macam2 kerenah.


Final Piala FA 2011 - Kelantan 1-2 Terengganu

Written By saleehs gerrard on Sunday, June 12, 2011 | 23:47

Kelantan 1-2 Terengganu.
Stadium Nasional Bukit Jalil.
11 Jun 2011

Sememangnya hebat perlawanan Final Piala FA malam semalam antara Kelantan dengan Terengganu. Rasanya lebih hebat dari Final Champion League lalu antara Barcelona dengan Man U. Statistik perlawanan yang tidak berat sebelah, saling berlawan menyerang serta menjanjikan debaran kepada peminat2 yang menyaksikan perlawanan itu samaada di stadium ataupun dirumah.

Tahniah kepada pasukan Terangganu kerana berjuang mati2an untuk dinobatkan sebagai juara Piala FA bagi musim 2011 ini. Tidak dinafikan, semangat juang yang tidak mudah kalah menjanjikan kemenangan mutlak milik mereka. Sememangnya adat dalam perlawanan  bola sepak, sudah pasti ada yang menang dan kalah. Yang pastinya selagi belum kedengaran lagi bunyi wisel penamat, selagi itulah setiap pasukan kena berjuang mati2an samaada pada kedudukan selesa atau sebaliknya.


Ungkapan 90 minit perlawanan adalah perkara biasa yang kita dengar. Mungkin pemain pasukan Kelantan sedikit alpa pada perlawanan akhir malam tadi. Dengan berbekalkan jaringan satu gol, bagi mereka sudah memadai unttuk menjulang piala FA ini. Tetapi impian mereka musnah dikala baki perlawanan hanya tinggal 1 minit sahaja untuk ditamatkan dan ketika itu sebilangan kecil penyokong2 Terengganu sudah mula meninggalkan stadium. Alangkah sedihnya insan yang bernama DAUDSU. Dialah pamain yang menjadi punca perlawanan perlu dilanjutkan kemasa tambahan. Sewaktu penyokong2 Kelantan sudah bersorak gembira menantikan tiupan wisel terakhir dari pengadil, Daudsu berusaha menjadi penyelamat untuk menanduk keluar bola dari gawang golnya. Malangnya dia tertanduk bola kearah gawang sendiri untuk menjadikan kedudukan berubah menjadi 1-1.


Masa tambahan 30 minit tidak disia2kan oleh pemain Terengganu. Hasilnya Nordin Alias berjaya menjaringkan gol untuk Terengganu mendahului dengan 1-2 hingga tamat perlawanan. Alangkah sedihnya penyokong2 Kelantan. Terpaksa meratapi kehilangan Piala FA yang awalnya sudah berada digenggaman. Tak sia2 baju Irfan Bakti basah kuyup dek peluh. hehehhehe. Apapun tahniah kepada kedua2 pasukan Pantai Timur ini. Kalau dulu mereka dipandang rendah, tapi kini tidak lagi. Bagaimana pula dengan pasukanku Red Giants? Adakah masih belum berpijak dibumi nyata dan masih terumbang ambing.

Inilah sebenarnya wira pasukan Terengganu pada perlawanan malam semalam. Walaupun Daudsu adalah pemain bagi pasukan Kelantan, tetapi gol jaringan sendirinya adalah penyambung nyawa bagi Terengganu dan seterusnya memberi laluan peluang untuk muncul juara.

MORAL : Apa yang perlu pemain belajar pada perlawanan malam tadi ialah, walaupun sudah mendahului, mereka tidak sepatutnya perlu membuang masa dengan melambat2kan permainan. Pura2 injured, lebih bertahan dari menyerang. Bagi penjaga gol pula, bola tak merbahaya pun saja nak rebah2kan badan. Alasan nak melambat2kan permainan. Akhirnya makan diri sendiri. Buanglah sikap suka melengah2kan masa. Walaupun kejuaran itu penting, tapi mutu permainan perlulah diutamakan.

Perpindahan musim panas 11/12 - Jordan Henderson pemain pertama tiba di Anfield

Jordan Henderson adalah pemain yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat2 liga inggeris. Pemain muda yang usianya menjangkau 20 tahun, adalah nadi kepada pasukan Sunderland sebelum ini. Henderson juga adalah pemain kebangsaan England bawah 21 tahun.


Pada 9 June lalu, setelah selesai ujian kesihatan di Melwood, Henderson telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun untuk bermain bersama Liverpool. Pemain tengah dari Sunderland ini dibeli dengan harga £ 20 juta. Ini adalah pembelian pertama King Dalglish pada musim panas ini serta yang ketiga selepas Suarez & Carroll sejak mengambil alih jawatan pengurus dari Roy Hodgson pada awal tahun ini. Atas dasar pemilik kelab yang mahukan pemain2 muda berkualiti untuk melonjakkan kembali nama kelab, Henderson adalah antara pemain 2 yang menjadi buruan untuk menjadi pelapis sekuad Liverpool.

Kenapa Henderson memilih Liverpool?. Jawapannya adalah kerana Steven Gerrard. Henderson tidak mahu melepaskan peluang untuk menimba ilmu bersama pemain tengah Liverpool dan England ini. Peluang bermain bersama Gerrard dalam satu pasukan adalah peluang yang tidak patut disia2kan. Sebaris dengan posisinya iaitu bermain Midfield, Henderson berharap dia akan menjadi pelapis kepada Gerrard dan seterusnya pewaris midfield terbaik selepas generasi Gerrard.


Alangkah mulianya harapan Henderson. Ini kerana pada kebiasaanya pemain2 lebih mementingkan pasukan yang layak beraksi di Liga Juara2 & piala Eropah. Tetapi semangat henderson yang ingin belajar menambah ilmu ini amatlah dipuji. Baginya bermain untuk pasukan yang sudah layak dalam kejohanan eropah adalah tidak memberi kepuasan. Ini kerana layaknya pasukan itu ke eropah adalah dari usaha pemain2 lain. Biarlah kita berusaha bersama2 membina dan meneraju pasukan untuk mengejar kelompok terbaik eropah dari usaha titik peluh sendiri. Apabila kita berjaya menjulang pasukan, itulah sebenarnya kejayaan dan impian yang sebenar. Bukannya mencuri kejayaan dan nama dari kelab yang telah berjaya.

Semoga kehadiran Henderson ini dapat memberi kelebihan kepada pasukan. Diharap pembelian ini menjadi titik permulaan kepada pemain2 muda lain untuk bersama Liverpool. Kita tunggu lagi siapa yang bakal dibeli oleh King Dalglish & Comolli untuk musim panas ini. Bulan Jun ini mungkin tidak banyak pembelian. Ini kerana semua perpindahan dari pemain luar England adalah bermula pada bulan July nanti. Harap pada bulan July nanti Comolli & King Dalglish akan bershoping sakan.

Jordan Henderson
Posisi - Midfield
Tinggi - 1.82m
Berat - 67 kg
Tarikh Lahir - 17 Jun 1990
Negara kelahiran -  England

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger