Headlines News :
.
Home » , , » Ibuku dalam kenangan.. AlFatihah untuknya.

Ibuku dalam kenangan.. AlFatihah untuknya.

Written By Unknown on Friday, November 11, 2011 | 01:40

Munah Binti Othman
Ibu yang kusayangi dalam kenangan.
(03/06/1936 - 09/11/2011)


Hatiku bagai dipanah petir apabila mendapat berita bahawa Ibu kandungku telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu Subuh 09/11/2011. Tiada apa yang mampu kulakukan lagi selain menghubungi adik beradikku Koding, Izryn dan kesemua yang belum mengetahui untuk meratapi permergiannya bersama.

Disaat kami mengharapkan kesihatannya kembali bersinar, kami terpaksa redha dengan ketentuan Allah bahawa sudah tiba masanya kami menyerahkan ibu tercinta kepada maha penciptanya. Tiga minggu Arwah Ibu terlantar di katil rumahku, dengan keadaannya semakin merisaukan kami. Ingin dibawa ke hospital, arwah tidak mahu. Bila tanya ayahku, sama juga jawapannya. Siang malam ayahku menjaganya, memberi ubat dan makan minum. Walaupun hakikatnya arwah sudah tidak selera mahu makan dan juga minum. Adakalanya dapat juga diriku dan adik beradikku datang menjeguk serta menemankan arwah. Maklumlah kami juga ada komitmen yang perlu diteruskan.

Dihari Raya AidilAdha lalu, setelah semua adik beradikku berkumpul sama, kami sepakat ingin membawa arwah ke hospital Banting. Walaupun mendapat sedikit tentangan dari Ayah, tetapi kami ketepikan juga demi ingin melihat arwah ibu kembali sihat. Dihospital Arwah ibu disahkan menghidap penyakit paru2 berkuman. Bila ditanya samaada ada penyakit batu karang atau tidak, tetapi doktor mengatakan tiada. Pelik juga padahal ketika mula2 arwah ibu terlantar ada doktor klinik swasta yang kami panggil kerumah untuk memeriksa arwah ibu. Beliau mengatakan bahawa batu karang ibu sudah pecah. Tetapi kini tiada pula batu karang.

Tiga hari di wad, arwah mula menunjukkan kesihatannya bertambah baik. Walaupun niat ku untuk menjaganya diwad tidak kesampaian akibat lelaki tidak dibenarkan menjaga diwad perempuan, tetapi setiap waktu lawatan aku datang menziarahinya. yang pastinya kakak sulongku menjaga dimalam hari dan kakak Izryn menjaga disiang hari.

Sebenarnya bila diingat2kan kembali, banyak juga perkara2 pelik yang telah berlaku antara kami dan arwah sebulan dua ni. Antara yang masih terbayang didiriku dan isteri ialah, arwah ibu sibuk menyuruh ayahku membeli rumah dan duduk dirumah baru. Aku langsung tak ambil peduli kata2 itu. Walaupun berdetik dihatiku seperti ayat2 itu memerli diriku yang tinggal serumah dengannya. Dalam hari2 terakhirnya dirumah (sebelum dibawa ke hospital)  aku menemankan ayahku untuk bersama ibu setiap malam hingga ke pagi. Ketika itu selepas hujan tiba2 ibu memanggilku dan menyatakan yang dia ada nampak budak berkepala botak bertenggek diatas peti sejuk. Bila kupandang tempat tersebut tiada apa2 tetapi secara automatiknya meremang bulu tengkokku. Bayangkanlah ayat itu terpancul ketika jam 4 pagi.

Kami tidak menyalahkan pihak hospital kerana gagal menyelamatkan ibu kami. Sebenarnya ada penyakit arwah yang gagal dikesan oleh pihak hospital. Apa yang mereka katakan, penyakitnya sudah terlalu lama dan susah untuk dipastikan. Apa yang pasti disaat nazaknya lebih kurang jam 4 pagi, kakak sulongku segera mengejutkan jururawat yang bertugas. Arwah ibu telah mula mengeluarkan darah dari duburnya. Mungkin usus perutnya sudah pecah akibat ketumbuhan yang sudah lama sebati didalam perutnya. Berbagai rawatan kecemasan dilakukan, tetapi doktor gagal menyelamatkannya. Akhirnya ibuku menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 05:55 pagi. "SEPSIS WITH UPPER GASTRO INTESTINAL BLEEDING" itulah sebab kematian ibu yang dinyatakan oleh doktor.

Setelah mayatnya dibawa pulang kerumah, sedikit masa pun tidakku lepaskan untuk menatapi jasadnya di akhir2 waktu. Ketika dimandikan, aku membantu mana yang termampu. Ketika dikafankan aku memercikkan minyak Attar ketubuhnya. Kemudian kucium wajah arwah ibuku bertalu2 diiringi deraian airmata. Sewaktu dipusara pula, aku juga yang membuka ikatan kafannya. Sempat juga kutatapi wajah arwah ibuku buat kali terakhir. Kami adik beradik lelaki kebumikan ibu dengan harapan itulah jasa2 kami bagi membalas semua pengorbanan ibu.

Selesai dikebumikan, sayup kedengaran talkin dibacakan. Sebak hatiku dan sungguh memberi keinsafan kepada diriku. Kini sewaktu entri ini ditulis sudah dua malam arwah ibuku pergi. Dua malam juga aku melayari internet disisi katil ibuku. Kosong dan sunyi kurasakan walaupun ketika ini adik beradikku masih lagi berkumpul dirumahku sehingga habis majlis tahlil 5 hari. Bagaimana pula keadaannya selepas mereka semua pulang kerumah masing2 nanti. Adakah aku akan terus menangis kesedihan apabila melihat katil ibu kekosongan. Ohhhh. tidak. Tak elok begitukan. Aku harap aku dapat kuatkan semangat untuk menempuh kehidupan baru tanpa ibu disisi. Semoga ibu dijauhkan dari siksaan kubur dan juga siksaan akhirat. Akan sentiasa kuhadiah AlFatihah, Yassin dan tahlil atau apa saja selagi aku mampu untuk menjauhkan siksaan darinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ibuku " Munah Binti Othman". AlFatihah...

Antara entri keluarga SG:
Abangku " Koding K.N" - Ke Makam Bonda ~ Usman Awang
Kakakku "Izryn's" - Andai itu adalah Aidilfitri yang terakhir...


p/s : Dalam tahun ini sahaja SG telah kehilangan kedua2 orang ibu. Ibu mertuaku pada 09/07/2011 dan ibu SG pula 09/11/2011. Tarikh dan tahun yang sama hanya bulan sahaja yang lain.

Kini barulah SG tahu mengapa ayah tidak membenarkan ibu ke hospital. Rupanya Ayah mahu sentiasa disisi ibu hingga ke nafas terakhirnya. Malangnya ayah tidak sempat berada disisi ibu sewaktu nazaknya dan hanya tiba apabila jasad ibu sudah ditutupi kain putih di katil wad. "Maafkan kami 8 beradik yang ingkar arahan mu Ayah...."




Untuk Mu Ibu - Exist
Mp3-Codes.com
Share this article :

4 comments:

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat & anda sekeluarga tabah ye. Beruntunglah dapat jaga & berada di sisi ibu sehingga akhir hayatnya. Itulah juga impian saya; berpeluang ada di sisi parents bila 'masa' itu tiba. Maklumlah, dah 20 tahun hidup merantau (di M'sia je)..

    ReplyDelete
  2. salam takziah..
    semoga roh arwah tenang dan di tempatkan di kalangan org2 beriman..insya Allah

    ReplyDelete
  3. innalillahi wainna ilaihi rajiunnn..
    salam takziah

    ReplyDelete
  4. menitis air mata mata saya membawca entry ni sebab ayah saya juga sdg sakit sekarang.

    Banyak2 bersabar sahabatku dan semoga Allah merahmati arwah mak sahabat.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger