Headlines News :
.
Home » , , » FA Cup 11/12 - Undian pusingan ke-3

FA Cup 11/12 - Undian pusingan ke-3

Written By Unknown on Monday, December 5, 2011 | 03:43


Malam tadi telah dilangsungkan undian pusingan ketiga piala FA bagi musim 2011/2012. Seperti yang sedia maklum pusingan ketiga inilah bermulanya pertarungan pasukan2 besar di Premier Legue dalam piala ini. Ada beberapa kejutan dalam undian kali ini dimana diawal saingan lagi telah pun bertembung sesama sendiri pasukan hebat dari Premier League.

Perjalanan pasukan Liverpool di awal saingan ini boleh dianggap mudah. Liverpool diberi penghormatan sebagai tuan rumah untuk menerima kunjungan salah satu pasukan diantara Southend United (Division 2) dan Oldham Athletic (Division 1). Kedua2 pasukan ini bakal bertarung kembali dalam perlawanan ulangan pusingan ke-2 disebabkan perlawanan pertama berkesudahan dengan seri 1-1.

Kejutan besar yang berlaku sudah pastinya jiran setempat iaitu Manchester City akan menerima kunjungan Manchester United di Etihad. Memang sudah lama kita tidak lihat perjalanan pasukan setan merah ini penuh berliku di awal saingan. Selama ini, kita seperti sudah dapat membayangkan keputusan yang bakal diundi dengan Setan Merah ini dimana sudah pastinya pasukan yang lemah akan mereka hadapi. Kali ini mereka baru tahu langit itu tinggi ke rendah dan tragedi 1-6 di Old Toilet pasti masih menghantui mereka lagi.



Kesemua 32 perlawanan akan dilangsungkan pada 7 dan 8 Januari 2012. Berkemungkinan besar pada perlawanan nanti pasukan Liverpool akan menurunkan kesebelasan simpanannya disebabkan seminggu sebelumnya iaitu pada 3 haribulan akan bertemu Mak Siti (BPL). Kemudiannya selepas FA cup pula pada 11 haribulan sekali lagi akan bertemu Mak Siti untuk separuh akhir piala Carling. Apabila Mak Siti diundi bertemu bapak setan sudah pasti ia memberi sedikit kelebihan kepada kita dalam kecergasan pemain untuk mengharungi samaada untuk perlawanan Premier League dan juga piala Carling. YNWA...

P/S: Terlalu gembira dua pasukan yang ego bertemu diawal pusingan. Siapa yang nak kita undi bakal menang. Mak Siti @ Bapak Setan?... rasanya biarlah Mak Siti yer... dah banyak melabur. hehhehe...
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger