Headlines News :
.
Home » » Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah

Written By Unknown on Friday, May 21, 2010 | 18:16


Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan
 kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam
 mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan
 Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar
 lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata
 negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk
 menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan
 khidmat tangan beliau.

 Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

 Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia
 ketika lepas solat Asar.

 Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai
 memberi salam yang pertama.
 Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud
 saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati
 ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

 Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin
 (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan
 pengkebumian.

 Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.
 Maka bergegaslah ustaz M ke hospital
 untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan
 ini begitu istimewa pada pandangannya,
 kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang
 mengimami solat!

 Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak
 hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai
 sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan
 jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar.
 Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

 Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu
 jenazah tersebut untuk beberapa hari
 bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan
 kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan
 pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz
 M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya
 sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan
 Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut
 pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

 Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf,
 saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini)
 di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

 Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam
 ini.
 Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M
 berbunyi.

 "Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.

 "Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.

 "Ya, ustaz M bercakap".

 "Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar
 tempohari?", sang suara meminta
 kepastian.

 "Imam...imam....yanng mana satu...ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat...",
 ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

 "Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu
 sang suara ringkas.

 "Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
 balas ustaz M.
 Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa
 hari 'pending'.
 Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak
 mengurus kan dokumennya.

 Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di
 bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital
 dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam
 tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah
 ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.
 Tambahan pula jenazah orang luar.

 Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling
 yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat
 tersebut dengan perlahan-lahan...

 Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga
 berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
 Korang tak payah jawablerrr....Seolah-olah imam ni baru aje meninggal
 sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang
 sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
 Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras
 dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat
 pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu
 perkataan "ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa
 ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih
 memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

 Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah
 tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan
 membahgiakan kan ?....

 Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera
 sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang
 masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan
 jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja
 yang mengetahuinya.

 Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada
 rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup
 sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT
 masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah
 selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang
 baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan
 bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.
 Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh
 rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha
 Mengetahuinya.





 MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.


 Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang
 meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

 Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada
 jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada
 jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang
 solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu
 lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni
 bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah
 kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum
 ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang
 sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

 Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada
 menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna.
 Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat
 Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni,
 Ustaz M memulakan cerita

 Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
 Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
 sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

 Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan
 sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
 Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom
 Bitaqawallah, Waihyaa........................". Tiba-tiba imam ini
 terdiam....

 Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya
 memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya





 Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
 hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor
 keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana
 yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang
 sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan
 jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang
 montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

 Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,
 dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk
 ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun
 untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin
 membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
 Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
 hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
 diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun...".


 Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat
 setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga
 yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang
 baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam
 yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan
 nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di
 belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan
 tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk
 atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan
 khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah
 pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...

 Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.





 Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,
 ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat
 beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan
 peliknya?....

 Ya,

 Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih
 mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.
 Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz
 M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi
 sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia
 menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...

 Subhanallah!

 Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah
 imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,
 Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
 muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
 melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
 Allah.............

 Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
 ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam
 ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur
 memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntah
 dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje
 mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan
 dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti
 kedatangan bakal penghuni syurga!

 SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

 Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan
 hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya
 sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan
 menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta
 taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri
 janji-NYa!
                                                                             Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya
 pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si
 arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan
 sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

 Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,
 perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia
 boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha
 dan solat sunat Witir.

 Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
 kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
 Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
 amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan
 sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.


 Wallahua'lam.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger