Headlines News :
Home » » 20 Tips Pengambilan Ubat Yang Berkesan

20 Tips Pengambilan Ubat Yang Berkesan

Written By saleehs gerrard on Friday, May 21, 2010 | 17:31



Setiap rawatan yang diberi oleh seseorang doktor kepada pesakitnya senantiasa diharapkan dapat mendatangkan hasil yang positif. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu rawatan itu bukan hanya terletak kepada hebat atau mahalnya sesuatu ubat itu. Namun, ia juga bergantung kepada kepatuhan (compliance) kita terhadap cara pengambilan ubat yang betul dan juga usaha kita untuk mengelakkan kesilapan daripada berlaku.

Oleh yang demikian,  semasa kita di dalam tempoh pengambilan sesuatu ubat, terdapat beberapa perkara yang perlu kita jadikan amalan bagi mendapatkan manfaat yang lebih daripada ubat-ubatan yang kita ambil.

Di sini dikongsikan 20 petua mengambil ubat yang anda boleh ikuti:

1.Baca label pada bekas ubat sebanyak tiga kali: (1) sebelum ambil bekas ubat daripada ruang penyimpanan, (2) sebelum mengeluarkan ubat daripada bekasnya dan (3) sebelum meletakkan bekas ubat itu ke tempat asalnya. Pastikan ubat yang anda makan itu adalah ubat yang betul.
2.Jangan sekali-kali mengambil dan memakan ubat di dalam gelap walaupun anda tahu untuk mencarinya.
3.Jika anda perlu menggunakan alat atau bekas penyukat di rumah untuk mendapatkan dos yang tertentu, pastikan bekas yang digunakan itu tidak bertukar-tukar. Ini kerana sudu, cawan atau gelas di rumah berbeza-beza saiznya. Sila dapatkan kepastian  daripada Pegawai Farmasi atau staf Farmasi berkenaan sukatannya terlebih dahulu.
4.Letakkan botol ubat di tempat yang lapang dan selamat. Elakkan bahagian sudut atau penjuru supaya tidak terjatuh akibat tertepis.
5.Apabila ingin mengeluarkan ubat cecair dari botolnya, tuangkan botol ubat itu dengan lebel botol berada pada bahagian tapak tangan yang memegang botol itu. Ini bertujuan untuk mengelakkan cecair ubat itu meleleh dan menjejaskan tulisan pada lebel.
6.Goncang dahulu botol ubat minum terutamanya bagi ubat jenis suspensi (serbuk-serbuk kasar) sebelum dituangkan. Ini bertujuan supaya isi kandungan dan dosnya bercampur dengan sekata.
7.Jika anda mengambil ubat dengan meminum air, pastikan anda minum segelas penuh air itu. Kuantiti air yang kurang akan menyebabkan ubat kurang berkesan. Ia juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada tekak jika ubat tidak masuk sepenuhnya ke dalam perut.
8.Jika anda diganggu semasa ingin mengambil ubat, bawa botol ubat tersebut bersama anda atau letak di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak. Ini untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengambil ubat anda tanpa disedari. Apabila kembali, periksa semula lebel ubat dan pastikan anda memakan ubat yang betul.
9.Jika anda sukar untuk menelan ubat, anda boleh memecahkan atau membuka sarung kapsul ubat untuk dicampur ke dalam makanan atau minuman anda. Namun, AWAS! Sesetengah ubat tidak dibenarkan untuk dihancurkan. Oleh yang demikian, anda perlu bertanya kepada doktor atau Pegawai Farmasi anda terlebih dahulu.
10.Sila ikut sebarang arahan mengenai cara pemakanan yang tertentu yang diberikan oleh  doktor atau Pegawai Farmasi anda.
11.Ubat yang dibekalkan untuk anda adalah khusus untuk anda berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda sekarang. Oleh itu, jangan berkongsi atau memberi ubat berkenaan kepada orang lain.
12.Bagi mengekalkan keberkesanan ubat anda, pastikan ubat-ubatan tidak diletakkan atau disimpan di tempat yang terdedah kepada pancaran matahari dan haba yang melampau. Jangan sesekali membiarkan ubat anda di dalam kereta jika anda memarkir kereta diwaktu panas terik.
13.Jika sekiranya anda dapati yang anda telah tersilap makan ubat atau terlebih jumlahnya, hubungi segera  doktor atau Pegawai Farmasi anda segera. Jika anda di dalam kecemasan anda boleh hubungi mana-mana hospital yang terdekat.
14.Setelah anda selesai mengambil ubat anda, tandakan pada kalendar untuk mengelakkan dos yang berganda. Anda juga diingatkan supaya peka terhadap perubahan-perubahan aneh pada diri anda seperti warna dan jumlah air kencing, peluh, berat badan, batuk, suhu badan, degup jantung atau apa sahaja perkara yang diarahkan oleh doktor untuk dipantau semasa mengambil ubat anda itu.
15.Cuba untuk mengambil ubat anda pada masa yang tetap. Kelewatan atau terawal setengah jam selalunya tidak memberi apa-apa kesan. Sekiranya, anda telah terlewat beberapa jam dan semakin hampir dengan waktu pengambilan dos seterusnya, semak sebarang arahan yang telah diberikan kepada anda. Jika tiada, sila bertanya kepada  doktor atau Pegawai Farmasi anda.
16.Semua ubat mempunyai tarikh luput yang tersendiri. Selepas tarikh yang dinyatakan itu, keberkesanan dan keselamatan bagi kebanyakan ubat tidak lagi terjamin. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka terhadap tarikh luput ubat anda. Jika anda tidak pasti, sila bertanya kepada anggota Farmasi tentang tarikh luput ubat anda. Bagi sediaan ubat minum, tarikh luputnya ialah 30 hari selepas botol mula dibuka. Jadi, jangan disimpan ubat berkenaan selepas tempoh itu.
17.Ubat yang telah tamat tarikh luputnya mestilah dibuang melalui aliran tandas kecuali diarahkan sebaliknya. Anda juga boleh memulangkan ubat yang telah luput tarikh itu kepada petugas di kaunter Farmasi Pesakit Luar untuk dilupuskan.
18.Ubat yang berlebihan dan masih boleh digunakan lagi boleh dipulangkan semula ke kaunter Farmasi Pesakit Luar.
19.Jika ubat anda diurus oleh orang lain (contohnya anda dimasukkan ke dalam wad) pastikan anda bertanya apakah yang anda sedang alami dan maklumkan apa yang anda tahu tentang rawatan ubat anda sebelum ini. Jika sebelum ini anda kerap mengambil 1 biji sahaja dan bukannya 2 biji, sila maklumkan juga. Jika anda rasakan anda menerima  ubat yang salah, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan kepastian daripada doktor anda. Anda perlu sentiasa melibatkan diri di dalam proses rawatan anda.
20.Pada masa kini, terdapat banyak hospital atau organisasi-organisa si yang lain menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan apabila pesakit ingin didiscaj daripada wad. Jika anda atau keluarga anda telah bersedia untuk pulang ke rumah, anda boleh bertanya kepada kakitangan hospital untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
Sebagai penutup, sebagai umat Islam. Kita harus yakin bahawa semua ketentuan penyakit dan sembuh bukan kerana ubat tetapi Allah. Ubat hanyalah medium antara kita dengan ketentuan pencipta kita. Wallahualam.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger