Headlines News :

Seronoknya hari merdeka kalau...

Written By saleehs gerrard on Tuesday, August 31, 2010 | 12:22

31 Ogos datang lagi…

Hari yang sepatutnya dihargai dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia selagi hayat dikandung badan. Hari yang mencatat sejarah kegemilangan negara kita yang diberi nama, Malaysia. Aku masih ingat lagi beberapa tahun yang lalu, pada waktu kita diperkenalkan dengan bendera kecil yang dilekatkan pada kederaan. Pada waktu itu, aku rasa hari kemerdekaan itu umpama hari yang begitu gemilang sekali. Hampir semua kenderaan ditempelkan dengan Jalur Gemilang, bahkan basikal juga tidak ketinggalan menjadi mangsa keadaan.

Tetapi hari ini… sunyi, sepi dan tiada ‘aura’ merdeka. Aku tak jumpa walau satu kenderaaan pun yang bermegah dengan Jalur Gemilang padanya, kenapa?  Aku tidak tahu jawapannya…Namun begitu, bagi diri aku… Hari Kemerdekaan akan lebih seronok kalau…

  • Orang Melayu masih pandai menjaga tanah tumpah darahnya. Masih pandai menjaga tanah tinggalan datuk neneknya. Bukan hanya pandai menjual tanah tinggalan moyangnya. Kalau dulu orang Melayu boleh bangga “ini negara aku” sebab masih punya tanah untuk dibanggakan… kini… mana tanah tu?
  • Orang Melayu berupaya memerintah dengan kehebatan Melayunya. Bersatu dan berupaya berbincang dengan rasa ‘kekitaan’. Tapi kini… korang ikut group melayu yang mana?
  •  Orang Melayu bangga dengan bahasanya. Semua orang berkomunikasi dengan bahasanya. Menulis dengan bahasanya. Papan tanda dengan bahasanya. Tetapi kini… dimana bahasa Melayu? Sedang dipinggir dinegaranya sendiri, oleh orangnya sendiri. Malu dituturkan oleh penggunanya sendiri.
  •  Orang Melayu bijak berekonomi dan saling membantu membangunkan ekonomi bangsanya. Apa yang ada? Adalah sekerat dua yang boleh dibanggakan, namun mereka itupun lebih mementingkan periuk nasi sendiri. Biar jiran tak makan nasi asalkan ‘aku’ dapat makan KFC. Tiada semangat membangunkan Melayu, yang ada sekadar bergambar dengan cek besar untuk menjadi kebanggaan dan tontonan. Hendak berniaga tiada modal katanya… tapi boleh tertipu dengan skim cepat kaya berpukal-pukal banyaknya.
  • Malaysia lebih dikenali kerana orang Melayu. Aku perhatikan, orang luar menyangka Malaysia ini bukan orang Melayu majoritinya. Kenapa? Sebab yang membawa Malaysia bukan orang Melayu. Orang datang melawat.. bukan Melayu yang menjadi jurupandu, orang bincang tentang ekonomi… bukan Melayu tampuknya, orang merasa makanannya… bukan Melayu yang memperkenalkannya, orang bertanya tentang sejarahnya… bukan Melayu yang arif tentangnya.. jadi dimana Melayu? Kalau tak percaya.. tonton Astro.
  • Orang Melayu berpegang pada agama Islamnya. Malu…malu… siapa yang ramai buang bayi? Siapa yang ramai berseluar ketat dan berbaju singkat? Siapa yang tidak tahu aurat itu apa? Siapa yang tidak tahu.. menutup aurat itu wajib tanpa mengira siapa ‘aku’?  Si Melayu ketawa berdekah-dekah meminum arak.. sikafir ketawa berdekah-dekah dan berkata “tengok itu Melayu.. kasi wang sikit , Islam pun dia lupa.”
  • Ada banyak lagi…

Kalau lah semua itu hanya mimpi… tentu Merdeka lebih indah lagi….

p/s : …Entri ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup atau telah meninggal dunia dan ia tidak bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak…

Artikel dicetak dari : oolat.com

~"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke -53"~
..Sale_ehs Gerrard  

Malam merdeka, malam remaja mengangkang?

Written By saleehs gerrard on Monday, August 30, 2010 | 20:23


Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah. Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid. Musim remaja mengawan datang lagi..!

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [22 tahun] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [RM 13 juta], kemudian Miss Spring [17 tahun] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [18 tahun] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya.

Tetapi anak-anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya hanya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping. Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa.

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu, apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala. Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai, hancur maruah dan binasa tamadun.
(Laksamana bukit bintang)

(*) Wak - Hudud adalah penyelesaiannya. Tetapi malangnya pemimpin islam sendiri tidak yakin dengan penyelesaian yang diberikan PERCUMA oleh Allah swt.




Artikel diambil dari : Albanjari Online

Lailatul Qadr : Malam Seribu Bulan

Written By saleehs gerrard on Sunday, August 29, 2010 | 14:09

Ramadhan kini hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
Aduhai begitu pantasnya masa berlalu.
Rasulullah SAW kata malam seribu bulan akan datang dalam 
malam ganjil di sepuluh akhir Ramadhan

Bilakah malam itu?
Hakikatnya.siapapun tidak pasti.
Yang pasti aku mesti ambil peluang untuk merebut malam seribu bulan ini.
Yang pastinya aku tak mahu jadi rugi.
Yang pastinya sementara masih ada saki baki Ramadhan ini.
Maka aku akan ALL-OUT untuk rebut seberapa banyak hadiah 
yang ALLAH kurniakan kepada ummat MUHAMMAD SAW ini.

Aduhai Tuhanku
Kekalkan taufik hidayah kekuatan padaku untuk aku beribadah kepadaMU.
Aku tagih keampunan dan rahmat daripada MU.
Berikanlah aku peluang untuk bertemu dengan LAILATUL QADR yang dijanjikan.
Aamin yaaa robbala alamin.


Dua malam yang istimewa dalam Islam ialah malam Lailatulqadar dan malam Nisfu Syaaban. Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam di dalam setahun. Diikuti malam Nisfu Syabaan. Malam Lailatul Qadr ialah malam penetapan kadar iaitu takdir seperti kadar rezeki manakala malam Nisfu Syaaban ialah malam diserahkan buku yang mengandungi perkara yang ditakdirkan itu (buku baru kata orang). Malam Lailatul Qadr juga ialah malam diturunkan Al-Quran secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya

Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)

Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu. Ramai orang tahu pahalanya 1000 bulan (84tahun)

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


FAKTA MENGENAI LAILATUL QADR!


Bilakah waktunya?
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

"Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima)".
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir". Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: "Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.”

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :

[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;

[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;

[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;

[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;

[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Baginda menjawab,
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni."
Maksudnya;
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)

Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.

Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
  •  Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
  • Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
  • Satu bendera diletakkan di Baitullah
  • Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

Sumber : http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/09/lailatul-qadar.html

Malaikat bawa hidayah pada Lailatul Qadar

Written By saleehs gerrard on Saturday, August 28, 2010 | 09:30

PENCARIAN Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadan masih belum berakhir dan umat Islam digalakkan supaya terus mengimarahkan adalah malam akhir bulan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT.

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam berkenaan dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana ganjaran pahala beribadat pada malam itu adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran dan keduanya, malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk membawa taufik dan hidayah dari Allah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah SWT melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan adalah pada malam ganjil sesudah hari kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Kini tinggal hanya beberapa hari lagi sebelum umat Islam meninggalkan Ramadan dan meraikan sambutan Aidilfitri. Saat-saat akhir ini sering menguji kesungguhan kita untuk terus menikmati keindahan malam Ramadan.

Justeru, di samping kita membuat persediaan menyambut hari raya, jangan pula melupakan kepentingan merebut peluang akhir yang disediakan Allah, iaitu menggandakan pahala amalan pada malam Lailatul Qadar.

Allah SWT sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah tertentu seperti;
  • Allah SWT menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan.
  • Allah SWT menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat supaya kita berdoa sepanjang hari itu.
  • Allah SWT menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
  • Allah SWT menyembunyikan isim adzam di antara nama-Nya supaya kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna)
  • Allah SWT menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat.
  • Allah SWT menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
  • Allah SWT menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
  • Allah SWT menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan Lailatul Qadar, ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam itu antaranya ialah:

  • Orang berkesempatan melihat malam al Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Taala biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Artikel bynurjeehan in Motivasi, Sinar Ramadan

Pekena shisha di Downtown Cheras.

Written By saleehs gerrard on Friday, August 27, 2010 | 07:40

Ari ni aku nak berkongsi cerita pula berkenaan dengan shisha. Apa tu shisha?. Ramai yang tau dan mungkin juga ada yang tak tau.

Shisha ni panggilan dalam bahasa arab. Kalau kat india diorang panggil Hookah. Maksud dia “waterpipe”. So dalam Bahasa Melayu, Paip Air ke maksud dia? Erk! Ah abaikan! Prosesnya senang. Masukkan flavour dalam tempat dia, then letak batu arang panas kat atas dia yang kemudiannya disedut melalui satu pipe. So udara dari atas akan melalui arang panas tadi kemudian melalui flavour dan terus masuk ke air yang kemudiannya asapnya terus dialirkan ke paip yang korang sedut tadi. Simple as that

Shisha ni tak bahaya langsung pun. Macam korang sedut bau buah-buah macam tu la perginya. Jangan korang campur benda pelik-pelik sudah lah. Tapi jangan hisap selalu’lah sebab orang kata boleh kena paru-paru berair. Betul ke? Ada lagi satu maklumat aku baca, walaupun Shisha ni tak merbahaya, tapi sekali session Shisha bersamaan dengan 200 batang rokok. Gosh!! Biar betul? Apapun even benda ni tak bahaya korang jangan la hisap depan orang tua-tua sebab tanggapan diorang selalunya membuatkan korang nampak seperti tak senonoh (tak pasal-pasal). Maklumlah dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok pun, si Ali Baba layan candu guna pipe Shisha ni.

dari kiri: firdaus, mukmin, aku, fareez, nazim & zaidi 

 Dua orang lagi yang belum tersenarai : 
Shidee (dua dari kiri) Fahmi (tengah)

Di pendekkan cerita malam tadi aku & kawan2 sekerja aku ( Nazim, Zaidi, Shidiee, Fahmi, Fareez, Firdaus & Mukmin) merayau pegi ker Downtown Cheras. Korang taukan kat mana Downtown Cheras ni. (Kalau tak tau, pegi search kat google maps). Dah lama kita orang tak berjalan bersama2. So malam tu kita orang servey2 & borong2 ler apa yang patut kat downtown ni. Masing2 nak cari baju raya, seluar raya, mungkin juga spender raya kot..hehheh. Puas tawaf gerai2, jam dah menunjukkan pukul 4 pagi. So perut pun dah minta diisi. Sahur ler pe lagikan.. Sampai di medan selera Bazar, terpandanglah kat satu sudut mamat yang berniaga shisha ni. terkeluar ler keinginan nak melayan menatang ni. Maklumlah, dah berzaman aku tak layan. Bila keluar ramai2 macamni, barulah berselerakan. Kalau sorang2 nak layan, berapa jam nak habis tu.. huhuhuh..

macam muka tak penah jumpa shisha jer ni..

nilah muka tak hisap rokok tapi layan shisha. 
Jangan pitam dah ler..

Selesai makan kita orang pun melantak ler shisha ni bergilir. Sambil2 hisap ni. teringat ler aku zaman muda2 dulu (zaman bujang ler). Maka semerbak bau strawberi angur meresap diruang udara. Aku terkejut juga bila tengok kawan2 yang tak hisap rokok ni pun join sama melayan. Tapi apa ada kisah. Sebab memang aku penah jumpa pun spesis2 macam ni. Tak merokok, tapi layan shisha. Klau lebih teruk lagi layan g***a. hehehehh.. Tapi tu dulu punya cerita ler.. Zaman muda2 ler katakan..heheheh.

Aku melayan sambil santai.....feel maa....

sedut2.. jangan tak sedut. sedut sampai rasa arang yer.

mereka2 yang terlanjur..
Setelah puas makan & melayan shisha, jam pun dah pukul 5.15 pagi. So kita orang pun meninggalkanlah tapak2 kaki kami di downtown dengan plan ada peluang lagi keluar beramai2, nak layan lagi shisha. Tapi entah bila ler.. Sebab bila geng2 berlainan shif, memang susah nak ngam waktunya. Sekurang2nya kepada sahabat ku yang nak mendirikan rumah tangga raya ni (Nazim), mungkin nilah penghabisan sisa2 enjoy dizaman terunanya..(alaa.. nanti kalau dah takde teruna pun, lain clear ley lagi jalan2 sama.) heheheh..

ni pe kes?  kepala ada pusing ker?

Pe2 hal " Selamat Pengantin Baru" pada Nazim  yang akan melangsungkan perkahwinannya seminggu selepas raya. Semoga bahgia ke anak cucu.. Amin...

Memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran & Badar Kubro.

Written By saleehs gerrard on Thursday, August 26, 2010 | 11:30

Pada hari 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1431 hijrah, berlaku peristiwa besar dalam sejarah Islam. Apabila disebut Nuzul al-Quran, pasti ramai yang tahu mengenainya. Namun, jika disebut Badar Kubro, ramai diantara kita yang tidak mengetahuinya.

Perkara ini berlaku mungkin kerana tidak banyak info dan maklumat disebarkan berkenaan peristiwa Badar Kubro berbanding dengan peristiwa Nuzul al-Quran yang amat masyhur dikalangan umat Islam di Malaysia.

NUZUL AL-QURAN


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W.

Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadah,  jinayah,  muamalah,  sains,  teknologi dan sebagainya. Firman Allah S.W.T :
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). – al-An’am : Ayat 38
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.

Al-Quran juga dikenali sebagai al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq :
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. – al-‘alaq : Ayat 1-5
BADAR KUBRO


Tanggal 17 Ramadhan juga, Allah S.W.T mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kuffar di pekan Badar, 150 km dari Madinah.

Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah S.A.W, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para pendakwah sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju arah utara ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah S.A.W merancang untuk merampas harta dagangan tersebut.

Namun, rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah S.A.W terpaksa pula menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.

Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang.

Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad S.A.W kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering.

Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah untuk meminta pertolongan. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan mudah 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset.

Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang.

Perang akhirnya meletus dan diakhiri dengan kemenangan dipihak Islam yang serba kekurangan disegi kelengkapan tetapi tinggi disegi keimanan dan keperwiraan.

HIKMAH DAN PENGAJARAN
Pertama : Perang atau Jihad, adalah satu kefardhuan bagi umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Ia adalah suatu yang realiti. Persediaan kearahnya adalah mesti. Tuntutan terhadapnya demi kemenangan Islam adalah pasti.
Kedua : Didalam hidup ini, kadangkala kita menghendakki sesuatu tetapi Allah menghendaki yang lain pula, dengan hikmah yang tertentu yang hanya diketahui olehNya.
Ketiga : Bilangan dan kelengkapan bukan semestinya membawa kepada kemenangan dalam perjuangan. Hakikatnya, keimanan dan pertolongan Allah S.W.T yang menentukan kejayaan.

Artikel dari : http://www.imranshamsir.com

Peringatan disebalik kejadian dua bulan dimalam Nuzul Al Quran

Ada dua bulan pada malam Nuzul Al Quran?
Benarkah akan berlaku 27 ogos 2010?

Tersebar dengan luas melalui email..mengatakan akan berlaku dua Bulan di langit pada malam 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1431H (di Malaysia ada negara baru malam ke 17 Ramadhan). Mengikut email tersebut seluruh dunia menantikan.. planet Marikh paling cerah di bulan Ogos. Akan kelihatan seperti saiznya sebesar bulan purnama pada12:30am, 27 Ogos 2010. Ia akan kelihatan seperti dua bulan..   Lihat email yang disertakan.

Sebenarnya pada tarikh 27 Ogos 2010, Bulan pada 12:30am berada di langit timur, manakala planet Marikh telah terbenam di ufuk barat pada 9.58pm. Ini bermakna tidak mungkin Bulan dan Marikh pada masa tersebut berada berdekatan antara satu sama lain. Tidak mungkin juga saiz Marikh hampir sama dengan Bulan sekali pun ia paling hampir dengan Bumi.

Apa yang sebenarnya berlaku pada 27 Ogos 2010  ialah planet Musytari dan Bulan akan berada berhampiran dengan sudut pisahan 9 darjah diantara keduanya. Bulan berada di sebelah atas Musytari. Planet Musytari kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya tidaklah hampir sama seperti Bulan purnama.

Two moons on 27th August 2010




 27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.


Renung2kanlah….

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"


(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"


(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"


(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"


(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"


(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"


(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"


(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"


(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"


(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir????


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Jangan Lupa akan terbit 2 biji bulan  pun ari Jumaat juga..


Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

 "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita"- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga."- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²"- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Pentingnya garam dalam kehidupan harian

Written By saleehs gerrard on Wednesday, August 25, 2010 | 01:49

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.

Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan  makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.

Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin,. …. Garam datang dari unsur Tanah.  Garam berasal dari laut dan dari bukit.

Pelbagai kegunaan garam….
  • pengawit  ikan supaya tidak busuk.
  • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
  • Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
  • Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Kegunaan garam dalam perubatan Islam.

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja.

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
  1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai )  1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalau duduk bandar macam KL mana ada pantai…   goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang bengkak atau sakit.  Garam tu bungkus lah dengan kain.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
  5. mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll -  minum air suam dan sedikit garam.
  6. cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.

Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
  1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
  2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
Semoga dengan ilmu yang disampaikan  ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita  dirahmati oleh Allah.

p/s: sebagai tambahan. Air 100plus atau yang sama fungsi dengannya adalah garam galian yang dapat membantu memberi tenaga tambahan. Jadi kalau demam ke, tak payah susah2 nak jumpa doktor, minum saja air tersebut. Kalau boleh elakkanlah yang sejuk.

Rahsia marjerin & butter

Written By saleehs gerrard on Monday, August 23, 2010 | 00:58

Tahukah anda rahsia perbezaan antara marjerin dan butter? 

Bacalah artikel ini hingga ke akhirnya, anda tentu tertarik!


 Marjerin dan Butter, kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama.Butter sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.

Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama butter, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan butter meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Butter mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Butter sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).

Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda.

Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji seperti dibawah ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.

Dalam masa dua hari anda akan dapati 2 perkara berikut:
  1. Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
  2. Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.
Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Sebar2kanlah fakta ini supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

INFO TAMBAHAN

Definisi Margarine :
A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.

Definisi Butter :
  1. A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
  2. Any of various substances similar to butter, especially:. a. A spread made from fruit, nuts, or other foods: apple butter. b. A vegetable fat having a nearly solid consistency at ordinary temperatures.

Rujukan : The American Heritage? Dictionary of the English Language, Third Edition.

Aurat Wanita - Disebalik cebisan kain itu...

Written By saleehs gerrard on Thursday, August 19, 2010 | 22:50

kesilapan yang sering dilakukan dalam hal berkaitan dengan aurat wanita.

Ok tak pakaian macam ni?

Info ini saya dapat hasil pembacaan saya dari satu artikel yang dikirimkan oleh murni noni (murnizm@gmail. com). Saya rasakan info nya sangat bagus dan perlu diperhebahkan kepada seramai orang yang boleh. Jadi, saya kongsikan info tersebut. (*Saya hanya ambil poin-poin yang penting-penting saja).

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

Kesalahan Pertama :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan Kedua :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

Kesalahan Ketiga :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Kesalahan Keempat :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

Kesalahan Kelima :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Kesalahan Ketujuh :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kesalahan Kelapan  :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Kesalahan Kesembilan  :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Kesalahan Kesepuluh  :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Pakailah tudung mengikut syariat sebenar

Terlalu banyak yang mahu dibicarakan jika menyentuh tentang wanita dan aurat. Bermula dari persoalan asas, batas aurat yang ditentukan syari’at sehinggalah mencakupi perkara berbangkit yang timbul di sekitarnya.

Saya bersyukur kerana bermula dengan artikel bertajuk : Antara dua cinta sehingga yang terbaru : Jangan buka diri, saya melihat suatu perkembangan perbincangan yang baik dan penuh kesedaran di dalam diri pembaca untuk menilai tahap penutupan aurat di dalam diri masing-masing. Bukan sekadar pakaian, penampilan, pembawaan diri, pergaulan dan batasannya, malahan gambar-gambar yang tersebar di ruang cyber juga harus diambil kira oleh seseorang muslimah dalam menentukan tahap kesempurnaan penutupan aurat dan hijabnya.

Walaupun tidak semua persoalan yang timbul, dapat saya balas dan memberi pandangan, tetapi saya mengharapkan segala butiran yang ditulis di dalam setiap artikel tersebut dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang ‘penutupan aurat’ dan berhijab yang sewajarnya diusahakan oleh setiap wanita Islam.

Terbaru, timbul satu persoalan mengenai hukum pemakaian purdah atau niqab. Ia bertitiktolak dari artikel saya yang bertajuk : Menggenggam bara api, yang membicarakan di dalamnya tentang kekangan yang dihadapi oleh kelompok muslimat berpurdah di Perancis.



PURDAH DAN HUKUMNYA
Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya melihat satu perkembangan yang sungguh memberangsangkan bila mana ramai muslimat terutama yang muda, bekerjaya atau masih berstatus penuntut universiti, mengenakan purdah dan menutup wajah. Saya gembira dan bersyukur kepada ALLAH SWT atas kurniaan kesedaran kepada golongan muda belia ini kerana selain ia merupakan sunnah yang diamalkan oleh para ummahatul mukminin, ia juga dapat menambahbaik suasana penutupan aurat di kalangan mereka sekaligus memberi penampilan yang lebih solehah dan terjaga di kalangan masyarakat umum.

Saya tidak berhasrat membicarakan secara panjang lebar tentang hukum purdah dan seumpamanya kerana para ulama, baik silam mahupun kontemporari tidak pernah sunyi dari membincangkan persoalan ini demi kemaslahatan wanita Islam dan ummah secara umumnya. Namun, secara ringkasnya, hukum pemakaian purdah ini merupakan masalah khilafiyyah yang diiktiraf ( yang diperselisihkan hukumnya ).

Ada di kalangan ulama yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat, manakala jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap sebaliknya. Akan tetapi mereka bersepakat bahawa seseorang muslimah itu wajib menutup wajahnya apabila keindahan paras rupanya itu menyebab terjadinya fitnah dan keburukan, di samping sebagai langkah menutup pintu kerosakan ( sadduz zara’i ) .

Di antara barisan ulama kontemporari yang tegas menyatakan bahawa rupa paras wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz rahimahullah di dalam fatwa-fatwanya yang banyak. Juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi di dalam bukunya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” ,`Abu al-`Ala al-Maududi rahimahullah di dalam bukunya al-Hijab dan Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin di dalam karyanya, Risalah al-hijab. Sementara ulama yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, di antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya “نقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه”” , Syeikh Nasiruddin al Albani rahimahullah di dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة“ dan Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani di dalam, Nizhamul Ijtimaei fil Islam .

BERBEZA PANDANGAN
Dari penjelasan hukum purdah secara ringkas di atas, seseorang muslimah boleh berpegang kepada pandangan yang mewajibkan atau memilih untuk menutup seluruh tubuh dengan penutupan yang sempurna kecuali muka dan tapak tangannya sahaja. Perlu diingat, ulama telah membahaskan panjang lebar tentang wanita, aurat dan hukum yang bersangkutpaut dengannya termasuk hukum berpurdah melalui penilaian dan perbahasan dalil-dalil dari al Quran dan sunnah, untuk keperluan dakwah dan menjauhkan keburukan yang semakin melata hari ini atas nama Islam dan iman.

Walaubagaimanapun, tidak perlu mana-mana wanita yang berpegang kepada salah satu darinya memandang hina atau buruk kepada golongan yang berbeza pandangan dari mereka. Di dalam hal ini Dr. Yusuf al Qaradawi menyatakan :

“Hence, the woman who adopts the view that niqab is obligatory and actually wears it is not to be criticized for this, nor should she censure the woman who covers all her body except the face (for not wearing niqab). Nor should blame be placed on the woman who wears niqab, not because she believes it to be obligatory, but as a means of attaining piety and being on the safe side with regard to her religious duties, as this opinion has also a scholarly support.”

Beliau seterusnya menambah :

“But never do I hold that this opinion — that covering the woman's whole body except the face and hands is the obligatory attire for the Muslim woman — be imposed on the woman who believes in the other opinion, according to which veiling the face is obligatory and uncovering it is forbidden. I will only blame the advocates of the latter opinion if they attempt to impose their attitude on the proponents of the former one and accuse them of being sinful and wrongdoers for adopting it. It is agreed upon that, with regard to the controversial issues on which scholars have given different personal legal opinions, there is no blame to be placed on a person for following a certain personal legal opinion to the exclusion of others.

The advocates of my opinion and I, in turn, do not have any right to censure the supporters of the counteropinion for believing that it is obligatory for women to wear niqab. For, first, this counteropinion is a scholarly one within the framework of Islamic jurisprudence, and, second, had we criticized them, we would have committed a mistake which we are originally against, that is, denying others the right to differ with us.

Moreover, there are some women who see that, to be on the safe side, wearing a face veil is not obligatory, but, rather, desirable, and draws its wearer closer to piety and fear of Allah. There is nothing wrong in so believing, and no one has the right to blame the proponents of this opinion for following it, so long as this would not be of any harm to others or contradict either public or personal interests.”

Sementara itu, Syeikh Nasiruddin al Albani rahimahullah pula menyatakan :

“Dapat diambil kesimpulan bahawa permasalahan menutup wajah bagi seseorang wanita dengan purdah ( niqab ) atau yang sejenisnya seperti yang dikenakan oleh sebahagian wanita zaman ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang memang terdapat di dalam syari’at dan termasuk amalan atau perbuatan yang terpuji walaupun ianya bukanlah suatu hukum yang diwajibkan (ke atas mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) beerti dia telah melakukan suatu kebaikan dan mereka yang tidak melakukannya pula tidaklah berdosa.” ( Al Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 128)

KEFAHAMAN DAN TAQWA
Kita kini telah terlalu jauh dari tempoh waktu kenabian. Telah terlalu lama terpisah dari zaman salafussoleh yang amat menitikberatkan sifat wara’ dan berjaga-jaga dalam setiap tindakan, sehingga terlalu banyak ajaran dan aturan Islam yang dipandang aneh dan lekeh. Dewasa kini, bukan lagi sesuatu yang luarbiasa, keberadaan wanita di luar rumah tanpa batas, hilir mudik ke hulu dan hilir di depan lelaki ajnabi atau bersama-sama lelaki yang bukan mahram tanpa keperluan yang syar’i. Ditambah lagi, mereka keluar dengan mengenakan busana yang kurang sempurna penutupannya, dan memperlihatkan pula keelokan paras rupa, keindahan anggota tubuh, kemolekan tatarias dan dandanan, serta semerbak aroma di badan.

Justeru itu, apa yang paling utama pada pandangan saya sendiri adalah, baik berpurdah atau tidak kedua-duanya perlu memiliki kefahaman yang didasari ketaqwaan kepada ALLAH SWT tentang arahan menutup aurat dan berhijab ke atas wanita ketika berada di luar rumah sebagai suatu konsekuensi iman yang ada di dada mereka.

Muslimah yang benar-benar faham pasti menyedari bahawa di sebalik arahan agama agar wanita menutup aurat, lebih banyak berada di dalam lingkungan rumahtangga, memelihara pandangan, menjaga batas pergaulan dengan memelihara sifat malu dan lain-lain yang berkaitan, semua itu adalah sebagai hijab ( tabir pelindung ) yang bertindak umpama benteng dan dinding yang menyelamatkan mereka dari pandangan nakal dan gangguan lelaki-lelaki fasiq yang tidak berakhlak.
Suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bersabda :

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

Maksudnya : “Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).” (Disahihkan oleh al-Imam al-Albani rahimahullah dalam Sahih at-Tirmidzi, al-Misykat no. 3109, dan al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)

Umat Islam hari ini ramai yang terlepas pandang akan hadis Nabi SAW di atas. Jikapun ada yang mengetahuinya, tidak ramai yang dapat menerimanya dengan hati terbuka bersuluh iman kerana intipatinya yang tidak selari dengan hawa nafsu, bahkan mereka mendakwa ia hanya merendahkan-rendahkan kaum wanita, tidak lagi relevan dengan perkembangan zaman, dan kata-kata lain yang bermaksud penolakan.

Kerana itu, saya berpandangan, baik seseorang muslimah itu mengenakan purdah atau memilih membuka wajah, keberadaan mereka di ‘luar’ rumah baik di alam nyata atau di alam maya perlu diawasi dan dibatasi sekadar perlu. Apa yang perlu diimplimentasi adalah ruh dari penutupan wajah itu iaitu merendahkan pandangan dari dipandang dan memandang secara tidak wajar.

LAZIMI RUMAHMU
ALLAH SWT memerintahkan agar wanita duduk diam di rumah jika tiada sebarang urusan yang berkehendakkan mereka perlu keluar, seperti menuntut ilmu, bekerja menambah ekonomi keluarga, mendapatkan rawatan atau nasihat perundingan dan lain-lain yang diizinkan agama, dengan manfaat agar nilai dan harga diri wanita sebagai perhiasan dunia yang indah dapat terus dipelihara. Firman-NYA :

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Maksudnya : "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." ( Surah al Ahzab ayat 33 )

Walaupun zahir ayat ini ditujukan kepada para isteri Nabi SAW, namun wanita selain mereka perlu mentadabbur ayat ini dan mengambil sudut manfaat serta maknanya. Wajar difahami bahawa maksud dari ayat ini bukan untuk membatasi ruang gerak seorang perempuan atau mengurangi peranannya di dalam masyarakat, tetapi hakikat dan maksudnya adalah untuk mengatur bagaimana seorang perempuan tatkala keluar dari sempadan rumahtangganya agar tetap selari mengikut syari'at agama.

Sayangnya, ramai yang telah terlupa tentang ini dan 'membuka' diri bukan sekadar dengan menjadi pengunjung tetap pusat membeli belah tanpa tujuan membeli, sekadar berlegar-legar dan window shopping, bahkan lebih dari itu mereka menggunakan hujung-hujung jari mereka sahaja untuk memperaga wajah dan rupa.

BUKA DIRI
Fenomena ini tidak terkecuali kepada muslimah yang tidak menutup wajah semata-mata, tetapi turut menjangkaui muslimah yang memakai niqab dan purdah.

Saya mengatakan begini lantaran pengalaman sendiri tatkala menemukan foto-foto muslimah berpurdah yang bergambar dengan solekan di bahagian mata dan dilirikkan pula mata itu dengan gaya yang pada saya tidak sesuai dengan akhlak muslimah solehah yang benar-benar mahu menutup pintu fitnah dari menerjah masuk ke dalam dirinya atau orang-orang yang melihatnya. Di bawah gambar-gambar itu, bertali pula komen-komen pujian dari teman-teman lelaki dan wanita terhadap kecantikan matanya yang satu-satunya dapat mereka teliti dan perhati.

Memang benar mengenakan solekan di mata iaitu dengan memakai celak adalah termasuk di bawah perbahasan ‘perhiasan yang biasa nampak darinya’ sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Anas bin Malik dan Qatadah. Lalu, harus menggunakan celak mata baik bagi lelaki dan wanita sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Abd Karim Zaidan menerusi kitab karangannya: al Mufassal fi ahkam al mar’ah wa al bayt al muslim fi as syariah al Islamiyyah, Jilid 3.

Namun, mengenakan celak dan solekan yang tebal agar lebih menyerlah kecantikan mata dan menambahkan keindahan pesonanya, sudah tentu tidak termasuk di dalam keharusan ini kerana ia sudah dikira tabarruj ( berhias ) yang ditegah yang mampu menarik perhatian orang yang melihat dan melahirkan perasaan yang tidak baik terutama kepada kaum lelaki.

Begitu juga, kepada adik-adik remaja yang berpurdah di luar tetapi membiarkan gambar-gambar mereka ketika wajah yang indah itu tidak bertutup, disebar luas melalui laman sosial dan blog dan boleh ditatapi berkali-kali terutama oleh mata-mata jejaka yang ternanti-nanti peluang melihat wajah yang selama ini terlindung di sebalik niqab dan purdah.

Sungguhpun tidak haram membuka purdah, namun tindakan ini tidak selari dengan objektif mereka berpurdah ketika berada di khalayak ramai dan menyalahi konsep hijab itu sendiri, apatah lagi bila gambar yang dipamerkan itu juga memperlihatkan aksi-aksi yang melampaui batasan yang sepatutnya. Akan tetapi jika sebaliknya, maka ia dibolehkan dengan harapan semoga dengan izin-NYA ia menjadi asbab yang dapat membuka pintu kesedaran kepada muslimah lain yang menatap untuk mencontohi tindakan mereka berpurdah dan melindungi kecantikan wajah kerana Allah SWT, InsyaALLAH.

DI SEBALIK CEBISAN KAIN ITU….
Muslimahku, kita melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya, bukan dek terikut-ikut dengan trend semasa, juga bukan kerana mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia, tetapi demi mencari keberkatan dengan mengikuti ‘jalan’ para isteri nabi dan sahabiah di zaman baginda yang merupakan sebaik-baik contoh tauladan dan tuntunan buat muslimah beriman.

Baik berpurdah atau tidak insafilah bahawa kita membawa syi’ar Islam di sebalik cebisan kain yang dikenakan. Kita melindungi diri dari menjadi perhatian dan tontonan semata-mata demi mencari keredhaan ILAHI kerana sesungguhnya Allah SWT menghendaki agar kain yang dipakai untuk melindungi aurat itu adalah juga penutup dan tabir pelindung dari pandangan ‘mata-mata’ syaitan durjana. Ia pemangkin rasa malu, penghidar cemburu melulu dan pemelihara maruah serta harga dirimu.

Karena itu, di sebalik cebisan kain itu, suburkan rasa malu, dengan menjauhi larangan-NYA dan berpegang erat dengan segala perintah-NYA. Sedarilah, perasaan malu selalu membawa kepada kebaikan kerana malu itu sememangnya tanda aras dan penentu nilai seorang muslimah bertaqwa dan beriman.





Tips berkenaan tayar kereta.

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.


  • Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.
  • Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam kepermukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada menunggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
  • Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
  • Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan diMalaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.
  • Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
  • Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

Pengertian Ramadhan

Written By saleehs gerrard on Wednesday, August 11, 2010 | 23:37

"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan 
atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan 
atas orang-orang sebelum kamu, 
supaya kamu menjadi orang yang bertakwa".
Surah Al-Baqarah Ayat 183

Sejarah Ramadhan
  1. Ramadhan : Ertinya panas terik
  2. Bulan diturunkan AlQuran  dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana Nabi S.A.W mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Didalamnya dipilih ada Malam AL-QADAR yakni lebih baik dari 1000 bulan.
  6. Dipilih untuk ibadat puasa.
  7. Dipilih untuk lain-lain ibadat (Tadarus Alquran & Zakat Fitrah)

Kelebihan Bulan Ramadhan
  1. Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
  2. Bulan yang penuh keberkatan.
  3. Didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
  4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
  5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
  7. Bulan menambah rezeki.
  8. Memberi berbuka banyak pahala.
  9. Bulan keampunan :
  • Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
  • Juga doa pada sepertiga malam.
  • 10 hari pertama adalah mulanya rahmat.
  • 10 hari pertengahan - Pengampunan.
  • 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan dibulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
  1. Mengucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan.
  3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya mudah untuk bangun malam.
  5. Berazam melakukan solat terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  6. Bertadarus secara bersemak. (bukan bersendirian)
  7. Solat berjemaah setiap waktu.
  8. Solat jemaah dimasjid/surau.
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
  10. Sahur diwaktu-waktu akhir.
  11. Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
  12. Mandi Janabat sebelum imsak.
  13. Kurangkan tidur.
  14. Tunaikan solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha. 
  16. Tidur Waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan Solat Rawatib
  18. Jaga pancaindera.
  19. Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka.
  20. Hadiri majlis ilmu.
  21. Berbuat baik dengan ibubapa.
  22. Isteri hendaklah taat pada suami.
  23. Banyakkan bersedekah.
  24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan dengan api.
  25. Berbuka bersama orang tua.
  26. Jemput tetamu berbuka.
  27. Kurangkan berat badan.
  28. Banyakkan i'tikaf dimasjid (lelaki sahaja).
  29. Baiki hubungan suami isteri.
  30. Baiki hubungan jiran.
  31. Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap dan perhiasan.
  32. Elakkan berbelanja berlebihan.
  33. Kuatkan kesabaran.
  34. Banyakkan selawat, istigfar, bertasbih.
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  36. Mengejutkan anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
  37. Elakkan menonton tv yang mengandungi nafsu.
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan.
  39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
  40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
  41. Mendoakan ibubapa samaada hidup atau yang meninggal dunia.
  42. Melazimkan solat waktu.
  43. Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
  44. Elakkan banyak hutang.
  45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramdhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
  46. Mengeluarkan Zakat Fitrah.

"Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya" 
 

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih


Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?

Khir, Shah Alam.





Jawapan Dr MAZA: Saudara, semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceram ah yang ‘terbabas’ sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit. Untuk soalan saudara saya sentuh beberapa perkara berikut;

1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:

“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.
Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.
2. Justeru itu al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) dalam karyanya al-I’tisam mengulas hadis ini dengan berkata:

“Renungilah hadis ini. Ia menunjukkan kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’ (perundangan) ..” (m.s 147, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Adapun berhubung dengan perkataan Saidina ‘Umar yang menyebut solat tarawih pada zamannya “sebaik-baik bid’ah hal ini”, al-Imam al-Syatibi mengulas:

“Dia menamakannya bid’ah hanya disebabkan pada zahirnya setelah mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid’ah pada makna (syarak). Sesiapa yang menamakan bid’ah disebabkan hal ini (muncul semula), maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama (istilah). Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid’ah” (m.s 147-148).
Maksudnya bid’ah yang disebut oleh Saidina ‘Umar adalah disudut baru muncul semula setelah Nabi s.a.w tinggalkan, maka ia dari segi bahasa boleh dinamakan bid’ah. Bukan bererti keharusan membuat bid’ah yang dilarang syarak.
3. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:

“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).
Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.
4. Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.
5. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:

“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).
6. Adapun dakwaan bahawa sesiapa yang tidak berselawat semasa solat tarawih sesat maka itu adalah dakwaan yang melampau. Apakah beliau ingin menyatakan seluruh dunia Islam yang sebahagian besarnya tidak berselawat, termasuk Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi itu sesat?!
Selawat beramai-ramai semasa solat tarawih itu tidak dilakukan di zaman Saidina Umar, juga khalifah al-Rasyidin yang lain. Jika pada zaman Saidina Umar dan Saidina Uthman mereka bersalawat dan menyebut nama khalifah-khalifah selepas Nabi s.a.w seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak di negara ini, tentulah para sahabat tidak tertanya-tanya lagi siapakah bakal mengganti kedua khalifah tersebut selepas kewafatan mereka. Tentu tiada perbincangan lagi dalam menentukan para khalifah semasa zaman sahabah. Ini menunjukkan hal ini tidak dilakukan oleh para sahabah. Mencontohi Nabi s.a.w dan para sahabah dalam ibadah adalah paling baik dan selamat.
7. Di sana ada riwayat yang sahih

“bahawa Nabi s.a.w berwitir dengan membaca Surah al-A’la, al-Kafirun dan al-Ikhlas. Baginda menyebut selepas member salam Subhana al-Malik al-Quddus sebanyak tiga kali dengan memanjang dan mengangkat suara baginda” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud dan Ahmad).
Maka, jika kita mencontohi perbuatan tersebut, ia merupakan sunnah.
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger