Headlines News :
.
Home » , » Game 7 BPL 11/12 - Everton 0-2 Liverpool

Game 7 BPL 11/12 - Everton 0-2 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, October 2, 2011 | 01:04

Walaupun kita mampu tersenyum dengan kemenangan ini, tetapi sebenarnya terkilan dengan corak permainan Liverpool. Menentang 10 pemain selama 67 minit, sama seperti menentang 11 pemain bahkan 12 diseparuh masa pertama. Jika tidak kerana Jack Rodwell dilayangkan kad merah, belum tentu 2 gol ini bakal tercapai.

Bayangkan 20 minit pertama sahaja, 5 tendangan sudut diperolehi oleh Everton berbanding 0 oleh Liverpool. Terima kasih Martin Atkinson kerana tanpa segan silu dan tanpa ada kad kuning, terus memberi kad Merah kepada Jack Rodwell akibat melakukan bentesan keras terhadap Suarez pada minit ke 23. Memang ramai yang terkejut dengan insiden ini bahkan pembuatkan penyokong Everton marah. Akibatnya kecaman hebat terhadap Suarez kerana dialah dianggap punca segalanya.

Keganasan berlaku betul2 dihadapan pengadil
Akibatnya, tanpa ada kad kuning, terus Rodwell dapat kad merah
Memang diakui, selepas Rodwell diarah keluar padang, pemain2 Liverpool mula bermain dengan lebih berhati2. Ini kerana aksi2 ganas mula ditonjolkan oleh pemain2 Everton dan sudah pastinya mereka sayangkan kaki masing2. Dengan gaya seorang gangster Jagielka juga membelasah Suarez di kotak penalti. Malangnya walaupun diberi penalti, sepakan Kuyt pula berjaya ditepis oleh Tim Howard.

Penangan Jagielka yang memberikan sepakan penalti
Tapi... Kuyt pula lembik je sepak. Kan dah kena tepis dengan Howard
Selepas kemasukan Gerrard mengantikan Adam serta Bellamy untuk Downing pada minit ke 67 barulah peluang terhidang dapat disempurnakan. Jaringan Carroll dan Suarez sudah cukup untuk memberi 3 mata penuh kepada Liverpool. Tetapi semangat juang pemain2 Everton tidak pernah luntur walaupun bermain dalam kepenatan. Sekali sekala mereka juga melancarkan gerakan pantas tetapi berjaya juga dipatahkan oleh kereta2 kebal Liverpool.

Gol pertama Carroll dalam EPL, merangkap gol pertama Liverpool
Suarez tidak mempersia2kan peluang hasil dari kebodohan Baines & Distin
Selepas ini, 2 minggu cuti rehat akibat jadual perlawanan Euro yang bakal berlangsung. Diharap kepada pemain2 yang tidak dipanggil untuk khidmat negara dapat menggunakan kesempatan ini untuk lebih cergas bagi menghadapi Setan Merah di Anfield pada 15 Oktober nanti. Kepada yang masuk kem negara, selamat berjuang diucapkan. Semoga anda pergi sihat, balik pun sihat. Jangan balik bawa penyakit dah le.....

Scoring Summary

Everton Liverpool
 Dirk Kuyt (pen miss 44')
 Andrew Carroll (71')
 Luis Suárez (82')

Match Stats

Everton                            Liverpool
12(3) Shots (on Goal) 16(6)
15 Fouls 10
5 Corner Kicks 9
2 Offsides 1
36% Time of Possession 64%
1 Yellow Cards 1
1 Red Cards 0
4 Saves 3

Teams

Everton Liverpool
24 Tim Howard25 Pepe Reina
15 Sylvain Distin37 Martin Skrtel
Phil Jagielka23 Jamie Carragher
Leighton BainesJosé Enrique
Tony Hibbert34 Martin Kelly
26 Jack Rodwell26 Charlie Adam
25 Marouane Fellaini21 Lucas
21 Leon Osman19 Stewart Downing
23 Seamus Coleman18 Dirk Kuyt
Louis SahaLuis Suárez
17 Tim CahillAndrew Carroll
Substitutes
18 Phil NevilleSteven Gerrard 8
Diniyar BilyaletdinovCraig Bellamy 39
10 Royston DrentheJohn Flanagan 38
11 Denis StracqualursiDoni 32
Jan MuchaJay Spearing 20
27 Apostolos VelliosJordan Henderson 14
20 Ross BarkleySebastián Coates 16
Substitutions
Royston Drenthe for Seamus Coleman (59)Steven Gerrard for Charlie Adam (67)
Phil Neville for Leon Osman (69)Craig Bellamy for Stewart Downing (67)
Apostolos Vellios for Tony Hibbert (79)Jordan Henderson for Lucas (88)
Yellow Cards
Tim Cahill (27)Lucas (50)
Red Cards
Jack Rodwell (23) 
· Squads: Everton | Liverpool
Share this article :

1 comment:

  1. janji mng walaupun main kureng! moral booster utk ngadap setan united nnt!

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger