Headlines News :
.
Home » , , , » Club Friendly 2013/2014 - Celtic FC 1-0 Liverpool

Club Friendly 2013/2014 - Celtic FC 1-0 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, August 11, 2013 | 03:09


Akhirnya rekod bersih enam perlawanan dengan kemenangan lebur di aksi terakhir siri perlawanan pemanas badan sebentar tadi. Celtic FC yang bermain digelanggang sendiri menggunakan kesempatan sebaik mungkin untuk merentap kegembiraan Liverpool sebelum bermulanya liga Premier minggu hadapan.


Juara Scottish Premier League ini tidak mengambil masa yang lama untuk mendahului Liverpool. Hanya selepas 12 minit perlawanan bermula, Amido Balde menghukum kealpaan pertahanan Liverpool untuk menjaringkan gol pendahuluan. Gol berpunca dari tindakan Downing yang ingin merampas bola, tetapi malangnya bola tersebut menuju ke kawasan sendiri dan kesempatan itu digunakan oleh Amido Balde untuk mengelecek Wisdom dan melepaskan rembatan deras. Walaupun bola tersebut berjaya ditangkis oleh Mignolet, tetapi ia tetap melantun ke dalam gawang Liverpool. Tiada Agger di barisan pertahanan nampak sedikit kegoyahan berlaku.


Sebenarnya pada perlawanan ini, Liverpool memperolehi banyak peluang untuk menjaringkan gol. Bukan sahaja Aspas, malah Coutinho, Downing, Sturridge Henderson, Gerrard gagal menyempurnakan peluang yang terhidang di depan mata. Seperti penyakit lama menguasai perlawanan tapi tiada penyudah kembali terpalit pada perlawanan ini. Apatah lagi gol tandukan hasil dari jaringan Kolo Toure pula dibatalkan akibat beliau berada didalam kedudukan offside.


Setiap kejadian ada hikmahnya. Harapnya kekalahan ini menjadi suatu pengajaran dan pembelajaran berguna kepada pemain-pemain Liverpool menjelang sepak mula menentang Stoke City pada hari Sabtu nanti. Secara keseluruhannya kita tetap berpuas hati dengan kombinasi dan strategi Rodgers untuk kesemua siri jelajah perlawanan pemanas badan ini. Dengan mencetak 17 gol serta bolos 2 gol, ia membuktikan bahawa Liverpool telah bersedia untuk mengharungi musim baru 2013/2014 ini. YNWA..

LIVERPOOL : Mignolet, Enrique, Wisdom, Toure, Johnson, Lucas, Gerrard, Allen (Jordan Henderson), Downing (Jordon Ibe), Aspas (Daniel Sturridge), Coutinho

CELTIC : Zaluska (Fraser Forster); Matthews, Lustig (Daniel Fisher), Mouyokolo, Izaguirre (Stuart Findlay); McGeouch, Kayal (Paul George), Irvine, Stokes; Balde (Bahrudin Atajic), Watt (Liam Henderson)


p/s : Orang yang paling gembira Liverpool kalah ialah Suarez. Mungkin dalam hatinya berkata "itulah balasan tinggalkan aku berlatih seorang diri kat Anfield". HaHaHaHaHa.......


Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger