Headlines News :
.
Home » , » Carragher bakal jadi jurulatih?

Carragher bakal jadi jurulatih?

Written By Unknown on Thursday, December 23, 2010 | 22:50

Nampaknya Persatuan Bola Sepak (FA) England dilaporkan telah berminat untuk menawarkan jawatan jurulatih kepada pemain pertahanan berpengalaman kita iaitu Jamie Carragher. Tawaran ini bukanlah untuk mengalas tugas bagi pasukan utama England, tetapi menjadi jurulatih pasukan remaja bawah 16 & 18 tahun.

Nampaknya masa depan Carragher apabila bersara selepas tamat kontraknya bersama Liverpool 18 bulan lagi kelihatan cerah dan lebih condong kepada bola sepak. Memang benarlah kata kapten Fantastik kita Steven Gerrard, bahawa Carragher sememangnya layak untuk meneruskan karier bola sepaknya dalam bidang kejurulatihan. Ini kerana hidup & kegiatan hariannya sentiasa bercerita tentang bola.

Untuk rekod, walaupun  Carragher masih seorang pemain, tetapi beliau telah mengambil beberapa sijil kejurulatihan dan Ketua FA England, Trevor Brooking mahu memberikan dia peluang bagi menunjukkan kepakaran & pengalamannya dalam bola sepak. Selain itu ia juga antara usaha FA England bagi memastikan bekas pemain skuad Three Lions itu menjadi jurulatih berbanding membina karier di media.

Diharap Carragher tidak menolak peluang ini. Siapa tahu, mungkin selepas 5 tahun berkhidmat untuk England, pengurusan Liverpool pula memerlukan khidmatnya. Bayangkan sekiranya dia menjadi jurulatih Liverpool dan penolongnya pula Steven Gerrard. Mesti meletup pasukan kita akan datang. Tapi Gerrard mungkin tidak berminat bidang kejurulatihan. Ini kerana dia lebih berminat untuk menghabiskan masa bersaranya untuk keluarga. Tapi siapa tahu masa akan datang. Segala2nya ditangan idola2 kita ini. Kita tunggu & lihat.... YNWA..
Share this article :

3 comments:

  1. yeah!!! sokong caragher!! hahahah

    ReplyDelete
  2. hehe...no comment tp nk comment gak..heheh..tp bgslah..bantulah liverpool..supaya naikkan balik kegemilangan liverpool baru ade persaingan y sehat...

    iklan masyarakat dari fan MU...hehehe..

    ReplyDelete
  3. hahha.. aku terima je apa yg bakal berlaku kepada pasukan merah tu.. keh2..

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger