Headlines News :

Piala FA 2011 Suku Akhir (1) - Selangor 3-1 Johor

Written By saleehs gerrard on Wednesday, March 16, 2011 | 17:32

SELANGOR mencerahkan peluang untuk mara ke separuh akhir Piala FA setelah berjaya menewaskan Johor 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi. Bekalan dua gol itu dianggap agak selesa untuk Selangor bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bagi aksi suku akhir kedua pada Sabtu ini.

Pada perlawanan malam tadi, tiga gol Selangor itu dijaringkan Hardi Jaafar, Rudie Ramli dan Amri Yahyah manakala gol tunggal Johor dijaringkan Alif Yusof. Selangor turun tanpa penyerang utama, Fadzli Saari yang mengalami kecederaan tetapi menyenaraikan semula Nasriq Baharom yang sudah pulih untuk mengisi tempat Yosri Derma Raju yang direhatkan. Pada minit ke-10, Selangor hampir berjaya memperolehi gol pendahuluan tetapi percubaan Amri hasil lorongan Amirulhadi Zainal sekadar menggegar tiang kanan gawang Johor.

Johor turut berpeluang menerusi sepakan percuma kaptennya, Norizam Salaman tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi pada minit ke-14. Pada masa kecederaan babak pertama, lambungan kaki kiri Hardi dari sebelah kanan hanya menggegar palang gol Johor untuk kedudukan kekal 0-0 pada waktu rehat.

Hanya empat minit selepas babak kedua bermula, Selangor memperolehi gol pertama menerusi gerakan lincah Hardi yang memperdaya tiga pertahanan Johor selepas menerima lorongan Amri. Gol kedua Selangor menyusul pada minit ke-55 apabila hantaran Amirulhadi dari sebelah kanan ditolak kemas oleh Rudie menewaskan penjaga gol Johor, Amirul Abu Seman.

Jurulatih Selangor, K. Devan memasukkan Asraruddin Putra Omar menggantikan Rudie pada minit ke-68 dan Hardi yang beraksi di sayap kiri bertukar ke posisi tengah bersama Azidan Sarudin manakala Safiq naik ke atas membantu Amri. Hasilnya Amri berjaya meledak gol ketiga Selangor pada minit ke-71 dengan memperdayakan pertahanan Johor sebelum meledak rembatan jarak dekat. Namun kelekaan benteng pertahanan Selangor dihukum pada minit ke-77 apabila Johor berjaya memperolehi gol di tempat lawan hasil rembatan Alif menewaskan Iqbal.

Bagi memberi peluang kepada pemain simpanan, Devan membawa masuk Saiful Amar Sudar dan S. Sritharan menggantikan Iqbal dan Amri pada baki 10 minit terakhir. Kedudukan 3-1 itu bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi (21. Saiful Amar Sudar), 3. Razman Roslan, 5. Khairul Anuar Baharum, 6. Nasriq Baharom, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim, 18. Azidan Sarudin, 14. Hardi Jaafar, 9. Rudie Ramli (4. Asraruddin Putra Omar), 17. Amri Yahyah (c) (7. S. Sritharan).

JOHOR: 21. Amirul Abu Seman, 3. Nazrin Baharudin, 5. Ismail Suboh, 8. Azuwad Arip, 9. Asyraf Al-Japri (7. Fahian Roslan), 10. Norizam Salaman (c), 11. Alif Yusof, 13. Wan Azwari Wan Nor, 17. Zulindra Shah Putra Adam (27. Zaky Zulkifli), 19. Shaharuddin Abd. Kadir (2. Syukri Ismail), 20. Shoufiq Khusaini.

PENGADIL: Lismotia Mohem Mohd. Tisan.

Game 7 Liga Super 2011 - Negeri Sembilan 1-2 Selangor

Written By saleehs gerrard on Sunday, March 13, 2011 | 06:54

SELANGOR bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi ketujuh Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. Kemenangan keempat itu membolehkan Selangor kini melonjak naik ke tangga ketiga di belakang Kelantan dan Felda United. Kelantan mencatat kekalahan pertama musim ini setelah tewas 0-2 kepada Pahang di Kuantan manakala Felda United mudah menundukkan pasukan tercorot, Perlis 2-0 di Kangar. Ketiga-tiga pasukan teratas itu berkongsi 14 mata tetapi dibezakan dengan perbezaan gol.

Seawal minit ke-11, Selangor sudah ketinggalan apabila Shahurain Abu Samah mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Negeri Sembilan setelah S. Kunanlan dijatuhkan penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi. Tamat separuh masa pertama, Negeri Sembilan mendahului 1-0.


Namun pada minit ke-60, kapten Selangor, Amri Yahyah pantas menolak masuk gol penyamaan setelah menerima lorongan cantik Safiq Rahim dari tengah. Safiq kemudian muncul wira Selangor apabila berjaya menanduk cantik bola lambungan P. Gunalan dari sebelah kiri untuk gol kedua pelawat pada minit ke-78.

Untuk perlawanan kelapan Liga Super selepas ini, Selangor akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam pada 2 April depan. Namun Selangor terlebih dahulu akan beraksi pada saingan suku akhir Piala FA bertemu Johor di Stadium Shah Alam pada Selasa ini dan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu depan.


NEGERI SEMBILAN: 25.Farizal Marlias, 3.Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, 12.Shukor Adan (c), 14.G. Mahathevan (18.Muszaki Abu Bakar), 16. Qhairul Anwar Roslani, 9.Shahurain Abu Samah (23.Ahmad Aminuddin Shaharuddin), 10.Abdul Halim Zainal, 17.Idris Karim, 9.S. Kunanlan, 13.Ahmad Fakri Saarani (8.Zaquan Adha Radzak), 20.Hairuddin Omar.

SELANGOR: 22.Iqbal Suhaimi, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharum, 16.Yosri Derma Raju, 15.P. Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal, 8.Safiq Rahim (9.Rudie Ramli), 18.Azidan Sarudin, 14.Hardi Jaafar (25.Fazilidin Khalid), 17.Amri Yahyah (c), 23.Fadzli Saari (24.Fitri Shazwan Raduwan).


Sumber : www.faselangor.my

Hari Keempat Percutian Sabah 2011 - Tawau dan Semporna

Written By saleehs gerrard on Saturday, March 12, 2011 | 06:02

Diharap sudi membaca artikel berkaitan dibawah ini terlebih dahulu:

PART 1 : SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak
PART 2 : Hari Pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu
PART 3 : Hari Kedua Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau
PART 4 : Hari Ketiga Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu ke Tawau

Ahad 20 February 2011

Pagi ini semua ahli keluarga SG bangun seawal 6.30 pagi. Nampaknya kali ini, keluarga SJ pula yang paling awal bangun dan baru disusuli keluarga SG. Hari ini kami perlu bersiap awal kerana telah berjanji dengan En. Din, pemandu kenderaan yang kami sewa untuk membawa kami ke Semporna. Begitulah keadaan kami. Bila berjanji dengan orang, mesti ditepati, tetapi kalau sendiri yang drive, memang tengah lena dibuai mimpi indah lagi.

SJ dan suami menunggu kami bersiap dan Alya
Di ruang legar Apartmen Kuhara
Apartment Kuhara disiang hari
Seperti yang dijanjikan, Kami menunggu di ruang legar Apartment Kuhara sebelum pukul 8 pagi lagi. Bersemangat gila nak berjalan2 lagilah katakan. Tak lama kemudian, En. Din pun sampai dan terus membawa kami ke kedai makan untuk bersarapan pagi. SG lupa pula nama kedai ni. Tapi seingat SG, kedai ni terletak di jalan Tawau - Semporna dan berhampiran jalan masuk ke Airport. Sebenarnya pagi tadi kami sempat lagi bersarapan MEGGI. emmm.. Pagi2 lagi dah makan meggikan. Maklumlah stok meggi ni melambak2. Bukan nak jimat kos ye, tapikan SG dah bagi tau, selera kami tak sama sangat dengan masakan disini. So kat kedai ni pun, kami melantak juga. Kira tengahari nanti, tak payahlah nak makan lagi. Isi padat2 perut tu.

Pokok sawit disepanjang perjalanan Tawau - Semporna

Perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa 1 jam 30 minit. Dengan pemandangan yang tak ada nak dibatakkan, SG lepas makan terus je tidur dalam van. Mana tak mengantuknya, dah kenyang, lepas tu pemandangan kiri kanan jalan, sama saja macam di Semenanjung penuh dengan tanaman kelapa sawit. Jadi memang tak menarik lerkan. So SG sedar2 je dah sampai pun Semporna. Mata kembali segar apabila melihat kebiruan air laut dan keindahan pulau2 yang berhampiran. Rasa tak sabar je nak menjejak kaki dibumi Semporna ini.


Destinasi pertama sudah tentu disekitar Dragon Inn Floating resort dan Pusat pelancongan Lautan Semporna. Disini kami menyaksikan keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan dengan lebih dekat lagi. Melihat air laut yang biru kehijau2an yang direnangi ikan2 kecil didalam kelompoknya. Ketika sedang asyik melayan tiupan angin laut, datang penjual2 jalanan yang menawarkan barangan cenderamata seperti kuda laut, mutiara dan sebagainya. Setelah tawar menawar akhirnya kami terbeli juga walaupun tidak dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kami menyerbu pula kedai cenderahati disini. Ingatkan mereka2 ni dah puas bershoping kat KK semalam, rupanya masih belum sempurna. SG hanya membiarkan saja mereka terus memiliki yang dihajati, sementara SG hanya melayan karenah anak2 SG sambil terus menghirup udara segar disekitar pantai ini.

Isteri SG bershoping sakan
Adik dan Kakak letih menunggu ibunya bershoping.

Semasa kami disini, sempat juga kami menyuruh En. Din pemandu kami untuk mencarikan bot2 yang boleh kami sewa untuk dibawa mengelilingi pulau2 berdekatan. Tapi malangnya harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Adakah patut seorang Dewasa dikenakan RM100 sementara kanak2 RM50? kalau dikira jumlahnya menjadi RM600. En. Din berkata pakej itu siap sekali makanan seafood di salah sebuah pulau. Setelah berbincang sesama sendiri, kami menolak pakej berkenaan kerana kami fikir harganya langsung tidak munasabah. Kemudian kami bertanyakan pula pada penjual2 jalanan ini kalau2 ada bot yang boleh kami sewa. Memang tepat sekali, kami dicarikan bot dengan kadar sewa RM120 sejam. Kira oklah tu sebab ia harga sekali untuk semua orang. Walaupun kami tahu ia harga sudah di Markup, tapi demi untuk merasa naik bot mengelilingi pulau2, kami setuju sahaja. Dalam perjalan ke jeti untuk menaiki bot ini, kami memberi tahu En. Din bahawa kami akan menjelajah pulau2. Kemudian En. Din ini memanggil si penjual yang merekmenkan kami bot tadi. Nampak seperti ada pertengkaran kecil antara mereka. Nampak jelas mereka ni semua kaki markup. Lantaklah mereka nak bergaduh ke apa. yang penting kami dah setuju dengan harga itu.

Pemandangan Pulau Tampi2

So kami memulakan perjalanan menaiki bot untuk meninjau pulau2 berhampiran. Menyaksikan kehidupan masyarakat yang kehidupan2nya 100% diair. Anak2 kecil bermain air adalah aktiviti biasa disini. Seronok melihat gelagat2 mereka. Cuma apa yang mengejutkan kami, rumah2 atas air ni kelihatan usang tetapi mampu memiliki ASTRO. Dasyat2. Kami cuba selidik2 kenapa kawasan ini kebanyakannya memasang Astro. Rupanya Kerajaan telah membekukan penggunaan TV satelit (parabola) dikawasan yang mempunyai liputan rangkaian TV tempatan. Ini bermakna hanya tempat2 pendalaman sahaja yang dibenarkan menggunakan parabola. Tempat lain Astro le jawabnya. Seronok2 mengambil gambar, kamera SG kehabisan bateri. Terpaksalah menumpang kamera SJ ni. ( Jangan marah ye SJ kalau ada gambar2nya tercuri & terupload kat sini. hehehehe)

Pemandangan bandar Semporna
Tapak sulaiman yang kami ambil untuk dibawa pulang

Pemandu bot bertanyakan kepada kami kalau2 ingin kepulau Mabul & Sipadan. Kami bersetuju saja tapi dengan jujur ikhlasnya dan kesian kepada kami, dia tidak sanggup membawa kami kerana kadar bayaran yang akan kami tanggung mungkin tinggi. Ini kerana perjanjiannya bersama penjual jalanan tadi mengikut jam. Sedangkan kalau kami direct dengan pemandu bot ini  hanya perlu membayar RM200 sahaja tanpa mengira waktunya. Bayangkan kalau 4 jam, dengan harga RM120 sejam, berapa banyak perlu kami bayar. Kami akur jua pandangan pemandu ini. Tak apa. Lain kali sahaja kalau ada rezeki datang lagi kesini. Sambil bersiar2 ni sempat juga SG menangkap tapak sulaiman ni buat cenderahati untuk di bawa pulang. Setelah itu kami diturunkan dijeti dipasar basah Semporna.

Jeti Penumpang Semporna
Daging Rusa @ Payau
Dipasar basah ini, kami meninjau2 pula hasil2 laut yang telah dikeringkan seperti ikan bilis, Udang kering dan sebagainya. Tetapi malangnya tiada yang menarik minat kami. Sehinggalah disatu sudut, SG terpandang daging rusa segar (payau panggilan masyarakat di Sabah) . Harga sekilo RM25. memang ramai pun sahabat2 SG mengatakan harganya begini. Kalau disemenanjung frozen RM25 manakala segar RM50. Walaupun SG dah ada 5 kilo pemberian sahabat SG di KK tempohari, SG beli lagi 3 kilo dan SJ pula sekilo menjadikan semuanya 9 kilo daging payau yang akan kami bawa kesemenanjung.

Bergambar di Pulau Tampi2
Kemudian En. Din menjemput kami untuk ke destinasi seterusnya. Sebenarnya SG ingin meninjau bot2 besar untuk group tegarfishing club memancing di perairan ini. Malangnya En. Din seperti enggan memberi kerjasama dan dia pula mencadangkan agar balik segera ke Tawau. Ada juga kami tanya2kan apa tempat2 yang menarik di sini. Dengan selamba En. Din mengatakan tiada. Setelah didesak dan mengambil hati kami, En. Din membawa kami ke pulau Tampi2. Kalau korang ingat filem DUYUNG lakunan apek dan Maya Karin tu, inilah lokasi pengambaran mereka.

Singgah membeli goreng pisang & ubi dalam perjalanan pulang

Selepas setengah jam melepak2 disini, kami terus pulang menuju ke Tawau. Seperti biasa perjalanan yang membosankan membuatkan SG pun terlena. Niat si En. Din ini ingin menghantar kami pulang ke apartment, tetapi kami pula mengajaknya ke Pekan Tawau. Terpancul sedikit kebenganggan di wajahnya. Dengan berat hati dibawanya juga kami ke Pasar Tanjung. Disini kami mula membeli barangan yang kami tidak dapat di Semporna tadi. Ikan bilis, udang kering, ikan kering kami borong untuk keluarga dan sahabat handai di semenanjung. Tak lupa juga kuih cincin dan keropok amplang makanan istimewa masyarakat Sabah.


Dah habis shoping disini, kami menuju pula ke pasar Gantung. Pasar Gantung ini pula adalah pasar menjual barangan cenderahati seperti pasar Filipina di KK. Kami meninjau2 barangan disini. Apa yang istimewa disini ialah kain batik Ayu yang didatangkan dari Indonesia. Kalau pandai tawar menawar dapatlah harga yang jauh lebih murah. Disini isteri SG saja membeli kalau tak silap 7 helai kain batik ayu ini (rasa2nya lebih kot. dah tak ingat). Kemudian kami meninjau2 sebentar disekeliling pasar ini. Tapi disebabkan mood kami pun dah kurang dengan servis pemandu kenderaan kami, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.

Sampai di Apartment Kuhara, SG gak terkejut apabila En. Din meminta kadar bayaran sebanyak RM450. mengikut janji asal, kami hanya perlu membayar RM350 sahaja. SG bayar saja RM450 tetapi selepas membayar dan sampai dibilik, SG terus memberitahu En. Amat supervisor Apartment Kuhara ini yang mengaturkan kenderaan kami. Samaada di pura2 terkejut atau benar2 terkejut, SG tak pasti. Yang penting SG nak apa yang dijanjikan En. Amat tepat kerana semuanya telah masuk dalam kos perbelanjaan kami.

Petang itu kami dikunjungi sahabat blogger dari tawau. Puan MYNA yang berasal dari Kedah, telah menetap di Tawau akibat mengikut suaminya yang bertugas sebagai tentera laut di Semporna. Sebenarnya SG sebelum ke Sabah lagi dah berhubung dengan Myna. Malam tadi sewaktu SG sampai di Tawau juga, SG ada mengajaknya untuk join program kami hari ini. Tapi malangnya, Myna ada program lain pula. Myna datang kebilik kami hanya sebentar saja . Just beramah mesra dengan kami dan merancang untuk program bersama keesokan harinya. Setelah Myna pulang , misi terjun kolam renang bermula. Hanya SG bersama anak2 dan anak buah SG yang terjun. Yang lain hanya memerhatikan sahaja.


Tak puas berenang lagi, SG didatangi En. Amat untuk menyelesaikan masalah bayaran tadi. Maka SG bertemu En. Din dan En. Amat serentak untuk menyelesaikan masalah ini. Yang pelik, kenapa pula En. Din menyalahkan SG kerana tidak menanyakan kadar bayaran yang sebenar. Sedangkan harga itu adalah persetujuannya dengan En. Amat. Mereka yang deal berdua. Dah mereka setuju barulah En. Amat memberitahu SG. Perlukah SG dipersalahkan? Apa yang SG tuntut hanya kembalikan wang sebanyak RM100 itu atau menghantar kami ke Airport esok tanpa bayaran lagi. Akhirnya En. Din akur juga. Selesai masalah.

Sebelum beredar, sempat juga SG menasihatkan mereka berdua. Anggap ini sebagi pengajaran. SG boleh terus mengadu ke pihak pengurusan Apartment andainya SG mahu. Tapi SG masih bertimbang rasa. Pastikan lain kali memberi servis terbaik untuk mengelak nama apartment Kuhara ini menjadi buruk. Tapi dalam hati SG ni, memang dah agak, En. Din ni memang kaki sembelih punya. Dahlah servis hancur. Lagi nak tekan lebih2. Sekali ni jelah dia merasa duit SG ni.

Malam tiada aktiviti yang dirancang. SG hanya sekadar berborak2 bersama keluarga membincangkan apa yang berlaku. Bagi kami memang dah boleh agak bakal berlaku begini. SG memang dah terus terang tak ada contact2 disini. Bukan tak pernah sampai Tawau ni tapi dah lama. Tahun 1997 tu SG datang kemari. Memang SG dah bagitau SJ awal2 lagi. KK dijamin beres. Tawau problem dan tak boleh nak dibayangkan. Sudah tentu kali pertama sampai, pasti terkena. Adatlah kalau tiada connection. Mereka2 pasti mengambil kesempatan.

Sambungan hari kelima - Hari terakhir.

UEFA Cup 10/11 Last 16 (1st Leg ) - Braga 1-0 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Friday, March 11, 2011 | 23:00

Ingatkan semangat juang dahagakan kejayaan terus tersemat dijiwa pemain2 The Reds, rupanya semangat itu hanya bersifat sementara sahaja. Berkunjung ke Portugal untuk bertemu Braga dalam Kejohanan Piala Eropah dalam pusingan 16 pasukan terakhir, Liverpool tiba dengan berbekalkan semangat menumpaskan MU 3-1. Malangnya, pemain2 masih belum berpijak dibumi yang nyata.


Atas kertas, Braga adalah pasukan yang tidak segah pasukan Porto, tetapi rekodnya dalam kejohanan Champion League musim ini boleh dikatakan baik. Berjaya menewaskan Arsenal 2-0 dalam peringkat kumpulan sebelum tersekat untuk layak ke peringkat 16 pasukan. Kini Braga hadir dengan semangat ingin merawat luka akibat terkandas dari Champion League dan pertemuan ini menjanjikan persembahan terbaik dari mereka.


Sejak mula permainan, pemain2 Liverpool langsung tidak menjelmakan aksi2 yang menarik. Dari segi kawalan bola, hantaran semuanya lemah. Midfield yang di kemudi oleh Lucas, Spearing dan Poulsen langsung tidak kreatif. Begitu juga Joe Cole langsung tidak berfungsi dan akibatnya Kuyt terkapai2 dihadapan mengharapkan hantaran kawan. Episod luka bermula apabila Kyrgiakos membuat terjahan keras kearah Mossoro di dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak2 untuk memberi penalti. Braga mendahului 1-0 apabila Alan dengan mudah menewaskan Reina. Nasib malang Liverpool hampir berterusan, tetapi palang berjaya menyelamatkan rembatan volley dari Silvio.


Separuh masa kedua, kemasukan Carroll mula menampakkan perubahan pada permainan Liverpool. Beberapa percubaan terutamanya sewaktu bola tinggi berjaya dikuasai oleh Carroll. Tetapi malangnya bola masih juga tidak mahu menerjah ke jaring. Permainan nampak mula dikuasai Liverpool tetapi tiada penyudah yang cantik dari rangkaian penyerang2. Sehingga tamat perlawanan, Braga menang 1-0.


Minggu hadapan, Braga pula akan berkunjung ke Anfield. Diharap cuti rehat hujung minggu kerana perlawanan piala FA ini, Liverpool dapat memanfaatkan peluang untuk menebus kehampaan ini. YNWA

Scoring Summary

Braga Liverpool
Osorio Costa Silva Alan (pen 18') 

Match Stats

Braga                                  Liverpool
5(2) Shots (on Goal) 6(4)
15 Fouls 19
3 Corner Kicks 6
2 Offsides 9
50% Time of Possession 50%
1 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
4 Saves 4


Teams

Braga Liverpool
1 Guilherme Moraes Artur25 Pepe Reina
15 Angelo Moita Miguel Garcia23 Jamie Carragher
4 Claudio Bezerra da Silva Kaka16 Sotirios Kyrgiakos
2 Valdelomar Junior Alberto RodriguezGlen Johnson
28 Silvio37 Martin Skrtel
45 Miguel Hugo Viana10 Joe Cole
8 Marcio Jose da Costa Mossoro28 Christian Poulsen
25 do Carmo Leandro SalinoRaul Meireles
30 Osorio Costa Silva Alan21 Lucas
9 Rocha Paulo Cesar26 Jay Spearing
18 Lima18 Dirk Kuyt
Substitutes
42 Cristiano Pereira FigueiredoPeter Gulacsi 42
3 Junior Afonso Santos PaulaoJohn Flanagan 38
48 Capela AnibalDanny Wilson 22
43 Coelho DaniMaximiliano Rodriguez 17
46 Peterson JosephDavid Ngog 24
19 Albert Ze MeyongAndrew Carroll 29
10 Jorge Leal Rodrigues Helder BarbosaDani Pacheco 12
Substitutions
Junior Afonso Santos Paulao for Marcio Jose da Costa Mossoro (69)Andrew Carroll for Christian Poulsen (57)
Albert Ze Meyong for Lima (77) 
Jorge Leal Rodrigues Helder Barbosa for Rocha Paulo Cesar (90) 
Yellow Cards
Claudio Bezerra da Silva Kaka (26)Christian Poulsen (35)
· Squads: Braga | Liverpool

Hukum disebalik menghisap SHISHA

Written By saleehs gerrard on Wednesday, March 9, 2011 | 23:00

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat Kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, ASAP tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar IA tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa IA selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar Dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke Hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau Dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika Dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
  • Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau Dan arang.
  •  Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala Dan bahagian bawah Dan kebiasaannya IA diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.
  • Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya IA diisikan dengan air tetapi kadang kala IA juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.
  • Hos Dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut ASAP keluar daripada alat shisha tersebut. 
Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, Ada yang mempunyai hos Dan alat penyedut yang lebih dari satu Dan boleh dikongsi berdua atau lebih Dan juga perbezaan pada bentuk Dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria Dan lain-lain) IA dikenali dengan nama narghile, di Mesir Dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula IA dikenali sebagai shisha atau goza Dan di India IA dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali Dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal  Dan ‘ajami . Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan Dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah Dan melekit Dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis Dan nyaman seperti bau buah-buahan Dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering Dan lebih asli. Sebelum digunakan IA perlu dicampurkan dengan air sehingga IA boleh dicanai atau dibentuk Dan harganya lebih Mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama Ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian ASAP tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut ASAP daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut ASAP daripada tembakau tetapi juga ASAP daripada arang, yang masing-masing mengandungi bahan kimia Dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya Dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada ASAP yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), Dan ASAP yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung Dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala ASAP daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau Dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu IA juga mengandungi hidrokarbon (benzene Dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing Dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan Dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko Dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO Dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:
  • Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok Dan juga orang lain yang terdedah kepada ASAP tembakau tersebut.

Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.

Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Ugama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.(Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya:  “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.(Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud:

Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam menentukannya ialah:

Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘ mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:

    “Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.

Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:


Tafsirnya: “Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.(Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:

Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

p/s : Dulu masa muda2 SG layan jugalah shisha ni. Tapi sejak dah tua2 ni dah tak berminat pula nak layan. Last pun pekena shisha di Downtown Cheras


sumber - Mufti Brunei

Sambutan Ulangtahun Ke 3 - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor

Written By saleehs gerrard on Tuesday, March 8, 2011 | 21:56

Sambutan Ulangtahun ke 3 
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor
Peringkat Daerah Kuala Langat


Bersama : Dato' Seri Anwar Ibrahim - Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Tarikh : 10 Mac 2011
Waktu : 9.00 malam
Tempat : Stadium Jugra, Teluk Datok, Banting


Penceramah Jemputan :
  • Tan Sri Dato' Sri Abd. Khalid Bin Ibrahim
  • Dato' Teng Chang Kim
  • YB. Tuan Sarifuddin Nasution Bin Ismail
  • YB. Tuan Ir Khalid Bin Samad
  • YB. Tuan Dr. Zulkifli Bin Ahmad
"Semua dijemput hadir"  

Hari Ketiga Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu ke Tawau

Written By saleehs gerrard on Monday, March 7, 2011 | 14:37

Diharap sudi membaca artikel berkaitan dibawah ini terlebih dahulu:

PART 1 : SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak
PART 2 : Hari pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu
PART 3 : Hari Kedua Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau

Sabtu 19 February 2011

Assalamualaikum. Apa khabar sahabat2. Alhamdulillah, hari ini SG masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT, untuk terus menikmati kehidupan yang penuh mencabar ini. Sudah 2 minggu selepas kembali dari percutian, tapi masih juga tak sempat nak menghabiskan cerita mengenai aktiviti2 bercuti. Apa pun dengan masa yang agak terluang ini SG coretkan info2 menarik di Negeri Sabah ini.

CentrePoint - Antara shopping complex tertua di KK
Hari ke 3, kami hanya banyak menghabiskan masa di apartment sahaja. Disebabkan kereta yang kami sewa sudah SG pulangkan semalam, jadi perancangan hari ini hanya bersiar2 di sekitar bandar KK sahaja. Bangun pagi tak payah nak cakaplah, semua memang sengaja melajak2kan tidur hingga nak sampai tegak posisi matahari tu. Menikmati tidur yang sepuas2nya sudah menjadi kebiasaan bagi kami yang hanya dapat cuti sekali dalam seminggu. Itupun kalau hari cuti tu tiada program yang perlu dilakukan.


Pasar Kraftangan @ Pasar Filipina
 Sekita pukul 12.00 tengahari barulah Keluarga SG dan SJ keluar menuju ke pasara Filipina. Siapa pula SJ ni ye. Sebenarnya SJ ini adalah kakak SG si IZRYN . Tah sejak bila tukar nickname, SG pun tak tahu. macam dekat2 dengan nick SG pulak ye. Biasalah, adik kakak.hehehe


Pasar Filipina ni bukannya jauh pun dari Apartment Api2 Center. Dalam 10 minit je jalan kaki. Jadi tak payahlah nak susah2 naik teksi @ bas. Sampai di Pasar Filipina (Pasar Kraf) SG hanya sekadar meninjau2 gelagat orang sahaja. Kenapa? Emmm, SG rasa dah macam bosan pula kat pasar ni. Asyik2 mutiara, T  shirt, kraftangan. Dah le hampir 80 peratus semua barangan wanita. So SG biarkan saja Isteri SG bersama SJ sekeluarga membuat tawar menawar. Untuk SG, tiada barang peribadi yang dapat dibeli disini. T Shirt Sabah? dah melambak2 kat umah. Dulu setiap kali datang kesini, setiap kali itulah beli. Gambar gunung ke, orang hutan ke, semuanya dah ada. Maka dengan bangganya, selamat duit SG dari bershoping. hehehhe


Kemudian aktiviti kami diteruskan lagi dengan hanya melepak2 ditepi laut menyaksikan aktiviti2 masyarakat penduduk di Bandar KK ini. Melihat bot2 yang berbagai jenis dan saiz, Aksi2 penduduk2 pulau serta nelayan yang mencari rezeki. Sempat juga SG melihat aktiviti penjualan antara pemborong serta nelayan. Terutamanya kepada peniaga2 SeaFood yang banyak memilih untuk membeli ikan2 hidup. Bukan senang tu nak dapat tengok ikan2 besar seperti ikan kerapu, merah melompat2 sewaktu ditimbang. Rasa nak minta saja seekor untuk dibawa pulang.


Sekitar 3.30 petang, Kami kembali semula ke apartment untuk merehatkan lagi badan serta mempacking barang2. Kenapa nak packing? dah habis bercuti ke. Ishhhh.. Masih awal lagi. Just habis bercuti di Bandar KK je. Masih ada lagi lokasi yang perlu dijelajah. Kan 5 hari. Ini baru 3 hari. Masih ada lagi 2 hari. Tengah2 sibuk SG mempacking pakaian, SG terima pula panggilan dari sahabat SG disini. Yes3.. Daging Rusa dah sampai. Rusa atau PAYAU (nickname di Sabah) memang dari Semenanjung lagi SG dah Booking. Sahabat SG ni tentera yang bertugas di Sipanggar. Dulu dia bertugas di Semenanjung dan menetap di Kampung SG. Tak sangka pula, 5 kilo dia bagi daging payau ni. Free je pulak tu. Thanks Bro. So selepas meletakkan payau ni kat peti sejuk, SG keluar semula seorang diri ke Bandar untuk membeli polistrin box. Polistrin ni bertujuan untuk mempacking daging Payau ni. Takkanlah nak bawa balik Semenanjung dengan packing dalam kotak atau jinjit dalam je. Ingat naik kereta ke? So kenalah masuk dalam kargo dan bila guna polistrin box ni, taklah airnya meleleh kena bagasi orang lain. Betul x. Lagipun, polistrin box ni je le caranya nak membawa frozen @ seafood bagi menjamin kesegarannya.

Polistrin box ni SG beli dengan harga RM13. Besar juga dan dapatlah kotak kosong untuk disumbatkan polistrin ni. Kalau tak disarungkan kotak pada polistrin box ni, jangan haraplah Air Asia nak bagi masuk dalam kargo. Sebab memang syarat mereka pun tak bagi frozen masuk kargo. Takkan nak pikul bawa naik pula. Letih wooo. Balik apartment semula dan packing pula daging payau ni. Lepas packing topup lagi tidur. hehehe

Pukul 6.00 petang kami semua mula meninggalkan Apartment dengan menaiki teksi menuju ke Terminal 2 KKIA untuk ke destinasi seterusnya iaitu Tawau. Flight kami dijadualkan berlepas pada pukul 8.20 malam. Tekejut juga SG bila driver teksi ni meletakkan harga tambang RM30. Seingat SG, tambang dari apartment sekitar RM20-RM25. Tapi malas nak cakap banyak, SG bayar je le.

 

Selesai checkin, banyak masa hanya dihabiskan berborak2 kosong sementara menanti waktu berlepas. Delay ni memang dah kebiasaan bagi Air Asia. Nasib baiklah 15 minit je. Jadi kami memulakan penerbangan ke Tawau dalam pukul 8.35 malam. Mengikut cerita kawan2, kalau kita pergi ke Tawau dari KK, flight akan melalui tepi Gunung Kinabalu. Disebabkan flight SG ni malam, apa yang nak nampak. Kawan2 tanya juga, kenapa ambil flight malam. Dah itu je yang dapat harga promosi free seat. Tapi tu pun last minit baru bayar tiket flight ni. Kenapa? Tahun lepas masa SG booking semua Tiket ni, LCCT ke KK dan Tawau ke LCCT, Kad kredit SG diterima. Tapi bila book pula KK ke Tawau, kad kena block pula ( Overlimit dah). Tapi yang peliknya Booking No. tu SG dapat. Lama pending je booking ni. Mengikut plan asal, bila dah kena blog kad SG ni, SJ plan nak naik bas je. Tu ler namanya Travel Adventure. 8 jam perjalanan. Tapi bulan Januari lalu SG check dengan kawan2 harga tiket basnya, mak oiii. mahal tu. Dewasa RM50, Kanak2 RM30. Bila kira2 balik semua untuk 8 orang RM320. Flight baru RM168. Dah le mahal, perjalanan 10 ke 12 jam pulak tu. letih2. Maka cepat2 le SG settlekan booking yang pending ni. (7 bulan tu pending)


Sampai di Tawau, SG dijemput dengan Mr. Din. Sepatutnya Mr. Din ni, kenalah call SG. Paling tidak pun, tulislah nama SG kat kertas dan pamerkan kat pintu keluar. Ni buat bodoh je. Puaslah SG call En. Amat dari Apartment Kuhara yang menguruskan transport. Lama jugalah, baru jumpa. Kurang 1 point untuk hari pertama di Tawau. SG ingatkan dari Airport Tawau ke Bandar Tawau dekat. Rupanya jauh perjalanan tu lebih kurang 30KM. Setengah jam jugalah perjalanan. Kami terus dibawa ke Apartment Kuhara yang terletak jauh sedikit le dari bandar Tawau.(dah puas search, memang ni je apartment yang ada kat Tawau ni)

Bilik Utama -Apartment Kuhara
Ruang Tamu - Apartment Kuhara

Bilik Tidur - Apartment Kuhara
Ruang Dapur - Apartment Kuhara
Sampai Apartment, kami checkin dan terus masuk rumah serta membersih2kan diri. Malam ni, tiada apa2 aktiviti. Dah lewat pun. Kami sampai Apartment pun dah pukul 10.30 malam. Jadi tidur je le untuk simpan tenaga bagi aktiviti keesokkannya.

Bersambung lagi..

Info Untuk Anda : 











Kuhara Apartment
Harga 2 bilik : RM190
Harga 3 bilik : RM220
Email : kcastwu@streamyx.com
Tel : 089-768778, 089-759778
Fax : 089-752778

Lagi gambar Apartment Kuhara di episod akan datang
Sambungan kisah percutian dihari keempat
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger