Antara Jabatan
(Megasteel, Lion DRI, Secomex, Compact Energy)
Tempat : ARL Power Bowl Alamanda, Putrajaya
Anjuran : Kelab Sukan & Rekreasi Megasteel Sdn. Bhd.
Hari ni aku sikit punya bersemangat. Apa taknya, hari ni ada game bowling. Lepas aku habis kerja jer pukul 8.00 pagi, Aku terus balik umah & bersiap2 nak pergi menanggah (rewang @ sinoman dalam bahasa jawa) di majlis kenduri kahwin kat rumah jiran aku. Aku sampai pun dah nak pukul 10.00 pagi kot dengan isteri & anak2. Lepak2 buat keje lebih kurang (wayang jer), jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari. Aku salam korek dengan tuan rumah ~bagi alasan nak pegi majlis kenduri lain pula (alasan semata2.. hehehe)~ aku pun bla..sampai rumah bersiap2, 12.30 tengahari aku & family berambus pergi ke Alamanda.
Sampai di Alamanda Putrajaya lebih kurang 1.45. Aku memang tak pernah main bowling kat sini. Jadi melilau ler aku mencari. Nasib baik aku jumpa geng aku (Halim ~ budak kampung & Caster Dept.~), dia ler yang tunjukkan tempatnya. Sampai disitu aku lihat dah ramai peserta2 yang tiba. Antara yang aku kenal Chiam (MIS Dept.), En. Ismail, En. Zul, Mat razi (Security) Usup (Central Work) & sapa2 tah ( Aku tak ingat pulak.. sorry). Geng2 aku, Zaidi, Mukmin & Yusri belum sampai lagi. Lembab betul ler diaorang ni. Aku pusing2 dulu tengok link, tengok bola & tengok aweks2 ( marah bini aku. heheheh..). Pukul 2.15 baru ler mangkuk2 ni sampai.. Emm.. Syidiee pun ada join sekali gak. So baru ler kita orang mendaftar. Geng kita orang ni ada player import. Ni pun last minit sebab si Azhal tak dapat datang. So Yusri dari CRMC ni ler jadi galang gantinya.
Geng2 aku (Group Team_Bank) bersama keluargaku
Tepat jam 3.00 petang, bermulalah acara pembalingan bagi sesi pertama. group kita orang berada di link 13. Mak oii... bola tak best langsung.. Ada yang lubang sumbing ler, Lubang besar ler.. pendek cerita, macam2 ada. Nak tak nak, layan jer ler. Aku ni dah lama tak training. Last pegang bola pun ada ler setahun setengah ker @ 2 tahun yang sudah.. huhuhu.. Belasah jer ler.. Geng2 aku ni pun join ni untuk suka2 jer.. Yer la.. bayar setiap bulan RM2 untuk kelab. Takkan ler nak bagi free jer kat kelab. Nilah masanya nak menghabiskan duit kelabkan. So dalam round pertama, point aku 100 lbh skit jer. langsung tak dapat nak jatuhkan semua. Tak jatuh langsung ada ler.. hehehe. Round kedua, ok skit ler.. sebab dah dapat stepkan. Tapi dalam geng aku ni, Zaidi ler terror. Mukmin & Yusri lebih kurang ler. Aku?.. Melingkup..
Aksi Mukmin
Yusri dengan gaya tersendiri
Aku sedang menjampi menjampi bola
ishhhh.. Orang nak ambil gambar Zaidi, Mukmin pula yang menyelit
Lebih kurang pukul 4 petang, game kami pun habis. Pusingan kedua pula akan berlangsung. Aku & the geng pun bla ler. Malas nak tunggu2. Sebab dah tahu kalah. So sebelum bla tu aku sempat ler berposing2 dgn family sebagai kenangan.
Selepas itu aku sekeluarga terus pergi ke Carrefour untuk membeli barang. Macam2 barang ler nak dibeli. Sebab kat dapur dah kosong, Susu anak pun dah nak abis. So menghabiskan duit ler di Carrefour. Tepat pukul 6 petang aku pun meninggalkan Alamanda Putrajaya dengan seribu keletihan. Almaklum ler.. tak tidur2 lagi ni. Larat @ tak, terpaksa juga drive menuju kerumah.
huk eleh...men bowling kat alamnda memang x bes...bola ntah hape2 ntah..pegilah summit usj...okey sikit...hehehe......
ReplyDelete