Headlines News :
.
Home » » Kasihmu Amanahku

Kasihmu Amanahku

Written By Unknown on Monday, June 21, 2010 | 13:03


Kadangkala kebahagiaan hanya akan hadir apabila kita kehilangan.Sabda Rasulullah saw, “Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salju sedangkan perangai buruk merosak amal soleh seperti cuka merosak madu..”

************ ********* ********* ****
“ini Ainul Wardah, adik kandung along, sejak itulah, budak kecil yang digelar adik oleh along itu menyelit dalam keluarga mereka.
Ibu tidak terkata apa-apa. Namun, riak pada wajah ibu jelas kelihatan. Siapalah yang sanggup memandang semua ini dengan senyuman. Ainul Wardah adalah anak madu ibu. Ya madu ibu! Suatu kenyataan yang harus ibu terima. Sepanjang 13 tahun melayar bahtera kasih bersama abah, tiba-tiba abah membuka suatu rahsia yang amat memilukan… Oh abah, mengapa engkau lakukan semua ini…? Khabarnya yang dia dengar melalui daun pintu rumah pusaka arwah atuk, emak adikt telah meninggal dunia akibat barah. Abah telah mengahwini perempuan itu 10 tahun yang lepas…
Siapakah yang sanggup didustai sebegini rupa…ternyata ibu memerlukan ketabahan untuk mengumpulkan kekuatan menerima semua ini. Lantaran perempuan yang pada kiraanku selayaknya aku gelarkan perampas, hanya sebatang kara, abah tiada jalan lain..Ainul Wardah dibawa ke syurga kediamanku ini.
Tegakah ibu menyayangi anak madunya ini? Oh, ibu…anak-anakmu memahami perasaanmu itu.. Namun, ibu selayaknya seorang yang ku kenali seorang yang tenang zahir dan batin, tidak mudah melatah..memanglah ibu terluka namun..mengenangkan nasib anak kecil itu…Ibu tersentuh..Oh Ibu…selayaknya syurga buatmu..
Tapi aku dan kak ngah..lain pulak ceritanya..kami adik beradik terus-terusan melancarkan mogok..budak itu bukan adik kami…aku tidak suka budak itu..mengapakah kau perlu wujud dalam kebahagiaan kami? Mengapa???

************ ********* ********* ******
Lagi 3 bulan along akan berangkat ke Ardul Kinanah, menyambung pengajian tahfiznya di universiti Al-Azhar cawangan Shoubra, Cairo Dan dia…keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang diperoleh melayakkan dia untuk menjejakkan kaki ke menara gading seiring dengan langkah along. Namun ada sesuatu yang berbekas di hatinya, mengunjak nuraninya…Dia tekad.
“Kenapa kau tak nak sambung belajar..sia- sia saja..eh, penat tau ibu dan abah sekolahkan kau..,” along menyinga ketika dia menyuarakan untuk tidak menyambung belajar.
“Adik..adik…nak temankan ibu,” hanya itu sahajalah alasan yang dirasakan kukuh. Walaupun…ah, biarlah..dia tidak kisah..
“adik, rugi tau…STAM adik dapat jayyid..” ibu pula mengambil giliran along…ibu tidak sekeras along.
“ke kau nak tunggu Hazery tu masuk pinang kau..kau dah tak sabar nak kawin ye..,” berdesing telinga along tatkala heboh satu maahad mengatakan Ainul Wardah dan Umar Hazwan ditangkap kerana berdua-duaan.
“Along..benda tu dah lepas..bukan adik yang bersalah…,” esak dia sudah mula kedengaran…kisah penangkapan dia dengan Umar Hazwan lalu sudah dimaklumi bakal menjadi alasan kukuh untuk along menghentam dia. Semua hujah dia along nafikan, kata along dia yang bersalah..kasihan abah..kasihan ibu..maafkan Ainul Wardah…
“habis itu…???’”
“Sudah lah..kamu semua ni adik beradik tak sudah-sudah nak bergaduh..along. .biarlah kalau adik tak nak sambung along jangan nak memaksa dia..dia dah besar dia tahu untuk buat keputusan dia sendiri..,” akhirnya abah bersuara..Dia tahu abah kecewa..kecewa atas apa yang terjadi. Selepas kejadian yang memalukan itu, abah seolah-olah dipulaukan oleh orang kampung..kasihan abah.
************ ********* ********* *****
“akhi, ana minta maaf kepada akhi. Kalaulah ana..,” dia tahu yang Umar Hazwan terlalu kecewa dengan apa yang terjadi. Sungguh memalukan dan khabar yang dia terima, Umar Hazwan yang telah pun bertunang dengan gadis Akademi Pengajian Islam cabang Usulluddin itu telah diputuskan pertunangannya. Sungguh dia berasa bersalah. Malah, persahabatan antara Umar Hazwan dengan along juga ditiup bayu ketegangan.. Ya Allah, berat benar dugaan ini. Tak sanggup dia melihat musibah ini namun hakikatnya dia perlu menerimanya. Umar Hazwan hanya mematikan talian. Ya Allah…dia terkesima sendirian.
“ Hai orang-orang yang beriman, mintaklah pertolongan daripada (kepada Allah )dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Al- Baqarah ayat 153.
************ ********* ********* ******
Jauh benar dia termenung, ya Allah…mengungkap sejarah silamnya bersama kehidupan duniawi ini. Matanya terarah kepada sepotong kata-kata hikmah lakaran patah-patah Hukamak yang berbunyi “ janganlah anda menyesali sesuatu kesalahan yang terlanjur anda lakukan, tetapi hendaklah anda berfikir tentang sebab berlakunya kesalahan itu, kemudian berusaha untuk memperbaikinya.”
Puas sudah dia berfikir, berpandukan istikharah yang dipohonkan kepada Ilahi, dia yakin inilah jalan yang terbaik. Lagipun Iman Humairah adalah anak buahnya juga. Dia perlu menyelamatkan Iman Humairah, permata keluarganya.
“ Boleh jadi kesusahan yang anda deritai itu, akan menjadi kenang-kenangan yang tiada ternilai di kemudian hari.”
************ ********* ********* **
“ Iman Humairah adalah anak kami, kami tahu macamana kami nak…,”
“ Tapi Along, biarlah adik yang berkorban sebahagian daripada hati adik…laporan daripada pakar telah mengesahkan hati adik sesuai untuk Iman HUmairah,” belum sempat along menghabiskan ayat-ayatnya. Aku menungkas sedaya mungkin.
“ Iman Humairah tanggungjawab kami…,”
“ Dia juga amanah kepada adik,” kutahu along akan berusaha untuk menolak pertolonganku ini. Salahkah ku untuk berbakti kepada darah dagingku sendiri? Sejak buah hatiku itu disahkan doctor hanya mampu hidup lebih kurang 3 bulan sahaja lagi akibat bengkak hati peringkat kritikal, kutahu along berperang dengan perasaannya. Memikirkan nasib puteri kesayangannya itu. Jua dengan kos rawatan yang sudah kudimaklumi menelan belanja yang besar.
“Bagaimana dengan Umar Hazwan?”
“Adik akan jelaskan padanya,” alhamdulillah along sudah boleh berlembut dengan permintaanku ini. Namun riak pada wajah along masih menunjukkan dia tidak puas hati.
“Adik tidak minta along balas semua pengorbanan adik ini, yang penting adalah kita Iman Humairah kembali sihat macam orang lain,” puas sudah aku pasakkan hujah aku pada along. Along hanya mengangguk lemah. Aku tersenyum, ibu adik menang.
************ ********* *******
Sejak along pulang daripada melanjutkan pengajian ke Mesir kutahu dia sudah boleh bertolak sansur denganku. Bukan macam 10 tahun yang lepas. Aku hanya menjadi tempat sumpah seranahnya. Aku redha kerana kutahu di mana kedudukanku dalam keluarga itu. Hanya menumpang secebis kasih. Ibu, wanita itulah yang telah banyak meyemaikan benih kesabaran di hatiku ini… terima kasih ibu, walaupun kau bukanlah yang melahirkanku namun yakinilah bahawa aku lebih berbangga dengan panggilan ibu itu seolah akulah anakmu dunia dan akhirat juga.
Umar Hazwan, berbicara mengenai adam itu aku sedikit terkilan. Sepanjang tempoh pertunanganku dengannya dia seolah-olah menjauhkan dirinya daripada diriku ini. Hina sangatkah diriku ini. Aku bukanlah perampas kebahagiaanmu. Umar Hazwan Peristiwa yang memalukan itu telah mengheret aku dan Umar Hazwan dalam kancah masalah ini.
Keluarga aku dan keluarganya telah sepakat bahawa kami perlu disatukan. Aku tidak diberikan peluang untuk memikirkan semua ini. Tetapi, apabila aku memandang wajah solehah itu, oh ibu dengan tega aku menyatakan persetujuan. Kata putus ku ini adalah demi kegembiraan ibu dan abah. Aku redha. Dengan itu, selamatlah cincin bertatahkan delima merah menjadi penghias jari manisku ini.
Umar Hazwan, maafkan aku. Bukan bermaksud untuk menambah luka yang terguris. Aku dipaksa dan kau terpaksa. Aku tahu bekas tunanganmu itu masih melakar mimpi indah dalam kanvas kenanganmu itu. Aku sedar semua ini. Namun, berikanlah sedikit ruang waktu untukku menjamah kasih ini.
************ ********* ********* ****
Hari pernikahan antara aku dengan Umar Hazwan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Iman Humairah telah berjaya diselamatkan. Sejuta kesyukuran kurafakkan pada Ilahi atas kurniaan ini. Ingin ku tatap wajah penyejuk hati itu walaupun kutahu ada rahsia yang telah ditentukan aku pasti akan berpisah dengannya jua. Ya Allah, berikan daku kesempatan memberikan kebahagiaan pada semua insane yang telah menggembirakan sepanjang hidupku ini.
“ besar sungguh kurniaan Ilahi, siapakah yang telah menyumbangkan sebahagian besar daripada kos pembedahan Iman Humairah… moga Allah membalas budinya di akhirat sana,” terdengar along bersuara semasa aku masih di atas katil putih itu. Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman yang mengungkap seribu pengertian, hanya Dia yang mampu memahami. Ucapan terima kasih daripada along hanya kusambut dengan anggukan lemah, namun apa yang paling berharga bagi aku adalah melihat senyuman kembali berbunga pada wajah along. Seingat aku inilah senyuman kedua yang dihadiahkan buat aku, pertama ketika hari perkahwinannya dan inilah yang kedua. Akan adakah peluang kedua untuk aku meraih senyuman itu lagi?!
Umar Hazwan masih dengan sikapnya, sebulan aku terlantar di rumah hanya sekali dia menziarahiku. Alhamdulillah, rela ataupun terpaksa, hanya Dia yang tahu. Ketika inilah aku berpeluang untuk berbicara dengannya secara terbuka mengenai perancangan dan persiapan perkahwinan kami.
Agak dingin namun setiap pertanyaan aku dia menjawab dengan jawapan yang memuaskan hatiku walaupun aku sedikit terasa namun aku gembira…sabarlah ya akhie tidak lama lagi kegembiraan pasti akan menjadi milikmu jua.
Dalam diam kutitipkan warkah bertinta ungu untuk seseorang, menjelaskan hakikat pernikahan ini. Alhamdulillah, warkah itu mendapat balasan seperti yang kuharapkan. Syukur ya Allah. Moga di kesempatan ini aku mampu memberikan kegembiraan buat insane yang kusayangi ini. Ku pohon ruang itu ya Allah.
“DisakitkanNya kita sekejab tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana saying, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.”
************ ********* ********* ****
Hari ini akan tersenyum. Tanggal 12 September hari yang kunantikan. Jubah pengantin berona ungu lembut tergantung menanti untuk disarungkan oleh permaisuri hari ini. Aku tersenyum lagi. Derita itu bakal berakhir hari ini. Ini janjiNya, dan janjiku.
Keluarga aku dan keluarga hazery tidak menolak apabila aku menyatakan keinginan aku untuk melangsung pernikahan di masjid. Memang sedikit pelik lantaran abah seorang imam, namun ibu yang paling memahami memujuk abah supaya bersetuju.
Ada seseorang sedang menanti di sana. Ibu tersenyum padaku namun kutahu hati ibu bergetar. Adik tahu ibu, berikan restu ibu, insyaAllah adik akan kuat. Setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya.
“Umar Hazwan Abdul Rahim ku nikahkan dikau dengan Siti Sakinah dengan mas kawinnya RM 180 tunai,”
“ Aku terima…,”
Aku tersenyum. Kutadahkan kesyukuran atas nikmatNya ini. Seketika sebelum pernikahan berlangsung aku bersemuka dengan Umar Hazwan.
“ akhi, hari ini ana akan menyerahkan kebahagiaan itu kembali kepada akhi,” dia sedikit terkejut. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia terpinga-pinga dengan kata-kataku itu.
“Ana serahkan ‘dia’. Jagalah amanah kasihmu ini sebaik mungkin,”
Siti Sakinah kini telah sah menjadi permaisuri hati Umar Hazwan. Ibu, abah dan along tersenyum. Inilah perancanganku yang telah kurancangkan. Alhamdulillah, kutahu Hazery masih menyayangi Siti Sakinah, inilah ketenangan yang diimpikan oleh Umar Hazwan. Dan aku melaksanakan impiannya demi cinta suciku ini. Moga kebahagiaan ini akan berkekalan.
************ ********* ********* *****

Umar Hazwan merenung senja yang akan berlabuh tidak lama lagi. Beropolan awan merah mula bertukar kehitaman lantaran malam bakal mengambilalih tugas siang. Malam ini usai jemaah di masjid dia akan ke rumah Haji Abdul razak, malam ini adalah malam terakhir tahlil.
Wajah manis arwah Ainul Wardah bermain di birai kenangan. Besar jasa gadis itu. Usai majlis pernikahannya dengan Siti Sakinah, dia mendapat khabar, Ainul Wardah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ibunya. Sungguh dia terkilan. Di saat kegembiraan menjengah tabir hidupnya, dia menerima berita ini.
Pulangnya gadis itu ke rahmatullah membongkar sejuta satu rahsia. Penyakit yang menjadi asbab penderitaan gadis itu selama ini tiada siapa yang tahu. Walaupun, doctor telah memberikan nasihat bahawa hayatnya tidak panjang, namun gadis itu sedaya mungkin cuba untuk memberikan ruang kegembiraan kepada semua insane yang di sayang. Termasuklah dirinya. Pembedahan Iman Hayati rupanya adalah daripada simpanan arwah. Dan hadiah terakhir daripada Ainul Wardah buatnya adalah Siti Sakinah. Akan kujaga amanah mu ini Ainul Wardah.
Teringat dia akan bingkisan gadis itu dalam kad ucapan tahniah pernikahannya. .

Dari cintaNya kita berasal,
Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya…
Semoga tenang rohmu Ainul Wardah…al-fatehah.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger