Headlines News :
.
Home » , , » Sayonara "Rafa"

Sayonara "Rafa"

Written By Unknown on Friday, June 4, 2010 | 11:43


Sudah Sah - Rafael Benitez kini meninggalkan Liverpool di atas perjanjian yang dipersetujui bersama dengan pihak lembaga pengarah. Meninggalkan segala memori pahit dan manis sepanjang 6 musim di bawah arus "Rafalution" yang berakhir semalam. Ketika ini diberitakan Pengarah Urusan Christian Purslow dan legenda, Kenny Dalglish ditugaskan untuk mengenalpasti calon - calon yang dirasakan sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rafa. Ujar Pengerusi LFC, Martin Broughton, "Rafa akan sentiasa diingati di atas kejayaannya membawa kemenangan Kejuaraan Eropah dalam perlawanan yang dianggap bersejarah namun kekecewaan sepanjang musim 2009/2010 kita mahukan permulaan yang baru"

Dalam kata-kata terakhir Rafa Benitez:
"Adalah sukar untuk menyatakan bahawa saya kini bukan lagi pengurus Liverpool. Terima kasih kepada semua pekerja dan para pemain di atas segala usaha mereka. Segala kenangan manis akan terus disimpan di hati saya, penyokong yang kental dan setia walaupun di masa yang sukar dan rasa cinta kepada Liverpool. Tiada lagi kata-kata selain ucapan terima kasih untuk tahun-tahun saya di sini dan saya berbangga pernah menjadi pengurus Liverpool FC"
Mengakhiri dengan satu ungkapan yang mungkin akan diingati oleh kita semua, "Thank you so much once more and always remember: You'll Never Walk Alone"

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger