Headlines News :
.
Home » » SUKE SALAHKAN ALLAH S.W.T. BILA KECEWA

SUKE SALAHKAN ALLAH S.W.T. BILA KECEWA

Written By Unknown on Saturday, January 2, 2010 | 20:41

1.Kehidupan manusia yang keliru dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Menganggap Allah tidak sayang kepada dirinya apabila mereka diuji. Menuduh Allah tidak adil kerana menyusahkan kehidupannya. Bagi mereka, Allah Ta’ala adalah adil apabila memberi rezeki dan nikmat justeru kesolehan mereka. Tetapi Allah dianggap zalim apabila mereka patuh kepada Allah tetapi Allah memberi kesusahan kepada mereka.

2. Inilah manusia yang lupa kepada sejarah nabi dan rasul, suka duka ulama dan orang soleh yang berhadapan dengan ujian Allah. Allah SWT memerintahkan peperangan terhadap kuffar tetapi kenapa Allah mengizinkan kemenangan kepada kuffar dalam Perang Uhud? Pelik bukan? Allah memerintahkan para rasul-Nya menyampaikan risalah-Nya, tetapi kenapa Allah mengizinkan kekuatan musuh menentang nabi-Nya? Jika benar Allah tidak redha kepada Firaun, kenapa pula Allah SWT memberi kuasa pemerintahan kepadanya? Jika betul Qarun adalah musuh Allah, kenapa pula kekayaan diberikan kepadanya?

3. Bukankah sepatutnya Allah memberi kekayaan kepada hamba-Nya yang soleh? Tidakkah selayaknya Allah memberi kuasa pemerintahan hanya kepada manusia yang diredhai-Nya sahaja? Kenapa Allah tidak memberi kemenangan kepada Muhammad SAW dalam semua peperangan supaya tidak ada lagi kafir di muka bumi? Bukankah Allah benci kepada kaum yang kafir?

4. Inilah akibatnya yang berlaku apabila manusia membiarkan aqalnya menjadi bodoh dan tidak mahu menggunakan kecerdikan aqalnya. Anda suka perbincangan ini? Nantikan selanjutnya “jawapan” daripada Allah dan Rasul!

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger