Headlines News :
Home » » Gadis Berniqab : 1

Gadis Berniqab : 1

Written By saleehs gerrard on Friday, January 8, 2010 | 14:48


Gadis Berniqab : 1


Sila membaca siri ke 2 selepas membaca posting ini.


Toot! Toot. Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon bimbitnya. “Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,” Monolog Humaira sendirian di dalam hati.

“Assalamualaikum WBT.” Humaira memulakan bicara.

Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu

terus menamatkan panggilang. Humaira terdiam seketika.

“Ah, orang silap nombor agaknya,” rungut Humaira di dalam hati.

Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak fikirannya.

“Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni,” makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu.

Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang cuba mengingatkan dia. “Isy, mestilah nak pergi masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.”

Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. “Ibu, Ira mahu pakai purdah,” itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat Isya’ berjemaah di rumah.

Ibunya terkejut. “Anakku mahu berpurdah?”

Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan “Semoga engkau istiqamah wahai anakku.”

“Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,” Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid.

“Anak ibu sentiasa cantik,” jawab makcik Limah ringkas.

“Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas tar pulak.” Gesa makcik Limah kepada anaknya.

“Jom ibu.”

Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir.

الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و لله الحمد

Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang masjid.

*****

Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke masjid, mereka tidak menjamah apa-apa.

Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men’set’kan telefonnya ke ‘silent mode’. Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti pagi tadi juga yang menghubunginya.

Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. “Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?”

SMS tidak berbalas. Humaira dan ibu nya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. “Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira.

Humaira membuka mesej yang diterima. “Cuba kamu lihat di hadapan rumah kamu.”

Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah laku Humaira. “Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,” bisik mak cik Limah di dalam hatinya.

Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang dipakainya.

Alice!” jerit Humaira.

Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya “Bagaimana kamu kenal saya?”

“Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.”

“Hah!” gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu.

Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. “Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?”

Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu, Alice terus melonjak keriangan. Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di hadapannya ini ialah Humaira, teman sekelasnya dahulu.

“Isy, Alice, kenapa kamu datang tak bagitahu awal-awal. Nasib baik saya ada di rumah.”

“Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.”

Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran Alice. Dia terus memeluk Alice.

“Eh, Ira, ajaklah Alice tu naik, kasian dia, datang dari jauh tu.”

“Jom Alice!”

Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira. Alice, teman sepersekolahannya dahulu. Sudah 4 tahun tidak berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah menyebelah. Tamat sahaja SPM, mereka terpisah. Alice mengikut ayahnya untuk tinggal di England. Tambahan pula dia melanjutkan pelajaran di sana.

“Eh. Berapa lamu Alice cuti di Malaysia ini?” soal Humaira.

“Kenapa, Ira tak sudike saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.”

“Eh, takdelah. Alice nak duduk setahun pun boleh.”

Alice tergelak. “Kalau saya duduk setahun, siapa mahu jaga papa saya.”

Alice menyambung lagi, “Mungkin dalam 3-4 hari Alice di sini. Papa pun ada di KL, dia ada urusan kerja sedikit.”

“Ooo,” jawab Humaira pendek.

Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu.

“Ira, Alice tanya satu soalan boleh?” Alice bersuara perlahan.

“Boleh, kenapa pula tak boleh?” Humaira menjawab.

“Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.”

Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. “Kenapa, Alice tak sukakah saya pakai begitu?”

“Eh, takdelah, Alice nak tahu sahaja.”

“Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.”

“Kenapa?” soal Alice.

Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, “Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.”

“Ooo,” Alice seakan terpegun.

“Bukhari tau pasal ni?” Alice menyoal lagi.

“Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,” Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut.

“Sorry, Ira. Alice tak ada niat nak sakitkan hati Ira.”

“Never mind.”

Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi.

“Congrats Ira,” tiba-tiba sahaja Alice memecahkan suasana yang sunyi.

“Aik, kenapa pula Alice tiba-tiba ucap tahniah ni.”

“Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.”

“Apa maksud Alice. Kenapa perlu tahniah?”

“Ira, Alice bangga dengan Ira. Ira dah tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk nak wajah cantik, facial sana-sini, risau takut-takut lelaki tak terpikat dengan Ira. Alice suka Ira yang sekarang.”

“Kenapa?” soal Ira lagi.

“Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka. Alice suka Ira macam sekarang.”

“Ooo macam tu. Ira ingat Alice tak suka Ira pakai macam ni.”

“Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,” Alice berseloroh.

“Ooo, Alice ejek Ira ye, takpe, takpe,” Ira seakan merajuk.

“Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,” Alice berkata sambil menggeletek pinggang Humaira.

Humaira ketawa kegelian. “Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.”

“Jom,” jawab Alice.

*****

Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Alice sedang duduk sambil memerhatikan Humaira berzikir selepas solat. Alice sedang membelek-belek niqab yang Humaira jahit sendiri itu.

“Heh, kenapa Alice dok belek, nak pakai ke?”

“Isy, mengarutlah Ira ni.”

“Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?” soal Humaira.

“Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.”

“Heh, so, Alice tak sukalah ye lelaki tengok pipi Alice yang comel ni ye?” soal Humaira sambil mencubit pipi Alice.

“Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.”

“Hehe, lawaklah Alice ni. Habis tu, macam Ira ni, takde lelaki sukalah sebab Ira tutup muka,” Humaira menambah pula.

Alice terdiam. “Betul jugakkan, takdelah lelaki yang suka Ira nanti,” rungut Alice pula.

Humaira ketawa sahaja melihat telatah Alice. Tiba-tiba Alice bersuara:

“Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?” soal Alice.

“Heh betul sangatlah tu.”

Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi.

“Siapa tu Ira?” soal Alice.

Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. “Huh, tak sudah-sudah mamat ni,” rungut Humaira di dalam hati.

“Bukhari,” Humaira menjawab soalan Alice tadi.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger