Semenjak akhir baliq hingga mati kita berada dalam dalam dewan peperiksaan Allah swt. Dimana kita akan diuji, diperiksa dari masa kemasa. Silibus peperiksaan Allah swt mengandungi dua perkara. Satu dalam bentuk suruhan, dua dalam bentuk larangan. Keputusannya kita akan terima di akhirat nanti. Akhirat ini jangan kita berasa jauh atau lama lagi. Sebetulnya kita ini dekat sangat dengan akhirat. Kita sekarang ini berada dipenghujung umur dunia, umur dunia ini pun dekat dengan magrib. Juga umur kita sendiripun juga dekat dengan magrib.
Perkara besar yang berada di hadapan kita akan membuatkan kita terkejut besar, kalau kita tidak membuat persediaan dari sekarang. Cuba kita bayangkan dan merasakan agenda besar yang berada di hadapan kita ini:
1. Mati
2. Dalam kubur
3. Kiamat
4. Berada di Padang Masyar
5. Dibicara di Mahkamah Allah swt
6. Keputusan Allah swt samada syurga atau neraka
7. Bertolak dari Padang Masyar melalui Titian Sirat
8. Masuk syurga oleh calon syurga
9. Masuk neraka oleh calon neraka
Perkara diatas adalah masa depan kita dan agenda besar-besar yang kita perlu lalui oleh setiap individu. Supaya hati kita ini sentiasa hidup, hendaklah pada tiap-tiap malam teringat masa depan yg sedang menunggu kita. Kalau kita tidak bersedia dari awal, akan bertemulah dgn susah. Susah-susah di dunia ini hanya buat sementara, paling terukpun kita mati. Tetapi masa depan yg menunggunya di alam akhirat amatlah besar dan terlalu malanglah kepada sesiapa yg tidak berasa besar akan perkara itu. Mereka mencari na’as, mencari bahaya.
Kita ini ikut mana-manapun terpaksa lulus ujian peperiksaan Allah swt itu.
2:155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Banyak kali sudah kita berasa takut, seperti takut dgn orang, kecurian, berlaku bermacam perkara yg buruk, takut itu dan ini dan sebagainya; tetapi perasaan takut kepada Allah swt hanya jarang sekali. Yang banyak kita takutnya ialah kepada makhluk Allah swt. Allah swt juga uji dgn lapar, susah cari makan, miskin, tidak ada kerja, tiada sumber ekonomi, kebuluran dan sebagainya. Kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, ekonomi merosot, kejatuhan saham, harga komoditi merosot seperti berlaku sekarang. Berlakunya kematian anak, ibu atau bapa semuanya merupakan ujian daripada Allah swt.
Ingatlah berikanlah berita gembira kepada orang yg sabar. Kesimpulanya untuk lulus ujian tersebut, kuncinya ialah sabar. Sabar ialah satu ibadat besar.
Beribadat dengan Allah swt ini jangan hanya pandai dengan sembahyang saja, sembahyang itu teras atau perkara asas. Tetapi supaya kita juga pandai beribadat dengan Allah swt dgn sabar ataupun beribadat dgn berasa takut kepada-Nya. Ibadat ini bermaksud juga buat apa yg Allah swt suruh dan tinggalkan apa yg di larang.
Kita harus sentiasa memikirkan atau bimbang ujian yg dihadapi jika tidak lulus. Ujian-ujian yg lepas harus di audit, di semak, di muhasabahkan dan tanya diri kita, boleh luluskah ujian Allah swt itu. Ujian itu adalah dalam bentuk suruhan dan dalam bentuk larangan, perlu di semak untuk memastikan kita lulus atau tidak. Ujian itu mungkin dalam bentuk susah, sakit, menderita, kecewa dan sebagainya.
Hendaklah kita semua beringat dan bertekat, supaya kita lulus dalam semua ujian, datanglah ujian sebagaimanapun tetapi pasti kita lulus. Kita tidak boleh lari dari ujian sebab dunia ini adalah tempat ujian. Bermula kita di akhir baligh sampai mati, bermula bangun tidur hingga tidur kembali, kita semua akan menerima uijan. Yang penting disini ialah kita kena lulus dan lulus dgn cemerlang,
Sekarang ini kita hendak tumpukan kepada bab yang Tuhan larang. Sempurna dgn hijratul- rasul, pastikan kita lulus dalam bab yg Tuhan larang. Insya’Allah dalam bab Tuhan suruh masyarakat kita Melayu ini boleh lulus, tetapi dalam bab yg Tuhan larang ia tidak lulus. Secara keseluruhannya payah juga hendak lulus, kerana kertas ujian hanya dua subjek sahaja dan perlu lulus keduanya.
Perkara yg Tuhan larang ini wajib kena tahu dan wajib kena belajar.
Kuliah Masjid- sekadar mengingati bersama
Written By Unknown on Monday, March 8, 2010 | 17:45
Labels:
12. Tazkirah/Wasiat/Ikhtibar,
16. Khutbah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !