Headlines News :
.
Home » » Dari Kerana Mata

Dari Kerana Mata

Written By Unknown on Monday, March 8, 2010 | 17:58

Tersebutlah kisah di sebuah negeri…sedang seorang raja berada di dalam sebuah majlis anjurannya sendiri, baginda ternampak sesuatu di luar istana. Nun di kejauhan seorang rakyatnya sedang berjalan bagaikan orang mabuk kepayang. Raja bertanya kepada memanda menterinya,

"Siapakah gerangan yang berjalan seorang diri bagaikan tidak tentu halanya itu?".

"Pada pendapat patik yang belum kabur ini tuanku, orang itu seperti di timpa masalah yang berat, barangkali dia berhajat untuk menemui tuanku."

jawab Memanda Menteri yang sudah terlalu lama berkhidmat.

"Kalau benarlah bagai dikata, beta bersedia untuk menemuinya. Jangan halang dia masuk jika dia datang untuk bertemu dengan beta,"

perintah raja pada memandanya.

Tersenguk-senguklah Memanda Menteri menuju ke luar singgahsana raja. Tidak pernah jemu dia berkhidmat dengan raja yang memang terkenal dengan keadilan dan kebaikannya.
Sementara menanti, raja ternampak habuk pada singgahsananya.

"Dayang ! bawakan beta vacuum cleaner ,"titah raja.

Terkocoh-kocohlah dayang membawa vacuum cleaner mengadap raja.

"Ampun tuanku, patik baru selesaikan di bahagian sana,"

jawab dayang dengan rasa bersalah. Tanpa banyak soal, raja terus mencapai vacuum tersebut dan memvacuum singgahsana serta carpetnya sendiri.

"Jangan tuanku, jangan. Itu sepatutnya kerja patik tuanku,"

pinta dayang dengan rasa bersalah.

"Biarkan saja dayang, jangan nak berebut-rebut dengan beta. Nanti tersentuh tangan, batal air sembahyang !" kata raja tegas.

Begitulah tegasnya si raja dalam menjaga syariat.

Terkulat-kulat dayang melihat baginda raja memvacuum carpetnya dan singgahsananya sendiri.

Tidak lama kemudian, masuklah memanda menteri. Terkejut beruklah dia melihat suasana yang berlaku dihadapannya.

"Dayang ! Mengapa tuan hamba membiarkan raja melakukannya sendiri?"teriak Memanda Menteri.

Terketar-ketar dayang memandang Memanda Menteri.

"Biarkan…beta yang nak buat sendiri beta pun hamba……..hamba Allah…"kata raja selamba.

"Ampun tuanku…patik mohon beribu ampun…"kata Memanda Menteri.

"Beta tak ada kuasa nak ampunkan sesiapa. Oh ya…memanda, ada satu perkara yang beta nak beritahu pada memanda,"kata raja setelah selesai memvacuum dan berjalan menuju ke satu ruang. Memanda mengikut dari belakang.

"Begini…berapa tahunkah umur memanda?"tanya raja sopan.

Terkejut juga memanda mendengar pertanyaan raja yang tidak semena-mena itu.

"Err……..kalau ikut dalam IC ni…dah hampir 70 tahun tuanku,"jawab memanda teragak-agak.

"hmmmm…" raja berjalan mundar-mandir.

"Sebenarnya ….beta nak beri tugas yang lebih ringan tetapi kedudukannya lebih tinggi dari sekarang," sambung raja lagi.

"Errrrr….tugas apa tu tuanku?"tanya memanda semakin tidak sabar.

"Begini…memandangkan usia memanda yang sudah lanjut, dah masuk usia subsidi beta rasa eloklah memanda banyakkan tugas untuk Allah,tidak payahlah lagi menada bersusah payah untuk beta. Namun begitu, beta masih sudi mendengar nasihat memanda yang beta anggap seperti ayah sendiri.

Mulai hari ini, beta mahu memanda berehat saja di rumah. Jika ada apa-apa masalah, beta akan hubungi memanda melalui handphone yang akan beta berikan untuk memanda," ujar raja dengan teratur.

Sedih pilu jugalah memanda mendengar kata raja tetapi sebagai seorang rakyat yang taat, menada akur.Mulai hari itu Memanada Menteri bertukar jawatanlah kepada Penasihat Kehormat Diraja yang beribu pejabat di rumah sendiri.Selepas bercakap dengan memanda menteri , hulubalang datang mengadap.

"Assalamualaikum tuanku, ada seorang hamba rakyat mahu mengadap tuanku," lapor hulubalang.
"Walaikumussalam, persilakan dia masuk mengadap. Beta berbesar hati untuk bertemu dengannya," jawab raja.

Masuklah hamba rakyat tadi dengan keadaan sugul dan terpinga-pinga.

"Assalamualaikum tuanku…." katanya lesu

"wa'alaikumusalam. silakan ke mari. Apa hajat tuan hamba mengadap beta?".

"Tuanku, patik datang pada tuanku hendak mengadu dan meminta bantuan,"jawab hamba rakyat tersebut.

"Apakah dia yang hendak tuan hamba adukan itu? Moga-moga beta boleh membantu,"kata raja pula.

"Begini tuanku, perihal wakil tuanku di sebelah timur negeri bernama Paduka Marwan Al Hamid," kata hamba itu lagi. Diam diam seketika kemudian menyambung.

"Wahai tuanku yang adil lagi bijaksana, patik mempunyai seorang isteri yang baik. Dia sayangkan patik dan patik juga sayangkannya. Dia sangat setia pada patik dan patik juga sangat setia padanya. Tidak pernah patik meluangkan masa untuk mengurat orang lain.Sebelum ini, patik adalah seorang yang kaya-raya, punya kambing yang banyak, harta yang menimbun dan rumahtangga kami sangatlah bahagia. Tapi tu dulu .Sekarang .isk.iskisk. isk.isk." terputus ceritanya kerana terlalu sedihnya.

Hilang malunya di hadapan raja, menangis teresak-esak .Raja bagai tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya. Segera di hulurkan tisu gulung untuk keperluan si hamba rakyat itu. Selesai mengesat air mata dan hingusnya, disambung lagi ceritanya.

"Sekarang ..keadaan patik sudah berubah. Kambing-kambing patik habis mati semuanya akibat hujan yang terlalu lebat, harta patik juga habis dibelanjakan lantaran tidak dapat dibuat pusingan modal. Patik menjadi miskin , papa kedana. Orang ramai serta rakan taulan mula memulaukan kami. Bapa mertua patik pula datang dan merampas isteri kesayangan patik…isk…isk…. ,"

kesedihannya tidak dapat dibendung lagi. Raja terasa pilu juga mendengar ceritanya itu tapi masih dapat menahan air matanya dari mengalir. Maklumlah raja, kenalah jaga wibawa.

Setelah reda kesedihannya, disambung lagi ceritanya.

"Kini tinggallah patik seorang diri…. Betapa malang nasib patik semenjak di tinggal isteri…(sempat pula berlagu sebab teramat pilu).
 Lalu patik pun bertemulah Paduka Marwan Al Hamid untuk mengadu nasib malang patik dan berharap moga-moga dengan bantuannya , dia dapat mengembalikan isteri patik dari tangan bapanya.

Setelah mereka dipanggil mengadap, bapa mertua patik menafikan yang dia mengenali patik.

Isteri patik juga turut hadir. Apabila Paduak Marwan terpandang akan isteri patik, dia tidak berkelip pun lantaran terpegun dengan kecantikan isteri patik itu.

Tiba-tiba Paduka Marwan memarahi patik dan mengarahkan patik dimasukkan ke dalam penjara dan kemudian berkata kepada bapa mertua patik,

"Wahai bapak, kahwinkanlah anak perempuanmu itu dengan hamba dan hamba akan membayar mas kahwinnya sebanyak seribu keping wang emas

dan hamba akan memberi jaminan yang suaminya akan meninggalkannya. "

Bapa mertua patik sangat gembira. Patik yang dukacita.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan isteri dikembali, isteri dikebas lagi.

Esoknya patik dipanggil mengadap Paduka Marwan.

Dia memaksa patik meniggalkan isteri patik dan menggunakan berbagai kekerasan agar patik membuat keputusan meninggalkan isteri patik.

Demi Allah, patik sangat mencintai isteri patik itu. Akibat terlalu teruk diseksa, akhirnya patik melepaskan isteri patik itu walau pun bukan dengan kerelaan hati.

Maka selepas itu, patik mendapat tahu yang Paduka Marwan sudah pun menikahi isteri patik itu.Isk…isk…isk. ."

Kesedihan si rakyat berulang lagi setelah selesai bercerita.Kali ini semakin keras tangisannya.

"Sudahlah, ingatlah Allah…setiap ujian yang Allah datangkan pasti ada hikmah di sebaliknya. Beta akan cuba membantu tuan hamba," kata raja cuba menenangkan hati si hamba rakyat.

"Hai …Marwan kenapalah kau bersikap demikian! Memalukan kerajaan beta! Gamaknya orang macam kau tak layak jadi pemimpin daerah. Emmm…baik aku contact Memanda Menteri. "

Getus raja dalam hati lalu menekan nombor pada handphonenya. Raja menuju ke satu sudut dan mula bertanyakan pandangan Memanda Menteri yang sedang menghirup udara segar di halaman rumahnya. Si hamba rakyat cemas menantikan keputusan dari raja. Sementara itu datanglah dua orang dayang membawa hidangan untuk si hamba. Apabila terpandangkan dayang-dayang, mulalah nostalgia si hamba rakyat pada isterinya kembali. Tidak lama kemudian raja menghampirinya.

"Silakan …jemputlah makan. Hulubalang!! " Teriak raja tegas.

Bergegas hulubalang datang mengadap.

"Assalamuaalaikum tuanku, " kata hulubalang.
"Hantarkan fax pada Paduka Marwan di daerah timur negeri, minta dia ceraikan isterinya itu segera. Pesan padanya :

Takutlah azab Allah di atas apa yang telah dilakukanya. Bertaubatlah segera. Hantarkan isteri yang telah diceraikan itu ke istana beta," perintah raja.

Terkecoh-kecohlah hulubalang mencatitnya. Apabila fax di terima, menangislah Paduka Marwan membacanya. Barulah dia terasa bagaimana perasaan si hamba rakyat ketika dia memaksa menceraikan isterinya dulu. Demi mentaati perintah raja, dia akur. Dia pun menceritakan isi kandungan surat itu kepada isterinya dan terus menyiapkan persiapan-persiapan untuk isterinya menuju ke istana raja.

Seorang pengawal di tugaskan untuk menghantar isterinya itu dengan menaiki unta miliknya. Ketika isterinya hendak berlepas, ketika itulah juga dia melafazkan talak satu pada isterinya.

"talak satu ajelah…manalah tau kot-kot ada jodoh lagi…." Plan hatinya ketika melafazkan talak tersebut.

Si isteri tetap cool and steady. Maklumlah jadi rebutan. Tapi itu bukan matlamatnya. Dia hanya mahu cari keredhaan Allah.

Apabila sampai di istana, si isteri diiringi masuk bagaikan tetamu kehormat. Bila pintu bilik singgahsana di buka terlihatlah akan bekas isterinya. Hilanglah rindu si hamba rakyat.

Raja juga turut memandang pada isteri si hamba. Tidak terkelip raja memandangnya. Betapa cantik dan anggunnya wanita itu. Nafsu raja mulalah berkata sendiri,

"Tak hairanlah kalau si Marwan sanggup melakukan apa saja untuk miliki wanita ini. Memang cantik dan menawan orangnya. Aku juga teringin untuk memperisterikannya, "

Raja segera menundukkan pandangannya dari terus melihat wanita itu.

" Apa yang patut aku lakukan? Ish………aku raja, aku mesti bersikap adil dan mengutamakan kepentingan rakyatku."

"Ya, Allah…ampunkan dosaku, ampunkanlah ketelajuranku. ."keluh raja dalam hati.

"Wahai orang yang teraniaya, jika beta gantikan isterimu itu dengan tiga dayang yang cantik jelita serta tiga ribu wang emas, adakah tuan sanggup meninggalkan isterimu itu?" tanya raja menguji hati si hamba rakyat.

Menjerit sakanlah si hamba bagaikan orang histeria. Terkejut raja dibuatnya.

"Tuanku, janganlah diseksa batin patik lagi…biarpun segunung wang emas serta berpuluh bidadari yang tuanku tawarkan, kasih patik tetap pada isteri patik itu" katanya sedih dan merendah.

"Baiklah, wahai wanita, tuan hamba sudahpun diceraikan oleh Paduka Marwan dan juga orang ini. Sekarang beta mahu tuan hamba membuat pilihan, siapa diantara kami semua yang menjadi pilihan untuk dijadikan suami?" kata raja lagi.

Wanita itu diam sebentar.

"Pilih raja bagus juga, ada can jadi permaisuri, jadi datin aku dah merasa dah, jadi rakyat biasa pun dah…tapi hatiku…" fikir wanita itu di dalam hati.

"Ampun tuanku, patik tidak boleh membohongi hati patik sendiri.

Allah lebih tahu apa yang didalam hati patik. Patik tetap memilih bekas suami patik yang pertama ini. Hidup bersamanya patik dapat rasakan keharmonian dan kebahagian sejati biarpun ketika dia dia senang ataupun susah," kata wanita itu tenang.

"Kalau begitu, beta akan nikahkan kamu sekarang dan ambillah barang sedikit wang emas dan harta yang akan beta berikan sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua.

Dan satu lagi pesanan beta,

disebabkan kecantikan isteri tuan hamba membawa kepada fitnah, tutuplah seluruh tubuh isteri tuan hamba kecuali sepasang matanya. Mudah-mudahan terhindar dari fitnah dan bencana dalam rumah tangga. Moga-moga tuan hamba menjadi suami isteri yang soleh dan solehah serta berbahagia di dunia membawa ke akhirat,"

khutbah raja sebelum kedua pengantin baru itu berangkat pergi…..





Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger