Headlines News :
.

Bahaya seks ketika haid

Written By Unknown on Tuesday, March 9, 2010 | 10:53

ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.

Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.

Ini dikaitkan dengan `fetihisme' atau `fetish' kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.

Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.

Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger