Headlines News :
.
Home » , , » Benarkah Liverpool tidak pandai jaga pemain?

Benarkah Liverpool tidak pandai jaga pemain?

Written By Unknown on Friday, February 4, 2011 | 11:10

Masih ingat lagi anda dengan Mascherano?. Pemain yang enggan bermain ketika bertemu Manchester City semata2 kerana keinginannya untuk berhijrah ke Barcelona tidak dipenuhi. Baru2 ini dalam sidang medianya, Mascherano mempertahankan tindakan Torres untuk keluar dari Anfield.

"Saya tidak terkejut tentang apa yang terjadi dengan Fernando. Ketika saya meninggalkan Liverpool, nampak seolah-olah saya seperti membunuh seseorang. Sungguh menyedihkan bahawa orang-orang yang melakukan sesuatu yang penting dengan kelab harus meninggalkan kelab melalui pintu belakang". Tambah Mascherano lagi, "Sungguh menyedihkan bahawa akhbar dan kelab cuba untuk meyakinkan orang bahawa itu adalah kesalahan semua pemain. Kenyataannya adalah bahawa Liverpool tidak menunjukkan minat dalam menjaga kita dalam kelab. Pemain yang paling penting tidak meninggalkan kelab baik".

Mascherano berkata sedemikian setelah berlakunya protes dari penyokong Liverpool yang membakar jersi Torres setelah sah Chelsea membelinya dengan harga £ 50 juta. Beliau menambah lagi, "Saya bercakap dengan Fernando dan saya berkata kepadanya bahawa dia tidak perlu bimbang kerana ia melakukan yang terbaik untuk kelab Walaupun dia tidak memenangi trofi, dia adalah seorang pemain yang sangat penting dan membantu kelab ini setiap masa." 


Setelah penjualan Torres ', Kenny Dalglish mengatakan ia merasa Pemain sekarang mempunyai kekuatan lebih daripada kelab dalam hal transfer.

Dalglish berkata, "Mungkin akan lebih baik bagi semua orang jika ada bahagian yang lebih bahkan tanggung jawab dan kuasa," katanya lagi, "Dalam beberapa tahun berlalu, kelab sekarang memiliki semuanya. Pemilik mungkin hilang sedikit kuasa terhadap para pemain."

Kesimpulannya
Bagi SG, jika kelab tidak pandai menjaga pemain, sudah tentu ramai pemain akan keluar kerana diabaikan. Kelab akan menjadi huru hara dan jauh menjunam. SG akui, sebelum ini kelab sememangnya bermasalah dari segi pengurusan dibawah pentadbiran Gillet & Hicks. Tapi kini setelah dibawah pemilik baru NESV, banyak masalah telah di selesaikan. Amat mustahil semua masalah dapat diselesaikan sekali gus atau dalam masa yang singkat.

Tapi bagi pemain2 yang sabar, mereka akan tetap bersama mengharungi saat2 perit ini. Mascherano dan Torres adalah antara contoh2 pemain yang kurang sabar. Apa yang semua tahu, Mascherano pernah menyuarakan kekesalannya kerana meninggalkan The Reds. Sehingga kini, dia pun masih bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Barcelona.

Bukan Mascherano dengan torres sahaja bintang Liverpool yang berhijrah. Ramai lagi bintang2 yang keluar, tetapi mereka tidak pula menyalahkan kelab. Contohnya Alonso dan Babel, mereka masih lagi menyanjung bekas kelab2 mereka. Kalau nak diikutkan kehilangan Alonso lebih terasa dari kehilangan Mascherano dan Torres. Tapi SG bangga, walaupun Alonso berhijrah ke pasukan yang semua pemainnya 5 bintang Real Madrid, Alonso dapat kepercayaan untuk sentiasa berada dalam kesebelasan utama Real. Bukan itu salah satu kejayaan Liverpool membangunkan pemain? Kelab mana yang menyelamatkan Mascherano ketika berada di West Ham dimana statusnya dipertikaikan oleh FA kalau bukan Liverpool. Tidak berjasakah bekas kelabnya ini.

Sebenarnya pemain yang selalu membidas bekas kelabnya adalah mereka2 yang kurang mendapat perhatian media atau kelab yang disertainya sekarang. Ibarat ingin mendapatkan publisiti murahan, mereka terus melulu menyalahkan bekas kelab masing2. Mungkinkah Torers juga akan menerima nasib yang sama seperti Mascherano?

Benarlah kata king Dalglish. "Orang-orang paling penting di kelab adalah orang-orang yang ingin berada di sini dan bejuang bersama2 menempuh waktu2 sukar."
Share this article :

1 comment:

  1. hahaha Macherano bangun dari tempat duduk simpanan untuk menyuarakan pendapatnya..sila main first team dulu sebelum ckp, bukan hebat mane pun :P

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger