Headlines News :
.
Home » » Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa

Written By Unknown on Saturday, January 2, 2010 | 19:12

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang
telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang
anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-
apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang
pernah dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah
satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan
harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam
hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma

mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk
melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana
boleh
jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan
susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda
ingin menggapainya dari mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah
apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu
kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda
lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup
untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah
seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu
bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang
di dalam perjalanan hidup
mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang
menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang
telah
mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang
telah menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan
orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya
apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang
sekeliling
anda pula yang akan
menangis.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger