Headlines News :
Home » » PERTARUNGAN SEORANG ISTERI

PERTARUNGAN SEORANG ISTERI

Written By saleehs gerrard on Saturday, January 2, 2010 | 19:46

Kesolehan seorang isteri itu tidak datang begitu sahaja.Ia mesti
melalui proses Mujahadah(melawan nafsu) yang panjang, mengikut
kesungguhan masing masing .

Jadi, untuk mencapai taraf taqwa yang tinggi,kenalah kita bersakit
sakit,membiasakan diri dengan kesusahan yang mendera tangkai
hati,mengikis sifat sifat Mazmumah yang sekian lama bersarang dihati.
Dan, Suami adalah penyebab untuk Mazmumah-mazmumah kita itu terbongkar
.Sebab, apabila diuji dengan didatangkan suami untuk dilayan dan
ditaati,barulah kita tahu apakah kita ini masih banyak menyimpan sifat
sifat mazmumah seperti PEMARAH,PENDENDAM,GELOJOH,RAKUS dengan dunia dan
sebagainya.

Apakah diri kita telah dapat dihiasi dengan sifat sifat Mahmudah
seperti SABAR dan REDHA dengan ketentuan Allah hingga kita boleh
melayani dan mentaati suami yang kurang daripadanya sepertimana yang
dikehendaki Allah.Terutama bagi isteri yang berjawatan tinggi,yang
terkenal,yang lebih pandai dari suaminya,yang cantik,yag kaya dan lebih
segala galanya daripada suami.

1. Apabila Isteri berjawatan tinggi dan terkenal.

Berhati hatilah apabila bertindak supaya tidak menyakitkan hati suami
dan menyusahkannya.Tindakan dan Sikap tinggi diri perlu ditundukkan
untuk mentaati dan melayani suaminya sepertimana yang dikehendaki
Allah.
Meskipun berjawatan tinggi dan terkenal, bila berhadapan dengan suami
hendaklah merasakan diri lebih hina dari suami .Kena lawan perasaan yang
merasakan diri istimewa dengan mengingatkan bahawa sebenarnya kedudukan
suami lebih tinggi dan istimewa disisi Allah. Bermujahadah dan pukul
pukullah nafsu kita dengan berkata:

"Suamiku martabatnya sangat mulia disisi Allah, kehebatanku hanya pada
nilaian mata manusia di dunia, itupun belum tentu mereka IKHLAS. Apa
untungnya aku meninggi diri padanya ,sedangkan aku perlu keredhaannya
agar aku diredhai oleh Allah. Dan apa untungnya aku disanjung sanjung
dan mendapat kehormatan dari manusia kalau diakhirat aku akan
dihina?.Kalau aku IKHLASkan hati dalam menunaikan tanggungjawabku
melayan suamiku,bukan saja aku akan selamat diakhirat,didunia lagi aku
akan bahagia" .

Tugas sebagai pemimpin yang mengarah arahkan anak buah tidak sepatutnya
dibawa ketika beradapan dengan suami.Jaga hati suami supaya dia tidak
rasa diarah,diperkecilkan dan diperbudakkan.Ikut segala perintah dan
arahannya tanpa mempertikai dan mempersoalkannya sekalipun bertentangan
dengan kehendak diri.

2. Apabila Isteri lebih pandai dari suami.

Selalunya wanita mengharapkan suami lebih segala galanya daripada

dirinya supaya dia dapat dibimbing,dididik dan diberi ilmu.Tiba tiba di
takdirkan suaminya tidak dapat dan tidak mampu berbuat begitu.Disitulah
si isteri terpaksa bermujahadah untuk mentaati dan melayan suaminya.

Kalau ini berlaku, ingatlah bahawa suami itu pemimpin.Walaupun dirinya
kurang daripada kita, dia tetap menjadi pelindung kita yang patut
ditaati dan dilayani. Dengar dengan baik setiap apa yang diperkatakan
oleh suami meskipun ada perkara yang telah kita ketahui ataupun tidak
tepat. Jika tersalah, jangan pula cepat membangkang. Jaga hati suami
supaya dia tidak rasa diperbodohkan.Klau pun perlu memberi idea dan
pandangan,beri secara berhikmah,lemah lembut dan merendah diri.

Umpamanya dengan berkata:
" Bagaimana pandangan Abang kalau kita buat begini...".
"Maafkan saya Bang,Abang setuju tak kalau saya buat begini.."
"Maafkan saya kalau tersilap.Tegurlah saya mana yang tak sesuai atau
tak sedap dipandang mata.."

Tidak rugi memandang suami lebih pandai dari kita walaupun hakikatnya
tidak begitu. Carilah ilmu dan pengalaman daripada orang lain jika suami
tidak dapat memenuhinya. Kalau datang rasa tidak puas hati terhadap
suami kerana dirinya tidak seperti yang diharap harapkan,
BERMUJAHADAHLAH..Datangkan rasa bahawa Allah lah yang mengkehendaki dia
berkeadaan begitu agar kita diuji,apakah kita sabar dan redha dengan
ketentuanNya.

Sesungguhnya Dia Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.Kita hanya hambanya yang
lemah lagi hina.Kehendak kita tidak akan mampu mengatasi kehendakNya.
Tetapi Dia tidak sekali kali bertujuan menzalimi kita,tentu ada hikmah
di sebalik ketentuanNya itu.Maka, adukanlah masalah kita itu kepadaNya.
Dia sentiasa menanti nanti kita untuk datang kepadaNya.

Dan datangkanlah rasa suami itu TETAP ISTIMEWA dan HEBAT kerana dia
diistimewakan Allah ,maka merendah dirilah kepadanya, biar bagaimanapun
keadaan dirinya.Yang penting kita berkehendakkan rahmat dan keredhaan
Allah.

3. Bila isteri lebih kaya dari suami

Isteri yang kaya, banyak harta akan teruji bila dapat suami yang
miskin.
Bukan sahaja nafkah tidak dapat diberi, bahkan suami pula menggunakan
hartanya untuk menampung keperluan rumahtangga.Susahlah untuk merasa
bersandar hidup dengan suami dan rasa memerlukan.

Maka, jangan dilayan desakan nafsu untuk tidak mentaati dan melayan
suami.
Kelak TERSENARAILAH KITA sebagai isteri yang DERHAKA.Isteri yang
beriman tidak berbangga dengan kekayan yang dimilikinya tetapi dia rasa
bersyukur kerana dapat menyerahkan harta yang ada kepada suami untuk
dimanfaatkan.
Sepertimana yang pernah berlaku kepada Siti Khadijah yang menyerahkan
kesemua hartanya kepada Rasulullah SAW untuk digunakan bagi
memperjuangkan Islam.

Mengorbankan harta untuk suami itu suatu yang patut dilakukan di dalam
menyenangkan dan membantu perjuangan suami.Alangkah malangnya jika kita
berbangga dengan harta yang ada sehingga menjejaskan hubungan dengan
suami.Sepatutnya ia digunakan untuk memperhalusi layanan terhadap suami.

Ingatlah bahawa jika suami kita itu tidak sudi mengambil kita untuk
menjadi isterinya,nescaya segala harta dan apa jua keistimewaan yang
ada pada kita tidak akan ada ertinya.


4. Bila Isteri sering ditinggalkan

Pengalaman berjauhan dengan suami adalah suatu yang pahit buat

permulaannya bagi para isteri yang suaminya keluar kerana tugas "Out
Station".

Jika keadaan ini dihadapi maka sibukkanlah diri dengan kerja kerja yang
berfaedah sepeninggalan suami.Sentiasalah menjaga maruah diri,menjaga
aurat,harta suami dan nama baik suami .Ingatlah bagaimana Siti Hajar,
ketika ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim a.s. sendirian di padang pasir
yang tandus. Hatinya tetap tabah dalam menghadapi semua masalah dan
banyak bergantung harap kepada Allah.Kecekalan hatinya itu dapat dilihat
daripada kata katanya yang begitu yakindengan ketentuan Allah SWT.

Katanya:
"Kalau ini memang perintah Allah,aku redha menerimanya dan aku yakin
Allah tidak akan mensia siakan diriku".
Begitulah sikap isteri yang solehah apabila ditinggalkan suami, diri
dan rumahtangga terurus rapi.

Sambutlah kepulangan suami dengan persediaaan yang sitimewa untuk
menggembirakan suami.Jika nafsu mendesak agar menghamburkan kemarahan
kepada suami,kenangkanlah kebaikan kebaikan suami pada kita. Kalaupun
kita bermasam muka ketika kepulangannya,kita tidak akan untung apa-apa
malah kita akan HILANG BAHAGIA.Sebaliknya Allah menjanjikan kita dengan
AzabNya yang maha pedih,Wal'iyazubillah..

Maka jika ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada suami,sampaikan
dengan penuh hikmah setelah suami segar dari keletihannya.

5. Berhadapan dengan suami yang ingkar

Selalunya suami dan isteri sekufu,suami cinta kebenaran, isteri juga
begitu.Namun berlaku juga suami baik tetapi isteri bersikap derhaka atau
isteri solehah suami berbuat dosa dan maksiat.SENGAJA ALLAH JADIKAN
BEGITU untuk mendidik isteri supaya kuat tauhid dan jiwanya serta tabah
menghadapi kerenah suami agar suami dengan itu dia akan kembali ke
Pangkuan Allah,mengadu ngadu dan meletakkan pergantungan kepadaNya.

Berhempas pulaslah mujahadah untuk menghormati,mentaati dan melayani
suaminya.Minta bantuan Allah agar kita dibantu dengnan berdoa:
"Permudahkanlah Ya Allah dan Janganlah Engkau persusahkan".

Ingatkan bagaimana Allah kurniakan kemuliaan kepada Siti Asiah yang
bersuamikan Firaun yang nyata kafir. Dia dimuliakan kerana akhlaknya
yang mulia di depan suami meskipun suaminya itu musuh Allah yang nyata.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barang siapa sabar atas budi pekerti suaminya yang buruk,maka Allah
akan memberikannya pahala sama seperti pahala Siti Asiah isteri
Firaun." (Al Hadis).

Allah perintahkan Isteri WAJIB MENTAATI SUAMI selagi suami itu Islam
MESKIPUN BERLAWANAN dengan KEHENDAK FITRAH ISTERI YANG SUKAKAN SUAMI
YANG BAIK.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

"Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah,sama ada miskin atau kaya (atau lainnya)." (Al
hadis)

Berhadapan dengan suami yang tidak sembahyang dan cuai beribadah
merupakan ujian buat isteri yang solehah. Hakikatnya Allah hendak
menguji sejauh mana dia BOLEH BERSABAR DAN BERHIKMAH menghadapi
suaminya itu. Isteri yang diuji begini akan bermujahadah dengan
menolak bisikan bisikan jahat dengan kata kata:

"Isteri Wajib mentaati suami selagi suami tidak menyuruh melakukan
maksiat atau melarang daripada mematuhi perintah Allah.Kelemahan suami
di ketika ini cuma disisi syariatny,tetapi DALAM HAL HAL LAIN DIA MASIH
BERHAK KE ATAS KU".


"Dia pun tidak pernah menegah aku dari bersembahyang.Tak patut pula aku
boikot suamiku sehingga dia terasa diketepikan.Aku MASIH WAJIB
mentaatinya dan berkhidmat kepadanya sebagi seorang ISTERI"

Berhadapan pula dengan suami yang kaki perempuan,terlibat dengan
homoseks sangat menguji kesetiaan seorang ISTERI. Bagaimana
mengatasinya?.
Dalam hal ini si Isteri patut memperbetul diri dan menyalahkan diri
yang mungkin tidak dapat melayan suami sebaiknya hingga suami terpaksa
mencari perempuan lain dengan cara yang tidak halal dan memuaskan nafsu
dengan cara yang keji. Perbaiki diri dengan memperhalusi layanan
terhadap suami.

Jika perlu hadiahkan suami dengan membenarkan dia berkahwin lagi supaya
dia tenang dan tidak lagi berbuat dosa.Berhadapan pula dengan suami yang
PEMARAH DAN SUKA MEMUKUL isteri akan menyebabkan isteri mendongkol dan
mogok daripada melayani suaminya.Ini suatu yang TIDAK SEPATUTNYA TERJADI
DALAM MELAYAKKAN DIRI SEBAGAI ISTERI YANG SOLEHAH.Sepatutnya dia mesti
BERMUJAHADAH untuk TIDAK MEMBERONTAK dan tunjuk perasaan,tetapi BERSABAR
dan REDHA menerimanya.Disamping itu tetap memberi layanan, malah lebih
memperbaguskan layanan terhadap suami, mana tahu dengan cara itu boleh
menyebabkan suami berubah sikap.

Jika tidak berlaku begitu terimalah itu sebagai ujian yang Allah
timpakan sebagai PENGHAPUS DOSA,untuk meningkatkan darjat disisi Allah.
Wajarlah Allah timpakan balasan tersebut. Terimalah KETENTUAN ALLAH itu
sambil
berkata:

"Wahai diri,selayaknyalah untukmu muhasabah ini sebagai
kifarah(penghapusan) dosa dosamu.Biarlah sakitnya ditanggung di dunia
lagi kerana azab Allah di akhirat tidak tertanggung olehmu".

Kita perlu IMAN untuk MENANG DALAM MUJAHADAH.Kalau Iman telah bertapak
dihati,seseorang bukan sahaja sanggup berkorban jiwa raga, hatta nyawa
pun rela dikorbankan. Sebab dia yakin itulah kecintaan Allah dan ITULAH
CARANYA UNTUK MENDAPATKAN SYURGA.Sebagai mana Rabiatul Adawiyah yang
amat berdukacita kalau Allah tidak susahkan dia dengan ujian.

Sebab, UJIAN BERERTI KASIH SAYANG ALLAH .

Orang yang DIKURANGKAN DI DUNIA akan DILEBIHKAN di akhirat .
Orang yang DISUSAHKAN DIDUNIA akan DIMUDAHKAN di akhirat.

Kita akan lihat keadilan ini dijalankan sepenuhnya di Mahkamah Akhirat
nanti.

Wallahualam...

Share this article :

1 comment:

  1. Tq for sharing..sgt2 membantu sy yg sedang diuji Allah melalui sikap suami

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger