Headlines News :
.
Home » » Maafkan Cikgu

Maafkan Cikgu

Written By Unknown on Saturday, January 2, 2010 | 19:45

MAAFKAN CIKGU

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya
paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang
lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya
mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke
sekolah.
Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan
kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya
hanya memberi
nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang
seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk
tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa
menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia
hanya menyerahkan
punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari
mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia
masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya
bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.
Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di
sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya
sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya
dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan
gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati
menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di
depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus
bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah
berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari
jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah."Itu abang saya. Kami kongsi baju dan
kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan
saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul
kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita
pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
"Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang mampu.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger