Headlines News :
Home » » Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Written By saleehs gerrard on Tuesday, January 5, 2010 | 11:59

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan
terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka
telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang
tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga)
kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja,
bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja.
Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu
tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar
dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu
mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan
dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak.
Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh
kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih
dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih
bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya,
lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak
tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu
disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam
sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu,
tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham
saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,
tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,
sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,
teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah
secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya
serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih
dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal
akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana
tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar
dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu
moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang
itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum
lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya
sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan
diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia
memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan
seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya.
Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia
mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati
dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna
bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap
gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung
dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan
alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak
dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan
Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh
golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam
sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia
bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca
penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang
telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,
seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin
banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan
kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak
hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil
peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,
melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan
7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang
lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai
dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan
ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari
Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger