Headlines News :
.

PRK DUN TENANG - Ketenangan buat BN

Written By Unknown on Sunday, January 30, 2011 | 22:32


Zon selamat untuk BN terus dikekalkan dalam PRK DUN Tenang pada hari ini. Walaupun keadaan hujan lebat serta banjir berlaku disana, pengundi2 tetap keluar menunaikan kewajipannya.


Keputusan penuh:
N05: TENANG, JOHOR
Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:
Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi
Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi
Jumlah mengundi 9,833 pengundi
Peratus mengundi 67 peratus
Undi rosak 142 undi
Majoriti 3,707 undi
Penyandang: Sulaiman Taha (BN)
Undi diperolehi: 6,367
Majoriti: 2,492





P/S: Dah memang kawasan selamat. mesti menangkan. Lagi2 ada 3 Felda. Faham2 sudah le

Si Torres yang membawa La Nina dan El Nino kepada peminat

Minggu ini semua mata peminat tertumpu ke arah Liverpool. Setelah berjaya mencatat dua kemenangan berturut2 dibawah kendalian King Dalglish, Liverpool juga telah berjaya membawa Luis Suarez ke anfield dengan harga sekitar 26.5 juta. Semua peminat begitu teruja dengan perkembangan terbaru The Red ini.

Walau bagaimanapun, pada hari jumaat lalu juga, disebalik kegembiraan menyambut kedatangan Suarez, peminat dikejutkan dengan surat memohon berpindah ke kelab lain oleh pemain kebanggaan kita. Pemain itu tidak lain lagi ialah Torres. Dengan minat yang bersungguh2 ditunjukkan oleh Chelsea, Torres nampaknya begitu teruja untuk meninggalkan Liverpool yang telah banyak mengembangkan karier serta namanya. Liverpool meletakkan harga untuk Torres sebanyak 50 juta.

Terkini Chelsea telah mengemukakan bidaan 40 juta terhadap Torres. Bidaan itu berupa 35 juta serta 5 juta untuk pemain remaja Daniel Sturridge. Harga ini 10 juta kurang dari harga tawaran serta ditolak mentah2 oleh Liverpool (rasanya Comolli). Kalau SG, letak saja 80 juta. Berani ambil ler.

Tapi rasanya, 50 juta itu pun sudah berbaloi. Dengan pembelian Suarez dan penjualan Torres, Liverpool sudah untung sekitar 25 juta. Dengan 25 juta tu, Comolli boleh beli pemain2 yang lebih muda dan bertenaga lagi. Biarkanlah kalau Torres nak pergi pun. Pendapat SG, orang yang hatinya sudah tawar bersama kelab, eloklah dibuang sahaja. Walaupun bertaraf 10 bintang sekali pun, tetapi hanya badan sahaja dipadang, jiwa diluar, hanya merosakkan pemain2 lain serta kelab. Cuba ingat kembali, bagaimana dia bermain untuk tempoh separuh musim ini. Seperti bermain dipadang setakat memanaskan badan sahaja. Cuma akhir2 ini saja ada perubahan.

Sekiranya Torres mengenang jasa peminat serta kelab, dia akan setia di Anfield. Jika dia berfikiran sebaliknya, teruskanlah kehendaknya. "Patah tumbuh hilang berganti".Ramai lagi diluar yang lebih hebat darinya. Bagi SG, biar hilang Torres, jangan hilang kapten fantastic "Steven Gerrard". Mau ramai yang bunuh diri nanti. huhuhhu.

Piala Sumbangsih 2011 - Selangor 0-2 Kelantan. Hilangnya piala di genggaman

Selepas memenangi Piala Malaysia di akhir musim 2010 lalu, kejayaan pasukan Kelantan berterusan malam ini apabila menjuarai Piala Sumbangsih setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam. Selangor menjadi ramalan awal untuk menjuarai piala ini akhirnya tersungkur dengan mutu permainan pasukan Kelantan yang menghiburkan.

Selangor terpaksa membenarkan piala yang dimenanginya pada tahun lalu diberi kepada pasukan Kelantan dengan rasa cukup kecewa. Bermain dilaman sendiri dan hanya dihadiri 35 ribu penonton (kebanyakkannya penyokong Kelantan) gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain2 Selangor. Kawalan bola yang hancur serta persefahaman yang masih belum berkesan menjadikan selangor berputih mata untuk memperolehi piala pertamanya musim ini serta gagal memperolehi 3 mata untuk perlawanan pertama Liga Super.


Kelantan memperolehi gol pertamanya melalui sepakan penalti yang di jaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha setelah Mohd. Razman Roslan yang menjatuhkan Mohd. Nurul Azwan Roya di dalam kawasan sendiri pada minit kelapan. Gol kedua pula hadir pada minit ke 84 setelah Ketua pasukan Kelantan, Mohd.Badhri Radzi membuat tendangan percuma cantik dari sebelah kiri pintu Selangor melepasi jangkauan penjaga gol Selangor Iqbal Suhaimi.

Apa yang menduka citakan, masih lagi berlaku insiden2 penonton membuat kecoh di stadium. Ini kerana permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang. Siapa lagi yang harus dipersalahkan lagi?

Bagi Selangor diharap kekalahan ini memberi pengajaran terbaik untuk pasukan untuk bangun kembali mengejar misi 3 piala selepas gagal menjulang Piala Sumbangsih.

p/s : Memang niat dihati SG nak pergi stadium. Tapi mengenangkan insiden pergaduhan tahun lepas, bosan jadinya nak tengok game di stadium.Hanya 35 ribu sahaja penonton yang hadir. Nampaknya penyokong2 Selangor dah mula memboikot perlawanan bertemu Kelantan. (Bosan dengan kerenah2 penyokong Kelantan).

Selamat datang ke Anfield - Luis Suarez

Written By Unknown on Saturday, January 29, 2011 | 03:50


Akhirnya termakbul juga harapan semua warga Liverpool untuk memiliki Luis Suarez. Berbagai rintangan terpaksa dihadapi dari segi yuran perpindahan dan juga perebutan bersama kelab lain.

Menurut laman rasmi Liverpoolfc.tv, Liverpool membayar 26.5 juta Euro kepada Ajax untuk membawa Luis Suarez ke Anfield. Nampaknya Damien Comolli membuat kejutan minit2 terakhir bagi mengahdiahkan lagi minggu2 kegembiraan penyokong setia The Reds. Menurut LFCtv Luis Suarez yang digelar sebagai El Pistolero ataupun The Gunfighter hanya menunggu pengesahan perubatan sahaja.

Luis Suรกrez

  • Squad No: 16
  • Position: Forward
  • Age: 24
  • Birth Date: Jan 24, 1987
  • Birth Place: Salto, Uruguay
  • Height: 5' 11" (1.80m)
  • Weight: 81 kg

Selangor bertemu Kelantan dalam misi menjulang Piala Sumbangsih 2011

Written By Unknown on Friday, January 28, 2011 | 23:56


Esok bermulalah kancah liga bolasepak tempatan. Pertandingan liga yang menjadi kebanggaan peminat2 bolasepak tempatan iaitu Liga Super membuka tirai sepak mula. Perlawanan malam esok sudah pastinya lebih tertumpu kepada perlawanan Piala sumbangsih antara juara Liga Super 2010 Selangor bertemu juara Piala Malaysia Kelantan di Stadium Shah Alam.

Seperti yang kita sedia maklum, perlawanan yang penuh kontroversi antara kedua2 pasukan sebelum ini, menjadikan peminat bertanya2 apakah tahap keselamatan Stadium Shah Alam telah dipertingkatkan. Kali terakhir kedua2 pasukan ini bertemu di Shah Alam ialah pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2010 pada Oktober tahun lalu telah menjadi sejarah hitam pada bolasepak Malaysia kerana pergaduhan antara kedua2 penyokong. Diharap pihak penganjur dapat mengawal keadaan malam esok dengan lebih terjamin.

Diatas kertas, kekuatan kedua2 pasukan ini adalah seimbang. Selangor mendapat sedikit kelebihan apabila bermain digelanggang dan dihadapan penyokong sendiri. Persoalannya, mampukah Selangor mempertahankan kejuaran Piala Sumbangsih ini yang dimenanginya tahun lalu. Diharap Selangor mampu untuk menjulang kejuaran esok disamping menghadiahkan kejuaraan ini kepada Safee Sali sempena hari lahirnya yang ke 27 esok. Semoga tuah Safee Sali di Piala AFF Suzuki lalu dibawa bersama malam eso dan seterusnya.

p/s: SG tak dapat nak pergi stadium esok. Kena kerja malam pula. Terpaksalah mengangkut TV dari rumah ke ofice esok. Walaupun SG tak dapat pergi, SG doakan Red Giant dapat menumpaskan Red Worrior. Rasa2nya 2-0.

Senarai Pemain pasukan Selangor FC 2011

Pada musim ini pasuka Red Giant hanya menyenaraikan 6 pemain baru untuk diserap ke pasukan utama. Mereka adalah Azidan Sharudin, Mohd Fadzli Shaari, Saiful Amar Sudar, K.Depan Sakwati, Yosri Derma Raju dan S. Sritharan. Diharap kehadiran mereka dapat memberi impak besar kepada pasukan Selangor dalam misi memburu 4 piala pada musim ini.

6 muka baru bersama K. Rajan


Selangor FC 2011 - Berwajah Baru

Selangor memulakan tahun 2011 dengan beberapa perubahan dari segi penaja dan pemain. Bermula tahun ini, Kappa telah diberi hak untuk menaja jersi pasukan Selangor untuk mengantikan Adidas sejak 2005-2010.

Jersi utama pasukan
Jersi tempat lawan
Menteri Besar Incorporated (MBI) diumumkan sebagai penaja utama musim ini. Menurut Tan Sri Khalid Ibrahim, MBI memberi tajaan yang bernilai lebih RM4 juta setahun. MBI mula menjadi penaja utama skuad Selangor pada musim 2010 setelah menggantikan penaja terdahulu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).


Bagi pemain pula, hanya enam pemain baru diserapkan ke skuad Selangor musim 2011 ini iaitu Azidan Sharudin, Mohd Fadzli Shaari, Saiful Amar Sudar, K.Depan Sakwati, Yosri Derma Raju dan S. Sritharan. 

Azidan Sharudin
Mohd Fadzli Shaari
Yosri Derma Raju
S. Sritharan

K.Depan Sakwati
Saiful Amar Sudar

Selangor pada tahun 2011 terus mensasarkan 4 piala seperti, Piala Sumbangsih, Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia seperti tahun2 yang sudah.Kegagalan Selangor untuk memiliki Piala FA dan  Piala Malaysia pada tahun lalu memberi seribu keazaman untuk anak2 buah K. Rajan memburu kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Sementara itu harga tiket perlawanan di Stadium Shah Alam telah dinaikkan dari RM10 sebelum ini kepada RM15 pada musim ini. Diharap peminat tidak bermasalah dengan kenaikan harga tiket ini. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu pengurusan dan pemain selangor sendiri.

Semoga Selangor berjaya mencapai sasaran menjulang 4 piala pada musim ini. InsyaAllah..

Game 24 BPL 10/11 - Liverpool 1-0 Fulham

Written By Unknown on Thursday, January 27, 2011 | 08:59

Buat pertama kalinya kemenangan dua kali berturut2 di bawah pengurusan King Dalglish menjadi petanda kebangkitan Liverpool sudah bermula. Selepas 4 hari menikmati kejayaan membelasah Wolverhampton, kini Fulham pula menjadi magsa The Reds seterusnya. Walaupun hanya satu gol yang terhasil dan disumbangkan oleh pertahanan Fulham sendiri John Pantsil, ia sudah memadai untuk The Reds memperolehi 3 mata penuh untuk melonjak kedudukan ke tangga ke 7 buat masa ini dengan 32 mata.

Gol Torres yang dibatalkan kerana Offside
Torres
Rodriguez, Meireles, Kuyt (Jonjo Shelvy)
Gerrard (captain) , Poulsen (Aurelio)
Johnson, Agger, Skrtel, Kelly
Reina

Jaringan sendiri oleh pertahanan Fulham John Pantsil
Peningkatan mutu permainan yang ditunjukkan oleh anak2 buah King Dalglish ini amat dipuji. Ini kerana persefahaman antara pemain menjadi pemangkin kebangkitan semula Liverpool yang sebenar. Seandainya gol oleh Torres pada minit ke 5 disahkan oleh pengadil, sudah pasti Liverpool akan kenduri gol lagi. Torres disahkan offside ketika lorongan cantik dari Meireles. Dari ulang tayang video menunjukkan, torres masih lagi pada kedudukan onside tetapi penjaga garisan lebih memahami keadaan sebenar.


Nampaknya gandingan baru antara Meireles bersama Torres mula menampakkan keserasian. Beberapa peluang yang terhidang terlepas begitu sahaja disamping kekentalan pertahanan Fulham dan kecekapan Penjaga golnya menyelamatkan bola dari membocori gawang.


Diharap mutu permainan dan moral pasukan kita ini dapat diteruskan lagi untuk menjamin kemenangan yang berterusan bagi mengejar 4 tempat teratas dengan baki 14 perlawanan lagi. Cuti rehat selama 7 hari ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk King Dalglish, Steve Clarke & Sammy Lee untuk memberi ramuan terbaik kepada pasukan sebelum bertemu Stoke City di Anfield pada 2 February nanti. Good Luck Liverpool. YNWA.


Scoring Summary

Liverpool Fulham
John Pantsil (og 52')

Match Stats

Liverpool                          Fulham
  10,3 Shots (on Goal) 10,5 
  11 Fouls    13 
  6 Corner Kicks
  6 Offsides
  54% Time of Possession 46%
  0 Yellow Cards
  0 Red Cards
 4 Saves

Teams

Liverpool Fulham
25 Pepe Reina12 David Stockdale
Daniel AggerBrede Hangeland
37 Martin Skrtel18 Aaron Hughes
Glen JohnsonChris Baird
34 Martin KellyJohn Pantsil
28 Christian Poulsen13 Danny Murphy
Steven GerrardSteve Sidwell
Fernando Torres23 Clint Dempsey
Raul Meireles16 Damien Duff
17 Maxi Rodrรญguez30 Moussa Dembele
18 Dirk KuytAndrew Johnson
Substitutes
10 Joe ColeJonathan Greening 27
Fabio AurelioSimon Davies 29
24 David NgogDiomansy Kamara 15
12 Dani PachecoZoltan Gera 11
33 Jonjo ShelveyCarlos Salcido 3
42 Peter GulacsiStephen Kelly 2
22 Danny WilsonNeil Etheridge 38
Substitutions
Jonjo Shelvey for Dirk Kuyt (66)Zoltan Gera for Damien Duff (63)
Fabio Aurelio for Christian Poulsen (80)
Yellow Cards
John Pantsil (69)
· Squads: Liverpool | Fulham

Antara wang ringgit dan ibu bapa - Manakah yang lebih penting?

Written By Unknown on Sunday, January 23, 2011 | 14:52

Untuk beberapa waktu sejak kebelakangan ini, kehidupan seharian SG penuh dengan aktiviti. Bukan aktiviti melancong ataupun beristirehat, tetapi perlu menyelesaikan beberapa perkara yang diluar dugaan. Begitulah fitrah setiap manusia, tidak terlepas dari masalah. Cepat dan lambat sahaja penyelesaian bergantung nasib sindividu tersebut.

Sesungguhnya Allah ingin menguji SG sekeluarga. Bulan Desember 2010 yang lepas emak mertua SG telah dimasukkan ke Wad dan juga ICU di hospital Banting. Diam2 25 hari juga emak mertua SG disana dimana minggu lepas baru dibenarkan pulang. Emak mertua SG disyaki mengidap penyakit TIBI. Sewaktu dihospital emak mertua SG dikuarantin dan keadaan tubuh badannya semakin kurus. Ubat2an jangan nak ceritalah, macam2 ubat ada sehingga keluar hospital pun dibekalkan seplastik ubat sehingga perlu diwajibkan setiap hari makan ubat2 tersebut dihadapan jururawat di hospital. Kiranya hari2 kena pergi hospital untuk makan ubat.

Ketika emak mertua berada dihospital, boleh dikatakan hampir setiap hari isteri SG datang melawat dan menjaganya. Nak diharapkan adik beradik lain, nama je ada 8 orang adik beradik, tapi semua sibuk dengan urusan masing2. Datang pun sekali sekala. Sejak awal tahun ini, SG bersama isteri cuba mencari alternatif rawatan lain. Kami berusaha pula untuk rawatan tradisional. Alhamdulillah dengan bantuan sahabat isteri SG, emak mertua SG sedang melalu proses penyembuhan sehingga kini.

Apa yang membuatkan SG terkilan ialah dengan perangai2 adik beradik ipar duai SG. Untuk pengetahuan bapa mertua SG berkahwin dua kali. Isteri pertama telah meninggal dunia dan dikurniakan 6 orang anak. Sementara isteri keduanya (emak mertua SG) mempunyai 8 orang anak. Jumlah semuanya ialah 14 orang. Disini SG hanya terkilan pada adik beradik isteri kedua sahaja. Semua hidup hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Bayangkan apabila disuruh untuk mencari bomoh atau pawang, semuanya tak nak berusaha. Ada pun cakap sahaja nak bawa ke Darus Syifa, tapi sampai sekarang seorang pun tak ada pun yang nak bawa.

Bila SG dan isteri mencadangkan rawatan yang kami usahakan ini, semuanya membangkang. Kata mereka syiriklah, tiada jaminanlah dan bermacam2 lagi alasan mereka. Untuk pengetahuan ketika ini kami mengunakan khidmat Mahaguru Dato Ibrahim Mat Zin (bomoh DiRaja Malaysia, pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia & penasihat menteri2 di Putrajaya). Cara rawatannya SG tengok tidaklah melanggari hukum syarak. Bapa mertua SG yang tengok rawatan itu pun senang hati sahaja. Apa yang membuatkan adik beradik ini membangkang sebenarnya ialah masalah kos yang perlu dibayar. Sememangnya antara dalam syarat2 perubatan itu kena memberi sedekah berupa memberi makan kepada 55 orang ibu tunggal 3 kali sehari selama 6 hari . Jadi kosnya sekitar RM1800. Besar sangatkah nilai RM1800 ini jika dibahagikan kepada 8 orang?. RM1800 ini untuk bersedekah, bukan kos rawatan. Rugikah kita bersedekah?

Jaminan
Dua abang ipar SG ni yang paling sibuk mempertikaikan dan menanyakan apa jaminan yang boleh diberi oleh bomoh tersebut. Astagfirullah. Ni siapa yang syirik ni. Bomoh tu bukannya tuhan. Kita hanya berusaha, tuhan yang menentukan. Dihospital pun, doktor tidak pernah memberi jaminan 100%, sebaliknya 50-50 walaupun mereka tahu ia akan beroleh kejayaan. Nampaknya mereka semuanya menyalahkan kami bulat2 kerana setuju dan tak nak ambil tahu apa yang kami usahakan. Sebenarnya SG dan isteri memang dah tahu perangai mereka begini, jadi kalau mereka tak nak bekerjasama pun, SG dan isteri sanggup mengeluarkan duit kami untuk memastikan rawatan ini diteruskan. Nasib baik masa emak mertua SG keluar wad tak kena bayar 1 sen pun (warga emas), kalau tak, rasanya mahu bergaduh juga kot sapa nak tanggung kos tu.

Mementingkan diri sendiri
Sememangnya boleh dikategorikan adik beradik ipar SG ni mementingkan diri sendiri. Mereka boleh kata duit bapa mereka banyak, buat apa disimpan2. Bagi SG duit itu hak bapa mertua. Dia sudah tua dan inilah masanya dia nak buat apa yang dia suka setelah bertahun2 bersusah payah membesarkan 14 orang anak2nya yang tak kenang budi. Semua harta orang tua tu nak dikikisnya. Cukup2lah anda dah dibesarkan, disekolahkan, dijadikan orang yang sempurna dan juga telah diberikan hak keatas tanah2 miliknya. Tak bersyukurkah anda. Jadi bila pula mereka2 ini nak menabur bakti membalas jasa2 kedua2 orang tua ini. Bagi SG, tiada guna harta jika menjadi perbalahan. Harta hanya hiasan dunia sahaja. Memang benarlah orang kata, ibu bapa boleh menjaga anak 10 orang, tapi anak 10 orang belum tentu boleh menjaga ibu bapa yang seorang. Insaflah wahai saudara2ku.

Prinsip
Memang sebelum ini, SG panas bontot sikit bila berada dirumah mertua. Ini buka kerana tak suka emak atau bapa mertua, tetapi karenah adik beradik ipar disana. Apabila mereka berkumpul, pasti mesyuarat tingkap bermula. Melagakan adik beradik, mengumpat serta membanggakan kerabat masing2. Akibatnya selalu juga isteri SG termakan kata2 mereka dan menyebabkan kadang2 kami berbalah. Walaupun begitu, SG tak kisah kalau isteri dan anak2 nak kesana. Sesibuk macam manapun SG pasti akan menghantarkanya. Cuma SG je kalau tak ada mood, SG tak tidur situ dan mencari helah lain untuk tidak berada disitu.

Sekarang SG bersyukur (setelah kejadian ini) , isteri SG dah sedar dengan perangai adik beradiknya tanpa perlu SG beritahu. Jika sebelum ini SG tak pernah menggunakan kuasa veto terhadap isteri bila hal keluarga mertua, mungkin selepas ini SG akan menggunakannya seperti mana mereka selalu menggunakannya (untuk mereka yang sentiasa mencari helah tak nak bekerjasama).

Apa yang SG harapkan, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka2 ini. Semoga mereka cepat sedar sebelum terlambat. Selagi orang tua masih ada, sayangilah mereka selagi boleh. Seandainya mereka tiada, apakah nilai duit yang kita taburkan untuk majlis2 kenduri tahlil dan sebagainya boleh menebus dosa kita terhadap ibu bapa. Fikir2kan. Wallahuaklam...

Game 23 BPL 10/11 - Wolverhampton 0-3 Liverpool

Malam ini aku SG cukup gembira. Walaupun Liverpool bermain agak kucar kacir tetapi Liverpool berjaya merakamkan kemenangan berharga selepas :
  • 14 hari King Dalglish menjadi pengurus Liverpool. Inilah kemenangan pertamanya dalam 3 perlawanan. Piala FA - Tewas kepada Setan Merah. BPL - Seri dengan Everton.
  • 21 hari tanpa kemenangan. Kali terakhir Liverpool menang ialah mengalahkan Bolton di Anfield dalam BPL pada 1 January 2011.
  • 83 hari tanpa kemenangan di gelanggang lawan. Kali terakhir Liverpool menang di gelanggang lawan ialah ketika menentang Bolton di Stadium Reebok dalam BPL pada 31 Oktober 2010. Harap selepas ini badi kekalahan ditempat lawan terus berlalu pergi.
Torres
Maxi (Aurelio), Meireles, Kuyt
Lucas, Poulsen (Jonjo Shelvy)
Johnson, Skrtel, Agger, Kelly
Reina (Captain)


Seperti yang diperkatakan oleh King Dalglish, walaupun Liverpool bermain tunggang langgang, Liverpool mesti menang walaupun 1-0. Tetapi, bukan 1 @ 2 jaringan yang terhasil, malah 3 jaringan yang dihadiahkan oleh Torres (2) & Meireles pada perlawanan ini.


Nampaknya barisan tengah & serangan masih banyak yang perlu diperbaiki. Diharap kembalinya Kapten fantastik kita Steven Gerrard pada perlawanan akan datang menentang Fulham dapat mengatasi masalah tersebut. Bahagian pertahanan pula begitu kental malam ini. Kekalnya Agger bersama Skrtel di pertahanan tengah sehingga tamat perlawanan, menjamin kemenangan mutlak tanpa bolos hingga keakhir perlawanan.


Kali ini nampaknya King Dalglish tidak lagi mahu menanggung risiko mahu menukarkan Agger dengan Kyrgiakos seperti perlawanan ketika menentang Everton minggu lalu dimana pertahanan begitu rapuh setelah kemasukan Kyrgiakos. Semoga selepas ini setelah Carragher sembuh, beliau dapat digandingkan bersama Agger kerana Skrtel juga prestasinya turun naik.


Diharap malam ini menjadi titik permulaan untuk Liverpool mengukir kejayaan demi kejayaan. Semoga gabungan King Dalglish, Sammy Lee & Steve Clarke dapat memberi ramuan terbaik untuk pemain dalam mengharungi baki2 perlawanan yang mendatang. YNWA

p/s: Diharap perpindahan Suarez menjadi kenyataan untuk mempertajamkan kembali barisan serangan.

Scoring Summary

Wolverhampton Wanderers Liverpool
Fernando Torres (36')
Raul Meireles (50')
Fernando Torres (90')

Match Stats

Wolverhampton                       Liverpool
13(3) Shots (on Goal) 16(9)
6 Fouls 18
5 Corner Kicks 4
3 Offsides 2
59% Time of Possession 41%
0 Yellow Cards 3
0 Red Cards 0
6 Saves

Teams

Wolverhampton Wanderers Liverpool
13 Wayne Hennessey25 Pepe Reina
16 Christophe BerraDaniel Agger
Richard Stearman37 Martin Skrtel
11 Stephen WardGlen Johnson
23 Ronald Zubar34 Martin Kelly
20 Nenad Milijas28 Christian Poulsen
Karl Henry21 Lucas
17 Matthew JarvisFernando Torres
12 Stephen HuntRaul Meireles
10 Steven Fletcher17 Maxi Rodrรญguez
29 Kevin Doyle18 Dirk Kuyt
Substitutes
19 Adam HammillJoe Cole 10
14 David JonesFabio Aurelio 6
18 Sam VokesSotirios Kyrgiakos 16
22 Steven MouyokoloDani Pacheco 12
Marcus HahnemannJonjo Shelvey 33
Jody CraddockPeter Gulacsi 42
37 David DavisJay Spearing 26
Substitutions
Adam Hammill for Stephen Hunt (73)Jonjo Shelvey for Christian Poulsen (73)
 Fabio Aurelio for Maxi Rodrรญguez (81)
Yellow Cards
 Christian Poulsen (4)
 Fernando Torres (45)
 Raul Meireles (86)
· Squads: Wolverhampton Wanderers | Liverpool

Warkah buat Najib dari seorang pelajar

Written By Unknown on Friday, January 21, 2011 | 07:07


Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.


Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini


Sumber : respeks_group@yahoogroups.com

p/s : Aku macam tak percaya je yang tulis ni pelajar. Gaya bahasanya pun macam bapak pelajar je. Kalau macam nilah pemikiran pelajar sekarang, alangkah indahnya Malaysia oh tanah airku..

Passport Malaysia - Akhirnya berjaya juga aku miliki

Written By Unknown on Wednesday, January 19, 2011 | 03:27

Semalam tepat saja pukul 8.00 pagi, tanpa melepak2 @ bersantai2 di pejabat, aku terus pulang dengan segera kerumah. Ini kerana aku telah berjanji bersama sahabatku untuk pergi ke Jabatan Imigresen di Putrajaya.

Ini adalah kali pertama aku ingin membuat pasport, sementara dua orang lagi kawanku hanya renew sahaja. Inilah akibatnya mengatal tangan membooking tiket promosi Air Asia minggu lepas. Pergi balik ke Bandung Indonesia hanya RM150, siapa tak rambang mata. Booking yang lebih penting. Benda2 lain boleh dilakukan kemudian. So hari ini dimasa2 yang terluang aku terjah Jabatan Imigresen di Presint 2, Putrajaya.

Malangnya, sampai2 sahaja dipintu masuk terpandang papan tanda pemberitahuan, bahawa bahagian untuk membuat Pasport Malaysia telah berpindah ke Persiaran Diplomatik, Presint 15. Pening juga aku mencari tempatnya. Maklumlah, Putrajaya ni, aku cuma pandai selok belok jalan saja, tapi nama Presint & nama jalan haram tak reti sangat pun. Dipendekkan cerita setelah terlajak2 dan berpusing2 sampai jumpa Alamanda dua kali, barulah aku jumpa Presint 15 ni. Rupanya kawasan ni selalu aku lalu. Kiranya jalan shortcut Putrajaya untuk ke Bangi (Kg. Abu Bakar Baginda & Kompleks Sukan Maybank). Sampai2 sahaja, puas pula mencari bangunannya. Laaa, bangunan pun tak ada juga nama Jabatan Imigresen. Nasib baiklah ada signboard dan abang2 guard yang boleh memberi panduan. Akhirnya aku sampai juga sekitar pukul 11.30 pagi.

Pintu masuk bangunan ke Jabatan Imigresen
Masuk kaunter aku terus diberi borang dan diarahkan mengambil gambar serta photostate kad pengenalan di kedai bersebelahan. Ambil gambar kenalah cas RM15 & diberi 4 keping gambar. Selepas mengisi butiran di borang, barulah aku dibenarkan mengambil no. giliran. Tak sampai 10 minit no. aku terpampang & diarahkan ke kaunter 1. Setelah puas mengecop ibu jari dan pengessahan kad pengenalan, aku disuruh menunggu sebelum dipanggil semula sekitar 10 minit untuk melakukan bayaran Sebanyak RM100 (harga pasport le).

Pasport Malaysia milikku
Selepas mendapat resit, sekali lagi aku disuruh menunggu sebelum dipanggil semula untuk penyerahan pasport. Kali ini aku menunggu agak lama sikit. Mengikut diresit bayaran, tertera bahawa jika kali pertama memohon, proses dalam lingkungan dua jam selepas bayaran. Kat luar tadi aku tengok banner, mengatakan 1 jam selepas bayaran. Nak pergi makan @ nak tunggu ni. Apabila aku amati semula no2 yang tertera itu tidaklah jauh sangat dari no aku. Jadi aku buat keputusan tunggu sahaja. Oleh kerana orang2 yang sebelumku menyangka prosesnya lambat, mungkin mereka telah keluar untuk lunch, jadi apabila no2 mereka muncul tapi mereka tiada, maka cepatlah giliran aku tiba. Aku rasa sekita 20 minit saja kot selepas aku membuat bayaran. So aku rumuskan waktu yang aku habiskan disini sekitar 1 jam sahaja. Cukup pantas. Kalau macam nilah semua jabatan kerajaan bekerja, dapat bonus 3 bulan pun aku tak kisah.hehehehe

Peta laluan ke Jabatan Imigresen Presint 15
Walauapapun aku kini dah senang hati bila dah dapat pasport ni. Walaupun aku nak pergi ke Bandung bulan April nanti, sekurang2nya aku taklah tergesa2 nak buat hujung2 nanti. Lagipun bulan February ini, aku akan terbang ke Sabah terlebih duhulu bersama keluarga. Jadi bolehlah berlagak sekejap guna pasport. Ye lah, malas aku nak guna slip2 border pas ni. takut hilang je nanti. Banyak cerita tu kalau hilang.

p/s: Baru bulan January untuk 2011 ni. Tapi schedule hingga bulan April ni akan terbang dua kali berlainan destinasi. Agak2 tah berapa kali kot aku nak terbang jer sampai hujung tahun ni. Rasa macam orang kaya je kan. hehehehe.

Apa pun "NOW EVERYONE CAN FLY". Thanks AIR ASIA

Ryan Babel - Selamat jalan budak RAP

Hari ini laman web rasmi Liverpool FC telah menyatakan bahawa Liverpool telah bersetuju untuk menjual Ryan Babel kepada kelab yang berpengkalan di Bundesliga iaitu kelab Hoffenheim dan yuran perpindahan sekitar € 7 Juta.


Nampaknya apabila perjanjian ini selesai, kemungkinan besar spekulasi yang hangat dibualkan ketika ini, bahawa pemain dari kelab ajax iaitu, Luis Suarez akan dibawa masuk ke Anfield. Diharap spekulasi ini menjadi kenyataan.

Untuk Babel, selamat maju jaya di kelab baru anda. Diharap anda dapat meningkatkan lagi prestasi anda serta tinggalkanlah komen2 pedas anda dilaman Twitter demi menjaga personaliti anda. Rap, rap juga, permainan bola tu kenalah maju juga.

50 Password yang paling digemari

Written By Unknown on Tuesday, January 18, 2011 | 01:41

kumpulan yang dikenali sebagai Gnosis melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yang paling popular di dunia blog. Mereka mendakwa bahawa telah hack 1,3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. Ini adalah 50 password popular yg terlalu "lemah". 


Nampak x carta kat atas tu, pengguna paling suka pakai password 123456. Penggunaan password yg x selamat cmtu boleh mengundang risiko kepada pemilik2 blog tue. Xtau la sama ada diorang mmg suka nombor tu @ diorang mmg xtau pasal keselamatan dalam internet. Kalo hacker tu jenis baik xpala sb diorang ni hanya nk uji2 ja, kalo yg jahat2 tu abis la.Kemungkinan diorang akan guna akaun korang utk wat jahat...

Untuk mengelakkan blog2 korang kena hack, jgn la pakai password yg mudah2. Pakai la password yg "strong". Strong maksudnya password korang tu adalah gabungan huruf dan nombor. Contohnya sekolah1981, nak hack password yg guna gabungan huruf dan nombor lebih susah. Jadi kalo sebelom nie korang x pikir sgt soal password korang, lepas baca entry nie hati2 la.  

 

Selamat datang Steve Clarke ke Anfield

Written By Unknown on Monday, January 10, 2011 | 20:29

Nampaknya untuk Liverpool lebih berselera untuk menukar pengurus & pembantu pengurus dari membeli pemain2 baru untuk membuka senarai senarai perpindahan kali ini. Dimulakan dengan berita pemecatan Roy Hodgson dan di gantikan oleh King Kenny Dalglish, Kini Steve Clarke pula tiba menjadi pembantu jurulatih bersama Sammy Lee.

Steve Clarke yang pernah berganding bahu bersama Jose Mourinho ketika di Chelsea diharap akan dapat memberi kemajuan kepada pembangunan Kelab. Persoalannya, adakah berterusan ia menjadi pembantu jurulatih kedua ataupun Sammy Lee sudah mula terasa bahang yang dia juga akan disingkirkan.


Apapun Selamat Datang ke Anfield "Steve Clarke". Semoga anda dapat membocorkan ilmu2 yang pernah diajar oleh Jose Mourinho dan diturunkan untuk pemain2 Liverpool. Semoga Berjaya.

FA Cup 10/11 - Howard Webb (MU) 1-0 Liverpool

Seperti yang dijangka, nasib terus tidak menyebelahi Liverpool. Harapan peminat untuk King Dalglish menghadiahkan kemenangan pertama semenjak beliau memegang jawatan pengurus sedikit kecewa. Bukan kecewa kerana mutu permaianan Liverpool, tetapi mutu pengadilan yang disembahkan oleh pengadil perlawanan akhir World Cup 2010 yang semua orang kenali iaitu si botak Howard Webb.


Masihkah ingat lagi dengan artikel aku mengenai si botak ini dulu. Artikel yang berbunyi "Howard Webb - Pengadil yang kurang adil?" adalah ulasanku mengenai kurang berpuas hatinya aku apabila si botak ini jadi pengadil perlawanan berkaitan Liverpool. Jadi bila dapat tahu je malam tadi dia jadi pengadil, aku dah menepuk dahi seperti dah tahu apa bala yang akan menimpa Liverpool.


Penalti kontoversi seawal minit pertama telah diberikan kepada MU setelah Barbetov dijatuhkan oleh Agger. Sepatutnya insiden ini tidak perlu diberi penalti. Ini kerana dari ulang tayang , Agger bukan membuat terjahan keras. Apapun Giggs berjaya menyudahkan sepakan penalti tersebut dan mendahului 1-0 hingga ke akhir perlawanan.


Kapten Fantastic Liverpool, Steven Gerrard terus dilayangkan kad merah. Adakah terlalu keras terjahan Gerrard sehingga patah kaki? Tiada langsung layangan kad kuning untuk Gerrard tetapi terus kad merah. Ini sudah pasti menyebabkan Gerrard digantung 3 perlawanan.

Sememangnya kuasa penuh ditangan si botak ni, tetapi penalti dan kad merah ini menyebabkan perlawanan menjadi tidak rancak. Semua bermain selamat dan semestinya Liverpool terpaksa mengamalkan sistem bertahan sepanjang 60 minit baki perlawanan.
Walaupun kalah aku masih lagi boleh gembira. Ini kerana walaupun bermain 10 orang, pemain2 setan merah ini, kebuntuan untuk menjaringkan gol. Harapkan penalti je. Andai kata Gerrard tak dibuang padang, sudah pasti MU akan mengigit jari dan Ferguson tertelan chewing gum. Nampaknya tak le sehebat mana MU ni.


Mengurus pasukan yang dilanda masalah dalam masa 24 jam selepas dilantik adalah mustahil untuk menampakkan impak yang besar. Kita sebagai penyokong diharap bersabar dan terus memberi kepercayaan kepada King Dalglish untuk membawa perubahan kepada kelab. Kita tunggu dan lihat apa pula nasib Liverpool pada pertemuan dengan Blackpool di pagi Khamis nanti. Diharap King Dalglish dapat menyempurnakan tugasnya dengan cemerlang. Salam YNWA dariku untuk King Dalglish dan seluruh pendamping The Reds.
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger