Headlines News :
.

Ciri - ciri airmata

Written By Unknown on Monday, February 28, 2011 | 02:35

Berikut adalah jenis2 tangisan mengikut kata Ibnu Qayyim :
  1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allahlah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut 
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
  • Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. 
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunannya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"?? seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi .a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
  1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
  2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
  3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan.
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
  1. Apabila dahi nya berpeluh.
  2. Airmatanya berlinang.
  3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

Game 28 BPL 10/11 - West Ham 3-1 Liverpool

Kusangkakan laluan mudah yang akan diberikan oleh pasukan tangga tercorot ini, rupanya amaran serta kekalahan memalukan dihadiahkan kepada Liverpool di Upton Park. Dengan kesebelasan utama tiada Agger yang cedera serta Maxi dibangku simpanan, Liverpool turun dengan mempertaruhkan Danny Wilson sebagai jentera baru di barisan pertahanan.

Nampak hari malang Liverpool bakal menimpa. Midfield seperti hilang punca untuk mencipta peluang. Suarez dikawal kemas oleh pertahanan West Ham. Dikesempatan itu, West Ham mengambil peluang dari kelemahan ini untuk mencipta beberapa peluang merbahaya dan akhirnya 2 gol tercipta pada babak pertama hasil jaringan Scott Parker (22) dan Demba Ba (45). Liverpool pula terpaksa mengeluarkan Martin Kelly kerana kecederaan hamstring.


Nampak ada sinar kebangkitan Liverpool untuk 20 minit terakhir perlawanan. Liverpool kembali menguasai permainan dengan menyusun serangan disetiap pelusuk sudut. Ketangkasan Robert Green berjaya menafikan beberapa percubaan dari Gerrard dan Suarez. Akhirnya pada minit ke 84 hasil hantaran lintang Suarez dihadapan gol, berjaya disudahkan oleh Johnson untuk merapatkan jurang. Selepas jaringan itu, Liverpool terus mengandakan asakan dan West Ham memasukkan Carlton Cole untuk mengantikan Demba Ba sebagai alternatif untuk seimbangkan semula perlawanan. Nampaknya kemasukan Carlton Cole itu sememangnya berbaloi. Carlton Cole membuat rembatan deras dan gagal diselamatkan oleh Reina untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke 90.


Persoalannya sekarang, adakah muka2 baru dalam sekuad kita ini belum bersedia untuk mengalas cabaran. Ataupun ketiadaan Agger dibahagian pertahanan membuktikan pertahanan Liverpool rapuh tanpa persefahaman yang jitu antara pemain. Diharap King Dalglish dapat mengatasi kelemahan yang terjadi pada sekuad kita sekarang sebelum kita bertemu musuh tradisi Manchester United pada ahad nanti.

Scoring Summary

West Ham United Liverpool
Scott Parker (22')Glen Johnson (84')
Demba Ba (45')
Carlton Cole (90')

Match Stats

West Ham United            Liverpool
20(8) Shots (on Goal) 18(6)
13 Fouls 8
7 Corner Kicks 8
0 Offsides 1
42% Time of Possession 59%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
5 Saves 5



Teams

West Ham United Liverpool
Robert Green25 Pepe Reina
15 Matthew Upson23 Jamie Carragher
James Tomkins22 Danny Wilson
36 Wayne Bridge37 Martin Skrtel
37 Lars Jacobsen21 Lucas
Scott ParkerSteven Gerrard
11 Thomas HitzlspergerRaul Meireles
16 Mark NobleGlen Johnson
30 Frederic Piquionne34 Martin Kelly
21 Demba BaLuis Suรกrez
32 Gary O'Neil18 Dirk Kuyt
Substitutes
13 Luis Boa MorteJoe Cole 10
Carlton ColeMaxi Rodrรญguez 17
18 Jonathan SpectorChristian Poulsen 28
22 Manuel Da CostaSotirios Kyrgiakos 16
31 Ruud BoffinDavid Ngog 24
Winston ReidPeter Gulacsi 42
26 Zavon HinesJay Spearing 26
Substitutions
Jonathan Spector for Frederic Piquionne (82)Joe Cole for Martin Kelly (43)
Carlton Cole for Demba Ba (89)David Ngog for Raul Meireles (49)
Yellow Cards
Martin Skrtel (7)
· Squads: West Ham United | Liverpool

Game 5 Liga Super 2011 - Johor FC 0-0 Selangor

Written By Unknown on Sunday, February 27, 2011 | 13:13

SELANGOR sekadar membawa pulang satu mata setelah seri 0-0 dengan Johor FC pada aksi kelima Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam tadi.

Hanya dua perubahan dibuat jurulatih Selangor, K. Devan berbanding kesebelasan utama ketika menewaskan Terengganu 3-2 di Stadium Shah Alam pada 15 Februari lalu.


Nasriq Baharom dan Razman Roslan kembali disenaraikan setelah Khairul Anuar Baharum dan D. Surendran tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Namun sehingga tamat 90 minit permainan, Selangor tetap gagal membolosi gawang tuan rumah biarpun mendapat beberapa peluang terbaik terutama menerusi Amirulhadi Zainal.

Begitupun, pujian perlu diberi kepada penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya Johor FC.

Dengan keputusan seri itu, Selangor kini tergelincir ke tangga keenam dengan lapan mata tetapi sebenarnya hanya tiga mata di belakang pendahulu, Kelantan.

Selepas ini, Selangor akan melayan kunjungan Kedah di Stadium Shah Alam pada Selasa ini.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 3. Razman Roslan, 6. Nasriq Baharom, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim, 18. Azidan Sarudin, 14. Hardi Jaafar, 17. Amri Yahyah (c), 23. Fadzli Saari.

UEFA Cup 10/11 (32 team) - Liverpool 1-0 Sparta Prague

Written By Unknown on Friday, February 25, 2011 | 10:30


Dalam perlawanan ini, King Dalglish terpaksa mempertaruhkan beberapa pemain simpanan untuk mengisi tempat utama. Ketiadaan Gerrard yang baru pulih dari kecederaan serta Suarez yang tidak layak untuk menyertai perlawanan UEFA Cup kerana kelab lamanya Ajax juga bermain dikejohanan sama, Liverpool terpaksa menunggu hingga ke minit 86 untuk mencapai kemenagan mutlak mara ke kelompok 16 pasukan.


Dirk Kuyt menjadi wira apabila membuat tandukan cantik untuk menewaskan penjaga gol Sparta Prague. Perlawanan ini nampak seimbang dan hanya sekali sekala sahaja kedua2 pasukan membuat serangan merbahaya. Apapun tahniah buat anak didik King Dalglish. Semoga perlawanan menentang Sp Braga dalam kelompok 16 pasukan pada 10 dan 17 Mac nanti akan terus cemerlang. Teruskan perjuangan kalian. YNWA

Scoring Summary

Liverpool         Sparta Prague
Dirk Kuyt (86')

Match Stats

Liverpool                       Sparta Prague

20(9) Shots (on Goal) 9(4)
15 Fouls 20
7 Corner Kicks 5
4 Offsides 0
48% Time of Possession 52%
4 Yellow Cards 3
0 Red Cards 0
7 Saves 8

Teams

Liverpool                          Sparta Prague
25 Pepe Reina29 Jaromir Blazek
16 Sotirios KyrgiakosTomas Repka
Daniel Agger21 Erich Brabec
34 Martin Kelly38 Martin Abena
22 Danny WilsonLibor Sionko
10 Joe Cole25 Kamil Vacek
28 Christian PoulsenMarek Matejovsky
Raul MeirelesManuel Pamic
21 Lucas13 Ondrej Kusnir
18 Dirk KuytLeonard Kweuke
24 David Ngog14 Vaclav Kadlec
Substitutes
42 Peter GulacsiDaniel Zitka 1
23 Jamie CarragherJiri Kladrubsky 15
37 Martin SkrtelLubos Husek 27
17 Maximiliano RodriguezMartin Zeman 22
26 Jay SpearingJakub Podany 5
14 Milan JovanovicTomas Pekhart 41
12 Dani PachecoAndrej Keric 40
Substitutions
Jamie Carragher for Martin Kelly (46)Jakub Podany for Libor Sionko (73)
Jay Spearing for Christian Poulsen (65)Tomas Pekhart for Martin Abena (78)
Martin Skrtel for Daniel Agger (85)Andrej Keric for Manuel Pamic (90)
Yellow Cards
Martin Kelly (30)Manuel Pamic (32)
Christian Poulsen (34)Marek Matejovsky (40)
Jamie Carragher (59)Leonard Kweuke (64)
Lucas (90)
· Squads: Liverpool | Sparta Prague

SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak

Written By Unknown on Wednesday, February 16, 2011 | 12:59

Salam untuk semua. Hari ini, pagi2 lagi SG sudah bangun. Walaupun pukul 9.00 pagi tu dah kira lewat, tapi masih awal bagi SG. Ini kerana SG tido pun lepas subuh tadi. Gara2 melayan Champion League antara AC Milan bertemu Totenham Hotspurs. Bangun2 dengan hanya cuci muka saja, SG terus mempacking pakaian dan barang2 kelengkapan peribadi.

Kemanakah arah tujuan SG kali ini? emmm.. Kali ini SG akan terbang merentasi Laut China Selatan membawa diri ke negeri Sabah untuk menenangkan jiwa yang kacau. Hahahaha. Kacaulah sangat ye. Sebenarnya tak le jiwa kacau pun, tapi hanya trip melancong bersama anak isteri dan bergabung sekali dengan family kakak SG si IZRYN ni. Trip selama 5 hari di sabah dari 17 hingga 21 February 2011. Memang dari dulu lagi, perangai SG kalau nak kemana2 suka sangat packing barang2 last2 minit. Ini pun kira awal sebab nak sumbat2 sekali barang2 anak yang dah tak muat kat beg isteri. Kalau SG pergi bujang, dah tentu waktu nak pergi tulah baru nak sibuk2 packing. Beg isteri SG ni, dua hari yang sudah lagi dia dah prepair sikit2. Maklumlah, excited nak melancong. Bagi SG, Sabah ni dah macam negeri no. 2 pulak. Masuk kali ni dah 5 kali SG sampai kesana. Dari tahun 2008 hingga tahun ni, 4 tahun berturut2 SG datang. Tapi dengan geng2 memancing le. Bukan program family.

Booking untuk LCCT ke Kota Kinabalu (KK)
Sebenarnya SG dah booking tiket flight ni sejak 8 bulan yang lalu lagi. Masa tu AIR ASIA buat ofer giler2. Tambang percuma ke banyak lokasi. Jadi dengan tak payah fikir panjang terus contact si IZRYN ni dan dia setuju saja. Lagipun dia memang nak sangat pergi ke Sabah ni. Nak tau juga apa yang seronoknya disana. Dia pelik kat SG le katakan, apa sebab SG boleh tiap2 tahun pergi sana. Masa booking tu, SG tak bagi tau pun isteri SG. Lepas 2 minggu booking barulah bagitau. Saja nak wat kejutan sikit. hehehe. Nak tau berapa harga tiket yang SG dapat untuk seramai 8 orang ni? SG cuma bagi tau tambang dengan cukai2 je lah. Sebab itu yang wajib. Bagasi dengan makanan tu hanya pilihan. Untuk pengetahuan, kami akan menaiki 3 penerbangan. Dari :
  • LCCT (KL) ke Kota Kinabalu (KK) - RM88 (tambang & cukai)
  • Kota Kinabalu (KK) ke Tawau - RM88 (tambang & cukai)
  • Tawau ke LCCT (KL) - RM112 (tambang & cukai)
Jadi jumlah tambang & cukai ialah RM288 untuk 8 orang. Jumlah keseluruhan termasuk bagasi dengan makanan pula ialah RM693. Kalau dibahagikan 8 orang pula, jadilah kos penerbangan RM86.60 seorang. Mahal ke murah? Bagi SG dah tentulah murah. Dulu semasa SG bujang tak dapat nak rasa macam ni. Pergi balik Sabah kalau tak ada 7-8 ratus, jangan mimpi le nak merasa. Terima kasihlah kat Dato Seri Tony Fernandes (AIR ASIA) ni. Kalau dia tak perkenalkan system tambang murah ni, kempunan le jawabnya. "NOW EVERYONE CAN FLY"..

Dipendekkan cerita, petang SG kena kerja lagi. Balik kerja pukul 12 malam. Yang pastinya lepas tu terus SG tak tidur punya. Kena last checking apa barang2 yang tak cukup lagi. Pukul 4 pagi dah kena keluar pergi Airport (LCCT). Flight pukul 6.50 pagi. Walaupun perjalanan dari rumah SG yang kat Banting ni ke LCCT lebih kurang dalam 1 jam 15 minit je, so mesti ler kena minum2 alas2 perut dulu kat kedai mamak (sempat jugalah nak tengok Champion League Barcelona vs Arsenal) . Nak minum kat Aiport, harga sampai tak ingat. Lagipun bab2 naik flight ni, wat per nak tergesa2. Bukan naik kereta boleh nak tunggu2. Sampai waktunya, lambat sampai, sendiri mau ingatlah.

Beg2 yang dibawa. Ni pun tak habis sumbat2 lagi. huhuhu
SG harap trip family ke Sabah kali ini berjaya dan selamat tanpa aral melintang. Semua penginapan, kenderaan dan lain2 telah SG uruskan awal. Tinggal bayar dan duduk sahaja. Dan selama 5 hari SG kat sana dah tentu blog kesayangan SG ni tak terupdate dan tak terblog walking. So ada tak sapa2 yang sudi blog walkingkan untuk SG. Nanti SG belanja KUIH CINCIN. apa? nak MUTIARA. Yang murah2 leh ler kot. hehehe. Pe pun pulang dari bercuti nanti, SG akan updatekan aktiviti2 SG di Sabah (KK, Kundasang, Ranau, Tawau & Semporna) untuk tatapan sahabat2 blogger. Kalau SG lambat update pun korang boleh juga tinjau2 blog kakakku yang join sekali trip ni si IZRYN. So SG mengharapkan korang mendoakan keselamatan kami dua keluarga disana. Jumpa lagi di posting Sabah 2011 akan datang. Wassalam...

Kisah percutian dihari pertama

Game 4 Liga Super 2011 - Selangor 3-2 Terengganu

SELANGOR mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Terengganu pada aksi keempat Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Ia merupakan aksi pertama Selangor tanpa kelibat Safee Sali yang telah berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya kelmarin.

Benteng pertahanan Selangor kembali mendapat sentuhan Khairul Anuar Baharom yang selesai penggantungan tiga perlawanan. Ketiadaan Safee pula menyebabkan jurulatih Selangor, K. Devan menolak ketua pasukan, Amri Yahyah ke posisi serangan untuk bergandingan dengan Fadzli Saari.Jentera tengah pula dijana oleh Safiq Rahim dan bekas kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin yang tampil buat kali pertama dalam kesebelasan utama. Manakala Hardi Jaafar ditolak ke posisi sayap kiri.


Selangor tampak begitu garang apabila mudah mendahului 3-0 sebelum Terengganu bangkit membalas dua gol pada lewat permainan. Gol pertama Selangor terhasil pada minit ke-17 apabila tolakan ke depan Safiq berjaya disudahkan Fadzli menerusi rembatan volley menarik. Selangor terus selesa apabila memperolehi gol kedua menerusi tandukan tipis Amri yang menyudahkan hantaran Fadzli pada minit ke-47. 10 minit kemudian, gol ketiga Selangor hadir menerusi rembatan kencang Azidan dari luar kotak penalti.

Namun Terengganu dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-69 yang berjaya disudahkan dengan baik oleh Ashari Samsudin. Terengganu terus merapatkan jurang apabila memperolehi gol kedua pada minit ke-87 setelah Abdul Hadi Yahaya yang tidak dikawal mudah menolak ke gawang Selangor. Gol penyamaan yang dicari Terengganu gagal terhasil sekali gus memberikan tiga mata penuh buat Selangor.

Selepas empat perlawanan, Selangor kini mengumpul tujuh mata untuk melonjak naik ke tangga keempat Liga Super di belakang Kelantan, Perak dan Harimau Muda A. Selangor tidak perlu turun beraksi untuk pusingan pertama Piala FA hujung minggu ini. Mereka hanya akan kembali beraksi untuk perlawanan kelima Liga Super menentang Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang pada 26 Februari depan.


SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 19. D. Surendran (12. Bunyamin Umar), 5. Khairul Anuar Baharum, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim (7. S. Sritharan), 18. Azidan Sarudin, 14. Hardi Jaafar, 17. Amri Yahyah (c), 23. Fadzli Saari (25. Fazilidin Khalid).

TERENGGANU: 25. Sharbinee Allawee Ramli, 5. Nik Zul Aziz Nawawi, 17. Mazuki Yusof (c), 21. Helmi Remeli, 23. Zharif Hasna, 7. Reeshafiq Alwi, 12. Joseph Kalang Tie, 13. Hasmizan Kamarodin, 22. Ashari Samsudin, 14. Abdul Hadi Yahaya, 20. Abdul Manaf Mamat.

Buat projek Valentine's day dengan membawa anak kecil

Written By Unknown on Tuesday, February 15, 2011 | 17:46

Sememangnya Valentine's day merosakkan akidah umat islam. Maka itulah yang terjadi dengan bangsa2 melayu yang kononnya mengaku beragama islam ini. Sudahlah buat dosa berkhalwat didalam hotel, boleh pula bawa anak kecil sekali sebagai teman. Kononnya mereka bertiga ini pasangan sekeluarga dan juga cubaan memperdayakan orang ramai dan juga pencegah maksiat.


Tapi tektik mereka ini dapat dihidu dan ditahan oleh penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dalam operasi antizina di beberapa hotel murah di Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 2 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan mahrim terutama dari luar kawasan itu menjadikan hotel murah di kawasan itu bagi ‘meraikan’ hubungan sulit sempena Hari Kekasih.

Ketika ditahan dan disoal siasat, duda berusia 27 tahun dari Dengkil itu  mengaku anak kecil itu yang berusia setahun lapan bulan adalah anaknya. Duda itu juga memberi alasan bahawa temannya yang berusia 21 tahun itu akan dinikahi pada bulan Jun depan.

Sebenarnya banyak lagi tangkapan telah dilakukan oleh pencegah maksiat diseluruh negara sempena hari kekasih semalam. Walaupun berbagai kempen anti Valentine's day telah dilaksanakan, nampaknya masih ramai lagi yang terpedaya dengan agenda budaya barat yang memesongkan ini. Apakah keseronokkan yang sementara itu memberi kebaikan yang berpanjangan.

p/s: Sudalah buat dosa berzina, buat pula dosa mengajak anak menjadi teman. Walaupun anak hanya sebagai teman saja, tetapi secara tidak langsung kita telah menurunkan ilmu yang tak elok kepada anak itu. Apabila ia sudah besar nanti, sekiranya ia melakukan perbuatan serupa dengannya, tidak perlulah lagi kita hendak memarahinya kerana kita sendiri yang mengajarnya.Yang pasti Allah akan bayar CASH diatas perbuatan kita didunia ini.

Sumber ihsan : Harian Metro Online

14 February datang lagi - Valentine's yang yang merosakkan

Written By Unknown on Sunday, February 13, 2011 | 16:01

Saban tahun bulan February adalah bulan yang amat ditunggu2 oleh sebahagian besar pasangan kekasih diseluruh dunia. 14 February atau lebih sinonimnya digelar Valentine's day adalah tarikh memperingati kekasih atau juga hari untuk membuktikan kasih sayang seseorang itu kepada kekasihnya.

Berbagai versi yang dikaitkan dengan bermulanya sambutan Valentine day ini. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan kisah siapa “St. Valentine” yang dimaksudkan, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui hujung-pangkalnya kerana setiap sumber mengisahkan cerita yang berbeza.   Tetapi yang pasti ia diasaskan oleh dunia barat yang beragamakan Kristian. Bagi kita umat Islam, adakah perlu kita meraikannya?.

Sebenarnya amalan merayakan Hari Kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram oleh JAKIM.

Hujjah:
  • Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
  • mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;
  • kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;
  • Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan
  • barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
  • Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32"


Banyak negara islam lain telah menguatkuasakan larangan untuk menyambutnya. Contohnya Arab Saudi, telah menyekat dan mengarahkan kedai2 bunga dan cenderahati dari menjual produk berwarna merah (walaupun sedikit sahaja merahnya) dan hadiah berbentuk hati hingga selepas hari Valentine's ini. Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar (HAIA) memberi amaran jika berlaku juga penjualan barangan terbabit, kedai akan diarahkan tutup dan pekerjanya akan dipecat. Anggota HAIA juga akan melakukan pemeriksaan disemua lokasi dalam misi memerangkap pasangan yang berjumpa secara rahsia di restoran dan kafe. Betapa tegasnya Arab Saudi dalam memelihara kesucian agama Islam ini.


Di Malaysia walaupun tiada penguat kuasaan terhadap pembelian barangan cenderahati, JAKIM serta Jabatan Agama Islam negeri tetap melakukan operasi dikawasan2 strategik yang kebiasaannya dikunjungi oleh pasangan kekasih ini. Hasilnya sudah pasti ramai pasangan kekasih ditangkap akibat berkelakuan sumbang serta melampaui batas.

Sebenarnya untuk membuktikan kasih sayang ini, tidaklah hanya pada 14 February (Valentine's day) ini sahaja.Walaupun seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, sebagai alternatifnya, marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA

p/s : Daripada kita sibuk nak meraikan 14 February (Valentine's day) ini, lebih baik kita bersedia untuk menyambut 15 February 2011 (Maulidur Rasul). Dapat juga faedah dan pahala kerana 12 Rabiul Awal adalah jatuhnya pada 15 February ini dan ia adalah dianjurkan oleh Islam untuk meraikannya serta menginsafi sejarah Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Game 3 Liga Super 2011 - Selangor 1-1 Kuala Lumpur

SELANGOR sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur pada aksi ketiga Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Hasrat penyerang utama Selangor, Safee Sali menghadiahkan kemenangan dan jaringan pada aksi terakhirnya sebelum menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya tidak kesampaian.

Sebaliknya gol Selangor dijaringkan Fadzli Saari menerusi tandukan cantik selepas dia menerima hantaran lintang Amri Yahyah pada minit ke-17.

Namun pada minit ke-53, Azwan Abd Malek melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi untuk gol penyamaan.

Safee yang diberi penghormatan memakai lilitan lengan selaku kapten pada aksi terakhirnya itu hampir berjaya menjaringkan gol ke-110 peribadinya pada minit ke-70.


Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Safee apabila tandukannya sekadar singgah ke tiang kiri gawang Kuala Lumpur biarpun penjaga gol, Norazlan Razali sudah tertewas.

Pada masa kecederaan, pemain gantian, Amirulhadi Zainal hampir memberikan gol kemenangan Selangor tetapi rembatan kencang leret dari luar kotak penalti sempat ditepis keluar Norazlan.

Selepas perlawanan, satu majlis perpisahan diadakan di pentas utama stadium dengan Safee diberi beberapa cenderahati seperti jersi gergasi Selangor, jam, bola dan gendang mini.

Selangor selepas ini akan bertemu Terengganu di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 19. D. Surendran, 4. Asraruddin Putra Omar, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 17. Amri Yahyah, 8. Safiq Rahim, 14. Hardi Jaafar (18. Azidan Sarudin), 9. Rudie Ramli (20. Amirulhadi Zainal), 23. Fadzli Saari (24. Fitri Shazwan Raduwan), 10. Safee Sali (c).
Simpanan tidak digunakan: 21. Saiful Amar Sudar, 7. S. Sritharan, 11. K. Depan Sakwati, 25. Fazilidin Khalid.

KUALA LUMPUR: 21. Norazlan Razali, 2. Shahrom Abdul Kalam (c), 6. Fahrul Razi Kamaruddin, 7. Azwan Abd Malek, 8. Norismaidham Ismail (14. Badrul Hisyam Azmi), 9. Azmi Sarmin (11. Syazmin Firdaus), 19. Ahmad Azlan Zainal, 22. Syafiq Johari, 23. Farid Ramli, 25. Ahmad Dashila Tajudin, 28. Ahmad Hazwan Bakri (18. Yong Kuong Yong).
Simpanan tidak digunakan: 24. Remezey Che Ros, 15. Afiq Azmi, 17. Nazrin Nawi, 20. Farouk Hashim.

PENGADIL: Rosdi Shahrul.

Game 27 BPL 10/11 - Liverpool 1-1 Wigan

Satu mata lebih berharga dari berputih mata.


Tak tau nak komen apa pasal game tadi. Tengah lesu je. langsung tak bermaya. Bertambah teruk lagi bila hero kita Meireles dikeluarkan. Lucas jadi serba tak kena. Kelly dan Johnson hanya sekali sekala sahaja membuat hantaran silang. Yang lain semua tersangkut ditengah padang.


King Kenny mengunakan formasi 4-4-1-1 dimana formasi ini sudah biasa digunakan sebelum ini. Tetapi, rasanya, menggunakan formasi sebelum ini 5-3-2 adalah lebih menarik dari malam ini. Ketiadaan Kapten fantastik Gerrard menjadi punya lemahnya barisan tengah kita. Pecahnya rekod clean sheet 4 perlawanan berturut2 juga akibat tiada kelibat Agger di barisan pertahanan. Adakah selama2nya kita sentiasa mengharapkan mereka2 ini.


Tahniah kepada hero kita. Meireles. Pemain hasil dari tinggalan Uncle Roy ini semakin menjadi2. Menjaringkan gol ke 5 nya dalam 6 perlawanan terakhir. Pantang jumpa bola Volley, pasti Meireles tak akan lepaskan peluang.


Tapi seri sudah memadai. Walaupun 1 mata, ia amat berharga buat kita, Walaupun 3 mata itu lebih penting. Selepas ini 2 minggu kita tidak mengharungi Premier League. Tetapi kita ada perlawanan kalah mati UEFA League dalam dua minggu berturut2 ini. Semoga kemenangan milik kita. YNWA.


Scoring Summary

Liverpool Wigan Athletic
Raul Meireles (24')Steve Gohouri (65')

Match Stats

Liverpool                    Wigan Athletic
19(4) Shots (on Goal) 14(2)
11 Fouls 17
8 Corner Kicks 5
0 Offsides 3
53% Time of Possession 47%
1 Yellow Cards 3
0 Red Cards 0
1 Saves 3

Teams

Liverpool Wigan Athletic
25 Pepe Reina26 Ali Al Habsi
37 Martin SkrtelAntolรญn Alcaraz
23 Jamie CarragherGary Caldwell
Glen Johnson31 Maynor Figueroa
34 Martin KellySteve Gohouri
Fabio Aurelio21 Mohamed Diame
21 LucasBen Watson
18 Dirk KuytJames McCarthy
Raul Meireles10 Charles N'Zogbia
Luis Suรกrez11 Victor Moses
17 Maxi Rodrรญguez20 Hugo Rodallega
Substitutes
28 Christian PoulsenSteven Caldwell 13
16 Sotirios KyrgiakosMichael Pollitt 12
24 David NgogRonnie Stam 23
12 Dani PachecoJames McArthur 16
42 Peter GulacsiTom Cleverley 15
22 Danny WilsonFranco Di Santo 7
14 Milan JovanovicJordi Gรณmez 14
Substitutions
David Ngog for Raul Meireles (54)Tom Cleverley for Victor Moses (66)
Milan Jovanovic for Dirk Kuyt (73)James McArthur for Ben Watson (73)
Yellow Cards
Jamie Carragher (64)Steve Gohouri (30)
 Antolรญn Alcaraz (59)
 Gary Caldwell (71)
· Squads: Liverpool | Wigan Athletic

Benteng Pertahanan Diri , Keluarga dan Harta Benda

Written By Unknown on Friday, February 11, 2011 | 04:53

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh  diamalkan seperti berikut;  
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi 
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin 
  4. Ayat Berkubu  
  5. Ayat Penggerak 

AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
 

BACAAN  
 
1. Surah Al-Ikhlas 


2. Surah Al-Falaq 

3. Surah An-Naas 

CARA 

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat 
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa 
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas 
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.  
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


AYATUL KURSI

BACAAN 
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat  255)

CARA 

  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf 
  2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca  ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri. 
  3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN


BACAAN 



Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan dihadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA 

  1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda 
  2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

AYAT BERKUBU

BACAAN  


Terjemahan:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah. 

CARA
  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri. 
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri. 
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara 
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas 
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

AYAT PENGERAK

BACAAN  


Terjemahan:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA 

  1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali. 
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


p/s: Semoga bermanfaat kepada semua. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang buruk datangnya dari diri kita sendiri. Renung2kan dan selamat beramal.

sumber : yahoo.group

International Friendly - Malaysia 2-0 Hong Kong

Written By Unknown on Thursday, February 10, 2011 | 01:37

Skuad Harimau Malaya telah berjaya mengalahkan pasukan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Ini adalah perlawanan pertama selepas kejohanan Piala AFF Suzuki yang lalu.

Separuh masa pertama, pasukan kebangsaan mendominasikan serangan serta mengawal tempo permainan. Hasilnya pada minit ke 44, Safiq Rahim bertindak bijak melepaskan diri dari kawalan pertahanan Hong Kong sebelum merembat kencang untuk menjadikan kedudukan 1-0.


Separuh masa kedua pula, pasukan Hong Kong mula menunjukkan tanda2 kebangkitan. Beberapa percubaannya berjaya diselamatkan oleh pertahanan dan juga penjaga gol kita. Perlawanan menjadi rancak apabila, Malaysia juga bertindak membuat serangan balas dengan membuat beberapa percubaan. Akhirnya pada minit2 terakhir perlawanan, Amirul Hadi yang terlepas dari perangkap offside, berjaya merembat menewaskan penjaga gol serta pertahanan Hong Kong. Sehingga tamat perlawanan, Malaysia 2-0 Hong Kong.


Untuk perlawanan ini, K. Rajagobal menurunkan beberapa muka baru untuk digandingkan bersama pemain yang sedia ada. Selain mencuba keserasian pemain, ia juga memberi pendedahan kepada pelapis2 untuk jangka masa panjang.

Tahniah Malaysia. teruskan meraih kejayaan dimasa akan datang.

6 penggodam terbaik di dunia

Written By Unknown on Wednesday, February 9, 2011 | 02:33

Jonathan James
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara karena membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.









Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantop dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan:
  • Mengkaburi FBI 
  • Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
  • Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
  • Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker . Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

Kevin Poulsen
Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.




Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!
Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.
Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.


Sumber : yahoo group dan Laloque d'Loqlaq 
  

Pelita Jaya - Kenapa Safee Sali memilih kesana?

Written By Unknown on Tuesday, February 8, 2011 | 02:40

Semalam dalam satu sidang media khas di Wisma FAS, Kelana Jaya, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad telah membuat pengumuman bahawa penyerang Selangor merangkap penyerang kebangsaan telah sah berhijrah ke Indonesia untuk mewakili kelab Pelita Jaya. Persoalannya sekarang, mengapa Pelita Jaya?

Ketika ini didalam Liga Super Indonesia, Pelita Jaya menduduki tangga ke 15 yakni tangga terakhir. Dalam 13 perlawanan yang dilalui, Pelita Jaya hanya menang 3 kali, seri sekali serta kalah 9 kali dan memungut 10 mata. 22 mata perbezaan dengan peneraju liga kelab Persipura. Jika sebelum ini, Safee dikaitkan dengan kelab Persib Bandung tetapi akhirnya tawaran Pelita Jaya juga yang menarik minatnya. Dari segi pemikiran kita sebagai peminat bolasepak tempatan, adalah amat melucukan, Tetapi setiap perkara yang dipersetujui, ada baik dan buruknya.

Keburukkan
Adakah Safee tidak sesuai untuk bersama pasukan2 yang gah di Liga Indonesia. Menyaingi pemain2 import mereka dari serata dunia. Ataupun pasukan2 yang gah ini beranggapan Safee sememangnya tidak layak?

Kebaikan
Mungkin kita tidak pernah terfikir apa kelebihan bermain di pasukan yang lemah. Sebenarnya ada baiknya juga Safee memilih kelab yang lemah ataupun tercorot. Ini kerana sekiranya Safee boleh menaikkan kembali kemajuan kelab ke tangga liga yang lebih baik, kehadirannya disana amatlah disanjung serta lebih banyaklah mata yang tertumpu kearahnya. Bukankah ia suatu peluang untuk menaikkan namanya serta mutu pemain2 Malaysia.

Safee akan menandatangani kontrak pada 14 Februari nanti di Indonesia dan kontraknya sehingga 31 Januari 2011 iaitu hanya setahun sahaja. Dalam kontraknya juga menyatakan bahawa Safee perlu kembali ke Selangor andai kontraknya bersama Pelita Jaya berakhir nanti.

Walaubagaimanapun FAS tidak mendedahkan berapa jumlah bayaran dikenakan terhadap Pelita Jaya sebagai menebus kontrak Safee bersama Selangor sebenarnya hanya akan berakhir pada November depan. Ini kerana pihak FAS dan Pelita Jaya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai perpindahan dan juga jumlah gaji yang bakal diterima Safee.

keputusannya untuk berhijrah ke Liga Indonesia dan menjadi pemain Malaysia pertama beraksi bersama kelab Indonesia sesuatu yang cukup besar demi memajukan kariernya. Diharap Safee dapat menimba ilmu di perantau untuk dibawa pulang apabila diperlukan nanti. Selamat berjaya Safee Sali.

Steven Gerrard injured lagi

Written By Unknown on Monday, February 7, 2011 | 13:58

Selepas kemenangan menewaskan Chelsea malam tadi, Kenny Dalglish menyatakan bahawa kapten fantastik kita Steven Gerrard telah disahkan mengalami kecederaan di otot pehanya.

Walaupun kecederaanya tidaklah terlalu serius, tetapi Dalglish berharap agar Gerrard tidak diturunkan untuk pasukan England pada rabu ini menentang pasukan Denmark dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Diharap Gerrard dapat pulih dengan segera untuk menerajui kebangkitan The Reds. YNWA

Game 26 BPL 10/11 - Chelsea 0-1 Liverpool

Tersungkur akibat penangan Agger
Robohnya Jambatan malam tadi menyaksikan cita2 si pembelot Torres untuk menjaringkan gol pada penampilan pertamanya tidak kesampaian. Torres yang masih dihimpit rasa bersalah dan takut2 dibelasah oleh bekas rakan2nya langsung tidak memberi impak kepada barisan serangan Chelsea. Apa yang kita lihat nilai £ 50 juta yang dibelanjakan oleh Roman Abramovic adalah satu pembaziran dan yang untungnya adalah Liverpool.

Kuyt
Maxi (Aurelio), Lucas, Gerrard, Meireles (Poulsen)
Johnson,Agger, Skrtel, Carragher, Kelly
Reina

Ko belotnya, Nanti aku sekolahkan ko, kata Skrtel
Kan aku dah cakapa tadi, amik ko.
Giliran aku pulak yer pembelot.
Ya tuhan, ampunkanlah dosa2ku di Anfield. Waaa
Sekali lagi King Dalglish mengguna pakaikan corak bertahan. Mempertaruhkan formasi 5-4-1, Liverpool berjaya mengekang tiga serangkai barisan serangan Drogba, Anelka dan Torres. Tiada ruang untuk mereka sehingga Torres dibawa keluar pada minit ke 66 akibat langsung tidak membawa sebarang erti. Disebalik kegagalan itu, Liverpool mengambil kesempatan dengan melancarkan beberapa serangan yang hampir menjaringkan gol terutamanya tampanan dari Maxi Rodriguez yang terkena palang.

Meireles, Wira The Reds

Tendangan padu maut!!!
Tiga minit selepas Torres keluar, akhirnya Liverpool berjaya juga menjaringkan gol. Hantaran lintang dari kapten fantastik Steven Gerrard, hanya di acah oleh Kuyt untuk mengelirukan Petr Cech sebelum disambar oleh Meireles untuk gol kemenangan. Meireles yang telah dianugerahkan pemain terbaik kelab untuk bulan januari lalu, membuktikan bahawa undian peminat adalah tepat. Meireles kini telah menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan berturut2.


Apa yang membanggakan peminat,90 minit Liverpool bermain menggunakan pemain2 yang sedia ada tanpa menurunkan Suarez. Bayangkan sekiranya bintang kita Suarez ini diturunkan, mungkin lagi parah Chelsea dikerjakan. Disatu sudut bangku simpanan pula, terpancar wajah kekecewaan dan mungkin penyesalan buat idola baru Chelsea Torres. Terlajak perahu boleh digostan, terlajak hantar surat, sendiri mau ingat ler..

Ni 50 juta ke 50 sen. main macam taik
Kemenangan ke 4 berturut2 oleh Liverpool malam tadi selain memungut 12 mata maxsimum, buat pertama kali juga untuk musim ini Liverpool berada di tangga ke 6 perbezaan 6 mata dibawah Spurs dan Chelsea di tempat ke 5 dan 4. Kemenangan ini adalah hadiah terbaik untuk peminat yang selama ini setia bersama kelab.

Ko ni pun sama gak kayu macam si Torres
Selepas perlawanan, otai kita di barisan pertahanan Carragher membuat ulasan bahawa Torres akan berjaya di Chelsea tetapi akan mengambil masa sedikit. Dia adalah antara pemain terbaik didunia. Carragher juga mengatakan para pemain tidak menampilkan mutu permainan terbaik dibawah kendalian Hodgson dan kini setelah kehadiran King Dalglish segala2nya berubah dan berharap King Dalglish akan menjadi pengurus kekal pada masa akan datang.

p/s: Sekarang semua mulut2 diluar diam terkunci. Terkejut dengan perubahan drastik The Reds. Untuk Torres, kurangkan komen & bercakap. Tonjolkan dahulu kebolehan. Main pun berterabur, ada hati nak cakap besar.

Scoring Summary

Chelsea Liverpool
Raul Meireles (69')

Match Stats

Chelsea                            Liverpool
20(1) Shots (on Goal) 8(3)
10 Fouls 10
4 Corner Kicks 3
3 Offsides 2
57% Time of Possession 43%
1 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
2 Saves 1

Teams

Chelsea Liverpool
Petr Cech25 Pepe Reina
26 John Terry37 Martin Skrtel
Branislav IvanovicDaniel Agger
12 John Mikel Obi23 Jamie Carragher
Ashley Cole17 Maxi Rodrรญguez
17 Josรฉ Bosingwa21 Lucas
39 Nicolas AnelkaGlen Johnson
Frank Lampard34 Martin Kelly
Michael Essien18 Dirk Kuyt
11 Didier DrogbaRaul Meireles
Fernando TorresSteven Gerrard
Substitutes
15 Florent MaloudaFabio Aurelio 6
19 Paulo FerreiraChristian Poulsen 28
22 Ross TurnbullSotirios Kyrgiakos 16
21 Salomon KalouDavid Ngog 24
David LuizPeter Gulacsi 42
55 Jacopo SalaLuis Suรกrez 7
46 Joshua McEachranMilan Jovanovic 14
Substitutions
Salomon Kalou for Fernando Torres (66)Fabio Aurelio for Maxi Rodrรญguez (75)
Florent Malouda for John Mikel Obi (71)Christian Poulsen for Raul Meireles (84)
David Luiz for Josรฉ Bosingwa (73) 
Yellow Cards
John Mikel Obi (1)Lucas (74)
· Squads: Chelsea | Liverpool
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger