Headlines News :
.
Home » , , , » Dalglish ditendang keluar jua akhirnya

Dalglish ditendang keluar jua akhirnya

Written By Unknown on Thursday, May 17, 2012 | 04:25

Nak kata terkejut, memang dah boleh agak. Nak kata sedih, adalah sedikit tapi taklah sampai nak melelehkan airmata. Nak komen lebih-lebih, siapalah SG disisi Fenway Sports Group (FSG) dan Liverpool FC yang lebih memahami keadaan sebenar akibat kocek yang sudah koyak cuma sedikit sahaja yang ditampal. Itulah nasib yang berlaku kepada Lagenda merangkap pengurus pasukan Liverpool Kenny Dalglish yang telah ditamatkan kontrak sebagai pengurus dengan serta merta pada 16 May 2012.

Bila sukan telah menjadi perniagaan singkat untuk mengaut keuntungan, beginilah kisahnya yang pasti terjadi. Sikap pemilik yang tidak sabar dengan pulangan lumayan dari apa yang dilaburkan membuatkan beliau tidak mengira siapa mereka, pasti akan merasa kekejamannya.


Diawal meminta pertolongan, Dalglish dipujuk, dirayu serta dipuja untuk menyelamatkan nasib pasukan Liverpool yang jatuh kelubang kehinaan akibat kegagalan Hodgson membawa perubahan. Dengan rela hati walaupun sedang bercuti, Dalglish bergegas kembali untuk menghulurkan bantuan keatas pasukan kesayangannya ini. Dengan berbekalkan pemain yang serba tak jadi, ayam tambatan mencurangkan diri ke Chelsea, pembelian panik pecah tradisi dan Suarez wira dihati, Dalglish berjaya menyelamatkan maruah Liverpool hingga ketahap yang selamat walaupun tanpa sebarang hadiah kegembiraan yang boleh diberikan kepada FSG a.k.a John Henry. Tapi FSG faham, mereka bagi peluang lagi ikat kontrak 2 tahun.

"Aku punya duit, suka hati akulah nak buat apapun." Mungkin itulah kata-kata Henry

Dengan keyakinan dan ayat power Dalglish dan Comolli, berjuta-juta duit lagi dikeluarkan dalam pembelian yang indah rupa dari khabar. Nasib baik kuda tua yang dapat secara percuma itu dapat cover sedikit kegagalan  hasil pembelian besar-besaran ini. Awal tahun 2012 bila tiada shopping pemain dilakukan, kita sudah boleh agak, Dalglish tak lama jer lagi ni jadi pengurus. FSG ikat kos untuk Dalglish habiskan musim dengan tunggul kayu yang ada. Ingat bila dah bagi piala Mickey Mouse tu, Dalglish boleh tidur lena, rupanya target FSG untuk layak ke liga Juara-juara musim hadapan hancur berkecai dengan keputusan perlawanan yang jauh dari harapan. Tapi Dalglish maintain, masih lagi boleh cover dengan FA Cup. Malangnya dalam FA cup, Linesman pula buat hal. Memang sepatutnya linesmanlah yang harus disalahkan dengan pemecatan Dalglish ini. huhuhuhu.

Banyak-banyak gambar KD, gambar inilah yang paling terharu untuk dilihat

Tak apalah Dalglish, bila dah tua-tua ni, anda sepatutnya duduk-duduk sahaja di bangku penonton dan terus menjadi duta Liverpool. Tak payah dah nak fikir-fikir untuk nak mencipta nama yang sedia terukir tu. Bagi sahaja kepada sesiapa yang difikirkan sesuai oleh FSG dan Liverpool FC. Tapi yang pastinya kali ini FSG tidak akan mendengar permintaan peminat seperti kisah Dalglish dahulu. So tak payahlah nak pekik-pekik nama RAFA BANITEZ ke, PEP GUARDIOLA ke hatta JOSE MOURINHO sekalipun kerana FSG dah tau, mereka-mereka ini tak boleh berjuang tanpa dana yang besar. Jadi siapa pun FSG nak pilih, lantaklah. Duit mereka, kita ni hanya peminat jer. Walaupun dihati ini, teringinkan Rafa kembali. Paling tidak pun Martin O'neill yang bijak memilih pemain walaupun main kutip-kutip je dari tepi jalan. Tapi apakan daya. Siapalah suaraku ini.....


*walauapapun terjadi, Liverpool tetap dihati.. YNWA...

Dalglish adalah pengurus ke 37 untuk musim 2011/2012 ini yang ditendang keluar dalam liga England
  1. August 25 - Peter Jackson (Bradford City)
  2. September 18 - Peter Reid (Plymouth)
  3. September 23 - Sean O'Driscoll (Doncaster)
  4. October 2 - Steve McClaren (Nottingham Forest)
  5. October 3 - Keith Millen (Bristol City)
  6. October 14 - Steve Cotterill (Portsmouth)
  7. October 24 - Sven Goran Eriksson (Leicester)
  8. November 10 - Dario Gradi (Crewe)
  9. November 14 - Gary Johnson (Northampton) 
  10. November 15 - Nigel Pearson (Hull)
  11. November 30 - Steve Bruce (Sunderland)
  12. December 6 - Mick Wadsworth (Hartlepool)
  13. December 14 - Phil Brown (Preston)
  14. December 19 - Steve Eyre (Rochdale)
  15. January 3 - Paul Buckle (Bristol Rovers)
  16. January 8 - Neil Warnock (Queens Park Rangers)
  17. January 9 - Terry Skiverton (Yeovil)
  18. January 24 - John Coleman (Accrington Stanley)
  19. February 1 - Simon Grayson (Leeds)
  20. February 13 - Mick McCarthy (Wolves)
  21. February 18 - Martin Allen (Notts County)
  22. March 1 - Gary Megson (Sheffield Wednesday)
  23. March 4 - Les Parry (Tranmere)
  24. March 4 - Andre Villas-Boas (Chelsea)
  25. March 5 - Jamie Pitman (Hereford)
  26. March 17 - Paul Peschisolido (Burton)
  27. March 18 - Gary Simpson (Macclesfield)
  28. March 19 - Andy Scott (Rotherham)
  29. March 25 - Lee Bradbury (Bournemouth)
  30. April 9 - Steve Evans (Crawley)
  31. April 16 - Lawrie Sanchez (Barnet)
  32. April 30 - Brian Horton (Macclesfield)
  33. May 8 - Nick Barmby (Hull City)
  34. May 8 - Andy Hessenthaler (Gillingham)
  35. May 11 - Richard O'Kelly (Hereford)
  36. May 14 - Alex McLeish (Aston Villa)
  37. May 16 - Kenny Dalglish (Liverpool)




Share this article :

4 comments:

  1. kesilapan yang berulang, Rafa dengan Lucasnya dulu...skang Dalglish dengan handersonya

    Lucas dah jadi Star skang.... Sepeningalan Dalglish handerson pon mungkin 2, 3 tahun lagi jadi star


    Roberto Martinez nama paling hot, dan aku rasa kalau dia ni lah ganti dalglish, aku rasa keputusan john Henry sama gila ngan dalglish yang letak spearing dalam perlawanan akhir piala Fa hari tu...

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan Owner2 baru yang memiliki kelab bolasepak boleh dikatakan gila belaka. Kadang kita sendiri tidak tahu apa yang mereka mahukan.

    Tetapi gilanya mereka itu adakalanya membawa keuntungan seperti "MC" dan keburukan seperti "CHELSEA".

    Bukan mudah yer nak dapat owner seperti owner ARSENGAL. Rileks jer walaupun dah lama x dpt piala.

    ReplyDelete
  3. king bola da berlalu...tp king kt wisma fam tu bila lg?

    ReplyDelete
  4. nampaknya sume skrg tgh pikir name2 utk pengganti manager..Roberto Martinez? Aku risau die akan jadi macm Hodgson plak..
    Aq dah tak bleh blah, Rafa sentiase dalam kepala aq sbab taktik Rafa sangat membunuh dalam pentas Eropah dan sukar disangkal..
    Aq rase hanya antara Rafa atau Martinez yang akan dipilih Henry.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger