Headlines News :
.

10 JAMBATAN PANJANG DI DUNIA

Written By Unknown on Wednesday, March 31, 2010 | 13:35

SAKSIKANLAH 10 jambatan panjang di dunia yang merentasi lautan menyambungkan daratan dan pulau..


JAMBATAN SEVEN MILES, FLORIDA, USA

JAMBATAN SANMATEO-HAYWARD, SAN FRANCISCO, USA

JAMBATAN CONFEDERATION, NEW BRUNSWICK, CANADA

JAMBATAN RIO-NITEROI, RIO DE JANEIRO, BRAZIL

JAMBATAN PULAU PINANG, MALAYSIA

JAMBATAN VASCO DA GAMA, LISBON, PORTUGAL

JAMBATAN TELUK CHESAPEAKE, MARYLAND, USA

KOSWAY RAJA FAHD, ARAB SAUDI

JAMBATAN DONGHAI, SHANGHAI, CHINA

KOSWAY TELUK PONCHARTRAIN, LOUISIANA, USA

Pokok jarak boleh jadi ubat


 
Daun pokok jarak

Pokok jarak atau lebih dikenali dengan nama pokok jarak pagar kerana sering kali dijadikan pokok penghias pagar memang banyak terdapat sama ada di kawasan tanah tinggi atau rendah. Pokok yang tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae ini mempunyai pelbagai nama daerah seperti jarak putih dan jarak belanda. Nama lain tumbuhan ini adalah Barbados nut, Big-purge nut tree, Curcas bean, Kukui haole, Physic nut, Purge nut, Ratan jyot dan Purgeboontjie.

Jarak atau nama botaninya Jatropha curcas berasal dari benua Afrika. Sekarang pokok jarak banyak terdapat di kawasan tropika. Jarak mempunyai kepentingan tidak sahaja dari segi kesihatan, malah dari segi ekonomi. Pokok jarak amat penting dari segi kegunaan dalam perubatan tradisional. Dikatakan semua bahagian pokok jarak boleh dibuat ubat. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dengan tumbuhan ini kerana keseluruhan pokok terutama buahnya adalah beracun dan hanya boleh digunakan dalam pemakaian LUARAN sahaja. Kini, dengan teknologi terbaru, siapa sangka pokok jarak mampu bahan komersil, iaitu alternatif kepada minyak petrol untuk kegunaan automobil. Tak percaya? Rujuk sini --> Jarak Pagar alternatif petrol.

 
Keratan akhbar Utusan 06/12/2007 - info tentang pokok jarak

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga lima hingga tujuh meter. Ia mempunyai batang yang tebal dan mempunyai susu getah. Batang jarak pagar boleh dilihat sebagai berkayu dan bertangkai bulat.

Bahagian aktif yang terdapat di dalam pokok jarak adalah curcin (sejenis toxalbumin). Antara bahan lain yang terdapat dalam pokok ini adalah asid gliserid (hampir menyerupai asid ricinoleik dan krotonoleik) , hidroksiforbol ester (sejenis minyak puratif dan perengsa), hell oil, pinheon oil, asid hidrosianik, amyrin, sitosterol, glukose, fructose, galactose, asid oleic, linoliek dan lain-lain lagi.

Daun jarak pagar adalah lebar dengan sisi berlekuk-lekuk dan berwarna hijau tua. Tumbuhan ini juga mempunyai buah berbentuk bulat atau bujur telur dan berwarna hijau pekat yang akan bertukar kuning apabila matang. Permukaan kulit buah tersebut adalah licin atau gondol. Pada satu tangkai akan terdapat tiga hingga lima biji buah. Ini dipercayai batangnya beracun kerana mengandungi alkolaid dan bahan-bahan lain.


 
Pokok jarak dan buahnya - closed up

Getah pokok jarak pagar yang berwarna kekuningan digunakan sebagai ubat kepada telapak kaki yang terkena kutu air dan pacak. Caranya adalah dengan menitiskan pada celah-celah kaki yang terlibat. Selain itu dikatakan getahnya daripada batang pokok jarak pagar juga boleh menghilangkan kesakitan buat kanak-kanak yang baru lepas berkhatan. Getah pokok jarak ini juga dikatakan boleh mengurangkan pembengkakan barah atau bisul mulut dan boleh digunakan untuk mengubat sakit gigi dengan cara menampal pada bahagian gigi yg sakit. Kulit batang pokok jarak pula boleh disapu pada bekas gigitan ular dan salah urat terkehel.

Daun pokok jarak boleh digunakan sebagai penyubur rambut dan pelega luka. Caranya adalah degan menumbuk lima helai daun pokok jarak pagar yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Kemudian sapukan ke kepala. Akar dan daun juga boleh digunakan sebagai ubat lumpuh saraf pada muka, tetanus, sawan, sakit sendi dan pelbagai penyakit kulit. Buah jarak pagar apabila dimasak pula akan mengeluarkan minyak yang berwarna kuning tetapi ia agak beracun. Dipercayai minyak hasil buah jarak pagar yang telah diproses apabila dicampurkan dengan belerang boleh mengubati luka-luka ringan.

Selain kegunaan besar pada getah, batang dan daun, mana-mana bahagian pokok juga boleh dijadikan barut bagi wanita lepas bersalin. Caranya adalah dengan menggiling bahagian pokok terutama daunnya, sehingga lumat. Pokok jarak juga berkesan sebagai penawar penyakit rhuematism. Cara rawatannya dengan menumbuk daunnya hingga halus dan dan dicampurkan dengan air panas, letakkan pada bahagian yang sakit dan balut. Perubatan moden juga ada menggunakan ekstrak dari biji jarak ini untuk mengubat penyakit seperti hernia, kanser, gonorrhea, lumpuh, siplis dan tetanus (kancing gigi), athritis dan boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit kelamin.



Biji pokok jarak

Orang Cina menggunakan biji jarak untuk mengubati uterus atau rektum yang terkeluar dengan menghancurkan dan digosokkan di kepala. Jika digosok pada tapak kaki, ia boleh merangsang plasenta keluar selepas bersalin. Sesetengah puak di Afrika menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah jarak dalam pembuatan sabun dan lilin.

Di Filipina pula, akar pokok jarak pagar digunakan sebagai racun ikan. Biji buah jarak yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa sawit boleh dijadikan sebagai racun tikus. Di Brazil, air rebusan daun jarak digunakan untuk mengecutkan buasir dengan berendam di dalam airnya.

Kesan Keracunan

Jika anda terkena susu getah daripada pokok jarak pagar boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Jika termakan buah pokok jarak pula, anda akan mengalami tanda-tanda keradangan pada sistem pemakanan seperti sakit perut dan kesan terbakar pada tekak dalam masa setengah jam. Ini akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti rasa loya, muntah dan cirit-birit yang mungkin mengandungi darah. Lain-lain tanda yang boleh terjadi ialah kekurangan air, kegagalan fungsi jantung akibat pendarahan di dalam perut dan kerencatan sistem saraf pusat.

Jika anda tertelan mahupun termakan buah atau getah pokok jarak pagar ini, apa yang boleh anda lakukan adalah minum air atau susu bagi tujuan melarutkan racun. Jika tidak berkesan, hendaklah segera mendapatkan rawatan.

LAWAK JENAKA

kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb
waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, Hish, sapa pulak yg gelak2 tu? bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia
nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh
belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

20 cara untuk jadikan roommate anda gila

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati horee...kau dah balik. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia Sepatutnya kau dah blah dah skrg

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 Tolong, kat mana aku berada ni? dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata Dah merebak... dah merebak!

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi sambil keluar menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata Tak lama lagi...tak lama lagi...

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, Siot betul, kalah lagi

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat Horee...!. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda... Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata Eh, kau rupanya...

10. Kata kat roommate Ada pesanan penting untuk kau. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap Eh...aku dah ingat. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding... . Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat mcm x nmpk apa2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...



Kapal Terbang

Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer Everybody can fly.

Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa?
Aku: Kelas ar
Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?
Aku: Oh masa dulu2 saya kelas sastera,n ak apply kelas sains tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari.

Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?
Aku: oh..ar ya..nape?

Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..
Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..
Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..

Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..
Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok.. no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..

Aku: Kapal tak on lagi kut nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal.Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik?Ada masalah?
Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie..

Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku.. ...dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang

Jangan menyakitkan hati orang lain dengan menanye banyak kali



Hina sangat ke mamat nih

Kisah ni memang terjadi btul kat aku.

Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu... dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun gerak member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler... ..

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak... .mesti member aku soundnyer... .aku pun start tulis... ... .HALLOOO itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie... sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...

aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata HELLO... ..Aku tarik nafas aku pun jawab,HI. Aku ingat dia pun
senyum jerlah... sekali dia kata I'M LINA MARLIANA .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum... ..

LINA : That is a nice card, untuk siapa?
AKU : It's for my friend, Dia nyer birthday tommorow
LINA : Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie... I hope you can help me

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong. Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU,
hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member- member aku kat Jambatan tengah tuh... . aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk... . so Kita orang pi ler
kat Lot 10 balik...

Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya
MEMBER : Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul
AKU : Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh HI LINA, sekali... ... ... ... ... ... .

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ... ..

KENAL KONON, SETAKAT KO LER... SEPULUH DIA BOLEH CARI, aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua gelak, aku blur... ...

Ada ker patut satu perempuan buat cam tuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham... ... . Adakah semua perempuan cantik macam nie

Mungkin kot... .Aku dah mula berfikiran negatif... tapi aku tetap suka kat dia... .sebab aku masih lagi pikir yang dia baik..

Bodoh ker aku ?

Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia... .dia tenung aku macam tak puas hati... . aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!! !! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku
terdiam, member aku semua pun senyap... ... ... aku tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap... tengah aku dok tolong tuh..

tiba-tiba... ...

LINA : PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak... ..aku pun senyap

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie... ... ..

Check punya check, rupa rupa handbag dia hilang... . aku pun dah takut.

Security tanya aku, mana bag dia??

Aku : Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg

LINA: Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie

AKU : I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you

Aku dah panik... ... ..

AKU : Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri... apa masalah nie

LINA: Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri...

ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : Then what is this ? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi

LINA : Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat
apa... .

Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku... . aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar... .aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI,

Itulah kata kata dia k... ... ... ... .

Dah tenat aku...

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku... . aku dah sedih giler.

Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : APA MASALAH NIE OK..What is your Name?
LINA : Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi
Manager : Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising
AKU : Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan
Manager : Lina, How sure are you, this guy took you handbag
LINA : Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil... ... sapa lagi... muka dia pun muka pencuri

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh... ..selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina,

Is this your handbag, Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang... ..semua okay... takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia... ... .

APA YG PATUT AKU LAKUKAN ??

Aku pun senyap, aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik... .

MEMBER : Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan

ABG AKU : Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa... dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati... .

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia,lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...

AKU : Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu... mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court

Manager : Dah lah tuh, dia silap.. dah lah tak yah kecoh kecoh
AKU : Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang

LINA : APa ko ingat ko bagus?? nak report aku... .. aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??

AKU : baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie

Manager : Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe

Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku... ..dia letak telefon.

LINA : Nah amik nie, aku mintak maaf... ... .

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... ... ... ... .

Dia terkesima..

Setakat RM300, ko ingat aku apa... ... . budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu..

Dia pun bengang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap... ... .

Aku amik cek tuh aku pun koyak... . aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan... .

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam... ... . banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

aku pun nak jugak amik...

so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla... ... tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia... .. aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku... ... ...

Oi..bangun oi... dah subuh dah nie... bangun pi skolah

HAHAHA... MESTI SEMUA TENSENN BACE... JGN MAREEE..melampau betul drama ni...

Cara melajukan capaian internet anda..

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutaman ya yangberwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam.


AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya... Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan  khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk
mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. 
 " Berani Kerana Benar,
 Takut Kerana Salah,
 Berundur Bukan Kerana Gementar,
 Melangkah Hanya Ke Jalan ALLAH "

Jangan abai hak Rasulullah

SENARIO begini lumrah kelihatan acap kali tiba hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


SUDAH menjadi agenda terpenting dalam setiap majlis Maulid Nabi SAW, ucapan selawat dan memuji Baginda dialunkan dan dikumandangkan. Selain mendapatkan pahala dan keberkatan, majlis ini juga berperanan mendekatkan umat Islam kepada nabi mereka dalam rangka mengingatkan umat Islam tentang ketinggian dan keluhuran agama Islam yang dibawa Baginda SAW.
Namun, dalam kerancakan penganjuran maulid, dalam keindahan suasana keistimewaan dan ketinggian Rasulullah SAW dihayati dan dimartabatkan, ada terdengar suara-suara sumbang yang menempelak majlis seperti ini kerana dikatakan mengandungi unsur ghuluw (pelampauan) dalam memuji Baginda SAW.
Setakat manakah kebenaran dakwaan mereka ini? Jika memuji Nabi SAW dikatakan boleh membawa kepada perbuatan menyamatarafkan kedudukan Baginda SAW dengan Allah SWT, bagaimanakah pula dengan pujian dan sanjungan tinggi menjulang yang diberikan kepada manusia-manusia lain yang jauh lebih rendah kedudukannya daripada Nabi Muhammad?
Pada minggu lepas, kita telah membicarakan bahawa Baginda SAW juga adalah seorang insan ciptaan Allah, tetapi berbeza daripada manusia lain dengan dikurniakan pelbagai keistimewaan tertentu oleh Allah.
Justeru, memandang Baginda sebagai seorang manusia semestinya disertai dengan pandangan istimewa sesuai dengan kedudukan Baginda yang telah dimartabat dan dijulang oleh Allah dan bukannya menurut pandangan mereka yang terkesan dengan fahaman Jahiliah.
Jika kita tidak menyingkap ayat-ayat al-Quran dan hadis yang sarat membicarakan perkara ini pun, akal yang sejahtera sudah boleh menerima dan mudah untuk memahaminya.
Seseorang yang ditugaskan membawa suatu risalah yang agung daripada Tuhan Yang Maha Agung sudah tentu mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus bagi memastikan risalah agung itu dapat disampaikan dengan sempurna.
Salah faham makna ta'zhim dan ibadah
Masalah ini hanya terjadi apabila seseorang itu tidak dapat memahami dengan jelas tentang hakikat ta'zhim (mengagungkan atau membesarkan) dan hakikat ibadah (penyembahan) .
Mereka juga tidak dapat membezakan antara dua kedudukan iaitu kedudukan Allah dan makhluk di mana setiap kedudukan mempunyai hak-haknya yang khusus.
Oleh itu, mereka mencampuradukkan di antara kedua-duanya dan menganggap apa jua bentuk ta'zhim yang dilakukan merupakan suatu penyembahan kepada yang diagungkan. Rentetan itu, perbuatan berdiri bagi menghormati orang yang mulia, mencium tangan, membesarkan Nabi Muhammad SAW dengan menyematkan gelaran Sayyid dan Maulana, berdiri di hadapan Nabi SAW ketika menziarahinya dengan adab-adab yang baik, penuh hormat dan merendah diri; semuanya dianggap ghuluw (berlebih-lebihan dan melampau) di sisi mereka, hingga membawa kepada penyembahan kepada selain Allah SWT.
Hakikatnya, anggapan seperti ini merupakan suatu kejahilan dan kesilapan, bahkan Allah dan Rasul-Nya tidak reda terhadapnya dan ia tidak sejalan dengan roh syariat Islam.
Sujud para malaikat kepada Nabi Adam
Kita sedia maklum, Nabi Adam as merupakan insan dan hamba Allah yang soleh dan pertama daripada jenis manusia. Allah SWT telah memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadanya sebagai memuliakan dan membesarkan ilmunya dan sebagai pemberitahuan kepada mereka, bahawa Allah telah memilih Adam as menjadi Nabi daripada sekalian makhluk-Nya. Ini dijelaskan dalam surah al-Isra' ayat 61 hingga 62. Begitu juga dalam surah (Saad ayat 76 dan surah al-Hijr ayat 30 hingga 31.
Dari ayat-ayat ini kita melihat, para malaikat turut mengagungkan insan yang diagungkan oleh Allah SWT, cuma Iblis bersikap takbur dan enggan sujud kepada makhluk yang diciptakan daripada tanah. Alasan yang dikemukakan, ia diciptakan daripada api, sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah, sehingga ia enggan memuliakan Adam a.s dan tidak mahu sujud kepadanya.
Iblis adalah makhluk pertama yang bersikap takbur dan tidak mahu mengagungkan insan yang diagungkan oleh Allah SWT. Lantaran itu, ia diusir dan dihalau jauh daripada rahmat Allah kerana sikap sombong dan takbur terhadap hamba yang soleh.
Pada hakikatnya, sikap takbur iblis itu merupakan suatu kesombongan terhadap Allah kerana sujud itu sebenarnya kepada Allah; sebagai menurut perintah-Nya. Ini menjelaskan kepada kita perintah sujud tersebut adalah sebagai suatu penghormatan kepada Nabi Adam dan bukannya suatu penyembahan.
Hak-hak Rasulullah
Adapun hak Nabi SAW supaya diagungkan dan dimuliakan adalah sebagaimana perintah Allah SWT dalam al-Quran: Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya) , dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan supaya kamu kuatkan agamanya dan memuliakannya. (al Fath: 8-9)
Dalam ayat lain, disebutkan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya. (al-Hujurat: 1)
Allah juga berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara cakap kamu melebihi suara cakap Nabi SAW. (al Hujurat: 2)
Dalam ayat yang lain pula disebut: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu sama seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (al-Nur: 63)
Umat Islam dilarang mendahului Nabi Muhammad SAW dalam berkata-kata ketika berada di hadapan Baginda. Bahkan, mendahului percakapan Nabi SAW dianggap sebagai akhlak atau adab yang buruk.
Kita juga dilarang mendahului Baginda atau tergesa-gesa menghukum suatu perkara sebelum Baginda menentukan hukumannya, ataupun berfatwa tentang apa sahaja perkara; baik berkaitan dengan peperangan, mahupun hal-hal lain yang berkaitan dengan urusan agama kecuali dengan perintahnya. Kemudian Allah menasihatkan dan memperingatkan umat Islam agar tidak menyalahi perintah tersebut, sebagaimana menurut surah al-Hujurat ayat 1 tadi.
Al Sulami ra. berkata tentang maksud ayat ini, "Maksudnya adalah bertakwalah kamu kepada Allah dengan tidak meremehkan atau mengabaikan hak-hak Nabi Muhammad SAW dan mensia-siakan kehormatannya, kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala perkataan kamu dan Maha Mengetahui segala perbuatan kamu".
Dalam ayat seterusnya, Allah SWT melarang umat Islam daripada meninggikan suara melebihi suara Nabi SAW dan mengeraskan suara kepada Baginda SAW seperti percakapan sesama rakan biasa. Menurut pendapat yang lain, maksudnya Allah SWT melarang umat Islam memanggil Baginda SAW seperti panggilan sesama mereka dengan menyebut namanya sahaja. Tetapi hendaklah mengagungkan, menghormati dan memanggil Baginda SAW dengan semulia-mulia panggilan; yang disukainya, seperti panggilan, "Wahai Rasulullah!" dan "Wahai Nabi Allah!"
Allah juga memperingatkan orang yang bersikap biadap terhadap Rasulullah SAW dengan ancaman akan dihapuskan amalan mereka jika mereka melakukan perbuatan yang tidak sopan terhadap Rasulullah SAW. Bahkan, Allah mencela mereka dengan menganggap mereka sebagai orang yang bodoh dan menyifatkan mereka sebagai orang yang tidak berakal.
Perintah dan peringatan Allah di atas ini jelas menunjukkan ketinggian Baginda SAW di sisi-Nya yang wajib kita muliakan dan besarkan sepanjang masa.
Tidak timbul dalam menyempurnakan hak dan adab terhadap Baginda SAW, soal penyembahan Nabi Muhammad SAW selagi seseorang itu mengetahui yang mana menjadi hak Allah dan yang mana menjadi hak Rasulullah SAW. Perbincangan selanjutnya akan menyusul minggu hadapan.

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"( Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Jangan Suka Bersumpah



Firman Allah SWT :

“Dan janganlah kamu jadikan (nama ) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu dari berbuat baik, dan bertqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui “(al-Baqarah ayat 224)
Sebab turun ayat

Ayat ini turun kerana ada di kalangan para sahabat yang telah berselisih faham menyebabkan mereka bersumpah tidak mahu bertegur sapa dan tidak mahu berdamai.

Menurut riwayat daripada daripada Ibnu Hatim, ada seorang lelaki datang berjumpa Saidatina Aisyah r.anha. Kata lelaki ini Demi Allah, aku bernazar bahawa aku tidak akan bercakap-cakap dengan sifulan. Kalau aku bercakap juga dengan dia, maka sekelian hamba-hambaku akan di merdekakan, dan segala harta bendaku akan kujadikan belanja buat pakaian Kaabah.

Mendengar nazar yang ganjil ini, Saidatina Aisyah berkata : Janganlah kamu lanjutkan sumpah atau nazar yang demikian. Janganlah engkau jadikan sumpah demikian sehingga menyebabkan engkau merdekakan hamba-hambamu dan segala harta kamu dijadikan belanja untuk pakaian Kaabah. Sebab yang demikian telah dilarang oleh Allah SWT. Janganlah kamu jadikan Allah sebagai penghalang dari sumpah mu itu, oleh itu hendaklah kamu bayar kaffarah dari sumpahmu itu iaitu :

1. Memerdekakan seorang hamba
2. Memberi makan kepada 10 orang miskin
3. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin.

Namun ada riwayat yang mengatakan ayat ini turun kerana Saidina Abu Bakar telah bersumpah dengan nama Allah tidak mahu meneruskan bantuan kepada seorang miskin yang bernama Misthah bin Utsatsah. Ini kerana Misthah terlibat bersama Abdullah bin Ubai bin Salul menyebarkan fitnah kononnya isteri Rasulullah saw Saidatina Aisyah r.anh mempunyai hubungan sulit dengan Safwan bin Muattol. Apabila turun ayat Al-Quran yang membersihkan Aisyah dari tuduhan fitnah tersebut, Saidina Abu Bakar bersumpah tidak mahu meneruskan bantuan kepada Misthah.

Tiga sumpah yang dilarang oleh Rasulullah

Sabda Rasulullah saw,

ู„ุง ู†ุฐุฑ ูˆู„ุง ูŠู…ูŠู† ููŠู…ุง ู„ุง ูŠู…ู„ูƒ ุงุจู† ุฃุฏู… ูˆู„ุง ููŠ ู…ุนุตูŠุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆู„ุง ููŠ ู‚ุทุนุฉ ุฑุญู…
Maksudnya : Tidak ada Nazar dan tidak ada sumpah pada perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam,dan tidak pula dalam hal yang maksiat kepada Allah SWTdan tidak pula dalam hal yang memutuskan silaturrahim. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)


Berdasarkan hadis ini Nabi saw melarang bersumpah dalam 3 perkara :

1. Bersumpah dalam perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam seperti ungkapan : “Wallahi, anak aku pasti akan berjaya dalam peperiksaan SPM pada hujung tahun ini”

2. Bersumpah dalam melakukan maksiat seperti katanya “Wallahi aku akan berjudi pada petang ini”..

3. Bersumpah untuk memutuskan silaturrahim seperti katanya “Wallahi aku tidak akan menegurnya kembali”.

Bersumpah kerana terpaksa

Firman Allah SWT pada ayat selanjutnya,

“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah) tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hati kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (225)
Maksud ayat di atas ialah orang yang bersumpah menggunakan nama Allah secara tidak sengaja (tidak ada niat dalam hati) tidaklah dianggap berdosa. Melainkan sekiranya sumpahnya itu disertai dengan niat dalam hati maka orang yang sedemikian hendaklah bertaubat kerana Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Pengajaran yang boleh diambil

Pengajaran daripada ayat 224-225, sumpah adalah sesuatu perkara yang sangat mahal dalam Islam. Justeru itu janganlah sekali-kali mempermain-mainkan sumpah atau bersumpah walaupun hanya dengan isu yang kecil dan remeh, menyebabkan orang akan memandang rendah terhadap sumpah seseorang.

Kata Imam as-Syafie rhm, “ Aku tidak pernah bersumpah baik pada yang benar atau pun pada yang dusta ”

Rujukan : 
Tafsir Al-Munir
Tafsir Ahmad Sonhadji
Tafsir Al-Azhar.

Jangan ragu kekuasaan Allah

Keteguhan masjid yang terselamat dalam tsunami di Aceh pada Disember 2004 antara bukti kekuasaan Allah.


ALHAMDULILLAH, selesai sudah Surah ali-Imran dan pada kali ini penulis ingin mengemukakan tafsiran juzuk amma bermula dengan surah al-Naba'.
Metodologi yang digunakan pada kali ini berbeza dengan yang lepas di mana ia lebih pendek tafsirannya dan juga lebih ringkas. Jika wujud banyak sebab nuzul akan dipilih satu sahaja dan jika tafsiran di kalangan ulama ada persamaan memadai dengan mengambil satu pendapat sahaja.
Tujuan sebenar tafsiran ini lebih kepada memahamkan maksud ayat tersebut dan juga mengambil pengajaran serta iktibar.
Mukadimah
Surah ini dinamakan al-Naba' iaitu berita besar. Intipatinya berkaitan dengan kekuasaan Allah yang membangkitkan manusia dan gambaran syurga, nikmatnya serta neraka dan azabnya.
Ia banyak membincangkan hari kiamat dan kedudukan manusia yang baik serta yang jahat.
Firman Allah SWT: Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
Ibn Abbas berkata: Sebab turun ayat ini kerana orang Quraisy sering berbincang berkenaan al-Quran yang diturunkan sehingga berlaku perdebatan antara mereka.
Ada yang membenar dan mendustakannya. Berita besar dalam ayat ini bermaksud kebangkitan Rasulullah SAW, begitu juga Hari Kebangkitan.
Firman Allah SWT: Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya. Berita besar sama ada al-Quran seperti kata Mujahid, Muqatil dan al-Farra' atau hari kebangkitan seperti kata Qatadah. Sedangkan pendapat al-Zajjaj berkenaan Nabi SAW.
Kekhilafan mereka daripada apa yang mereka dengar atau kerana orang Islam dan orang musyrikin berkhilaf seperti kata Yahya bin Sallam.
Firman Allah SWT: Jangan! (janganlah mereka bersikap demikian!) mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (janganlah mereka berselisihan! ) mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
Ayat ini adalah balasan pembohongan mereka yang pasti terdedah dengan balasan janji buruk.
Firman Allah SWT: (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Ini bertujuan sebagai tempat tinggal dan menggunakan segala nikmat kemakmurannya sama ada yang zahir mahupun yang batin.
Firman Allah SWT: Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? Bertujuan supaya ia tidak bergoncang.
Sheikh al-Maraghi berkata: Andai kata tidak ada gunung sebagai pasaknya, nescaya bumi selalu bergoncang, lantaran di perutnya terdapat bahan-bahan yang mendidih sehingga tidak ada hikmahnya sama sekali ia dihamparkan.
Dalam tafsir al-Muntakhab menyebut: Lapisan padat kerak bumi dapat mencapai ketebalan sekitar 60 kilometer. Lapisan itu dapat meninggi, sehingga membentuk gunung-ganang atau menurun menjadi dasar lautan dan samudera.
Keadaan seperti ini menimbulkan keseimbangan akibat tekanan yang dihasilkan oleh gunung tersebut. Keseimbangan ini tidak mengalami kerosakan kecuali jika ia musnah.
Lapisan kerak bumi yang basah akan dikuatkan oleh gunung tersebut. Lapisan kerak bumi yang basah akan dikuatkan oleh gunung-gunung, persis pasak menguatkan lemah.
Firman Allah SWT: Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
Syed Qutub berkata: Semua manusia dapat memahami gejala ini dan dapat merasakan di sebaliknya kerehatan, kelazatan, kenikmatan dan kepulihan tenaga tanpa memerlukan ilmu pengetahuan yang banyak.
Firman Allah SWT: Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Ini kerana ia dapat membahagikan kekuatan, kecerdasan dan potensi dan tenaga dalam meneruskan kehidupan.
Firman Allah SWT: Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Ibn Jarir al-Tabari berkata: Gelap malam itu meliputi seluruh diri kamu sehingga kamu bertelanjang, namun kegelapan malam itu menjadi ganti dari pakaianmu.
Ibn Jubair dan al-Suddi berkata: Ketenangan diri kerana nyenyaknya tidur untuk membangkitkan tenaga baru pada keesokan harinya.
Firman Allah SWT: Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki? Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
Ayat ini menjelaskan berkenaan keperluan mencari nafkah dalam melangsungkan kehidupan. Seterusnya dinyatakan kekuasaan Tuhan yang menciptakan tujuh petala langit yang kukuh dan kuat.
Syed Qutub berkata: Ia diikat dengan satu kuasa yang menahannya daripada pecah dan bengkok.
Firman Allah SWT: Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? Ini bertujuan memberi kehidupan manusia dengan pancaran matahari.
Sheikh al-Maraghi berkata: Kepanasan dan sinaran dapat menyembuhkan penyakit dan memberi daya kehidupan.
Firman Allah SWT: Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
Syed Qutub berkata: Keselarasan dan keserasian dalam mengaturkan pelan-pelan alam ini tentulah tidak mungkin berlaku melainkan ada kuasa yang mengatur dan menyelaraskannya, kebijaksanaan yang merancangkannya dan ada iradat yang mentadbirkannya.
Hakikat ini dapat difaham oleh manusia apabila ia menumpukan sepenuh perasaannya ke arah ini. Jika ilmu pengetahuan manusia bertambah tinggi akan terbukalah rahsia keselarasan yang amat luas lagi menakjubkan akal fikirannya.
Penutup
Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas menunjukkan isu kebangkitan hari kiamat menjadi pertelingkahan dan Allah menunjukkan bukti dan dalil atas kekuasaannya.
Semoga kita meyakini dan beriman dengan segala rukun iman. Amin.

Jadikan anak sebagai amanah

Masa depan anak-anak banyak dipengaruhi oleh didikan ibu bapa. - Gambar hiasan


SEBAGAI manusia yang normal akal fikiran dan perasaan, membaca dan melihat laporan akhbar mengenai anak yang anak kecil didera dan diperlakukan secara kejam sememangnya membangkitkan kemarahan yang meluap-luap kepada si pendera.
Soalan yang pasti timbul di dalam sanubari kita ialah mengapakah ada manusia sanggup memperlakukan anak sekejam itu? Tidak kasihankah dengan anak kecil yang tidak berdosa itu? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain dalam hati sehinggakan ada antara kita menganggap si pendera seumpama berhati haiwan.
Sekurang-kurangnya haiwan pun sayangkan anak mereka, dijaga dan ditatang sehingga anak mampu berdikari. Inikan pula manusia yang dianugerahkan akal dan hati untuk berfikir dan merasa.
Inilah natijahnya apabila hati dan nafsu tidak mampu bersabar mengekang perasaan amarah dan akal tidak mampu membezakan kebenaran dan kebatilan. Apabila anak-anak tidak dianggap sebagai amanah yang perlu dijaga sebaik- baiknya, maka banyaklah kerosakan yang berlaku yang bakal berlaku.
Anak sebagai amanah, bukan sekadar anugerah
Sudah banyak kali kita membincangkan tentang peri pentingnya memelihara anak seperti permata. Anak-anak kecil sememang tidak bersalah kerana mereka masih tidak matang dan tidak mampu mengawal emosi mereka.
Orang dewasalah yang sepatutnya mengemudi anak-anak mereka dengan tingkah laku yang baik supaya anak-anak membesar dengan binaan sikap, pendirian dan emosi yang teguh apabila menjejak alam remaja dan dewasa.
Peringatan seperti ini sememangnya perlu diulang-ulang bagi menyedarkan golongan dewasa dan ibu bapa.
Mungkin sesetengah ibu bapa lupa bahawa anak itu adalah amanah Allah yang tidak ternilai harganya. Ramai yang tidak mempunyai anak sangat kepinginkan cahaya mata lalu pelbagai cara diusahakan untuk mendapat anak. Ada pula apabila sudah mempunyai cahaya mata, tidak menjaga dan mendidik anak dengan betul dan sempurna.
Mendidik dalam erti kata mestilah mengajar anak akan nilai asas dalam kehidupan, melimpahkan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak, membina kekebalan diri anak-anak dari anasir-anasir tidak baik. Mengajar anak akan yang salah dan benar, serta memberi panduan dan pedoman berterusan agar anak membesar menjadi insan yang beriman dan teguh pendirian.
Sememangnya ia tidaklah semudah seperti yang disebutkan. Namun itulah hakikat tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Mendekati remaja menerusi pendidikan perlu bermula pada awal umur lagi.
Jangka waktu yang paling kritikal bagi anak-anak mencapai tahap remaja ialah sejak lahir sehingga ke peringkat akil baligh. Akil baligh merupakan puncak suatu proses membentuk manusia yang sudah boleh berdiri atas kaki sendiri.
Di peringkat inilah perkembangan kognitif (akal-fikir) berlaku dengan subur yang membolehkan anak-anak membuat tanggapan terhadap sesuatu.
Ajaran Islam umumnya tidak menghalang ibu bapa menghukum anak-anak, tetapi mestilah bersifat mendidik, tidak didorong perasaan amarah dan tidak melampaui batas syarak dan kemanusiaan.
Ini kerana trauma daripada zaman malang kanak-kanak boleh menghantui alam remaja serta dewasa seseorang dan lukanya sukar disembuhkan. Ada juga anak-anak yang membesar dengan kejadian dera dan pengabaian menjadi seorang yang agresif, sangat ofensif, serta tidak boleh menerima pendapat orang lain.
Anak-anak bukan sahaja anugerah yang tidak ternilai daripada Allah, malah mereka adalah amanah yang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Mereka perlu dididik supaya sentiasa kembali dan berdamping ke jalan Allah dan pangkuan keluarga, sekalipun ada membuat kesalahan agar proses pembaikan boleh berlaku.
Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa berjalan sepanjang hayat mereka, bukannya melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak lain seperti sekolah atau penjaga.
Ada pula yang menganggap anak-anak sudah pandai berfikir sendiri akan baik buruk sesuatu perkara dan secara mudah menyalahkan anak-anak sekiranya berbuat salah. Walhal ibu ayah sendiri tidak membekalkan anak-anak dengan nilai-nilai asas dalam kehidupan dan didikan agama yang mencukupi.
Watak ibu dan ayah saling melengkapi
Justeru peranan ibu dan ayah amatlah penting dalam pembentukan watak dan pendirian anak. Ibu sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan.
Bapa juga tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga. Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.
Pada diri seorang ibu ada unsur penting dalam proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Allah telah memberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada wanita yang bergelar ibu untuk menanggung kesusahan dan kepayahan demi anaknya.
Masakan tidak, seorang ibu sanggup melalui tempoh mengandung dengan susah payah sehinggalah melahirkan anak dalam kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yang penat berjaga malam untuk menyusu dan menyalin lampin anak, dan bersengkang mata sekiranya anak kurang sihat.
Naluri seorang ibu sememangnya berkehendakkan anaknya sentiasa dalam keadaan sihat dan sempurna.
Ibu adalah pelengkap kepada watak bapa. Ia menjadi faktor penting dalam proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Ibu yang berilmu dan berketerampilan memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, serta memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus 'diremaja' dan 'didewasakan' .
Begitu juga dengan si ayah. Menjadi seorang ayah adalah peranan yang payah. Menjadi seorang ayah tidaklah bererti memonopoli segala hak dan tanggungjawab, tetapi dikongsi dan dilalui bersama-sama secara sukarela dan penuh faham tanggungjawab.
Watak ayah tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi.
Dalam masa yang sama, ayah harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu juga perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai dan memberi contoh yang baik kepada proses pendewasaan anak-anak.
Sekiranya pertumbuhan dan kesuburan yang sedang berlaku kepada anak-anak tidak didekati dengan ilmu dan keterampilan menerusi watak keibuan dan kebapaan nescaya pembesaran anak-anak bakal mengalami kelompangan yang mudah dimasuki oleh unsur-unsur negatif.
Ilmulah yang mampu memberi kekuatan kepada anak-anak supaya apabila besar nanti ia tidak menyebabkan lahirnya kecelaruan di kalangan mereka.
Oleh itu, anak perlu dipedomankan sekiranya berbuat salah, bukannya menghukum sesuka hati apatah lagi mendera dan mengasari mereka tanpa belas kasihan.
Kesimpulan
Bergelar ayah dan ibu adalah nikmat Allah yang tidak ternilai kepada manusia. Bagi mereka yang mengetahuinya, amatlah besar ganjaran yang bakal diperolehi jika menjaga dan mendidik anak-anak dengan sesempurna mungkin.
Tidak dinafikan bahawa kerosakan yang terjadi dewasa ini kebanyakannya berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan, ceteknya didikan agama dan moral serta dan kurangnya sikap kepedulian sesama kita.
Tuntasnya, tanggungjawab seorang ibu dan ayah adalah tanggungjawab seumur hidup. Anak-anak kadangkala tergelincir daripada landasan, maka ibu bapalah yang perlu sentiasa mengawasi dan menasihati mereka supaya jalinan corak kehidupan anak-anak menjadi kembali teratur dan harmoni.

Tips hebat utk penjenayah...

Tips@Panduan Untuk Penjenayah

Panduan ini adalah untuk kebaikan semua. Jadi, jangan sia-siakannya.

1.Pastikan anda membawa kad pengenalan
Banyak masalah akan timbul jika anda tidak membawa kad pengenalan kerana jika anda ditembak mati, sukar untuk polis mengenalpasti identiti anda.
Sudah tentu sanak-saudara atau ahli keluarga anda lamabt mengetahui, bahawa penjenayah yang ditembak mati dan disiarkan TV dan akhbar itu, adalah anda. Jangan menyusahkan mereka. Mereka juga perlu kumpul duit untuk belanja pengkebumian anda


2.Jangan bawa kad pengenalan palsu
– ini lagi satu masalah. Jika anda gunakan kad pengenalan orang lain, nanti orang itu akan disalah sangka sebagai penjenayah, sedangkan dia sedang enak tidor di rumah semasa anda ditangkap/tembak mati.


3.Buka topi keledar
– Tahukah anda, setiap bank mempunyai CCTV mereka sendiri. Jika anda tiba-tiba memasuki bank/kedai emas dengan bertopi keledar ketika merompak, macamana nak tau yang anda adalah yang merompak itu. Ini mengurangkan glamor anda kerana sudah pasti sukar untuk polis lukis foto-fit anda untuk disiarkan oleh media.


4.Ragut cara berhemah
– jika anda terus meragut beg tangan dari bakul motosikal, risiko anda terjatuh atau turut terseret adalah tinggi. Ini akan memudahkan orangramai menangkap anda. Jadi, jika anda rasa, susah sangat nak ambil beg tangan itu, lupakan sajalah hasrat anda itu. Masih ramai lagi orang lain yang cuai menjaga beg tangan mereka untuk anda ragut.


5.Jangan pakai sarung tangan
– tahukah anda, sarung tangan yang anda pakai, mungkin merbahaya, kerana ia tidak disteril .Kemungkinan jari-jari anda mendapat gatal-gatal adalah tinggi. Lagipun, anda membazir duit membeli sarung tangan itu. Sarung tangan biasanya akan digunakan oleh anggota polis semasa mengangkat mayat anda yang dah ditembak itu.
Suri rumah juga ada yang menggunakan sarungtangan ketika menyiang ikan atau ketika mencuci tandas.


6.Pastikan memandu secara berhemah
– Ketika anda melarikan diri dari polis, pandulah dengan cermat. Anda akan mendapat bala yang amat banyak jika anda berjaya ditahan kelak. Bayangkan, sudahlah anda ditahan kerana merompak, nanti kesalahan anda akan bertambah-tambah – pandu laju, cuai, tiada lesen memandu, lesen memandu palsu, lesen tamat tempoh, lesen palsu, cukai jalan palsu, cukai jalan tamat tempoh, kereta pulak adalah kereta curi, tidak memakai talipinggang keledar. Jadi, pandulah berhemah, kerana jika anda ditangkappun, anda dah dapat menyelamatkan diri anda dari berbagai kesalahan lain.


7.Jangan gopoh
– anda seorang penjenayah profesional. Jadi, setiap tindakan jangan gopoh, dan paling penting, jangan tamak. Jika anda lihat, agak susah untuk merompak, tinggalkan saja tempat itu. Dan jika anda dah berjaya pecahkan cermin pameran kedai emas, tiba-tiba alarm berbunyi, anda lari sajalah. Sekurang-kurang anda dah berjaya pecahkan cermin itu. Datanglah lain kali kerana anda nanti dah tak perlu pecahkan lagi cermin itu.


8.Test power anda
– untuk menjadi pro, anka kena banyak latihan. Setakat anda berlatih dengan merompak kedai runcit, atau 7-Eleven, anda bukanlah perompak yang handal. 7-Eleven hanya ada RM50 di dalam laci kaunter. Tak berbaloi. Anda cubalah kebolehan dengan merompak balai polis. Cubalah. Balai trafik lagi bagus kerana di situ ada banyak duit hasil orang bayar saman. Sudah tentu kisah anda jadi muka depan berbanding anda rompak 7-Eleven.


9.Jangan malu-malu
– Jika anda ditangkap, anda adalah hero di kalangan penjenayah lain. Mana tidaknya, kamera TV, media akan ambil gambar anda semasa anda dibawa ke mahkamah.Senyum. Jangan tutup muka. Bukan senang untuk mendapat publisiti macamtu. Menteripun tak tentu dapat liputan meriah itu ketika merasmikan balairaya kampung anda 15 tahun lalu. Berbanggalah.


10.Tinggalkanlah mana-mana yang tak penting
- Perancangan anda untuk merompak mungkin amat canggih. Dan anda berjaya melarikan duit atau barangan bernilai jutaan ringgit. Tetapi, tahukah anda, semua itu dah boleh buatkan anda senang seumur hidup. Jadi, apalah sangat dengan beg duit, atau baju atau beg yang anda bawa. Tinggalkanlah. Buat menyemak dalam kereta yang anda pandu nanti. Kad pengenalan pun, anda tinggalkan kerana nanti anda boleh buat kad pengenalan palsu. Pendek kata, anda angkut semua kecuali barangan yang anda bawak sebelumnya.


11. Sepakat Membawa Berkat
-Jika anda berkumpulan, pastikan setiap anggota anda membawa sekeping kad. kad ini adalah sebagai panduan jika berlaku kecemasan. Di dalamnya, ada nama dan nombor untuk dihubungi dan jika ada alamat, lagi baik.
Tujuannya,adalah untuk kebaikan bersama. Contoh, jika anda yang kena jadi lead untuk masuk serbu dalam bank, dan rakan anda menunggu di dalam kereta, kemudian anda ditembak mati. maka, kad inilah jadi penyelamat untuk pihak berkuasa menghubungi rakan anda yang melarikan diri untuk membantu siasatan.
Jika anda terperangkap pula, dan ditangkap, kad ini juga akan membantu polis bertemu rakan anda yang melarikan diri itu, dan akhirnya, anda sekurang-kurang ada teman di dalam lokap nanti. Sepakat membawa berkat…


Tips Tambahan

12. Jangan Buat Malu
Ramai di kalangan anda berangan nak main salji, membuatkan sampai pergi merompakpun guna ’ski-mask’. Semua ni jadi bahan ketawa orangramai. Mungkin ada yang perasan mungkin nampak macam UTK (Unit Tindakan Khas) polis.Ada juga yang guna lapik tudung anak perempauan anda atau isteri semata-mata untuk menutup muka, hanya nampak mata anda sahaja. Kalau anda lemas, siapa yang susah? Betul-betul buat malu.
Adalah lebih baik anda guna goggle, macam orang menyelam tu. Lebih nampak bergaya. Jika anda tak tahu macamana goggle tu, sila lawat http://www.google. com/ , cari kat google images.
http://ondscene. my/2009/05/ 25/tipspanduan- untuk-penjenayah /

nak merampok pon kena berhemah ooooo.... 

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger