Headlines News :
.
Home » , , , » Charlie Adam, Johnson, Jovanovic, Doni - membawa berita gembira

Charlie Adam, Johnson, Jovanovic, Doni - membawa berita gembira

Written By Unknown on Thursday, July 7, 2011 | 04:31

Setelah beberapa hari agak menyepi berita2 sensasi dari Anfield, hari ini kelab telah membuat beberapa kejutan yang sememangnya kita harapkan. Antara berita2 menarik yang terbit dari website kelab ialah, Glen Johnson telah menyambung kontraknya, Kisah Milan Jovanovic mengenai perpindahannya serta Charlie Adam tiba di Melwood.

Glen Johnson sambung kontrak

Hari ini Glen Johnson telah pun menandatangani perjanjian untuk menyambung kontraknya bersama Liverpool untuk jangkamasa yang lebih lama lagi. Johnson yang menyertai Liverpool 2 tahun lalu dari Portsmouth telah membuat 70 penampilan bersama kelab.

Menurut Comolli : Kami gembira kerana Johnson mahu terus bersama kami untuk jangkamasa yang panjang. Pada kebiasaannya pemain akan akan berada pada kemuncak prestasinya antara umur 26-31 tahun. Jadi ketika ini Johnhson yang berumur 26 tahun sedang memasuki zaman kematangan dan pengetahuan yang lebih baik.

Menurut Comolli lagi, menjelang akhir2 musim lalu, Johnson telah membuktikan bahawa beliau adalah pertahanan tepi serba boleh dimana dibawah kendalian Dalglish beliau sering bertukar2 posisi dari kanan atau kiri pertahanan. Jadi ia adalah aset besar bagi pasukan. Kami tak mahu lepaskannya selagi pemain gembira berada disini.

Milan Jovanovic membatalkan kontraknya


Seperti sudah mengetahui dirinya tidak diperlukan lagi, Jovanovic bertindak menamatkan kontraknya bersama Liverpool dengan sejumlah pampasan. Ini bermakna beliau dengan sukarelanya menawarkan dirinya dengan perpindahan percuma kepada mana2 kelab yang berminat. Dengar cerita kelab Olympiakos berminat untuk memilikinya.  Harap2 cepat2lah berambus dari makan gaji buta je di Anfield.



Liverpool setuju beli Charlie Adam


Dengan bangganya Charlie Adam telah menjadikan King Dalglish sebagai drivernya untuk membawa beliau ke pusat latihan Melwood. Begitulah sambutan Dalglish terhadap pemain yang diidam2kannya sejak 6 bulan yang lalu. Ini adalah kali kedua Adam menjalani pemeriksaan disini dimana pada Januari lalu walaupun beliau lulus ujian kecergasan tetapi ditolak oleh Seasiders kerana £ 6.5m tidak memadai.



Berapa yuran perpindahannya masih belum dapat dipastikan. Ini kerana ada berita yang mengatakan £7M ditambah pemain dari Liverpool. Ada juga mengatakan £8M. Apapun kita tunggu selepas keputusan perubatan dan perbincangan lanjut mengenai kontrak. Ia dijangkakan dalam tempoh 24 jam.





Alexander Doni bersedia sertai Liverpool


Penjaga gol Roma ini akan mementerai perjanjian bersama Liverpool dalam tempoh 36 jam lagi. Sekiranya ia berjalan lancar, Doni akan tiba disini dengan yuran perpindahan percuma serta mengikat kontrak selama 2 tahun.

Mengikut kata agen Doni, beliau gembira untuk bersama Liverpool dan bermain di premier league. Semoga ia akan menjadi kenyataan sebagai pembantu Pepe Reina.

Share this article :

2 comments:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger