Headlines News :
.
Home » , » Friendly 2011 - Hull City 3-0 Liverpool

Friendly 2011 - Hull City 3-0 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, July 24, 2011 | 09:12

Selepas mengharungi 3 perlawanan persahabatan dalam siri jelajah Asia minggu lepas, Semalam Liverpool memulakan pula kempen persahabatan bersama kelab2 dibenua Eropah kembali. Pasukan pertama yang menjadi sasaran sudah tentulah kelab yang telah diturunkan taraf dari Premier League iaitu Hull City.

Berkunjung ke Hull City dengan harapan mengembalikan kecergasan, menguji pemain2 baru serta menserasikan persefahaman pemain2 adalah menjadi aspek utama yang amat penting. Menang atau kalah itu soal kedua walaupun hakikatnya setiap manusia tidak mahu kalah.


Sememangnya diketahui oleh semua peminat Liverpool di Malaysia, malam semalam tiada siaran langsung di Astro. Tapi kalau ada pun, SG tak dapat nak tengok sebab balik kampung isteri. So bila dah kat kampung isteri, nak live streaming pun tak merasa. Maklumlah, Astro tak der, internet tak ada. Nak layan brookband pun line hidup segan mati tak mau.(Nak kutuk lebih2 pun, kampung bini gak. huhuhu) Sabar je ler..

Tapi apa yang SG dapat tau dari info sahabat2 yang layan Live Streaming tu, game teruk. Nampak sangat persefahaman tu masih belum ada. Aquilani saja yang nampak main bagus sikit. Yang lain seperti tak bermakna. J. Cole, Poulsen dan Ngog hanya boleh ayam2kan pemain2 Asia je. Bila jumpa sekulit, dia pula kena ayam. Mengenai debut pertama Stewart Downing, Alexander Doni dan Jordan Henderson nampak ok sikit ler. Yang lain masih lagi tercari2 rentak.


Apapun seperti yang SG katakan tadi, kalah atau menang bukanlah tujuan utama pasukan. Sebaliknya mencari kelemahan pasukan serta mencuba gandingan2 baru adalah penting sebelum bermulanya EPL nanti. Seharusnya Dalglish serta semua dalam skuad utama Liverpool perlulah bekerja keras bagi memastikan persefahaman serta keserasian pemain menjadi satu pencapaian yang terbaik menjelang sepak mula EPL nanti.


Diharapkan dalam 3 siri perlawanan persahabatan selepas ini menentang Galatasaray (A), Valerenga (A), Velencia (H) akan menjadi titik permulaan serta kebangkitan pasukan dalam mencipta kejayaan bagi musim 2011 yang penuh mencabar ni. Good luck Liverpool. "YNWA"

Senarai pemain :

1st Half : Doni, Robinson, Carragher (C), Sánchez Ayala, Kelly, Rodríguez, Aquilani, Poulsen, Coady, Cole, Ngog,

2nd Half : Jones, Carroll, Henderson, Kyrgiakos, Kuyt (C), Downing, Spearing, Wilson, Adam, Flanagan, Insua
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger