Headlines News :
.
Home » , » Kelayakan Piala Dunia 2014 - Singa 5-3 Harimau

Kelayakan Piala Dunia 2014 - Singa 5-3 Harimau

Written By Unknown on Sunday, July 24, 2011 | 11:00

Starting, pehhh.. 26 saat dah score. Dasyat Safee merangkap Harimau Malaya. Baru SG ingat nak solat Maghrib dulu, hold kejap. Ada bayangan singa turun tahta dan diganti harimau jadi raja rimba. Dalam hati, kena belasah gak singa malam ni. Pe pun lepas tengok ulang tayang gol, SG solat dulu..

Running, lorr... kena serang jer dah. adoiii.. Huru hara pula anak2 harimau dikerjakan Singa. Akhirnya 2 free kick, 2 gol. Dah trasa pula, kalau 10 kali free kick, mau 10 gol masuk ni. Nampak sangat pertahanan longgar selonggarnya. SG masih teringat kata2 K. Rajagobal selepas lawan Liverpool tempoh hari "Liverpool bernasib baik kerana telah menjaringkan beberapo gol mudah". Bagi SG, mana tak mudahnya, kalau pertahanan lembik, selalu buat kesilapan bodoh. K. Rajagobal ni suka nak memperlekehkan orang, tapi tak study ke kenapa boleh terjadinya gol2 mudah tu. Padahnya beberapa gol Singa tersangat2lah mudah & tak sepatutnya gol.

Nampak seolah2 anak2 harimau ni dah pancit pun ada. Mungkin tak biasa guna padang rumput tiruan. Mungkin juga trauma sebab penyokong Singa pakai baju merah. Nasib baik 2nd half boleh control game semula walaupun tak sepenuhnya.

Finishing. Sepatutnya kekalkan keputusan 4-3. Tapi sekali lagi kebodohan yang tak perlu lagi diceritakan berlaku. Dah jauh balik beza jaringan. 5-3 keputusan yang agak perit juga untuk diterima. Hakikatnya keyakinan Safiq, Safee dan K. Rajagobal sebelum perlawanan memakan diri sendiri.

Perlawanan timbal balik di SNBJ nanti sudah pasti harimau perlu membuat sesuatu perubahan. Mencari sekurang2nya 2 gol tanpa balas bukan semudah yang disangka. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia harus yakin kepada anak2 harimau ni. Semangat Malaysia boleh bukan hanya pada slogan, tapi perlulah dibuktikan & dilaksanakan. Tak perlulah mengharapkan jaringan besar 3-0, 4-0 atau sebagainya. Cukuplah setakat 2-0 @ 3-1 dimana walaupun agregatnya seri tapi harimau masih menang jaringan ditempah lawan iaitu 3 gol.

Apapun, pertahanan perlu dirombak. Bagi mereka minum tongkat ali banyak2. biar power sikit. Gunakan kesempatan dihadapan penyokong sendiri untuk membenam Singa. Peluang masih ada. Cuma mereka sahaja yang merealisasikannya. Good luck Harimau Malaya...

p/s: Rasanya pertahanan skuad olimpik lagi power dari skuad kebangsaan. Perlawanan persahabatan telah membuktikan, skuad kebangsaan bertemu Arsenal dengan Liverpool yang main2 boleh bolos 10 gol. Tapi skuad olimpik jumpa Chelsea yang main mati2an dengan semua star2nya turun bolos hanya 1 gol. itupun gol yang tak sepatutnya diiktiraf. Fikir2kanlah wahai K. Rajagobal....
Share this article :

2 comments:

  1. wah lama tak sggh sini.bila sibuk game bola,terus kite teringat blog bro,terus godek2 semula artikel lama.dpt pun jumpa url blog ni.go go harimau malaya boleh!!!

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger