Headlines News :
.
Home » , » GEJALA SOSIAL - MUHASABAH DIRI

GEJALA SOSIAL - MUHASABAH DIRI

Written By Unknown on Friday, January 8, 2010 | 23:46

Gejala sosial bukan sahaja gejala yang menghantui kita di dunia, tetapi ia juga akan menghantui kita di akhirat nanti. Di dunia, hidup kita jadi porak peranda dengan seribu satu masalah. Di akhirat pula, kita bakal diheret ke dalam api neraka untuk diazab dengan seribu satu jenis siksaan Tuhan yang begitu menakutkan. Lantaran itu, kita wajib mencari jalan untuk selamat daripadanya. Ia bukan satu persoalan yang melibatkan golongan pemimpin sahaja, tetapi juga setiap individu yang bergelar hamba Allah di muka bumi ini.

Untuk selamat, kita mesti mencari pemimpin yang bertaqwa. Allah yang Maha Pengasih itu sudah tentu tidak akan membiarkan hamba-hamba- Nya kehilangan punca. Di setiap zaman, Tuhan ada menyiapkan 'orang-orang- Nya' yang menepati
kriteria pemimpin yang bertaqwa ini. Hanya mereka, yakni orang-orang Tuhan ini yang benar-benar faham tentang masalah manusia kerana mereka diberi faham oleh Tuhan yang merupakan Pencipta manusia yang Maha Bijaksana. Dan hanya
mereka yang mampu menyelesaikan masalah manusia kerana mereka bergantung kepada kekuatan Tuhan dan bukan kekuatan makhluk-Nya yang sangat terhad itu. Ibarat anak-anak bergaduh dan berkrisis sesama mereka, bukankah orang
tua mereka yang lebih mampu mendamaikan?

Kita, manusia biasa yang lemah ini tidak perlu bersusah payah memerah otak memikirkan cara untuk menyelesaikan gejala sosial kerana kita bukan orang yang selayaknya. Bila bukan kita orang yang Tuhan kehendaki dan izinkan untuk
menyelesaikan masalah masyarakat ini, walaupun wang berjuta ringgit dibelanjakan, tenaga yang begitu banyak dikerahkan dan apa juga usaha lain yang dijalankan, masalah ini semakin lama menjadi semakin runlit, semakin kronik. Dan inilah senario yang sedang melanda masyarakat kita. Semakin lantang suara yang memperkatakan tentang gejala sosial, semakin meningkat pula masalah dadah, bohsia, rogol, pembunuhan, pencabulan, pecah amanah, pergaduhan, vandalisme dan lain-lain lagi. Apakah ini bukan bukti yang cukup nyata?

Sebenarnya, laluan yang Tuhan berikan untuk kita selamat dari gejala sosial ini cukup mudah. Kita hanya perlu mencari pemimpin yang bertaqwa dan bernaung di bawah kepimpinannya. Cuma persoalannya, sudahkah kita benar-benar mencari pemimpin tersebut?
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger