Headlines News :
.
Home » » Today's Tazkirah - Selidik sebelum bertindak

Today's Tazkirah - Selidik sebelum bertindak

Written By Unknown on Friday, January 8, 2010 | 15:34

Selidik sebelum bertindak
An-Nisaa [94] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): Engkau bukan orang yang beriman (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keislaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak dengan terburu-buru) . Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.
Dalam hadith disebut tentang kisah dua orang sahabat yang pergi berperang dan membunuh seorang yang mengucapkan Kalimah Syahadah kerana mereka menyangka dia hanya berpura-pura.
Usamah bin Zaid Radhiyallahu anhu berkata : Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam mengutus kami (menghadapi) Bani Huraqah, maka kami pergi (menyerang) kaum tersebut pagi hari. Kamipun berjaya mengalahkan mereka. Saya dan seorang Anshar menyusul (mengejar) seorang diantara mereka. Setelah kami telah berjaya menangkapnya, dia mengucap : Laa Ilaaha Illallaah. Temanku seorang Anshar menahan dirinya (dari membunuhnya) , sementara aku menikamkan tombakku sehingga orang itu terbunuh olehku. Ketika kami datang (ke Madinah) berita itu sampai kepada Nabi Shallallahu alaihi wa sallam maka beliau bersabda : Wahai Usamah, apakah engkau membunuhnya setelah dia mengucapkan Laa Ilaaha Illallaah? Aku menjawab. “Orang itu hanya mencari perlindungan saja” (pura-pura mengucapkan kalimat tauhid). Nabi Shallallahu alaihi wa sallam terus mengulangi pertanyaan tadi sehingga aku berangan-angan sekiranya aku belum masuk Islam kecuali pada hari itu [Hadits Riwayat Bukhari 4269, 6872, dan Muslim 273,274 dan ini lafadz Bukhari]
Bahkan kalau dalam Shahih Muslim dijelaskan “bagaimana nanti kamu akan dipertanggungjawabk an di atas ucapan Laaillahaillah di hari kiamat?, Bagaimana kalau Laaillahailallah Muhammadur rasulullah menuntutmu wahai Usamah di hari kiamat?”. Rasul saw diminta syafaat oleh Usamah serta berkata “ya Rasulullah beri aku syafaat, mohonkan pengampunan kepada Allah agar aku mendapat pengampunan atas dosaku ini”. Rasul saw menjawab seakan Rasul Saw tidak mendengar permintaan Usamah “apa yang engkau lakukan akan dipertanggungjawabk an dihari kiamat”.
Apabila seseorang telah melafazkan dua kalimah syahdah, maka dia tidak boleh dibunuh:
Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu selidiklah sesuatu berita sebelum bertindak:
Hujrat [6] Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger