Headlines News :
.
Home » » Tulang Rusuk - Mesti baca

Tulang Rusuk - Mesti baca

Written By Unknown on Friday, January 8, 2010 | 15:38

TULANG RUSUK

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka
hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun
sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi
Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak
lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang
bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan
cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh
mereka. didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka
kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak
jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau
women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah
kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan
lain-lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa
hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa
ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI- PANDAI
LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan
kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja
ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan
ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila
wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,
rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin
wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan
diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan
kita.


JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI
SEPERTI SAYIDINA ALI....!!!

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger