Headlines News :
.

Siapa Kapten Liverpool untuk sementara waktu ini?

Written By Unknown on Tuesday, November 30, 2010 | 00:32

Sudahlah Gerrard berehat panjang sehingga Cristmas, kini pengantinya pula si Carragher cedera dalam perlawanan menentang Spurs semalam. Kecederaan Carragher juga amatlah membimbangkan & dijangka akan direhatkan selama 3 minggu. Begitulah episod2 malang pemain2 kita yang kita sayangi.

Kini setelah Gerrard & Carragher cedera serentak & berehat panjang, siapakah yang bakal menerima lilitan kapten dari Uncle Roy nanti. Pada pendapat aku hanya 3 orang sahaja yang layak menerima lilitan kapten itu nanti. Mereka mengikut turutan utama ialah :
  • Reina
  • Kuyt
  • Torres
Kenapa mereka sahaja antara calon2 yang layak. Ini kerana mereka adalah antara geng2 lama di dalam team kita. Kenapa aku pilih Reina 1st? Reina sememangnya mempunyai watak seorang ketua menyerupai sahabat baiknya & sejawatan di Real Madrid serta Sepanyol. Dia tak lain lagi ialah, Casillas. Dalam musim ini juga Uncle Roy pernah memberi peluang kepada Reina untuk menjadi kapten. Dari kelantangan suaranya memberi arahan, ia amat membantu untuk memberi semangat kepada rakan2.

Anda boleh VOTE calonnya yang sesuai dihalaman Liverpool FC -Vote Captain ini.

Game 15 BPL 10/11 - Tottenham 2-1 Liverpool. Kalah lagi....

Written By Unknown on Monday, November 29, 2010 | 23:57


Tottenham Hotspur 2-1 Liverpool 


Seperti yang kita tahu, rekod perlawanan Liverpool bertemu Spurs ditempat lawan sememangnya milik tuan rumah sejak kebelakangan ini. Terlalu liat nampaknya Spurs untuk ditumbangkan dilaman sendiri. Akibat dari terfikir2kan rekod pertemuan ini, akibatnya sekali lagi Liverpool menerima nasib yang sama malam tadi.

NGOG - TORRES
MAXI - LUCAS - MEIRELES - KUYT
KONCHESKY - SKRTEL - CARRAGHER (C) - JOHNSON
REINA


Diawal perlawanan, Liverpool bermula baik dengan beberapa percubaan dari Maxi, Meireles tersasar serta diselamatkan oleh penjaga gol Spurs Gomez. Walaupun Spurs terpaksa mengeluarkan Van Der Vaart seawal minit ke 12 akibat cedera, tidak nampak sedikit pun ketempangan mereka tetapi sebaliknya mereka pula seperti menguasai perlawanan. Walaubagaimanapun, sepakan percuma oleh Meireles memberi sinar harapan kepada Liverpool. Bola itu ditanduk sipi oleh Skrtel &  mengenai badan Ngog. Akibatnya bola terus jatuh dihadapan Skrtel semula dan mudah dia melepaskan rembatan menewaskan Gomez pada minit ke 42.


Selepas rehat perlawanan bersambung. Spurs mengasak di setiap penjuru. Sekiranya tiada Carragher untuk aksi pertama, Meireles diaksi kedua yang menyelamatkan gawang setelah Reina tertewas & juga penalti yang gagal disempurnakan Defoe, sudah pasti malam tadi Liverpool jadi lauk besar. Skrtel yang sebelumnya disanjung wira, tiba2 sahaja tertampan hantaran lintang dari Modric untuk menghadiahkan gol kepada Spurs. Dipenghujung aksi nampak perlawanan seperti berkesudahan dengan seri, namun kealpaan Konchesky membiarkan Lenon memintas bola dan melarikan dengan pantas sebelum menewaskan Reina menjadikan 2-1 hingga tamat perlawanan.


Sememangnya amat perit bagi kita untuk menerima keputusan malam tadi. Permulaan nampak tuah seperti memihak kepada kita. Tetapi rupanya malang berterusan & badi di White Hart Lane masih melekat tebal didalam pasukan kita ini. Menambah kedukaan lagi apabila Carragher cedera pula & dijangkakan berehat selama 3 minggu @ lebih.


Perlawanan seterusnya Liverpool akan terbang ke Romania untuk menentang Steaua Bucurasti dalam Liga Uefa pada pagi Jumaat nanti. Dalam perlawanan ini Liverpool sekurang2nya hanya perlu seri sahaja untuk melayakkan kita ke pusingan seterusnya.
 

Modem TP -LINK TD-W8901G ku telah berfungsi semula.

Written By Unknown on Sunday, November 28, 2010 | 13:19

Masih ingat lagi tak posting aku malam tadi. "Ohhh.. modemku, kenapalah tak boleh nak connect internet?". Nampaknya ramai yang memberi comment berguna kepada aku. Selain memberi tunjuk ajar, ada juga yang tumpang simpati dengan nasib yang menimpa modem & PC aku itu. Sekurang2nya nasib yang menimpa diri aku tu, bolehlah memberi pengajaran kepada sahabat2 yang lain.

Pagi ni, balik kerja je, terus aku kerjakan modem ni. Atas tunjuk ajar Mr. Nakal, aku mula setting kembali modem aku ini. Berikut step by step yang aku lakukan :-
  1. Aku reset kembali modem TP -LINK TD-W8901G aku ni.
  2. Lepas reset aku offkan modem aku lebih kurang 10 saat
  3. Selepas on semula, aku sambungkan network cable ke Laptop & buka WEB BROWSE (Internet Explorer)
  4. IP No.: 192.168.1.1
  5. Login user dan lakukan step2 yang seterusnya.
  6. Selepas edit user name (xxxx@streamyx) & password baru aku perasan,  ingatkan sebelum ni aku letak VPI (0) VCI (32), rupanya aku letak VPI (8) VCI (35)
  7. Aku ikut yang disarankan oleh Mr. Nakal, VPI (0) VCI (35) dan next..
  8. Aku guna SSID yang sedia ada iaitu : TP-LINK_F72AE1 & Authentication Type : WPA2-PSK
  9. Last aku edit pula Pre-Shared Key : xxxxx
  10. Selesai masalah. 5 lampu LED menyala (Power,ADSL,Internet,Wlan & Port). Boleh connect internet dengan cable & wireless.
Cable network aku dah cabut, so 4 LED jelah yang menyala.
Dah selesai, tapi tetap tak berpuas hati
Selepas tu aku mengatal tangan pula nak tukar SSID name dengan nickname aku. Tapi yang jadi masalahnya wireless tak boleh nak connect internet. Hanya dengan cable saja yang boleh. kenapa ye? Untuk SSID name modem yang dulu aku guna nickname ni juga. Takkan tak boleh kot.

Lagi satu, user login IP default 192.168.1.1 tu bila kita dah setting, dia bukan lagi admin : admin ke? ke dah jadi admin : pasword Pre-Share Key yang aku letak tu? Aku dapat tau pun sebab aku remember my password.

Dipendekkan cerita aku terpaksa reset lagi modem & install semula macam tadi aku buat & SSID name tu aku guna yang sedia ada : TP-LINK_F72AE1

Selesai sudah walaupun belum sempurna. Aku fikir nanti2 dululah tukar2 SSID name tu. Yang penting aku boleh online. So kalau korang ada tips2nya share2 le kat aku ye.

P/S: Tak sangka pulak hari Ahad pekerja Dari TM boleh datang rumah aku hari ni. Masa tu modem aku dah settle. Just dia check line telefon aku yang bising je ni. So hasil report aku kat TM semalam, sedikit sebanyak menambahkan rezeki juga kat dia orang ni. Ye le, dapat dia overtime. hehehehe

Ohhh.. modemku, kenapalah tak boleh nak connect internet?

"Bantulah aku setting semula modem TP-LINK model TD-W901G (wireless G-ADSL2+ Modem Router)"


Hari ni, genaplah seminggu aku berpuasa melayari internet kat rumah. Bukan mogok atau sibuk, tapi gara2 modem aku kena sambar petir minggu lepas, membuatkan aku mati kutu dibuatnya. Sebelum kejadian, isteri aku ada gak tanya2, tak ada apa2 ke hujan2 & kilat sepoi2 bahasa ni. Aku cakap, ok jer, sebab tak ler nampak bahaya mana pun. Jadi aku terus je ler melayan BW.

Tapi dah memang takdir nak kena. Walaupun hujan tak ler selebat mana, Tapi tiba2 jer, kilat berdentum bagai nak pecah gegendang ni. Apa lagi, meletup ler aku punya modem & bergelap seketika rumah aku. Huh, panik sekejap. On semula kat suis utama, aku cepat2 check modem, laptop & tv. Nasib baik Modem jer yang kantoi, TV dengan laptop masih ok lagi. Menyesal dah tak berguna, tahan telinga jer kena bebel dengan isteri aku. huhuhu.

Esoknya aku hantar Modem TP-LINK TD-W8901G aku ni ke kedai sebab masih ada waranty lagi. So tokey kedai tu cakap, kenalah tunggu sekurang2nya 2 minggu atau sebulan baru ada keputusan. Aduhhhh.. mau jadi orang bodoh aku kat umah ni. So melilau ler aku bertanyakan kepada kawan2 kot ada modem2 lebih. Tanya punya tanya, aku ingat aku sorang jer yang modem kena tembak, rupanya ramai. Siap rumah yang TVnya meletup pun ada. Jadi harapan tinggal kenangan jer le.

Tengahari tadi, tokey kedai tu telefon aku. Dah boleh ambil yang baru. Punyalah bersemangat. Bangun2 tido, dengan tak payah mandinya, terus aku pergi pekan Banting tuntut harta. Sampai rumah, terus buat connection. On2 PC aku, aik? rosak juga ke. PC hidup, tapi monitor gelap je. Check punya check, sah PC aku pun terjebak gak disambar petir. Pelik juga. Padahal aku tak on pun PC aku masa kejadian. Mungkin network kabel dari modem ni kot puncanya. Emmm.. Aku cuba pulak setting menggunakan laptop aku. setting punya setting, masih gak aku tak boleh browse internet. Wireless signal dapat, tapi tak boleh nak connect. Direct guna kabel pun sama gak. aduh.. Last2 aku telefon TM, tanya apa problem. Macam biasa kalau operator tu terror, pasti dia akan bagi panduan nak buat macam ner. Ni aku rasa kurang sikit le, sebab dia hanya tanya line telefon ok ke tak?, Modem baru ke lama?. Last sekali dia akan hantar report supaya juruteknik dia akan check. Huhuhuhu.. Kempunan lagi aku..

Tapi aku rasa, aku yang tak betul settingnya. Lagipun aku ni bukanlah expert sangat bab2 ni. Aku main belasah je. Main ikut buku panduan je. Ingat tapak dah ada, senang le nak connect. Rupanya lagi pening.

So ada tak sapa2 yang boleh membantu aku?

ni aku terangkan secar ringkas cara aku setting tadi.

1. Jenis Modem : TP-LINK TD-W8901G wireless G-ADSL2+ Modem Router.
2. Yang kena sambar petir dulu pun modem medel ni juga. Tapi aku setting kat PC aku. Disebabkan PC aku dah terjebak juga, aku terpaksa guna laptop. (Window 7)
3. Macam biasa dengan buku panduan aku setting menggunakan Web Browse. dgn IP no. (192.168.1.1)
4. Lepas tu aku isikanlah ikut panduan yang ditetapkan dengan masuk Quick Start & Run Wizard
5. Lepas pilih time zone aku masukkan ler username & password streamyx.
6. kemudian VPI :0, VCI 33 & Conn. Type : PPoE LLC

Kemudian access point Wlan . 
1. aku masukkan nama SSID ,
2. broadcast SSID : Yes,
3. Authentication type :WPA2-PSK,
4. Encription : TKIP
5. Pre-Share Key: password

Bila dah aku buat semua tu, Aku tengok lampu kat medem tu masih juga 4 yang menyala sepatutnya 5 le kan.(power,ASDL, Wlan & Port) Enthernet tak menyala.Aku reset balik modem  & cuba setting menggunakan CD, tapi 1st2 lagi network adapter failed. Aku try troubleshoter, masih juga jawapan yang sama.

Sekarang ni aku tak paham, Apa dia network adapter tu?

Aku harap adalah yang sudi2 bantu aku yer.

Jom bunuh cicak...

Written By Unknown on Saturday, November 27, 2010 | 01:12

ARab panggil wazgah, omputih kate lizard...
Hukum makannya: Tentulah haram...
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..


Dalilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dgn Nabi berkenaan dgn membunuh cicak ni..NAbi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)

2. Nabi s.a.w bersabda:

(ุฃู‚ุชู„ูˆุง ุงู„ูˆุฒุบุฉ ูˆู„ูˆ ููŠ ุฌูˆู ุงู„ูƒุนุจุฉ)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dlm ka'bah.(HR Tobrani)

Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yg jahat). Baginda bersabda pd menyatakan sebabnya:

(ูƒุงู† ูŠู†ูุฎ ุงู„ู†ุงุฑ ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู…)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bg api tu besar kpd Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan MUslim).

2. Pahala yg banyak bg yg membunuh cicak. Nabi s.a.w brsabda:

(ุฃู† ู…ู† ู‚ุชู„ู‡ุง ููŠ ุงู„ุฃูˆู„ู‰ ูู„ู‡ ู…ุฆุฉ ุญุณู†ุฉ ูˆููŠ ุงู„ุซุงู†ูŠุฉ ุฏูˆู† ุฐู„ูƒ ูˆููŠ ุงู„ุซุงู„ุซุฉ ุฏูˆู† ุฐู„ูƒ)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yg membunuhnya dgn sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yg mebunhnya pd pukulan yg ke2 dia mendapat kurang cikit (70phala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dr yg lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kpd banyaknya pahala pd pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(ุฅุฐุง ู‚ุชู„ุชู… ูุฃุญุณู†ูˆุง ุงู„ู‚ุชู„ุฉ)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim) .

P/s: Jom pakat2 melastik cicak diseiling rumah.

ACAR BUAH Dot Com - Acar buah selera kampung

Written By Unknown on Friday, November 26, 2010 | 23:02

Acar buah adalah salah satu menu yang amat enak bagi masyarakat di Malaysia. Tidak semestinya di Majlis2 kenduri, acar buah juga disajikan dirumah dan juga kedai2 untuk santapan beserta masakan yang lain. Acar buah juga amat enak di ratah begitu sahaja.

Kini kami telah memberi peluang kepada anda untuk menikmati acar buah asli hasil resepi turun temurun. Mengandungi 7 jenis buah2an kering, yang pastinya akan memikat lagi selera anda.
  • Belimbing buluh
  • Cermai jeruk
  • Kismis
  • Prune
  • Ceri 
  • Dan Lain2 lagi ( Bergantung permintaan)
Untuk bungkusan bagi permintaan yang sedikit, kami bungkus mengunakan aluminium foil. Ini bertujuan bagi memastikan qualiti tidak terjejas & ia telah mendapat pengesahan dari FAMA kerana ia juga mempunyai label tamat tempoh (expired date).

Contoh packing Aluminium Foil

Harga :
Sekilo : RM40

Kami juga sedia menerima tempahan untuk kuantiti yang banyak @ majlis2 keramaian.

Sebarang pertayaan sila hubungi :
En. Othman : 019-6633448
Email : acarbuah.dotcom@gmail.com

Cubalah. Rasa sekali pasti mau lagi.

Aurat wanita yang wajib ditutup..

Written By Unknown on Thursday, November 25, 2010 | 22:33

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

Wangian 
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang" - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

Dada 
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka" - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Gigi 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Muka dan leher 
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu". Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

Muka dan Tangan 
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja" - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

Tangan 
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Mata 
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram" - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Mulut (suara) 
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

Kemaluan 
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka" - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Pakaian 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang".

p/s : Segala yang baik datangnya dari Allah. segala yang buruk datangnya dari diri kita sendiri. Wallahuaklam..

Majlis penyampaian hadiah Anakku - Tadika PASTI As-Salam

Written By Unknown on Sunday, November 21, 2010 | 18:38

Majlis Sambutan Hari Kecemerlangan PASTI As-Salam sessi 2010 
Tarikh : Sabtu 20/11/2010
Tempat : Dewan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (MITIB), Kampung Bandar

Pada mulanya aku tak berniat pun untuk menghadiri majlis sambutan hari kecemerlangan anakku ini. Aku fikir aku nak kerja je kerana isteriku telah ambil cuti untuk menhadiri majlis ini. Tapi setelah difikir2kan, aku tak sampai hati pula untuk melukakan anak kesayanganku ini. Berhempas pulas dia belajar, tiba masanya dia beroleh kejayaan & mendapat hadiah, ayahnya pula tiada. Seolah2 macam aku ni tak hargai dia pula. Demi untuk kecemerlangan yang berterusan untuk anakku ALya ini, ku leburkan juga overtime aku. Duit boleh dicarikan.Tapi kebahagiaan susah nak dapat wooo..




Ini adalah tahun pertama Alya di tadika Pasti ini. Maklumlah, umurnya pun baru mencecah 5 tahun. Untuk pengetahuan, tadika PASTI  ini sebenarnya baru 2 tahun beroperasi. Tahun pertama pelajarnya hanya dalam lingkungan 25 orang sahaja. Masuk tahun kedua mencecah ke 60 orang. Dengar cerita untuk tahun depan pula terpaksa tadika PASTI As-Salam ni, menghadkan pelajar kerana permintaan ibubapa terlalu tinggi. Ini kerana keadaan tadika itu sendiri yang belum sesuai untuk menampung pelajar yang terlalu ramai (lebih daripada 60 pelajar).

Penyampaian Ikrar & Lagu PASTI
Alya bermula alam persekolahannya sebagai pelajar yang senyap & pemalu. Dari kata2 Mualimah yang mengajarnya, Alya apabila ditanya susah hendak membuka mulut walaupun hendak memberitahu namanya. Sebenarnya Alya memang dididik kurang bergaul dengan orang luar apalagi bertemu rakan2 sebayanya. Jadi apabila tiba alam persekolahannya, dia sukar untuk menerima perubahan itu. Tetapi hasil didikan tenaga2 pengajar di Tadika PASTI As-Salam ini, Alya telah berubah menjadi kanak yang mesra & pintar. Alhamdulillah, ketika peperiksaan pertengahan tahun Alya mendapat no. 3 didalam kelasnya. Terima kasih kepada ibunya kerana rajin membantu Alya mengulang kaji pelajaran. Harapkan aku, emmm.. sekali sekala je aku bantu. Bagi aku biarlah dia dapat pendedahan dengar belajar berdikari tanpa mengharapkan bantuan.
Semakin hari aku lihat Alya semakin rajin mengulangkaji pelajaran dirumah. Tanpa kusuruh dia akan mengambil buku Iqraq, bacalah & mewarna untuk ditelaahnya. Sehingga kini dia sudah boleh membaca dengan lancar walaupun hanya perkatan yang mempunyai 2 suku kata sahaja. Untuk peperiksaan akhir tahun ini, Alya mendapat tempat ke 2 pula. Aku bersyukur amat sangat. Jadi untuk menghargai kerajinan & kepandaian Alya ni, aku rela hadir bersama isteriku untuk merayakan kejayaan Anak sulungku ini.

Alya kanan sekali bersedia untuk membaca buku cerita
Gelagat anak2 diatas pentas
Dihari penyampaian hadiah, telah diadakan beberapa acara untuk pelajar2 PASTI ini. Alya juga turut serta. Antaranya Ikrar & nyayian lagu PASTI. Menyanyi beberapa lagu nasyid & juga membaca buku cerita. Ayah mana yang tak gembira apabila anaknya terpilih untuk menyertai acara. Walaupun macam2 gelagat mereka di pentas, tapi ibu bapa & tetamu sudah faham. Anak2 kecil yang mendapat peluang berdiri di pentas. Pastinya bermacam2 ragam yang mereka lakukan.

Penyampaian hadiah untuk no. 2 dalam kelas
Penyampaian hadia untuk Bahasa Melayu terbaik
Dari Kiri :Kakakku, Anak buahku, Isteriku & anak kedua serta Alya bersama hadiah2
Tiba masanya Majlis penyampain hadiah pada pelajar yang berjaya. Aku ingat cuma sekali sahaja nama Alya disebut untuk mengambil hadiah. Rupanya 4 kali keseluruhannya. Hadiah tesebut adalah untuk kategori :
  • Cenderahati berupa sehelai sejadah kepada semua pelajar.
  • Hadiah bagi no. 2 dalam kelasnya berupa piala & peralatan menulis.
  • Pelajar terbaik dalam Bahasa Melayu berupa pensil box
  • Pelajar terbaik dalam Matematik juga pensil Box
Hadiah2 yang diperolehi oleh ALYA
Inilah bentuk hadiah yang sebenar.
Aku sebagai ayahnya cukup terharu & rasa nak menitiskan airmata diatas kejayaan anakku. Bayangkan apabila pengacara memanggil beberapa kali nama anakku ALYA BATRISYIA BT SALLEHUDIN? sudah tentu tetamu akan memuji dia & mengharumkan nama aku. Lagi satu barulah aku terasa keseronokkan seorang ayah terhadap kejayaan anak2nya. Gembira tak terkata.

Antara ibu bapa & tetamu
Aku sekeluarga di perkarangan MITIB
Apapun Alya masih lagi lemah dalam Hafazan & Bahasa Ingeris. Kalau tak dah tentu dia sapu semua hadiahkan. Tak mengapa, dia masih lagi mentah. Aku harap dia akan terus berusaha untuk menjadi pelajar terbaik pula pada tahun hadapan. InsyaAllah aku akan memberi bimbingan terhadapnya. Teriam kasih Mualimah2 di PASTI As-Salam Kampung Bandar. Terima kasih Isteriku yang tak letih mengajarnya. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat. Aku harap Alya akan menjadi insan yang cemerlang & terbilang. Mudah2an.

P/S: Tak menyesal aku hantar anak aku ke tadika PASTI. Hasil dari penyelidikan aku dari guru2 yang mengajar darjah 1, pelajar2 yang lebih bijak dari banyak2 tadika & PRA sekolah adalah dari kalangan pelajar2 PASTI. Boleh mengaji, membaca jawi & sebagainya. Jadi kalau korang tengah berfikir2 nak hantar anak tu ke tadika mana. Hantar le ke PASTI. Jangan fikir pasal parti, tetapi fikirkanlah untuk kejayaan anak2. 

Game 14 BPL 10/11 - Liverpool 3-0 West ham

Perlawanan pagi tadi adalah perlawanan ke 14 dalam liga bagi musim 10/11 ini. Liverpool bermain di gelanggang sendiri dalam misi mencari kemenangan bagi menebus kekalahan minggu lalu dengan pasukan Stoke City. Pada perlawanan ini Liverpool turun tanpa dua orang pemain utama iaitu kapten fantastic kita Steven Gerrard & Lucas. Gerrard mengalami kecederaan hamstring ketika bersama skuad England tempoh hari sementara Lucas pula telah digantung perlawanan kerana dilayangkan kad merah pada perlawanan yang lalu.

Torres - Ngog
Rodriquez - Meireles - Poulsen - Kuyt
Konchesky - Skrtel - Carragher (C) - Johnson
Reina

Johnson untuk gol pertama
1st half Liverpool menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Seperti yang kita harapkan supaya Uncle Roy meletakkan kembali pemain2nya diposisi kegemaran masing telah membuahkan 3 jaringan pada separuh masa. Meireles yang kembali mendapat posisi kegemarannya telah mengemudi gerakan2 berbahaya serta mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Hasilnya pada minit ke18, Johnson dapat melepaskan rembatan untuk menewaskan Green untuk gol pertama. Selang 8 minit kemudian Liverpool dihadiahkan pula sepakan penalti setelah bola dari kuisan Torres terkena tangan Daniel Gabbidon. Kuyt mengambil sepakan penalti tersebut & dengan mudah menewaskan Green. Tidak cukup dengan itu, Liverpool terus mengasak & hasil hantaran lintang dari Konchesky, tepat ke kepala Rodriquez untuk membuat tandukan ke arah pintu gol. Kedudukan kekal hingga tamat separuh masa 3-0.

Sepakan penalti yang diambil oleh Kuyt
Maxi meraikan jaringan untuk gol ke 3
2nd half Liverpool nampaknya mula memperlahankan rentak perlawanan. Kesempatan ini mula diambil oleh West Ham untuk menyerang. Nampaknya serangan pasukan West Ham ini lemah & amat mudah dipatahkan oleh pemain2 kita. Liverpool juga memperolehi beberapa peluang. Antaranya rembatan Torres yang terkena palang & kemudiannya disambar oleh Poulsen untuk membuat rembatan susulan tetapi berjaya ditepis oleh Green. Tamat perlawanan  kedudukan masih kekal Liverpool 3-0 West Ham.

Cayo lah geng.. Camni aku tak payah main pun tak per ni
Nampaknya perlawanan pagi tadi adalah perlawanan yang mudah bagi Liverpool. Dengan kedudukan West Ham ditangga Tercorot, menjelmakan ia seperti pasukan yang terus bermasalah. Dengan kemenangan ini, Liverpool melonjak kembali ke tangga ke 9 dan kemungkinan akan turun ke tangga ke 10 malam ini sekiranya Aston Villa berjaya menewaskan Blackburn.

Sabar geng, aku mula2 dulu pun tekanan gila gak..
Apapun Liverpool kena terus memburu kemenangan untuk menyaingi pasukan2 di tangga teratas. Selepas ini Liverpool akan berkunjung ke White Hart Lane untuk bertemu Tottenham Hotspur pada hari Ahad nanti. Dengan prestasi Spurs yang tidak menentu ini, adalah sukar untuk kita meramalkan perlawanan akan datang. Diharap Liverpool dapat menyaingi kehebatan pasukan Spurs untuk memperolehi kemenangan. YNWA

Liverpool 3 - 0 West Ham United 

Scoring Summary
Liverpool West Ham United
Glen Johnson (18)
Dirk Kuyt (pen 27)
Maxi Rodrรญguez (38)
Match Stats

Liverpool West Ham United
Shots (on Goal) 23(8) 8(1)
Fouls 7 11
Corner Kicks 10 2
Offsides 2 1
Time of Possession 54% 46%
Yellow Cards 0 1
Red Cards 0 0
Saves 1 5
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,024
Match Time: 17:30 GMT
Referee: Lee Probert
Teams
Liverpool West Ham United
25 Pepe ReinaRobert Green
37 Martin Skrtel15 Matthew Upson
23 Jamie CarragherDaniel Gabbidon
Paul Konchesky23 Herita Nkongolo Ilunga
Glen Johnson37 Lars Jacobsen
28 Christian Poulsen14 Radoslav Kovac
Raul Meireles13 Luis Boa Morte
17 Maxi Rodrรญguez16 Mark Noble
18 Dirk Kuyt33 Victor Obinna
Fernando TorresCarlton Cole
24 David Ngog30 Frederic Piquionne
Substitutes
Fabio AurelioBenedict McCarthy 17
19 Ryan BabelJonathan Spector 18
Brad JonesPablo Barrera 12
16 Sotirios KyrgiakosMarek Stech 29
33 Jonjo ShelveyWinston Reid 2
34 Martin KellyJames Tomkins 5
39 Nathan EcclestonFrank Nouble 24
Substitutions
Fabio Aurelio for David Ngog (74)Pablo Barrera for Victor Obinna (45)
Jonjo Shelvey for Raul Meireles (83)Benedict McCarthy for Carlton Cole (69)
Ryan Babel for Fernando Torres (85)James Tomkins for Herita Nkongolo Ilunga (76)
Yellow Cards
Mark Noble (72)
· Club Squads: Liverpool | West Ham United

 

Berkorban di Aidil Adha 2010

Written By Unknown on Friday, November 19, 2010 | 11:22

Alhamdulillah, Aidil Adha tahun ini dapat kulalui dengan sempurna. Walaupun tak semeriah seperti Aidil Fitri, tetapi penghayatan dan keinsafan adalah penting dihari kebesaran umat Islam diseluruh dunia dalam mengerjakan Rukun Islam ke-5. Mengerjakan ibadah Haji bagi yang mampu adalah melengkapkan seseorang umat islam itu kewajipan Rukun Islam yang telah dituntut oleh Allah SAW.

Malam raya tiada apa yang aku lakukan. Setelah menghantar isteri & anak2ku kerumah mertuaku, aku bergegas ke tempat kerja (kerja malam ler). Apa nak buat, tanggungjawabkan. Lagipun pun inikan salah satu daripada pengorbanan jugakan. Paginya sempat juga aku balik awal & solat Sunat AidilAdha di Masjid Kampung mertuaku, Kampung Jenjarum Banting. pulang dari masjid, terus melantak ketupat & lauk pauk yang disediakan. Dah kenyang, apa lagi aku pun berkorban diatas sofa. Sedar2 dah pukul 3.30 petang. Anakku yang sulong dah membebel2 bercerita tentang lembu yang kena sembelih. Dua orang anakku bersama isteriku pegi melihat majlis korban dirumah jiran. Aku tak masyuk sangat line2 kampung mertuaku ini. Pemalu le katakan..hehehehe.


Mengerjakan daging kambing
Hiris, jangan tak hiris.
Petang Selepas Asar aku & family kembali kerumahku. Petang itu memang dah kira kesibukan aku bermula. Surau di kampungku juga mengadakan majlis korban. Sememangnya setiap tahun pihak surau melakukan ibadah korban berkelopmpok. Pada tahun ini surau kampungku akan menumbangkan 5 ekor lembu & 3 ekor kambing. Petang itu hanya 1 ekor lembu & 3 ekor kambing sahaja yang ditumbangkan. Ini kerana selain daging2 ini diagih2kan, ia juga untuk dimasak pada malamnya bagi jamuan untuk gotong royong korban lagi pada keeseokan harinya.

Daging masak kurma.
Hebat tak aku. Bau kurma ni pun dah tak tahan.
Pada waktu malamnya, jam 9.00 malam aku dah muncul disurau Assolehah ini. Dah ramai rupanya geng2 aku sampai & membuat persiapan. Aku mulalah buat2 sibuk membantu apa2 yang patut. Menu masakan malam ini adalah sup kambing, kambing masak kari & daging masak kurma. Kalau korang rasa, memang terangkat tu. Kari kambing memang kita orang buat tip top punya. Dia punya pekat, pasti tangan bau kari 3 hari baru hilang. Memang mantop. Jam 12 malam aku tinggalkan perkarangan surau & menuju ke tempat kerja.

Tamatlah riwayat
Sapa nak kepala ni?
Melapah
 

Keseokan paginya aku tiba di Surau dari pulang kerja lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai je dah 2 ekor yang tumbang. Ini bermakna ada 2 ekor lagi yang masih bernyawa. Aku pulang sebentar untuk mandi2 & ambil peralatanku, aku datang kembali bersama anak daraku yang sulong ni. Terus melakukan kerja2 memotong, membahagi2 & mengagih2kan daging korban. Selesai semua semua kerja2, semua dijamu makan tengahari. Aku tengok memang mereka2 ni betul2 berselera melantak masakan kami. Bagi yang biasa berkunjung kesurau seperti geng2 aku ni, memang dah tak hairan sangat dengan masakan2 ni. Sebab dah biasa & selalu masak pada waktu malam didalam aktiviti menjaga kampung.

Kaum2 ibu membantu dibahagian masakan.
Sepakat membawa berkat
Selasai jamuan. orang2 kampung pun bersurai & tinggallah geng2 aku untuk selesaikan lagi tugas seperti membasuh periuk kuali, lantai & sebagainya. Selesai tugas melepak2 & pulang sebelum waktu zuhur menjelma. Pada petangnya sudah pasti aku claim tidurku. Bertemankan anak daraku, kami berlawan2 tidur kerana terlalu letih. Yang pastinya anak daraku ini mendapat pengalaman baru melihat kegiatan penyembelihan & ibadah korban ini. Sampai mengigau2 teringat darah. hehehheh.. kesian....

Anakku ALYA bersama sepupunya SAKINAH
Anak & Ayah. berkelah di tepi jalan raya
 Emmm..  nampaknya stok sebulan daging ada dlm peti. Dah tentu 24 jam makan daging ni.. emmmm.. Jangan aku jadi lembu sudah le..hehhehe

Lagi gambar, sila lihat disini.. MY FACEBOOK ALBUM 

Tanah 661 ekar di Port Dickson Untuk Dijual

Written By Unknown on Thursday, November 18, 2010 | 12:31

Terdapat tanah seluas 661 ekar terletak di Mukim Pasir Panjang, Daerah Port Dickson untuk dijual.

Maklumat Tanah : 
Status : Free Hold
Kategori : Pertanian
Kandungan : Kosong (hutan)
Perhubungan : Tepi jalan utama
Sesuai untuk tanaman kelapa sawit, ternakan.

Dukomen :
Terdapat  8 geran yang dimiliki oleh satu owner. Sekirannya nak beli mengikut geran pun boleh.
  1. P.T. 72.. - 73.5 ekar
  2. P.T. 72.. - 77.5 ekar
  3. P.T. 72.. - 92.5 ekar
  4. P.T. 72.. - 90.5 ekar
  5. P.T. 72.. - 106.5 ekar
  6. P.T. 72.. - 42.5 ekar
  7. P.T. 72.. - 82.5 ekar
  8. P.T. 72.. - 95.5 ekar
Jumlah keluasan : 661 ekar

Berminat sila beri "L.O.I" atas nama "Mohd Harris B. Adam Wan" ke alamat email salbie2004@yahoo.com

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya, Salleh 0192617430 @ 0122810641


UPDATE - THIS LAND SOLD OUT
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger