Headlines News :
.
Home » , » Enrique jadikan Ashley Cole sebagai sifu

Enrique jadikan Ashley Cole sebagai sifu

Written By Unknown on Thursday, September 29, 2011 | 03:35

Pemain pertahanan kiri Liverpool Jose Enrique telah mendedahkan bahawa beliau telah menonton video permainanan pertahanan kiri Chelsea Ashley Cole dalam membantu meningkatkan mutu permainannya. Ini kerana beliau menyifatkan Cole sebagai antara pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini. Selain itu beliau juga mengkagumi rakan seposisinya yang bermain untuk Real Madrid Marcelo Veira.

Enrique yang berpindah dari Newcastle pada musim perpindahan lalu, telah menunjukkan mutu permainan yang amat mengagumkan. Beliau mengakui bahawa ketika membuat latihan di Newcastle, beliau merasai lebih mudah berbanding dibawah Kenny Dalglish. Latihan yang amat keras ditekankan oleh Dalglish membuatkan beliau sering tidur siang.


Walaupun corak latihan Dalglish keras, sebenarnya beliau amat mengemarinya. Ini kerana tujuan utama beliau ke Anfield adalah untuk bermain di Champion League bersama Liverpool disamping dapat bermain bersama skuad kebangsaan Sepanyol. Jadi dengan peluang serta pengalaman yang beliau perolehi disini, beliau berharap dapat mewakili negaranya.

Sememangnya kita akui, pembelian Dalglish terhadap Enrique ini memang berbaloi. Kita mengharapkan pemain2 lain juga dapat mengikut jejak cara dan prinsip Enrique ini. Ini kerana selain untuk kebaikan kelab, ia juga untuk diri mereka sendiri dalam mengejar tempat kesebelasan utama dan menjadi bintang tersohor.

p/s: SG suka tengok Ashley Cole dan Patrice Evra main. Selain mempamerkan aksi cemerlang, mereka juga jarang injured.
Share this article :

2 comments:

  1. sy pon sifu dia jg! hehehe

    btw, kt ne ek n kdpt kn tiket s'ngor vs s'pore sabtu ni ek?

    ReplyDelete
  2. ceh.. ada hati konon nak tgk game slngor. huhuhuhu

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger