Headlines News :
.
Home » , » Profesionalnya Dalglish

Profesionalnya Dalglish

Written By Unknown on Thursday, September 15, 2011 | 02:50

Semalam bertempat di pusat latihan Melwood, Kenny Dalglish, telah bertemu dengan Pengurus Besar Pegawai Profesional Game Match Bhd, Mike Riley. Perjumpaan ini selain membidas keputusan pengadil Mark Clattenberg ketika tewas dalam perlawanan menentang Stoke City Sabtu lalu, ia juga perbincangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengadilan dalam sukan bolasepak.

Hasil perbincangan tersebut, Dalglish melahirkan rasa puas hatinya terhadap kerjasama yang ditunjukkan oleh Riley. Demi melindungi hak, Dalglish mewakili kelab menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap mutu pengadilan yang ditunjukkan. Ini bukan bermakna Dalglish tidak menyokong 100% keputusan pengadil, tetapi beliau mengharapkan agar pengadil dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Dalglish juga menyatakan bahawa beliau tidak juga meminta layanan istimewa tetapi biarlah setiap perlawanan itu diadili samarata.

Sememangnya mutu pengadilan yang adillah yang kita harapkan pada setiap perlawanan. Sekiranya kejohanan Eropah (UEFA Cup) boleh meletakkan 5 orang pengadil di dalam padang, mengapa tidak dilakukan pada peringkat domestik. Sukan lain mutu pengadilannya semakin lama semakin maju dibantu dengan alatan canggih. Tetapi sukan no. 1 di dunia seperti bolasepak masih ditakuk lama mutu pengadilannya. Perlukah terus terjadinya pengadilan yang berat sebelah. Kita telah senarai hitamkan Howard Webb dengan melebelnya pemain no. 12 pasukan setan merah. Adakah kita juga akan menyenarai hitamkan Mark Clattenberg?


Sebenarnya pertemuan dua mata antara Dalglish dan Mike Riley ini adalah suatu kerjasama yang baik dalam mempertingkatkan mutu pengadilan. Perbincangan adalah lebih baik dari memprotes tanpa mengikut prosuder yang betul. Kita sering lihat pengurus2 yang sering diambil tindakan diatas keterlanjuran mereka seperti Alex Ferguson dan Arsene Wenger yang kerap memprotes keputusan pengadil. Walaupun begitu kebiasaannya Alex Ferguson sering terlepas dari tindakan. Disini juga sudah tidak nampak dimana keadilannya.

Apapun tahniah Dalglish kerana menerima kekalahan tempohari dengan hati yang terbuka. Walaupun ia perit bagi kita, tetapi bagi Dalglish demi pembangunan masa panjang beliau terpaksa merelakannya dengan berharap kemajuan serta kepekaan pengadil dalam membuat sesuatu keputusan tidak menyinggung mana2 pihak.
Share this article :

1 comment:

  1. jln utk menuju kejayaan itu penuh dgn liku2. KK n us: heading to the success!

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger